Jumaat, 25 Mei 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SAMSENG MENYERANG BAIK UNTUK PAKATAN

Posted: 25 May 2012 12:03 PM PDT








KOMENTAR TUKAR TIUB


acaman ini akn berterusan
ada baik dan ada buruknya

ini teknik buruk
untuk menakut nakutkan orang ramai
dari dulu teknik ini digunakan
dengan harapan orang akan takut

tetapi pada tahun 2012
sesudah bersih 1
sesudah bersih 2
sesudah bersih 3
sesudah 8 march 2008
warga malaysia telah berubah
mereka tidak takut lagi

yang baiknya
apabila samseng ini buat kacau
semakin ramai yang akan menyokong pakatan

yang buruknya kalau kena telor
kena basuh baju
kalau kena batu
kena pergi hospital

yang baiknay makin ramai
yang jadi berani


WASPADA DUA MALOAN INI




SAMSENG UMNO KEPONG , CUBA KASARI PEMBANTU IZZAH
- keadilan daily

PETALING JAYA 25 Mei: Setiausaha Politik Pejabat Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memberitahu, beliau dikepung sekumpulan samseng Umno pada ceramah di pangsapuri Pantai Permai, Kuala Lumpur malam tadi.

Menceritakan detik cemas itu, Fahmi berkata, kira-kira jam 9.00 malam, beliau berada berhampiran pondok keselamatan pangsapuri untuk menjawab panggilan telefon.
Menurut beliau, sekumpulan samseng yang berada di kawasan berhampiran telah menjerit memanggil namanya.

"Samseng mengherdik meminta saya datang kepada mereka. Saya tidak menghiraukan permintaan itu kerana sibuk melayan panggilan telefon.

"Mereka kemudian berjalan laju menghampiri saya. Untuk mengelakkan berlaku perkara tidak diingini, saya cuba beredar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN tengahari tadi.


JANGAN LUPA 8 TUNTUTAN INI





SELAIN DARI MAK CIK BERBAJU T SENDAT - ADA JUNA MINAH CUN

Posted: 25 May 2012 12:40 AM PDT




DIHARAPKAN MEREKA AKAN LULUS SPM






DARI FACEBOOK SHAM GEE

Maklumat yang diterima tentang budak2 sekolah sekitar Bandar Tun Razak Digunakan Umno untuk menyerang rumah Dato Ambiga.. Bila ditanya budak2 tu depa tak tau apa2 pun pasal Bersih 4.0 ke apa ke politk lagilah haram jadah tak tau.. Yang depa tau umno bagi duit.. huhu budak2 umno ajar dengan Rasuah..!! —

SIAPA PULA MINAH INI?





NOTA:
siapa minah ini?
dari mana minah ini datang?
apa hal dengan minah ini?

sais berapa baju t minah ini?

sesiapa tahu sila beritahu







layari radio bangsar utama untuk punk rock:






SURAT BERSIH KEPADA KETUA POLIS NEGARA

Posted: 24 May 2012 09:35 PM PDT







22 May 2012

Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar
Ketua Polis Negara
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia
50560 Bukit Aman
Kuala Lumpur

Tan Sri,

GANGGUAN BERTERUSAN TERHADAP DATO AMBIGA SREEVENASAN


Bagi pihak BERSIH 2.0, kami menulis surat ini untuk menerangkan gangguan dan ancaman yang berterusan Dato Ambiga Sreevenasan.

Dia hari kebelakangan ini, Dato Ambiga Sreevenasan.sebagai Pengerusi Bersama BERSIH 2.0, telah menerima gangguan dan ancaman yang jijik dan kadang kala bersifat ganas. Aktiviti-aktiviti ini dilakukan dihadapan rumah Dato Ambiga Sreevenasan. Aktiviti jahat ini telah menyamar sebagai aktiviti perniagaan dan aktiviti riadah. Ini termasuk:

10 Mei – Jual Burger – aktiviti ini telah dilakukan dihadapan rumah kediaman Dato Ambiga. Protes jual burger ini telah dijalankan oleh sekumpulan peniaga. Mereka telah mendirikan warung, membakar burger dan memasak burger dihadapan rumah Dato Ambiga. Kemudian mereka melakukan jual beli burger untuk orang ramai:

15 Mei – Satu kumpulan bekas tentera telah melakukan 'senaman buntut'. Senaman yang dilakukan di hadapan rumah Dato Ambiga ini dilihat lucah dan kurang ajar;

19 Mei – Dato Ambiga telah dinasihatkan untuk tidak pergi ke Merlimau, Melaka. Ancaman, tekanan dan laporan Polis telah dibuat untuk menghalang beliau datang ke Merlimau. Segerombolan telah membaling batu dan telur kepada dua Yang Berhormat ADUN DAP.

21 Mei - Satu gerombolan yang tidak dikenali telah datang dan menconteng diatas jalan raya "RM2,000 BERSIH 4.0". Ini adalah tanda harga sewa tapak warung yang akan didirikan dihadapan rumah Dato Ambiga. Ada banyak contengan di jalan raya yang mengiklankan 'pasar malam' yang akan diadakan di hadapan rumah Dato Ambiga. Gerombolan ini telah mengumumkan bahawa mereka akan membuka 'pasar malam' dijalan hadapan rumah Dato Ambiga pada 24 dan 25 haribulan Mei 2012. Sama ada gerombolan ini mendapat kebenaran atau tidak – pasar malam ini tetap akan dijalankan.

Ini belum mengambil kira lagi beberapa kali orang yang tidak dikenali datang dan melaung-laung dihadapan pintu rumah Dato Ambiga.

Selain daripada apa yang berlaku di Merlimau, semua aktiviti ini jelas ditujukan khusus ke rumah kediaman Dato Ambiga untuk mengganggu dan mengacau kawasan perumahan disitu. Semua aktiviti ini adalah gangguan dan ancaman yang berunsur jenayah ditujukan kepada Dato Ambiga dan keluarga. Ini juga menceroboh ruang peribadi beliau dann dilihat sebagai ancaman ke atas keselamatan beliau. Apa yang berlaku di Merlimau jelas menunjukkan gangguan dan ancaman yang berunsur jenayah yang ditujukan kepada Dato Ambiga. Ini juga mengancam keselamatan beliau.

Kami sedar Tan Sri tidak menyokong aktiviti-aktiviti BERSIH 2.0 dan menentang 'DUDUK BANTAH' pada 28 April 2012 yang lalu. Walaubagaimanapun, penentagan Tan Sri terhadap aktiviti ini tidak menghalalkan Tan Sri sebagai Ketua Polis Negara untuk secara senyap-senyap menghalalkan gangguan dan ancaman jenayah ini. Aktiviti ini jelas menunjukkan ia melanggar undang-undang.

Kami dengan penuh kesedaran melihat kegagalan Polis DiRaja Malaysia untuk mengambil tindakan tepat dan mencegah aktiviti tersebut. Kegagalan ini akan dilihat sebagai menghalalkan aktiviti jenayah ini. Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Polis untuk menghentikan gangguan dan ancaman terhadap dato Ambiga. Dato Ambiga sebagai rakyat Malaysia berhak untuk mendapat perlindungan dan keselamatan dari Polis Diraja Malaysia. Walaupun Tan Sri tidak bersetuju dengan pandangan beliau dan aktiviti-aktiviti BERSIH 2.0 dan 'DUDUK BANTAH' pada 28 April 2012 lalu, ini tidak bermakna Polis Diraja Malaysia menafikan hak Dato Ambiga dari mendapat perlindungan.

Pada hemat kami, insiden-insiden yang mungkin akan berlaku adalah kerana kegagalan Polis Diraja Malaysia untuk mengambil tindakan. Kami telah memberitahu tentang duduk perkara. Jika ada dakwa-dakwi, maka, Polis Diraja Malaysia bertanggungjawab kerana cuai dalam menjalankan tugasannya.

Kami menunggu tindakan tepat, segera dan positif dari Tan Sri dan Polis DiRaja Malaysia.

Terima Kasih dan Salam Bersih!

Datuk A. Samad Said (Pengerusi Bersama)
BERSIH 2.0 Steering Committee
Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH 2.0)


layari radio bangsar utama untuk berita bersih:





PROGRAM MELAWAN DAN MENGHASUT DISANA SINI

Posted: 24 May 2012 09:10 PM PDT



MALAM AHAD TAMAN MELAWATI










PROGRAM MELAWAN DAN MENGHASUT DISANA SINI


sila pilih
ada ceramah
ada menghasut untuk melukis
dan ada menghasut untuk rock n roll

rock n roll
bukan maknay baling batu
rock n roll ertinya jadi cool


BERKARTUN KARTUN






ANAK MUDA ROCK BUKAN BALING BATU


Festival Anak Muda "ROCK THE YOUTH" :Festival 2 hari seni,aktivisma dan fesyen bertarikh 25th May (Jumaat) & 26th May (Sabtu)

Tempat: Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor, Seksyen 7 Shah Alam
Tarikh & Masa: Jumaat 25 May from 5pm to 11.30pm
Sabtu 26 May from 2pm to 11.30pm

ROCK BUKAN BALING BATU














PERSEMBAHAN ANAK MUDA:
Jumaat 25 May 8pm-11.30pm
- Bittersweet
- Asmidar
- Negarakus
- A Samad Said
- Daiyan Trisha
- Arriff Fardillah
- Petak Daud
- Iamneeta

Sabtu 26 May 2pm-11.30pm
- Ainan Tasneem
- Teater oleh Buku Jalanan
- Kyoto Protocol
- The Alif
- Nazim Ifran
- Keladak
- Dewangga Sakti
- Tasha Manshahar & Syed Shamim
- Nikbinjidan
- Subculture
- Couple
- Awanband
- Zip Zieller

Acara-acara menarik:
Pelancaran buku Puisi Jadi Senjata II: Demokrasi Terdera oleh A. Samad Said (Jumaat 25/5/2012 8mlm)


Persembahan muzik oleh kugiran-kugiran independen tempatan.

60 gerai-gerai di bazaar seni/DIY/fesyen Frinjan
gerai NGO
Tayangan Filem & Video Arts
Gerai Makanan & Minuman
Bengkel/diskusi/forum anak muda
Pendaftaran pengundi



radio bangsar utama terus melapor:






GEROMBOLAN MULA MENGGANAS

Posted: 24 May 2012 07:02 PM PDT




GEROMBOLAN MULA MENYERANG







GEROMBOLAN UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION


keganasan semakin rancak
keganasan semkina dirancang


- jalan kebun serangan mat gemok
- di johor kereta di pecah
- di merlimau kereta di pecah
- dekat jengka serangan berlaku
- di pulau pinang lapan jahitan kepala wartwan




APA MAKNA NYA SEMUA INI?


apa ertinya semua ini?
apa tandanya semua ini?

SATU GEROMBOLAN - GEROMBOLAN



maknanya najib razak
telah mula hilang kuasa
telah mula hilang kawalan
telah mula hilang punca

kenapa tidak ada tangkapan?

perlukan ini dijawab!



PROGRAM MALAM INI AKAN DISERANG?









PENGERANG JOHOR

rampasan tanah rakyat telah bermula
pakatan rakyat sedang dan akan mengadakan program
hujung minggu ini disana

ceramah dan jamuan makan malam
akan di adakan untuk menerangkan
kepada warga pengerang yang tanah
mereka akan dirampas

apakah program ini akan diserang?
apakah ummi hulfida akan datang sama?



radio bangsar utama terus melapor:







Tiada ulasan: