Jumaat, 25 Mei 2012

Generasi Pewaris Khilafah

Generasi Pewaris Khilafah


Kerja Jamaah Vs Kerja Individu

Posted: 25 May 2012 04:25 AM PDT

Assalamualaikum .. salam mesra Tajuk kite hari nie ialah kerja jamaah vs kerja Individu. Sebelum itu cuba kita selak sikit pengertian kerja jamaah atau dengan terjemahan dalam bahasa arab disebut sebagai Amal Jamaie. Amal Jamaie adalah gerak kerja yang dilaksanakan secara berjamaah atau berkumpulan. Kebiasaan yang kita nampak melaksanakan amal jamaie nie of couse lah jamaah yang berakar tunjangkan Islam. Ini kerana hanya dalam gerakan Islam sahaja yang menerapkan gerak kerja secara berjamaah berbanding dengan yang lain yang lebih banyak menjurus pada kerja individu. 

 Perlu ditekankan disini, Amal Jamaie merupakan satu tuntutan syarie yang perlu dilaksanakan dan diterapkan dalam kehidupan seorang muslim sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Quran dalam surah Surah Ali Imran ayat 104 

 Maksudnya: "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah dari kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan" 

Tuntutan terhadap amal jamaie tidak seharusnya dipandang ringan dengan melihat beberapa penegasan yang telah diturunkan oleh syariat Allah sama ada melalui Al-Qur'an dan as-Sunnah dan kaedah Usul Fiqh. 

1. Al-Qur'an Allah swt memerintahkan Nabi Muhammad saw supaya memberitahu manusia bahawa amal jamaie itu adalah kerja nabi dan pengikutnya. 

Allah telah berfirman: 
 Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku menyeru manusia kepada umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas dan nyata, dan aku menegaskan maha Suci Allah dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain" (Surah Yusuf : 108)

 Firmannya lagi di dalam al-Qur'an: Maksudnya: "Seungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya dalam satu saf seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh" (Surah as-Soff: 4)

 2. As-Sunnah Kita akan dapat melihat dengan jelasnya tuntutan sunnah supaya bekerja secara amal jamaie apabila kita meneliti hadith berikut: Maksudnya: "seungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kambing jua. Ia menangkap mana-mana kambing yang jauh dan terpencil. Maka kamu berjemaah dan bercampur dengan orang ramai serta menghadiri masjid"

 Sabdanya lagi: Maksudnya: "Wajiblah kamu bersama-sama dengan jamaah orang-orang muslimin dan pimpinan mereka" 

 3. Kaedah usul Fiqh Kerja da'wah ini sangat besar, tidak mampu dilakukan secara individu dan tentulah ia terlebih dahulu memerlukan usaha jamaie berdasarkan kaedah fiqh: 

 Maksudnya: "sesuatu yang tidak sempurna yang wajib melainkan dengannya, maka ianya juga menjadi wajib. 

Jelasnya ianya cukup berbeza dengan amal secara individu 

Tiada ulasan: