Ahad, 10 Jun 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Seluar Muhyiddin Terlondeh, Lupa Siapa Bayar Sewa Rumahnya Semasa Jadi Menteri

Posted: 10 Jun 2012 04:39 AM PDT



Kajang: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kepada rakyat siapakah yang membayar sewa rumahnya ketika dia mula-mula menjadi menteri di Kuala Lumpur.

"Saya nak tanya siapa bayar sewa rumah dia tatkala dia jadi menteri di Kuala Lumpur.

"Saya tahu sebab masa itu saya bos dia, saya timbalan perdana menteri.

"Jawab la...nak lawan sangat," katanya dalam nada mencabar.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah Merdeka Rakyat di Stadium Kajang di sini malam tadi.

Menurut Anwar, selepas menjadi menteri besar Johor, Muhyiddin dilantik menjadi menteri dan ketika itulah sewa rumahnya dibayar oleh orang lain.

Beliau membuat cabaran itu bagi menjawab gesaan Muhyiddin semalam yang mahu Anwar menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu kononnya mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.

Anwar turut mengulangi kesediaanya untuk sedia mendedahkan akaun banknya dengan syarat Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri sedia berbuat perkara sama.

"Muhyiddin Yasin, kamu nak siasat saya tiada masalah.

"Ok, cek akaun kamu, dan cek akaun saya," katanya.

Dalam pada itu, lebih 5,000 orang membanjiri stadium kajang malam tadi.

Biarpun hujan renyai-renyai, mereka tidak berganjak mendengar kupasan isu-isu terbaru dari pimpinan Pakatan rakyat.

Selain Anwar, antara pimpinan utama lain yang turut berceramah malam tadi adalah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, AJK PAS Pusat Dr. Mujahid Yusof dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pada ceramah terbut juga menyaksikan 150 orang menyerahkan borang menyertai PKR cabang Hulu Langat.

Ceramah malam tadi diakhiri dengan tembakan bunga api sejurus selesai ucapan Anwar. -HD


Bijak Sifir -112,635 Peneroka Dapat 2.5%, 23, 000 Kakitangan Dapat 2.5%

Posted: 10 Jun 2012 04:38 AM PDT

 
Ahmad Maslan, Menteri Felda berkata kakitangan layak menerima 2.5 peratus saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) manakala peneroka juga layak mendapat 2.5 peratus.

"Kakitangan dan peneroka Felda masing-masing menerima saham sebanyak 2.5 peratus, namun disebabkan bilangan peneroka lebih ramai berbanding kakitangan, agihan saham yang diterima peneroka kelihatan lebih kecil berbanding kakitangan.

"Kita mempunyai 112,635 peneroka di seluruh negara manakala bilangan kakitangan hanya 23,000 orang," katanya kepada pemberita

Peneroka akan menerima 800 unit saham FGVH yang bernilai RM4.55 seunit dan bayangkan berapa yang diperolehi kakitangan Felda.

Ini bijak sifir yang dibuat oleh Ahmad Maslan dan Isa Samad dan sekutu mereka. Isa samad tentunya mendapat laba yang lebih besar.

Ahmad Maslan juga berkata peneroka mempunyai banyak kelebihan lain berbanding kakitangan Felda antaranya mereka akan memperoleh dividen setiap tahun daripada Tabung Amanah Felda yang memiliki 20 peratus ekuiti FGVH.

Agak-agaknya berapa sen yang peneroka dapat melalui dividen sekiranya banya yang tak betul dari yang betul tentang penyenaraian saham ini. Lebih-lebih lagi puak-puak ini yang menguruskannya.
Itu pun kalau ada untung!!

Isu DERHAKA : Fakta dan sejarah

Posted: 09 Jun 2012 08:59 PM PDT



Krisis Perlembagaan 1990-1993

Selepas kalah teruk dinegeri Kelantan dalam pilihanraya uum 1990, Umno sekali lagi bertembung dengan Raja-Raja. Dalam Perhimpunan Agung Umno 1991, pemimpin dan perwakilan Umno menghamburkan kritikan-kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap Raja-Raja Melayu.

Istana Kelantan dihentam secara terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN ditangan calon-calaon Angkatan Perpaduan Ummah (APU) ketika pilihanraya umum. Raja-Raja negeri lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan termasuk penyalahgunaan kedudukan untuk mendapat perlbagai kelebihan dan peluang perniagaan, mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya.

Ahli MT Umno, Ibrahim Ali mengetuai demonstrasi dihadapan Bangunan Umno Kelantan membantah kekalahan Umno. Antara sepanduk yang dijulang ketika demonstrasi itu tertulis kata-kata penghinaan "Hei Smail (Sultan Ismail Petra) kalu berani masuklah politik…, Anis (Raja Perempuan) diatas Smail dibawah.)"

  Dalam Perhimpunan agung Umno, dato Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno Kelantan) melafazkan ungkapan "Raja Adil Raja Disembah, raja Zalim raja Disanggah) sebagai amaran kepada Sultan Kelantan agar jangan mencampuri urusan politik.

Media kawalan Umno menyiarkan berita bergambar tentang tindakan Sultan Kelantan melarikan kereta Lamborghini Diablomilik baginda dari stor simpanan kastam.Peristiwa ini berlaku ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja Melayu.

Seterusnya, Umno menggerakkan usaha besar-besaran menghina dan memalukan Raja-Raja Melayu dengan tujuan mendapatkan sokongan orang ramai bagi meminda perlembagaan persekutuan dan negeri-negeri dalam hal berkaitan dengan keistimewaan tertentu Raja-Raja.

Umno Selangor pimpinan Muhamad Mohd Taib telah menetapkan resolusi empat perkara untuk dikemukakan dalam Perhimpunan agung Umno 1991.

Pertama:

Menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dan menyenaraikan semua harta, tanah dan projek yang telah diluluskan kepada Raja sama ada secara langsung atau melalui "Kapitan Cina".

Kedua:

Meminta Presiden Umno supaya bertindak tegas atau memecat mana-mana ahli Exco atau wakil rakyat yang hipokrit dan bermuka-muka sedangkan mereka terlibat menghasut Raja-Raja untuk kepentingan sendiri.

Ketiga:

Meminda perlembagaan supaya kuasa mutlak melantik Menteri Besar, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri adalah dalam bidang kuasa pucuk pimpinan parti yang memerintah, bukan dalam bidang kuasa Raja-Raja.

Keempat:

Memberi mandat dan sokongan penuh kepada Presiden Umno dalam menghadapi dan mengetuai isu Raja-Raja Melayu secara umumnya, sama ada menerusi pindaan perlembagaan atau apa juga langkah yang perlu.

Pada 18 Januari 1993, Umno membentangkan Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang bertujuan menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu.

Berikut adalah petikan sebahagian daripada butiran ucapan Perdana Menteri (Umno) ketika membentangkan Rang Undang-Undang tersebut.

Perenggan 3. "…semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa ditangan raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar kacir. Negeri-Negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri dibawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. akhirnya, semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui Perjanjian diantara Raja-Raja memerintah dengan pihak Kerajaan British."

Perenggan 7, "…Namun ada Raja yang sanggup menyerahkan negeri sendiri kepada kuasa asing tanpa menghiraukan Perlembagaan."

Perenggan 21,"…sama ada dengan pindaan atau tidak, maka rang undang-undang itu akan menjadi undang-undang yang sah dalam jangkamasa 30 hari (Perkara 66/4) Perlembagaan) walaupun tidak ditandatanganai oleh Yang Dipertuan Agong.

Untuk seterusnya baca di MediaPerak.com

Fenomena Ustaz Azhar Idrus

Posted: 09 Jun 2012 06:07 PM PDT


Ustaz Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira dimana, ribuan yang hadir.

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu "band boy". Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.

Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.

Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua "Punk" menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.

Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.

# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.

Boleh tengok video ceramah kat bawah ni yang diambil dari salah satu kuliah beliau, Ustaz Azhar Idrus cerita sendiri sejarah dan riwayat hidupnya:




Lampiran:







S: Saya masih muda, mana patut saya pilih dulu, haji atau kahwin?
Ust:Kalo kamu tengok tiang lampu nampak macam awek, wajib kahwen dulu.

S: Selepas dengar ceramah ustaz malam ini apa patut dibuat?
Ust: Balik rumah makan nasi la, tanya aku plak, mana aku tau.

S: Ular dan Kala jengking sunat dibunuh, boleh ustaz terangkan tentang haiwan ini?
Ust: Buka channel Astro "Animal Planet". Aku bukan pakar hewan.

S: Apa hukum besarkan payudara?
Ust: Adoi macam-macam, guna bahan kekal seperti silikon haram, tp dgn cara bersenam, nak besar mana pon boleh..

S: Bolehkah bergambar bersama dengan makwe?
Ust: Boleh jika bertiga, dan bapak makwe tu duduk ditengah-tengah.

S: Apa hukum asyik teringat kekasih lama?
Ust: Ini soal hati, x berdosa,sedangkan selipar jepun yang hilang pon kita teringat2

S: Ketika berwudhu' saya selalu terasa nak terkentut,Tolong saya ust..
Ust: Nak kentut pon mintak tolong aku..Kentut kena tahan sendirilah.

S: Betul ke ustaz kata pakai tudung tu xwajib?
Ust: Betul, boleh tutup rambut pakai baldi asalkan x nampak..tapi tebuk sikit lubang untuk mata..

S: Dimana ustaz beli kopiah?
Ust: Mentang2 boleh tanya soalan, itupon tanya, nasib baik xtanya kat mana aku beli underware..

Tiada ulasan: