Jumaat, 25 Mei 2012

Komentar Kini

Komentar Kini


Kalau Raja Bahrin bertanding parlimen KT bagaimana pula dengan Wahid Endut

Posted: 25 May 2012 04:15 AM PDT



Sebaik saja pertemuan Tengku Razaliegh Hamzah presiden Amanah merdeka dengan Tengku seri Peduka , Raja Bahrin  dan orang kuat Mampat serta  beberapa orang parti keadilan rakyat di Primula Hotel Batu Burok, nama Raja Baharin disebut sebut sebagai calon yang bakal bertanding di parlimen Kuala Terengganu.

Sama ada dia ahli PAS atau sebaliknya bukan persoalan, kerana Tun Salleh Abas yang bertanding di DUN Jerteh pada tahun 1999 bukan ahli PAS.

Persoalan yang timbul sekarang ini bagaimana pula dengan Mohd Abdul Wahid Endut yang sudah bersetuju menyerah DUN Wakaf Mempelam kepada muslimat musim PRU 13 ini.

Jika demikian manakah DUN untuk Wahid Endut bertanding. Tak mungkin seorang  Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu tak jadi calon, sedangkan nama beliau disebut sebut bakal menteri besar Terengganu selepas PRU 13 ini.

Kalau beliau tak bertanding di DUN bagaimana mungkin untuk dilantik sebagai menteri besar Terengganu selepas PRU 13 yang bakal diadakan dalam masa yang terdekat ini.

Jika benar Raja Baharin calon yang bakal bertanding di Parlimen Kuala Terengganu bermakna sah Wahid Endut sudah hilang peluang untuk bertanding pada PRU 13 nanti.

Dun Wakaf mempelam sudah pun diserah kepada muslimat dan muslihat sudah pun buat persediaan Cuma namanya saja belum ditentukan lagi.

Nama Sapinah Jusoh ketua muslimat negeri, bekas senator disebut sebut sebagai calon yang telah disenarai pendekkan oleh muslimat negari.

Persoalan sekarang mustahil wahid Endut yang disebut bakal dilantik sebagai menteri besar Terengganu selepas PRU 13 ini tidak bertanding. Apakah beliau akan senasib dengan Datuk Mustafa @ Hassan Ali yang masih mahu mencuba nasib sekali lagi pada Pru !3 ini.

PAS Terengganu kena fikir banyak kali prihal Wahid Endut yang  telah menyerah DUN Wakaf Mempelam kepada muslimat, kerana UMNO dikatakan akan meletakkan Datuk Wan Ahmad Wan Omar timbalan pengerusi SPR bertanding di DUN tersebut.

Penulis dapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai Datuk Wan Ahmad bakal menteri  besar Terengganu yang baru selepas PRU n13 nanti.

Jika Muslimat bertanding di DUN wakaf Mempelam ada kemungkinan PAS gagal mempertahankan kerusi kubu kuat PAS kini dan selama lamanya itu.Percayalah. Apalah sangat dengan kewibawaan calon muslimat yang sedia ada sekarang berbanding sebelum ini.

Sejarah telah membuktikan PRU 1986 calon umno Abdul Latif Mohd (4597 undi) telah kalah di tangan  Datuk Mustafa @Hassan Ali ( 4702 undi) menang dengan majuriti 105 undi.

Mohd Abdul Wahid Endut bertanding di DUN Bandar(4,043 undi) kalah di tangan Tok Teng Sai (5,280 undi) dengan majuriti 1237 undi. Pada PRU 1990 Dun Wakaf Mempelam di beri kepada Wahid Endut(6383 undi)  mengalahkan Abdul Latif Mohd (5220 undi) dengan majuriti 1163 undi dan tak pernah kalah hingga kini.

Tiada ulasan: