shalehudin |
- Najib kena kencing ngan orang sendiri... kahkahkah....
- Rosmah woi, nak bohong pun agak-agak laa... kahkahkah...
- DARI Blog Pecacai... kahkahkah...
- TERHOT:Najib Terkencing Dalam Seluar Terus Kali Ni kahkahkah.....
- TERHOT: Mampuih la Umno kali ni kahkahkah......
- Dah Terbongkar Kerja Kotor Umno...Naib Ketua Umno Kampar Isytihar Keluar Parti...(video)
- Cubaan mencuri jasad Rasulullah s.a.w...
Najib kena kencing ngan orang sendiri... kahkahkah.... Posted: 19 May 2012 10:00 AM PDT Najib serah tanah Wakaf kepada bukan Islam, Guan Eng pula serah tanah bukan Islam untuk dijadikan Perkuburan Islam.. Dalam satu Majlis yang diadakan di USM, Pulau Pinang, pada 22 April lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyerahkan replika kunci rumah Taman Sejahtera secara percuma kepada sembilan keluarga Hindu dari Kampung Buah Pala. Malangnya tanah tapak bagi perumahan tersebut adalah tanah yang telah diwakafkan kepada umat Islam. Pemaju perumahan atas tanah wakaf tersebut adalah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), iaitu anak syarikat berkaikan kerajaan pusat (GLC) di bawah pentadbiran Najib sendiri. Perkara ini sebelum ini telah dibantah oleh penduduk Taman Sejahtera hingga melibatkan Ahli Parlimen kawasan tersebut.. tapi jawapan yang mereka terima "Tak boleh nak buat apa.. Najib nak bagi...". Itu adalah tindakan Najib, seorang pemimpin dari sebuah Parti yang kononnya memperjuangkan nasib Bangsa dan Agama. Seorang yang berugama Islam menyerahkan tanah yang diwakafkan kepada ummat Islam kepada bukan Islam.. Berbeza pula dengan laporan di bawah.. seorang pemimpin bukan Islam, membeli tanah milik bukan Islam untuk diserahkan kepada umat Islam bagi dijadikan tanah Perkuburan Islam.. Masalah 13 tahun tanah wakaf Jelutong berjaya diselesaikan MASALAH umat Islam di Jelutong yang gagal diselesaikan oleh Kerajaan Negeri era Barisan Nasional sejak 13 tahun lepas berjaya diselesaikan oleh pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng. Guan Eng berkata, proses pengambil alihan tanah seluas 3.208 ekar milik bukan Islam yang bernilai RM20 juta bagi menangani masalah kepadatan tanah perkuburan Islam di Jelutong dilakukan sungguhpun Kerajaan Pusat sebelum ini berjanji untuk membeli tanah bernilai tinggi itu. "Tanah yang diambil untuk tujuan perkuburan kini dimiliki oleh orang bukan Islam. "Ia merupakan kes yang jarang berlaku di mana tanah bukan Islam diambil untuk tujuan perkuburan bukan Islam di Pulau Pinang," ujar beliau pada satu sidang media di Komtar baru-baru ini. Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Haji Othman, Abdul Malik Abul Kassim (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Datuk Mohd Salleh Man (Adun Permatang Pasir merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri) turut hadir pada sidang akhbar tersebut. Justeru katanya, isu tersebut tidak wajar dipolitikkan oleh mana-mana pihak khususnya pihak pembangkang memandangkan inisiatif Kerajaan Negeri nyata demi kepentingan rakyat terbanyak di Jelutong. Sumber Pejabat Tanah Daerah Timur Laut (DTL) mendedahkan, pihaknya telahpun meluluskan proses perbincangan dan pengambilan balik tanah Lot 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18 dan 19 Seksyen 4 Bandar Jelutong, Daerah Barat Daya untuk tujuan tanah perkuburan Islam dan perumahan am sejak 1999 lagi. Nilai pasaran tanah berkenaan semasa itu adalah sekitar RM5 juta hingga RM6 juta sahaja. Namun, Kerajaan Negeri di bawah Umno serta Barisan Nasional gagal menyelesaikan masalah itu sungguhpun mendapat sokongan langsung daripada Kerajaan Pusat ketika itu. Apabila masalah ini dibangkitkan semula, kerajaan pusat enggan membantu sungguhpun Kerajaan Negeri era Pakatan Rakyat membuat permohonan demikian demi kepentingan umat Islam di negeri berkenaan. "Tetapi malangnya, kerajaan pusat tidak mempertimbangkannya atas faktor kepentingan umat Islam di negeri ini, apabila memutuskan untuk tidak akan menyalurkan peruntukan untuk proses pengambilalihan tanah perkuburan tersebut," ujar Guan Eng. Dari 3.208 ekar tanah yang terlibat, 1.55 ekar akan dijadikan tanah wakaf perkuburan manakala baki 1.657 ekar akan dijadikan perumahan am rakyat setempat yang menelan belanja RM60 juta lagi. Proses pengambilan lot-lot tanah berkenaan mula diwartakan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat pada 9 Disember 2010. Difahamkan, Kerajaan Negeri menggunakan Akta Pengambilan Tanah, 1990 bagi mengeluar perintah pada 30 Disember tahun lepas dengan kesemua 14 tuan tanah masing-masing diberi pampasan yang menasabah. Kerajaan Negeri turut memberi pampasan yang munasabah kepada empat pemilik bangunan yang hadir dalam satu proses siasatan. Manakala 25 pemilik bangunan yang tidak hadir pada proses siasatan itu turut boleh menuntut pampasan masing-masing seperti yang didipositkan oleh Kerajaan Negeri di bank sebelum ini. Perkembangan terbaru ini sekaligus membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang mampu memartabatkan umat Islam dan rakyat yang berbilang kaum sungguhpun seakan dipinggirkan dari segi kewangan oleh Kerajaan Pusat yang diteraju oleh Umno serta Barisan Nasional. Penang Insight |
Rosmah woi, nak bohong pun agak-agak laa... kahkahkah... Posted: 19 May 2012 08:27 AM PDT Amno woi... Kalau nak kelentong pun agak-agak laa... Ini lah antara reality dan fantasi... Full house final Piala Malaysia baru ja 85k... Mai time Amno sambut 66 tahun, walau bangku kosong berlambak tapi depa declare 200k... Kahkahkah.... Kahkahkah.... Kahkahkah.... Bengong la sapa yang percaya... Kahkahkah.... |
DARI Blog Pecacai... kahkahkah... Posted: 19 May 2012 05:53 AM PDT Pemuda Umno Cari Pengganggu Majlis Najib Di London Ajak Berdebat Pergerakan Pemuda Umno pada Jumaat mencabar individu yang mengganggu majlis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di London untuk berdebat. Exco Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, Pemuda Umno mencabar individu itu berdebat bagi menyampaikan informasi yang betul dan terkini mengenai Malaysia terutamanya melibatkan pilihan raya dan isu Bersih. "Mungkin beliau (individu berkenaan) tidak berapa faham kerana kurang informasi, saya mahu debat dengan dia hendak bagi dia faham. Beliau seorang yang keliru tetapi memilih untuk 'tunjuk pandai' pada hari tersebut. "Saya akan mewakili Pemuda Umno dalam debat terbuka ini dan saya harap debat secara intelektual ini akan berlangsung secara harmoni dan terbuka," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini. Selasa lepas, semasa sesi "Sepetang Bersama Perdana Menteri" dihadiri 1,500 orang sempena lawatan kerja dua hari Najib ke United Kingdom, antara dua dan tiga orang muncul pada majlis itu dan berbuat bising sambil melaungkan perkataan 'Bersih'. Muhammad Khairun berkata, jentera Umno di luar negara telah mengenal pasti individu itu yang merupakan seorang warganegara Malaysia 'agak senior' dalam komuniti Malaysia di sana dan bekerja di Reading, United Kingdom. "Kami memilih individu itu untuk berdebat kerana beliau 'the loudest' (paling lantang) dan 'the most enthusiastic' (paling bersemangat) antara mereka yang membuat kacau pada majlis itu. "Jentera Umno di sana telah menyampaikan hasrat (berdebat) secara umum kepada individu itu dan surat rasmi akan diberikan kepadanya hari ini. Kami beri masa tujuh hari untuk beliau beri jawapan," katanya. Beliau berkata, sekiranya individu itu tidak menyahut cabaran untuk berdebat,rakyat boleh menilai sendiri 'individu penakut yang bagaimana' menyokongpergerakan Bersih itu. Muhammad Khairun mengalu-alukan sekiranya ada wakil daripada pembangkang yang mahu menyertai debat itu, namun menegaskan individu itu perlu mewakili dirinya sendiri. "Bila disertai pembangkang, kita ada tiga pihak jadi masa itu sudah jadi forum, tetapi jika pembangkang mahu mewakili individu itu, tidak boleh sama sekali kerana itu tindakan penakut dan berniat jahat. "Individu itu perlu bertanggungjawab atas apa yang dia lakukan dan kita beri dia platform untuk dia menjelaskan mengapa dia buat begitu," katanya. Muhammad Khairun berkata, Pemuda Umno mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kumpulan yang mengganggu Najib pada majlis itu dan menyifatkan tindakan itu sebagai biadap dan kurang ajar. "Kita bercakap mengenai Perdana Menteri Malaysia yang sedang berucap kepada audiens seluruh dunia, sebagai seorang warganegara Malaysia kita perlu menghormati beliau. "Tindakan itu menggambarkan rakyat Malaysia ini buruk budi pekerti dan tidak ada sopan santun hinggakan sanggup buat begitu kepada Perdana Menteri sendiri," katanya. - Dipetik dari blog pencacai |
TERHOT:Najib Terkencing Dalam Seluar Terus Kali Ni kahkahkah..... Posted: 19 May 2012 01:45 AM PDT Anwar berkata, Najib juga perlu hadir kerana terdapat sapina terhadapnya sebagai saksi yang turut dibabitkan bersama Abdul Razak Baginda dan beberapa nama lain. "Sekiranya beliau benar-benar yakin tidak terlibat dalam dakwaan kes isu Scorpene, Datuk Najib tidak perlu takut dalam menegakkan kebenaran. "Mudah saja, hadir dan berikan keterangan sebagai saksi. Ini bukan perkara sukar untuk dilakukan kecuali adanya sesuatu kebatilan yang cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat negara ini, " tegasnya ketika berucap di Dataran Rakyat, Pekan Tanjong Piandang di Parit Buntar, Perak malam semalam. Berucap di hadapan kira-kira 10,000 penyokong Pakatan, Anwar berkata Najib tidak boleh memperbodohkan Mahkamah Perancis sepertimana yang dilakukan terhadap sistem keadilan di negara ini. "Jika dalam negara beliau boleh menolak dengan mentah untuk menjadi saksi, tetapi perbicaraan di mahkamah luar negara, tidak boleh ia perbodohkan sepertimana yang dilakukan di sini," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusoff Rawa, Pengerusi KEADILAN Perak, Dr. Muhammad Nur Manuty, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan kepimpinan PR Perak. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30595 (Oleh: Nazar Hashim) |
TERHOT: Mampuih la Umno kali ni kahkahkah...... Posted: 18 May 2012 11:40 PM PDT Kuala Terengganu – Naib Presiden PAS YB Salehuddin Ayob berkata pebenarnya perhimpunan aman boleh dijelmakan di mana-mana sahaja di negara ini sekiranya tidak ada provokasi oleh pihak tertentu. Menurutnya, ribuan malah puluhan roibu rakyat hadir mendengar ceramah pimpinan PAS di mana-mana sahaj pada maskini berjalan dengan begitu baik tanpa sebarang perkara yang tidak diingin. "lihat pada hari ini, sambutan yang diberikan oleh rakyat cukup luar biasa, dimana-mana pun kita (pimpinan PAS) hadir pada hari ini, "membuktikan bahawa perhimpunan secara aman (dan) beretika ini maih mampu kita jelmakan dimana-mana sahaja asalkan tidak ada apa-apa provokasi yang mengganggu himpunan aman seperti ini,"jelasnya. Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas majlis ceramah di Batu Burok dekat sini semalam Jumaat 17 Mei, yang dihadiri lebih 5,000 orang. Sehubungan itu, Sasterawan Negera Datuk A.Samad Said (Pak Samad) menekankan bahawa BERSIh adalah gerajkan yang benar-benar mahu melihat pilihanraya umum yang akan datang adalah satu pilihanraya yang adil dan bersih. Beliau melahirkan rasa pelik kerana katanya ada upaya menghuru-harakan keadaan negara ini yang bukan dilakukan oleh 'oposisi' tetapi oleh pihak yang memerintah. "dan saya mula terbayang sekarang bahawasanya ada upaya untuk cuba menghuru-harakan negara ini dengan menimbulkan soal perkauman, "amat aneh sekali ini bukan dilakukan oleh kita sebagai 'oposisi' tetapi oleh orang yang sedang memerintah,"ujarnya. Beliau yang turut menyampaikan ceramah pada majlis tersebut menyifatkan, ia adalah sebenarnya suatu ketakutan yang amat luar biasa oleh kerajaan. Oleh itu beliau mengingatkan tindakan kerajaan menimbulkan soal perkauman itu tidak akan menguntungkan sesiapa. Turut menyampaikan ucapan adalah Koordinator Amanah Negeri Terengganu Datuk Raja Kamarulbahrin dan Senator Mumtaz Nawi. Hadir bersama adalah ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan ADUN Ladang Dato' Tengku Hassan Omar. -buletinonline |
Dah Terbongkar Kerja Kotor Umno...Naib Ketua Umno Kampar Isytihar Keluar Parti...(video) Posted: 18 May 2012 09:38 PM PDT BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Sdr Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu. Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven. "Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu," katanya. Menurutnya, rasuah didalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan. Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan. "Saya bayar cukai RM20 125 seperti prosidur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir," ujarnya. Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah 'orang kuat' menyokong kerajaan. "Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi (pelacur) dari siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Dato' Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan. "Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang. "Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat," ujarnya. Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau. Sementara itu, Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau. Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan. "Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir. "Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat. Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat. |
Cubaan mencuri jasad Rasulullah s.a.w... Posted: 18 May 2012 04:30 PM PDT Cubaan Kaum Salib Mencuri Jasad Rasulullah S.A.W 1) Samhudi, seorang ahli Sejarah menyebutkan dalam kitab tarikhnya " Wafaul Wafa " 2) Abu Bakar Al-Maraghy dalam kitab tarikhnya " Talkhisul Ma'alim Daril Hijrah " 3) Abbasi dalam bukunya " Fi 'Amdatil Akhbar " semua kitab itu menceritakan tentang percubaan kaum Salib dalam membongkar kubur Nabi Muhammad s.a.w. dan mencuri mayat baginda yang suci dan utuh , kerana mayat para Nabi tidak dimakan oleh tanah. percubaan itu terjadi pada tahun 557H.(1162M) , yakni pada zaman khalifah Abbasiah, Al-Mustanjid Billah. Mereka telah mengirim 2 org lelaki dari benus Eropah ke tanah suci Madinah Al-Munawwarah, di mana Nabi bermakam. mereka datang menyamar sebagai org perantau dan bertempat tinggal di suatu rumah tidak jauh dari "Raudhah " di mana kubur Rasulullah s.a.w. terletak. keduanya menjalankan tugasnya siang dan malam menggali dan melubangi tanah yang menjuruskan ke makam Rasulullah s.a.w.. Tiba2, pada suatu malam ,seorang raja bernama Raja Nurudin dari Iraq, bermimpi melihat Rasulullah s.a.w.. Baginda membangunkannya dan menerangkan bahawa diri baginda dalam bahaya dan beliau meminta perhatian Raja Nurudin tersebut. Keesokannya, Raja Nuruddin bermimpi lagi Rasulullah s.a.w. yang juga mengatakan seperti malam sebelumnya, yakni baginda dalam bahaya. Dan pada malam ketiga, Nuruddin bermimpi lagi dengan Rasulullah s.a.w. sambil membentak2 kepada Nuruddin mengapa tidak acuh sama sekali atas apa yang di alami Baginda s.a.w.. dan pada malam itu juga lah, Nuruddin terbayang 2 org lelaki sedang beraksi menjalankan perbuatan nekadnya itu. Dan setelah itu, barulah Nuruddin yakin penuh percaya dengan mimpinya itu dan keesokannya , beliau memanggil Menteri yang bernama Jamaluddin untuk segera berangkat ke Madinah. Setelah 20 hari di jalan ,maka kedua-duanya sampai di destinasi tersebut. Ketika kedua-dua pembesar itu pergi ke Raudhah , maka benarlah terjadi seperti apa yang dilihat Raja dalam mimpinya, 2orang lelaki yang mengaku beragama Nasrani sedang beraksi menggali lubang yang menjurus ke makam Baginda s.a.w.. mereka mengaku bahawa mereka hendak mencuri jasad Nabi Muhammad s.a.w.. maka, lelaki2 Nasrani itu pun dihukum bunuh dan mayatnya di bakar. Demikianlah dalamnya rasa permusuhan dari kaum Salib itu terhadap Islam, dinul syumul, bukan sahaja umatnya mahu dibinasakan dengan sehancur2nya dalam perang 200 tahun itu, ajarannya mahu dikikis semua, tetapi juga jasad Nabinya yang telah di dalam kubur pun mereka mahu merampas dan memperkosa sedemikian rupa. Tetapi ,dewasa ini kerana tidak mungkin lagi untuk mencuri dan membongkar kubur Nabi akhir zaman itu, atas asbab penjagaan yang terlalu ketat , maka kaum Salib meneruskan perjuangan operasinya di bidang lain, iaitu di bidang da'wah, propaganda dan misi yang tujuannya tidak lain menasranikan umat Baginda s.a.w.. so, hati-hati dengan kaum Salib/ Kristian kerana mereka berhasrat untuk menjahanamkan / menasranikan umat Nabi walau dengan apa cara pun, sehingga ke hari ini. ingatlah firman ALLAH , mafhumnya : " Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. itu (Muhammad) bagimu adalah ikutan yang baik ! " (Surah Al-Ahzab : 21) 5 kali cubaan mencuri jasad Rasulullah saw
Wallahu a'lam. Sumber: Nuriman |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan