Addin |
- Cakap Mahathir, BN Di Kelilingi Manusia Bangang Memang Tepat.. Ini Buktinya
- Panas!! 2 Ahli Parlimen BN Sertai PKR
- Umno Pasti Pening Tengok Gambar Nih..
Cakap Mahathir, BN Di Kelilingi Manusia Bangang Memang Tepat.. Ini Buktinya Posted: 10 Jun 2012 10:53 AM PDT Memang tepatlah apabila Mahathir mengatakan bahawa Umno BN dikelilingi manusia bangang. Mari kita sama-sama baca dan gelak guling bating dengan statement Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), M. Kayveas berkenaan pengunaan dakwat kekal dalam PRU 13 akan datang. Inilah standard menteri-menteri BN sekarang.. low class!! 'Gadis cantik tak akan keluar mengundi' Cadangan melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam sistem pilihan raya adalah langkah ke belakang dan ibarat "kembali ke Zaman Batu", kata Presiden Parti Progesif Penduduk (PPP) Datuk Seri M Kayveas. Menurutnya, negara seperti India dan Pakistan melaksanakan sistem dakwat kekal kerana mereka tiada sistem pendaftaran warganegara yang sistematik seperti MyKad di negara ini. Dakwanya lagi, langkah itu juga adalah membazir dan akan menakutkan sesetengah pihak untuk keluar mengundi. "Gadis-gadis cantik dengan kuku mereka yang dirias rapi, mereka tidak akan keluar dan mengundi. "Adakah mereka akan menyembunyikan (jari yang dicalit dakwat kekal) selama tiga bulan dari teman lelaki mereka?" kata Kayveas secara berseloroh di Konvensyen PPP Wilayah Persekutuan petang tadi. Dalam ucapannya, Kayveas turut menempelak Pakatan Rakyat yang menurutnya berkempen "setiap malam selama 365 hari" tetapi mempertikaikan tempoh kempen sedia ada selama tujuh hari. "Saya nak cadangkan kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), kalau hari ini calon dinamakan, esok kita mengundi," katanya separa serius disambut gelak tawa kira-kira 1,000 perwakilan dalam Dewan Tun Ismail PWTC. 'TEKUN pada parti tertentu saja' Dalam ucapan sama, Kayveas turut membidas penggunaan media sosial yang menurutnya digunakan golongan muda yang dipengaruhi pembangkang untuk menyebarkan "maklumat yang tidak betul" tentang kerajaan. "Sekarang pembangkang punya cara, bangun pagi buka laptop fitnah orang. "Empat puluh peratus rakyat Malaysia guna media sosial tetapi kebanyakan maklumat dalam media sosial tidak betul," katanya. Sementara itu, Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan, Datuk A Chandrakumanan menggesa kerajaan mengkaji semula pemberian pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang menurutnya disalurkan hanya kepada "parti tertentu sahaja". "Pemberian pinjaman TEKUN perlu dikaji semula kerana ia hanya diberi melalui parti tertentu dan kami harap perlu diberi melalui semua parti. "Saya fikir kita akan dapat lebih banyak sokongan (rakyat) dengan cara itu," katanya tanpa menamakan secara khusus parti yang dimaksudkannya. ~malaysiakini |
Panas!! 2 Ahli Parlimen BN Sertai PKR Posted: 10 Jun 2012 08:35 AM PDT Sekurang-kurangnya dua ahli parlimen dari Sabah sudah mengesahkan keluar dari Barisan Nasional dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), salah satu parti dalam Pakatan Rakyat. Perkara ini disahkan sendiri Pengerusi KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini yang mengesahkan perkara itu sebentar tadi. Dua pemimpin yang dimaksudkan ialah Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran. Turut dinamakan ialah Ahli Parlimen Beaufort dan Ahli Majlis tertinggi Umno-APCO, Lajim Ukin (gambar atas). Bagaimanapun beliau tidak dapat memberi jaminan samada pengumuman rasmi dapat dibuat malam ini, ekoran penerbangan pesawat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Kuala Lumpur tergendala petang tadi. "Dua MP ini Confirmed (pasti) akan sertai (KEADILAN). Cuma (tunggu) waktu sahaja, kita tunggu saja lah," katanya kepada Keadilan Daily. Anwar dijadual tiba di Sabah pada jam 1.40 petang dan sepatutnya dijadual menghadiri dua majlis di Sabah iaitu sambutan perayaan Kaamatan di Kota Belud dan satu Majlis Makan Malam di Kota Kinabalu. Bagaimanapun penerbangan pesawat beliau ke Kota Belud ditangguh ekoran hujan lebat, sebelum menaiki pesawat ke Labuan untuk tiba ke Kota Kinabalu kira-kira jam 5 petang. Beliau kini berada di Kompleks Star City, Jalan Asia City untuk menghadiri satu program anjuran Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA). Jam 10 malam nanti, Anwar dijadual bertemu pimpinan Pakatan Rakyat Sabah di lokasi yang sama. Selain dua ahli parlimen, beberapa lagi tokoh dari Sabah dikatakan akan turut menyertai KEADILAN sepertimana dilapor beberapa blog. Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha, Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong, dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik kerajaan negeri, Ibrahim Menudin. Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional kini hilang lagi dua kerusi, pertambahan kepada pakatan pembangkang setelah satu lagi parti komponennya, Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan bekas Ketua Menteri, Yong Teck Lee mengisytiharkan keluar dari BN dua tahun lalu. Ia juga menguatkan spekulasi bahawa khidmat Musa Aman sebagai ketua menteri kini terumbang-ambing ekoran gagal memujuk kedua-dua pemimpin berpengaruh yang dikatakan tersingkir dari dicalonkan di parlimen masing-masing. Sabah mempunyai 25 buah kerusi parlimen yang menjadi sasaran Pakatan Rakyat selain Sarawak yang menawarkan 31 kerusi dalam hasrat menumbangkan Barisan Nasional dari kekuasaan di Putrajaya. Najib Altantuya sudah tentunya akan lebih tertekan dengan perkembangan terbaru ini kerana belum pernah dalam sejarah Umno-APCO dimalukan sebegitu rupa ekoran tindakan Lajim menyertai Anwar Ibrahim memandangkan beliau salah seorang ahli majlis tertinggi (MT) parti reput itu sehingga kini. ~jalanpulang |
Umno Pasti Pening Tengok Gambar Nih.. Posted: 10 Jun 2012 04:59 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan