Selasa, 29 Mei 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Najib habiskan RM20Juta untuk Himpunan Belia?

Posted: 29 May 2012 08:46 AM PDT


Kerajaan Umno BN didakwa berbelanja sebanyak RM20 juta bagi menjayakan Himpunan Jutaan Belia minggu lalu.

Menurut sumber yang enggan namanya didedahkan memberitahu, Kementerian Belia dan Sukan turut melantik sebuah syarikat baru yang dikhususkan untuk mengurus sepenuhnya program yang berlangsung sepanjang lima hari di Putrajaya itu.

"Saya dapat maklumat daripada orang dalam iaitu rakan saya yang bertugas dari Kementeria Belia dan Sukan sendiri memberitahu bahawa kerajaan telah berbelanja sebanyak RM20 juta untuk penganjuran Himpunan Belia di Putrajaya itu.

"Malah beliau turut memaklumkan kementerian juga melantik sebuah syarikat yang baru dua bulan ditubuhkan bagi mengendalikan pengurusan program tersebut," kata pesara kakitangan kerajaan itu menghubungi pejabat Keadilan Daily, hari ini.

Berikutan itu, lelaki itu menuntut penyiasatan lanjut mengenai perbelanjaan kerajaan mengadakan himpunan itu.

"Saya minta perkara ini disiasat kerana sudah tentu kerajaan menggunakan duit rakyat untuk penganjuran program ini," katanya.

Bertemakan 'Hari Ini Lebih Baik Berbanding Hari Esok', 500 aktiviti yang membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan diadakan sejak Rabu lalu, memperlihatkan kerajaan lebih ghairah menghidangkan elemen hiburan berbanding kerohanian.

Aktiviti hiburan seperti tarian dan nyanyian juga bertentangan dengan konsep wasatiyyah yang dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Adakah penganjuran seperti ini menjadi kebanggaan kerajaan walaupun Himpunan Jutaan Belia tahun ini 'tercemar' apabila satu kemalangan berlaku ketika acara perlumbaan drag di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 pada Sabtu.

Seramai 17 penonton perlumbaan drag cedera termasuk empat parah apabila sebuah kereta perlumbaan terbabas sebelum melanggar penonton.

Mangsa kini berada di Hospital Putrajaya untuk mendapat rawatan lanjut. - Keadilandaily

Apa kata mufti??


Kerana BERSIH 3.0 Pelabur lari? Nong Chik! lu mau tipu ka? baca ni..

Posted: 29 May 2012 06:22 AM PDT


Dalam laporan di atas anda akan membaca satu kenyataan dari Nong Chik yang mana kesimpulannya ialah Pelabur telah lari dari melabur di Malaysia kerana himpunan BERSIH 3.0 yang lalu..

Bagaimanapun kenyataan dari Gabenor Dewan Perniagaan Amerika (Amcham) adalah sebaliknya pula..

Gabenor Amcham, Wong Siew Hai (kanan) berkata kajian oleh Malaysian American Electronics Industry malah mendapati pelaburan meningkat sejak tahun lalu.

Beliau berpendapat bahawa perhimpunan berkenaan tidak memberikan impak dan kebanyakan syarikat anggotanya semakin berkembang.

Pelabur hanya "memerhati dari sisi" namun dijangka tidak mengurangkan pelaburan mereka, katanya kepada pemberita di persidangan Invest Malaysia 2012 di Kuala Lumpur hari ini.

Ada di kalangan syarikat berkenaan turut membuka pejabat serantau mereka di sini, katanya lagi - Malaysiakini

Adakah Nong Chik menipu? atau cuba memperbodohkan rakyat Malaysia yang lain sepertimana beliau telah memperbodohkan Ahli-ahli UMNO?


******************************************

'No impact on investment due to Bersih rallies'


The American Chamber of Commerce has not observed any impact on investor sentiment among its members, following the three Bersih rallies to date.

In fact, said Wong Siew Hai Amcham, the governor for the Malaysian American Electronics Industry (MEAI), a survey conducted on MEAI members found that investments have grown last year.

"As far as the survey results show, I don't think there is impact. If you look at the data presented, most companies have expanded," he told the media at the Invest Malaysia 2012 conference in Kuala Lumpur.
As far as the most recent rally is concerned, investors are "watching from the sidelines" but are unlikely to scale back investments.

"Some have even set up regional headquarters here," he said.

The MEAI annual survey results for 2011 released today saw a significant 34.1 percent growth in design and development expenditure by the 29 members.

This is on the back of a 9.1 percent export sales growth at RM56.5 billion in 2011.

MEAI forecasts a further 3 percent growth this year.

Situation not extreme

Speaking to Malaysiakini on the sidelines, Wong said investors would only likely pull back investments if "the situation leads to airports being shut down, etc" and that Malaysia is far from such a situation.

He, however, noted that this would refer to existing investors and that the situation may not be the same for new investors.

Federal Territories and Urban Well-being Minister Raja Nong Chik Zainal Abidin (right) had reportedly said that the Kuala Lumpur City Hall lost out on RM20 million worth of investments when a South Korean company held off investment following the Bersih 3.0 rally on April 28.

International Trade and Industry Minister Mustapa Muhamad, after a recent post-Bersih 3.0 dialogue with industry players, however said that investment has not let up since the demonstration.

But he cautioned that investors may be consider their positions if the demonstrations persist.
Amcham Singapore chapter representative James Andrade said, meanwhile, that the chamber is encouraged by greater deregulation and focus on human capital in Malaysia.


Malaysiakini

Amy Search sertai UMNO!! (Video Inside)

Posted: 29 May 2012 02:47 AM PDT


Sebelum ini heboh di internet apabila penyanyi rock terkenal, Amy Search dikatakan semakin cenderung menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.

Gambarnya bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat disebarkan dengan meluas.


Malah Amy pernah berkata," Tuan Guru Nik Aziz guru aku", bagaimanapun beliau dan Search telah menerima undangan dari UMNO bagi menjayakan konsert sempena perhimpunan menyambut ulangtahun UMNO yang diharamkan baru-baru ini.

Namun hari ini beliau mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan untuk menyertai UMNO.

Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abd Rahman menyertai penyanyi lain seperti Ibnor Reza, Jamal Abdillah dan Mus May sebagai ahli UMNO bahagian Bukit Bintang.

Apa saja keputusannya.. hormatilah kerana negara kita mengamalkan demokrasi..


3 artis sertai UMNO
2012/05/29

KUALA LUMPUR: Legenda rock tanah air, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, menyertai UMNO kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara.

"Hanya UMNO saja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat UMNO adalah sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpinnya," kata Amy, 54, selepas menyerahkan borang keahliannya menyertai UMNO bersama Mus May atau Mustaffa Din dan Ibnor Riza Ibrahim di ibu pejabat UMNO di sini hari ini.

Ditanya tindakan sesetengah artis menyertai PAS atas alasan agama, beliau berkata Umno juga memperjuangkan agama dengan cara lebih baik dan tidak terlalu ekstrem.

"Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. UMNO juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulama. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah saja," katanya.

Sementara itu, Mus, 44, berkata beliau menyertai UMNO selepas menyedari hanya parti itu mampu memberikan yang terbaik untuk negara selama ia memerintah.

"UMNO sudah matang dan sudah lama memerintah negara... Sudah banyak yang dilakukan kerajaan bagi menjaga dan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia," katanya.

Bagi Ibnor Riza, 51, beliau sudah lama bercadang untuk menyertai UMNO selepas sedar akan kemampuan parti itu dalam memberi masa depan yang cerah, khususnya kepada pembangunan negara.

Borang mereka diterima Setiausaha Kerja UMNO pusat, Datuk Ab Rauf Yusoh, dan ketiga-tiga artis akan menjadi ahli UMNO Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang.

Ab Rauf berkata, Umno sentiasa menyokong langkah penggiat seni tanah air menyertai parti itu, dan mereka boleh bertindak sebagai duta UMNO.

"Penggiat seni tanah air yang menyertai Umno ini saya lihat akan menjadi duta kepada Umno dalam menarik minat masyarakat di luar sana untuk masuk ke dalam keluarga UMNO," katanya.

Kini, terdapat 43 ahli UMNO Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang yang terdiri daripada artis, antaranya Tan Sri Jins Shamsudin dan Jamal Abdillah.- BERNAMA


PANAS!! Exco Pemuda UMNO sifatkan Najib 'lemah jiwa' kerana tolak debat?

Posted: 28 May 2012 11:36 PM PDT


Sila fahamkan betul-betul apa yang dikatakan oleh Exco Pemuda Umno Datuk Muhd Khairun Che Aseh ini, dia kata Hiu Woong Sin "lemah jiwa" kerana menolak cabaran debat dengan pergerakan itu..

Beliau juga menyifatkan tindakan Hiu itu sebagai "(ayam) berkokok di luar gelanggang, tiba di tengah menyusup di celah kelangkang."

Ha..ha..ha.. sebijik kena kat Najib..

Kalau Woong Sin dikatakan "lemah jiwa" kerana menolak cabaran debat maka Najib pun samalah..

Dalam gelanggang sendiri berkokok riuh rendah seumpama pahlawan.. tapi bila dicabar berdebat oleh DSAI menyusup di celah kelangkang Rosmah..

Sampai Moderator debat Rafizi-Kahiry pun menjadi mangsa kritikan pencacai UMNO yang sayang dan tak mahu tengok Najib malu dan terkencing atas pentas debat..

Bukan pencacai saja yang sibuk mempertahankan Najib.. malah Menteri-menteri yang dah boleh dianggap expired pun sibuk mempertahankan Najib..

Apa?? Najib dah tak ada mulut ke untuk menjawab?

Yang ni orang tua-tua kata meludah ke langit atau menepuk air di dulang.. budak-budak sekarang kata kerja bodoh.

Nak meludah tu tengok keliling dulu sedara... kan dah kena kepala Najib..

Tolak debat perbuatan 'lemah jiwa', kata exco Pemuda Umno


Exco Pemuda Umno Datuk Muhd Khairun Che Aseh menyifatkan Hiu Woong Sin - individu yang mengganggu ucapan perdana menteri di London baru-baru ini - sebagai "lemah jiwa" kerana menolak cabaran debat dengan pergerakan itu.

"Rupanya tuan tidak seperti raja pahlawan. Oleh itu, saya menyerah kepada rakyat untuk membuat penilaian terhadap beliau," katanya.

Beliau juga menyifatkan tindakan Hiu itu sebagai "(ayam) berkokok di luar gelanggang, tiba di tengah menyusup di celah kelangkang."

Sebelum ini pihaknya telah mengutus surat kepada Hiu untuk berdebat melalui Kelab Umno di London.


Kemudian, pemuda itu membalas dalam laman sosial Facebooknya bahawa beliau sedia berdebat dengan Pemuda.

Bagaimanapun Hiu kemudiannya menolak cadangan untuk berdebat, seperti dalam surat kepada pengarang Malaysiakini bertajuk "A reply to Umno Youth challenge to debate".

"Saya menghargai mesej beliau kerana tidak sanggup menerima pelawaan saya. Kita hormat ketidaksanggupan beliau," kata Muhd Khairun dalam sidang media.


Malaysiakini

Scandal Scorpene akan didedah di Bangkok pula setelah Peguam dihalang ke Malaysia

Posted: 28 May 2012 08:47 PM PDT


Badan hak asasi manusia, Suaram, akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai samannya dalam kes Scorpene di Bangkok, Thailand esok, kerana peguamnya dari Perancis sehingga ini masih gagal mendapatkan kebenaran memasuki Malaysia.


Tidak pasti bila peguam Suaram dari Perancis, Joseph Breham akan diberi visa kerja untuk memasuki Malaysia, dan oleh itu, pemimpin NGO berkenaan memutuskan untuk menemuinya di Thailand.

Brehem dan pasukan Suaram yang diketuai pengarahnya Cynthia

Gabriel dan peguamnya Fadiah Nadwa Fikri akan mengadakan sidang akhbar kemudiannya mengenai perkembangan baru dalam kes kapal selam Scorpene yang difailkan oleh badan hak asasi manusia di Paris.

Gabriel berkata ia akan diadakan di Kelab Wartawan Asing di Thailand untuk mendedahkan lagi butiran hasil siasatan awal pihak pendakwa serta perkembangan terbaru kes tersebut.

Breham sepatutnya melawat Malaysia minggu ini, tetapi permohonannya untuk mendapatkan visa kerja untuk memasuki negara, masih belum diluluskan pihak berkuasa Malaysia.

Berikutan itu beliau akan menemui pihak Suaran di Bangkok.

***************************************

'Damning' Scorpene details to be exposed in Bangkok

Human rights NGO Suaram will expose more details on its Scorpene legal suit in Bangkok, Thailand tomorrow, as its lawyer from France has to date failed to obtain permission to enter Malaysia.

It remains uncertain when Suaram's France-based lawyer Joseph Brehem will be issued with a work visa to enter Malaysia, and as such the NGO's leaders decided to travel to Thailand to meet with him.

Brehem (left) and the Suaram team led by director Cynthia Gabriel and legal representative Fadiah Nadwa Fikri will later hold a press conference on new developments in the Scorpene submarine case the human rights group has filed in Paris.

Gabriel said the press event - at the Foreign Correspondents Club of Thailand tomorrow - is planned to "reveal further damning details from the initial findings of the prosecutors and to announce the latest developments surrounding the case".

Brehem was to visit Malaysia this week, but his application for a working visa to enter the country has yet to be approved by the Malaysian authorities, leading to the decision by him and Suaram to meet in Bangkok.

His colleague, William Bourdon, was deported from Malaysia after he attended a Suaram fundraising dinner in Penang last year.

Battle royal of sorts

Gabriel said the press conference would help fill in the vacuum of information on gross corrupt and illegal practices involved in arms procurement in the name of Malaysia's national security.

She said that as Malaysia inched closer toward what is expected to be its most challenging general election ever, the "political temperature has escalated to an unprecedented level".

This, she said, would culminate in a "battle royale" of sorts as Malaysians were gearing for change and prepare to welcome the long overdue two-party system.

"Climaxing with this heightened scenario is the sudden commencement of an inquiry on Malaysia, 3,000km across the seas in France," Gabriel (left) said.

She was referring to the RM7.3 billion purchase of two Scorpene-class submarines in 2002; the decision of the French court to hear evidence of alleged bribery of top Malaysian officials in connection with the submarine purchase; and the grisly murder of Mongolian national Altantuya Shaariibuu with C4 military-grade explosives in 2006.

Case blackout in the media

Two of Prime Minister Najib Abdul Razak's former bodyguards have been convicted for the murder of Altantuya and they are now awaiting their appeal, which is slated to be heard in August.

Najib's close ally and political analyst Abdul Razak Baginda, who was charged with abetting in her murder, was acquitted without his defence being called.

Najib (right), who has refused to comment on the matter, was defence minister when the submarine deal was inked, but has denied any involvement in the case.

"The growing links among the three parties spell big headaches for the ruling administration, and especially for Najib, whose role in the entire scandal could bring a damning outcome to his political future," Gabriel said in an advisory sent out to the press yesterday.

"Despite an almost 100 percent blackout in Malaysia's mainstream media, the Internet is running riot with the story, and at full throttle," she added.

"It is piling up the challenges for Najib and his men as they face one of the fiercest electoral battles in Malaysia's history."



Malaysiakini

Ummi Hafilda kata muka Anwar macam jebon, muka Nik Aziz macam Komunis.. (Video Inside)

Posted: 28 May 2012 05:00 PM PDT


Kita tengok pemimpin-pemimpin UMNO wajah mereka ada nur.. Dr. Mahathir.. wajah dia ada nur.. Datuk Najib.. wajah datuk Najib pun ada nur.. betul atau tidak??

Tapi kita tengok muka Anwar dah macam jebon!! Betul atau tidak? Kita tengok muka Nik Aziz dah macam Chin Peng Komunis.. Betul atau tidak?

Itu kata Ummi Hafilda.. perempuan gila yang menjadi pemidato pilihan pemimpin-pemimpin UMNO dipentas-pentas ceramah mereka.

Kerana kononnya dia mampu menangkis pidato oleh pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat terutama sekali Anwar Ibrahim..

Apa yang dipatahkannya entahlah.. yang aku nampak hanyalah serangan peribadi..

Saksikan pada minit yang ke 1:36 perempuan ini mula menggila..



Kesian kat dia ya... demi sesuap nasi terpaksa melalak macm orang gila diatas pentas..

Tiada ulasan: