Selasa, 29 Mei 2012

shalehudin

shalehudin


HOT: Exco Pemuda Umno TERTIBAI NAJIB... kahkahkah...

Posted: 29 May 2012 09:28 AM PDT

PANAS!! Exco Pemuda UMNO sifatkan Najib 'lemah jiwa' kerana tolak debat?

ASDSila fahamkan betul-betul apa yang dikatakan oleh Exco Pemuda Umno Datuk Muhd Khairun Che Aseh ini, dia kata Hiu Woong Sin "lemah jiwa" kerana menolak cabaran debat dengan pergerakan itu..

Beliau juga menyifatkan tindakan Hiu itu sebagai "(ayam) berkokok di luar gelanggang, tiba di tengah menyusup di celah kelangkang."

Ha..ha..ha.. sebijik kena kat Najib..

Kalau Woong Sin dikatakan "lemah jiwa" kerana menolak cabaran debat maka Najib pun samalah..

Dalam gelanggang sendiri berkokok riuh rendah seumpama pahlawan.. tapi bila dicabar berdebat oleh DSAI menyusup di celah kelangkang Rosmah..

Sampai Moderator debat Rafizi-Kahiry pun menjadi mangsa kritikan pencacai UMNO yang sayang dan tak mahu tengok Najib malu dan terkencing atas pentas debat..

Bukan pencacai saja yang sibuk mempertahankan Najib.. malah Menteri-menteri yang dah boleh dianggap expired pun sibuk mempertahankan Najib..

Apa?? Najib dah tak ada mulut ke untuk menjawab?

Yang ni orang tua-tua kata meludah ke langit atau menepuk air di dulang.. budak-budak sekarang kata kerja bodoh.

Nak meludah tu tengok keliling dulu sedara... kan dah kena kepala Najib..

Tolak debat perbuatan 'lemah jiwa', kata exco Pemuda Umno


Exco Pemuda Umno Datuk Muhd Khairun Che Aseh menyifatkan Hiu Woong Sin - individu yang mengganggu ucapan perdana menteri di London baru-baru ini - sebagai "lemah jiwa" kerana menolak cabaran debat dengan pergerakan itu.

"Rupanya tuan tidak seperti raja pahlawan. Oleh itu, saya menyerah kepada rakyat untuk membuat penilaian terhadap beliau," katanya.

Beliau juga menyifatkan tindakan Hiu itu sebagai "(ayam) berkokok di luar gelanggang, tiba di tengah menyusup di celah kelangkang."

Sebelum ini pihaknya telah mengutus surat kepada Hiu untuk berdebat melalui Kelab Umno di London.

Kemudian, pemuda itu membalas dalam laman sosial Facebooknya bahawa beliau sedia berdebat dengan Pemuda.

Bagaimanapun Hiu kemudiannya menolak cadangan untuk berdebat, seperti dalam surat kepada pengarang Malaysiakini bertajuk "A reply to Umno Youth challenge to debate".

"Saya menghargai mesej beliau kerana tidak sanggup menerima pelawaan saya. Kita hormat ketidaksanggupan beliau," kata Muhd Khairun dalam sidang media.

Malaysiakini


Marah sungguh Khalid Samad nih...

Posted: 29 May 2012 08:48 AM PDT

Malam Itu di Kerinchi

Oleh Khalid Samad

Pada malam itu, 24 Mei 2012, di kawasan Kerinchi, Lembah Pantai, UMNO membuktikan sekali lagi mengapa mereka perlu ditolak rakyat Malaysia. Pada malam tersebut kebiadaban yang cuba disorok selama ini telah terserlah, masyarakat Melayu yang penuh dengan adab dan adat telah bertindak samseng, mengganggu ceramah PR dengan membaling batu, telur dan juga membocorkan tayar kenderaan. Maka amat jelas sekali bahawa UMNO hanya mampu merosakkan minda Melayu, membawa Melayu menjadi bangsa yang tidak bertamaddun dan beretika.

Namun kesan terhadap tindakan pengecut tidak sepertimana yang mereka harapkan apabila lebih ramai rakyat yang hadir bersama ceramah PR. Walaupun diancam sedemikian rupa program tetap diteruskan. Rakyat tidak bersurai walaupun terpaksa menyaksikan seorang warga mas cedera berdarah dahinya terkena batu yang dilontar dari jauh. Beliau berjalan beberapa langkah setelah terkena batu dan saya melihat dahinya berdarah, bajunya bertompok-tompok dengan darahnya sendiri sebelum tiba-tiba rebah dan disambut orang-orang di tepinya. Beberapa orang memapahnya dan membawanya ke belakang.

Dalam keadaan trauma sebegitu sekalipun, rakyat tidak berganjak. Atas sikap istiqamah rakyat yang terus bersama, ceramah diteruskan oleh DSAI dan ditutup akhirnya oleh diri saya sendiri. Rakyat tidak berganjak sehingga majlis berakhir.

Tetapi apa yang saya kesal dan kasihan ialah pihak Polis yang hadir bertugas pada malam itu. Pasti mereka ingin menghalang dan mungkin juga menangkap samseng-samseng belaan UMNO tetapi mereka terpaksa mendiamkan diri. Samseng-samseng ini tidak boleh disentuh, maka di atas sebab UMNO berkuasa, kredibiliti polis terjejas. Rakyat tertanya-tanya mengapa Polis tidak bertindak dan akhirnya hilang kepercayaan kepada pihak Polis. Oleh itu, pihak Polis yang ingin menyelamatkan institusi Polis sebelum terlambat perlu menolak UMNO dan mengundi PR.

Selepas ceramah selesai, sekembali saya ke kereta, saya dapati tayar belakang belah pemandu telah kempis. Kami terpaksa membukanya dan menggunakan tayar ganti. Pasti kerja samseng yang sama juga dan sebaik sahaja kami selesai, datang sebuah kereta dan berhenti di tepi saya. Tuan kereta menurunkan cermin dan memberitahu bahawa tayarnya juga telah didapati kempis! Seorang lagi yang menjadi mangsa budaya samseng yang semakin bermaharajalela.

Ini semua merupakan bukti bahawa UMNO semakin nazak dan tidak tahu apa perlu dilakukan untuk mengatasi masalah mereka. Adakah mereka fikir tindakan samseng akan menyebabkan rakyat menyokong mereka dan seterusnya mengundi mereka? Jelas mereka tidak mengenali rakyat Malaysia.

Usaha baling batu sembunyi tangan dengan kaedah out-sourcing ataupun melalui budayasub-con kerja-kerja terkutuk kepada NGO seperti PERKASA, JATI, Bekas Tentera dan sebagainya tidak akan berjaya untuk menipu rakyat. Semua tahu ianya kerja siapa. Kerja sebuah parti yang terdesak serta sedang nazak dan melibas ke kiri dan ke kanan. Tetapi apa yang pasti ialah insyaAllah UMNO akan terkubur dalam sejarah dengan penuh kehinaan dengan dicaci rakyat.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

http://www.khalidsamad.com

VIP Umno boleh ka makan lagu nie?

Posted: 29 May 2012 05:05 AM PDT

KEBIASAAN TGNA INI ADALAH SESUATU YANG LUAR BIASA BUAT MB2 UMNO ( 1 GAMBAR )

Keadaan ini adalah satu kebiasaan bagi TGNA menyantuni masyarakat. Apa yang orang biasa makan itulah yang Tok Guru makan...... Kalau tak percaya datanglah ke Kelantan dan berjumpalah dengan Tok Guru.........

Limpa Fairuz hancur habis kena buang...

Posted: 29 May 2012 01:14 AM PDT

Mangsa langgar kereta dakwa tak dengar pengumuman

Salah seorang mangsa, Fairuz yang cedera parah di bahagian limpa membuat pembedahan petang semalam untuk membuang organ tersebut yang hancur.

PUTRAJAYA: "Limpa Fairuz hancur habis kena buang. Makcik hiba lihat anak kami terlantar kesakitan macam ini. Kami tak mampu nak tanggung segala perubatannya."

Demikian rintihan ibu salah seorang 17 mangsa yang cedera selepas dilanggar kereta ketika menonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012, pada Sabtu lalu.

Hamidah Zainal Abidin, 51, yang bekerja sebagai guru tadika di Rembau hanya mampu menitiskan air mata tatkala ditanya mengenai perkembangan anaknya itu.

Fairuz yang disahkan doktor cedera parah di bahagian limpa membuat pembedahan petang semalam untuk membuang organ tersebut yang hancur.

Menurut Hamidah, beliau dihubungi tunang Fairuz dan memaklumkan kejadian malang yang menimpa anaknya itu.

Fairuz yang dijadualkan akan berkahwin pada Februari tahun depan kini stabil dan mendapat rawatan rapi di wad ICU sejak malam kejadian tersebut.

Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik ini bekerja sebagai seorang pemandu dan menurut Hamidah pihak penganjur perlu bertanggungjawab di atas kemalangan yang menimpa anaknya itu.

"Penganjur ada datang tapi tiada jaminan yang diberi. Malah mereka salahkan budak-budak ini kerana duduk dekat dengan kawasan lumba itu, seperti yang saya baca di akhbar.

"Saya dapat tahu anak saya cedera jam 1.00 pagi. Dimaklumkan kejadian berkenaan berlaku jam 11.30 malam. Fairuz datang dengan tujuh rakannya yang lain, malangnya enam jadi mangsa dan sekarang alami kecederaan.

"Penganjur perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Budak-budak ini kata tiada pengumuman oleh pihak berkenaan dan tahap keselamatan juga terabai," katanya kepada FMT.

Pada kejadian tengah malam Sabtu lalu, kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut hilang kawalan dan terbabas menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.

Laporan polis oleh mangsa

Sementara itu, seorang lagi mangsa Muhamad Aidil Azman, 19, berkongsi detik-detik cemas itu sehingga menyebabkan beliau tidak dapat berjalan ekoran lutut kanannya mengalami darah beku.

Menurut Muhamad Aidil, beliau yang tiba agak lewat hanya menonton perlumbaan di benteng pokok, malah mendakwa 22 orang turut mengalami kecederaan.

"Saya tak dengar ada sebarang pengumuman oleh penganjur dan saya duduk di benteng pokok. Saya sedar kereta itu datang dan tak sedar apa yang jadi," katanya.

Dalam pada itu, tiga laporan polis turut dibuat oleh mangsa termasuklah Muhamad Aidil.

Seorang lagi mangsa, Mohd Nor Faiz Sakariah, 24, membuat laporan polis berhubung kehilangan kamera yang didakwa diambil oleh pihak penganjur.

Laporan sama turut dibuat oleh sepupu beliau, Mohd Aidiel Aiezad Ashari, 24 mengenai kehilangan kamera tersebut.

Semua mangsa yang ditemui mendakwa pihak penganjur, Motorsport MUSC gagal membuat pengumuman untuk berundur daripada kawasan berkenaan, malah aspek keselamatan turut dipandang ringan.

Aspek keselamatan terabai

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut melawat mangsa awal pagi ini menggesa siasatan menyeluruh dibuat ke atas penganjur kerana gagal menitik beratkan aspek keselamatan.

Ujar beliau, aspek keselamatan tidak boleh dikompromi dan tidak mahu perkara seperti ini berulang pada masa akan datang.

Naib Presiden PKR, N Surendran pula berkata parti menawarkan khidmat guaman kepada para mangsa serta mendakwa penganjur bersalah dari sudut undang-undang kerana gagal mengambil berat aspek keselamatan umum.

Katanya, mangsa tidak patut dipersalahkan dalam hal ini.

Gambar Ustaz Azhar Idrus dikelilingi artis wanita

Posted: 28 May 2012 09:00 PM PDT

Ustaz Azhar Idrus Dikelilingi Artis Wanita Yang Berhijrah. Allahuakhbar!

Hebatnya Pengaruh Ustaz Azhar Idrus ( Original )... Kelihatan Artis-Artis Wanita Yang Telah Berhijrah "Menutup Aurat" Tidak Lepaskan Peluang Bergambar dengan Beliau Seperti Irma Hasimie, Yatt, Diana Amir, Helliza Helmi Dan Rakan-Rakan.

Harakahdaily

TERBAEK: Sejarah tercipta di Padang Kota...

Posted: 28 May 2012 06:00 PM PDT

Azan dan sujud di Padang Kota

(Padang Kota Lama, tempat berhibur menjadi tempat sujud)

GEORGETOWN: Hari ini dalam sejarah tercatat semalam (19 Mei 2012) apabila buat pertama kalinya azan berkumandang dan solat jemaah Magrib dan Isyak diadakan di Padang Kota Lama sempena Program Pameran Pengguna Pulau Pinang 2012.

Ia diikutiwacana santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ali XPDC, Sham Kamekaze dan Bob Lokman.

Selalunya Padang Kota Lama dilaksanakan program bercorak hiburan yang melalaikan masyarakat, tempat muda mudi bercengkerama dengan pasangan masing-masing, tempat riadah bagi warga emas, memancing di tepi laut atau datang menghirup udara segar di tebing laut sambil makan serta minum bersama keluarga di medan selera yang disediakan.

(Ribuan manusia tekun mendengar tazkirah dari Ustaz Azhar Idrus)

Namun, situasi program anjuran kerajaan negeri menerusi Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Haji Abdul Malek Abdul Kasim itu berjaya mengubah landskap dengan lautan manusia yang datang.

Mereka mendengar persembahan bekas pencipta lagu, Bob Lokman, Penyanyi Ali XPDC, Gitaris Sham Kamekaze, pemain bass Spring, Jon, Imam Muda, Asraf yang menyampaikan kuliah magrib serta Ustaz Youtube, Ustaz Azhar Idrus.

Kesemuanya gembira setelah melihat lautan manusia datang membanjiri padang yang pernah menjadi lokasi mereka membuat persembahan hiburan sebelum ini.

Hanya Ustaz Azhar Idrus yang hanya melintasi kawasan ini ketika di jemput mengadakan kuliah bulanan di Pulau Pinang atau keluar bersama rakan merakam gambar terindah sekitar Georgetown.

Sepanjang pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) program seumpama ini tidak pernah diadakan dan yang mereka tahu hanyalah hiburan kononya untuk mendekati anak muda.

Lebih memalukan kepada pihak yang selalu membuat kacau terhadap pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang serta taburan fitnah yang berterusan mengatakan pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng anti Islam akhirnya suara azam boleh berkumandang di Padang Kota iaitu luar kawasan masjid.

Jiwa anak muda kini walaupun mereka 'rock' tetapi dalam hati mereka terbuka luas untuk Islam dan mahukan perubahan politik yang telah lama membelenggu kehidupan rakyat dengan kenaikan harga barangan, petrolium, kemudahan asas dan seumpamanya.

Bob Lokman dalam ucapan permulaan majlis berkata, berbelas kali beliau memijak kaki di Padang Kota tetapi malam ini satu kelainan yang tidak pernah terbayang dipemikirannya.

Tapak untuk muda muda bersuka ria malam itu penuh dengan insan yang mahukan pembersihan jiwa.

"Dulu kami sebagai penghibur gembira bila ramai yang datang memberikan sokongan dengan jiwa yang kosong.

Malam ini lebih gembira sebab ramai yang datang dengan jiwa yang tenang untuk mengisi soal keagamaan, " jelasnya.

Begitu juga Sham Kamekaze, Ali XPDC dan Jon dari Spring walaupun mereka bukan penceramah atau ustaz tetapi alunan bunyi gitar dan kemerduan suara sudah cukup menyentuh perasaan bahawa kemunculan mereka di pentas sedemikian ada kelainan berbanding dulu.

Suara lunak Ali yang pernah menjadi vokalis Terarossa di era rock 1990 an tiada bezanya apabila menyampaikan lagu-lagu berirama ketuhanan hasil ciptaan Ustaz Azhar Idrus sendiri.

Para hadirin yang datang bukan hanya untuk mendengar jawapan dari berbagai persoalan yang ditanyakan oleh para pengunjung malahan dapat membeli barangan yang dijual peniaga.

Program berbentuk santai itu, membolehkan keluarga duduk makan minum di atas padang bahkan terdapat pengunjung bukan Islam datang untuk mendengar sendiri apa yang diperkatakan.

Walaupun antara mereka tidak memahaminya namun mereka percaya golongan yang hadir pada program tersebut merupakan golongan yang baik jauh dari sikap ganas sepertimana yang digambarkan.

Wardina nangis merah hidung...

Posted: 28 May 2012 03:00 PM PDT

Wardina diganggu lelaki misteri

WARDINA menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor semalam.

KUALA LUMPUR – Pengacara televisyen tidak asing lagi, Wardina Saffiyah Fadhlullah, 33, membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang semalam selepas diganggu dengan panggilan lucah daripada seorang lelaki bernama Arif.

Lelaki itu membuat panggilan sebanyak dua kali kepada Wardina sambil mendakwa dia merupakan kakitangan sebuah stesen penyiaran dan mahu menemubualnya.

Menurutnya, lelaki itu membuat panggilan pada pukul 5 pagi dan diikuti pada pukuk 9.15 pagi.

"Saya tidak menjawab panggilan telefon yang pertama. Pada pukul 9.15 pagi, lelaki itu menghubungi saya sekali lagi tetapi apabila saya tanya dia dari stesen mana, dia kata tidak boleh beritahu.

"Selepas itu dia mula mengeluarkan perkataan-perkataan yang saya sendiri malu untuk sebut.

"Saya tidak faham kenapa ada orang yang sanggup melakukan perkara seperti itu," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Woitt!!! Banyaknya duit Najib...

Posted: 28 May 2012 12:00 PM PDT

PM Umum 21 Projek Baru Bernilai RM20.46 Bilion

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 21 projek baru di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk meningkatkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM4.59 bilion pada 2020.

Projek yang bernilai RM20.46 bilion itu dijangka mewujudkan 39,918 peluang pekerjaan.

21 projek itu terletak di bawah NKEA pertanian, perkhidmatan perniagaan, pendidikan, penjagaan kesihatan, peniagaan borong dan runcit, elektrik dan elektronik serta Greater KL/Klang Valley.

Dalam NKEA pertanian, peruntukan pelaburan sebanyak RM456.69 juta akan menyumbang kira-kira RM367.58 juta kepada PNK dan mewujudkan 2,539 peluang pekerjaan menjelang 2020.

NKEA perkhidmatan perniagaan mendapat peruntukan pelaburan sebanyak RM2.4 bilion dan akan menyumbang RM1.41 bilion kepada PNK pada 2020 dengan menyediakan 10,909 peluang pekerjaan.

Sementara itu, sektor peniagaan borong dan runcit yang menyediakan 16,363 peluang pekerjaan dengan peruntukan pelaburan berjumlah RM466.8 juta.

Ia akan menyumbang sebanyak RM1.1 bilion kepada PNK.

NKEA Penjagaan Kesihatan diperuntukkan pelaburan berjumlah RM107.14 juta dan akan menyumbang sejumlah RM238.06 juta kepada PNK dan menyediakan pekerjaan bagi 3,735 orang menjelang 2020.

Bagi NKEA Pendidikan, komitmen pelaburan sebanyak RM535.58 juta diperuntukkan dan menyumbang sejumlah RM146.39 juta kepada PNK di samping mewujudkan 660 pekerjaan.

NKEA Elektrik dan Elektronik akan menerima pelaburan berjumlah RM4 bilion dan mewujudkan 1,000 pekerjaan menjelang 2020, dan daripada jumlah ini, 400 adalah pekerjaan yang memerlukan kemahiran tinggi.

Bagi, NKEA Greater KL/Lembah Klang pula akan mendapat komitmen pelaburan sebanyak RM12.5 bilion dan menyumbang RM1.34 bilion kepada PNK.

Ia akan mewujudkan peluang pekerjaan bagi 4,712 orang.

mStar

Tiada ulasan: