Selasa, 29 Mei 2012

Addin

Addin


Kenyataan Artis Nih Tamparan Hebat Buat Umno

Posted: 29 May 2012 09:09 AM PDT


Umno sudah pasti kecoh dengan kemasukan 3 orang artis iaitu Amy Search, Mus May dan Ibno Riza.. Mungkin diaorang belum di tunjukkan hidayah untuk menyokong perjuangan Islam, kita sama-sama doakan semoga di buka pintu hatinya. 

Dalam isu Lebuhraya Rakyat, salah seorang artis yang berasal dari Kelantan iaitu Mustapha Kamal menyokong usaha murni kerajaan Kelantan. 

Walaupun pencacai Umno mengeluarkan pelbagai tohmahan tetapi artis yang berfikiran positif nih sentiasa  mrnyokong pemerintaha Tuan Guru Nik Aziz. Ada jugak orang yang tak suka benda yang percuma, betul-betul bingai!!..


Lagi artis bersuara dan menyokong penuh kerajaan negeri PAS Kelantan sekaligus menempelak umno dan kerajaan pusat dalam berkenanaan isu pembinaan lebuhraya tanpa TOL Sumbangan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu - Kuala Krai boleh disalurkan ke: No Akaun : 0303 6010 0030 31 Bank : Bank Islam (BIMB) Nama : Rowstead Systems SDN BHD yang akan dikenali sebagai Baldah Toyyibah(Prasarana) Kelantan SDN BHD, anak syarikat milik penuh PMBK.

Sumber dari: http://kiff-isme.blogspot.com/2012/05/artis-mustapha-kamal-menyokong-usaha.html
Lagi artis bersuara dan menyokong penuh kerajaan negeri PAS Kelantan sekaligus menempelak umno dan kerajaan pusat dalam berkenanaan isu pembinaan lebuhraya tanpa TOL Sumbangan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu - Kuala Krai boleh disalurkan ke: No Akaun : 0303 6010 0030 31 Bank : Bank Islam (BIMB) Nama : Rowstead Systems SDN BHD yang akan dikenali sebagai Baldah Toyyibah(Prasarana) Kelantan SDN BHD, anak syarikat milik penuh PMBK.

Sumber dari: http://kiff-isme.blogspot.com/2012/05/artis-mustapha-kamal-menyokong-usaha.html

Syarikat Baru Di Daftarkan 2 Bulan Di Beri Kontrak RM20 Juta?

Posted: 29 May 2012 06:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Mei - Kerajaan Umno BN didakwa berbelanja sebanyak RM20 juta bagi menjayakan Himpunan Jutaan Belia minggu lalu. Menurut sumber yang enggan namanya didedahkan memberitahu, Kementerian Belia dan Sukan turut melantik sebuah syarikat baru yang dikhususkan untuk mengurus sepenuhnya program yang berlangsung sepanjang lima hari di Putrajaya itu.

 "Saya dapat maklumat daripada orang dalam iaitu rakan saya yang bertugas dari Kementeria Belia dan Sukan sendiri memberitahu bahawa kerajaan telah berbelanja sebanyak RM20 juta untuk penganjuran Himpunan Belia di Putrajaya itu.

"Malah beliau turut memaklumkan kementerian juga melantik sebuah syarikat yang baru dua bulan ditubuhkan bagi mengendalikan pengurusan program tersebut," kata pesara kakitangan kerajaan itu menghubungi pejabat Keadilan Daily, hari ini.

Berikutan itu, lelaki itu menuntut penyiasatan lanjut mengenai perbelanjaan kerajaan mengadakan himpunan itu.

"Saya minta perkara ini disiasat kerana sudah tentu kerajaan menggunakan duit rakyat untuk penganjuran program ini," katanya.

Bertemakan 'Hari Ini Lebih Baik Berbanding Hari Esok', 500 aktiviti yang membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan diadakan sejak Rabu lalu, memperlihatkan kerajaan lebih ghairah menghidangkan elemen hiburan berbanding kerohanian.

Aktiviti hiburan seperti tarian dan nyanyian juga bertentangan dengan konsep wasatiyyah yang dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Adakah penganjuran seperti ini menjadi kebanggaan kerajaan walaupun Himpunan Jutaan Belia tahun ini 'tercemar' apabila satu kemalangan berlaku ketika acara perlumbaan drag di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 pada Sabtu.

Seramai 17 penonton perlumbaan drag cedera termasuk empat parah apabila sebuah kereta perlumbaan terbabas sebelum melanggar penonton. Mangsa kini berada di Hospital Putrajaya untuk mendapat rawatan lanjut. ~keadilandaily


Gambar Tunku Abdul Rahman Minta Melayu Hapuskan Umno

Posted: 29 May 2012 05:33 AM PDT


Tengah-tengah blogwalking terjumpalah satu keratan akhbar dari blog Debik Karmic. Tertarik pulak dengan keratan akhbar nih.. Seorang pejuang kemerdekaan dari parti United Malays National Organisation (Umno) iaitu Tunku Abdul Rahman pun minta orang Melayu hapuskan Umno.

Jikalau di singkap sejarahnya tiada seorang pun pemimpinnya meninggal dunia dalam Umno kecuali Tun Abdul Razak.

Betapa celarunya Umno, kononnya pejuang bangsa tetapi nama parti pun guna bahasa penjajah (Inggeris). Di mana jati diri Umno? Parti yang hari biru macam nih nak di angkat sebagai pemerintah selepas PRU 13.. fikir-fikirlah..


Kenyataan Panas DS Nizar Jamaluddin Berkenaan No. Plat WWW1

Posted: 29 May 2012 04:20 AM PDT


Dalam kehangatan isu no. plat WWW 1 nampaknya DS Nizar Jamaluddin telah mengeluarkan kenyataan berkaitan di Twitter. Kenyataannya agak panas, namun ada kebenarannya. Sesetengah pihak melihat isu ini diibaratkan menghantar bola tanggung  kepada blogger dan media United Malays National Organisatioan (Umno).

Sebenarnya itulah tugas blogger dan pencacai United Malays National Organisatioan (Umno) sentiasa mencari isu untuk di spin sepuas-puasnya, betul tak betul itu lain cerita..

Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab ia menjadi kewajipan untuk menegur walau kepada sesiapa pun. Kerana fitrah manusia sentiasa mudah lupa, bila lupa akan ada orang menegur. Terpulanglah kepada kita samada boleh menerimanya ataupun tidak..



Putera Mahkota Johor juga membuat kenyataan berkaitan WWW1 di Twitter.



"Keluarga Diraja Johor tidak pernah mengambil apa-apa Wang daripada kerajaan sejak zaman Almarhum Sultan Ibrahim. Selesa untuk tidak meminta dari MB atau dari mana-mana pegawai Kerajaan. Wang yang diperuntukkan kepada Bapa saya dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim.
Ini bertujuan (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) untuk membantu rakyat dan Kerajaan Negeri Johor. Sejak saya menjadi Raja Muda, tidak sekali-kali saya mengambil 1 sen daripada kerajaan hingga ke hari ini. Ia Wang Rakyat saya. Jadi sebelum Anda buka mulut anda, sila selidik."

Lagi Samseng Umno Mengganas Di Ceramah Anwar

Posted: 28 May 2012 07:00 PM PDT


JOHOR - Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Mohd Nazri Ismail cedera di tangan dan bajunya koyak ketika cuba menghalang samseng Umno dari menghampiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Cabang KEADILAN Batu Pahat, Syed Hamid Ali, berkata kejadian itu berlaku sebaik sahaja Ketua Pembangkang itu tiba di lokasi ceramah berhampiran pejabat KEADILAN Cabang Sembrong.

Beliau berkata, mangsa cedera ketika membuat perisai manusia berikutan kira-kira 100 samseng itu cuba menghampiri Anwar yang menuju ke pentas ceramah.

"Ketika itulah, Nazri dikeronyok kumpulan samseng sampai terjatuh. Mujur sempat diselamatkan beberapa ahli AMK lain.

"Seorang lelaki tua bertongkat juga rebah berikutan suasana kacau bilau itu.Seorang lain pula cedera di dahi akibat terkena mercun," katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.

Syed Hamid kesal kerana beberapa anggota polis bertugas hanya membiarkan kejadian itu berlaku tanpa sebarang tindakan tegas.

Berikutan itu, beliau berkata, laporan polis dibuat di Balai Polis Batu Pahat, sekitar jam 2 pagi semalam oleh Ketua Cabang KEADILAN Kluang.

"Samseng-samseng ini menggunakan kayu bendera dan membakar mercun, sehingga ada yang dilempar menghampiri khemah pimpinan", ujarnya lagi.

Dalam kejadin itu, cermin kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim retak dibaling batu manakala bahagian sisi kenderaan kemek akibat ditendang.

Kumpulan samseng itu juga melontar kayu, batu, bendera selain berteriak kata-kata kesat. ~btmari


Tiada ulasan: