Sabtu, 19 Mei 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Dakwa polis di mahkamah hanya Wayang - Maria Chin

Posted: 19 May 2012 12:43 AM PDT


Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah menyifatkan tindakan mendakwa dua orang polis atas tuduhan mengasari seorang jurugambar sebagai satu 'pertunjukan' semata-mata.

Menurutnya, lebih ramai polis sepatutnya didakwa berdasarkan jumlah peserta yang tampil ke depan memberi keterangan dan membuat laporan polis.

"Saya rasa tidak cukup. Apabila kita dengar cerita daripada mereka kita tahu ada lebih daripada dua orang anggota polis yang sepatutnya didakwa.

"Ini bukan keadilan. Ini satu pertunjukan cubaan gubahan imej polis semata-mata," katanya.

Dua anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam atas tuduhan mencederakan jurugambar Guang Ming Daily, Wong Kin Onn sewaktu himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Mohd Khairul Asri Mohd Sobri dan Shahrul Niza Abd Jalil didakwa bawah Seksyen 350 Kanun Keseksaan kerana menggunakan keganasan jenayah terhadap Wong.

Berdasarkan keterangan mereka yang mendakwa dikasari, Maria Chin menggesa agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjelaskan sebab sebahagian polis yang didakwa melakukan kekasaran tidak memakai tag nama atau nombor pengenalan polis pada hari itu.

"IGP kena jawab kenapa polis pada hari itu tidak memakai tag nama" kata Maria Chin - Malaysiakini

****************************************

Dua polis didakwa kasari jurugambar

L/Kpl Mohd Khairul Asri Mohd Sobri, 30, dan Shahrul Niza Abd Jalil, 24
KUALA LUMPUR: Dua anggota polis masing-masing berpangkat lans koperal dan konstabel dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan melakukan kekerasan terhadap seorang jurugambar akhbar Cina pada perhimpunan Bersih 3.0, akhir bulan lalu.

Mohd Khairul Asri Mohd Sobri, 30, dan Shahrul Niza Abd Jalil, 24, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Zulkpli Abdullah.

Mereka didakwa bersama dua lagi yang masih bebas melakukan kekerasan jenayah terhadap jurugambar akhbar Guang Ming Daily, Wong Onn Kin, 33, di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja di sini, antara jam 5.20 petang dan 5.30 petang, 28 April lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farizul Hassan Bakri menawarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000, namun peguam mereka, Salim Bashir membantah kerana menganggapnya terlalu tinggi.

Dalam rayuannya, Salim berkata, kedua-dua tertuduh masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pendapatan rendah dan memohon ikat jamin dibenarkan RM1,000.


Menurutnya, Mohd Khairul Asri yang sudah berumahtangga dan menanggung isteri serta tiga anaknya bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim, manakala Shahrul Niza berkhidmat di IPD Dang Wangi.

Mahkamah membenarkan jaminan RM3,000 dan menetapkan 18 Jun depan untuk sebutan semula kes.


myMetro

Lagi Berita Panas yang tak akan disiarkan TV3 dan Utusan.. kali ini dari Sabah pula..

Posted: 18 May 2012 11:00 PM PDT


BUKIT GARAM : Demi membela maruah rakyat Sabah yang terhina di bawah pemerintahan UMNO dan BN, Bekas Ketua Anak Negeri N48 Sukau, Sairin Muyong bertindak keluar UMNO dan menyertai PAS bersama 23 orang penyokongnya.

Borang penyertaan Sairin dan penyokongnya diserahkan kepada Bekas Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Sapawi di rumahnya di Kg Bukit Garam. Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Kinabatangan, Innah Tuton turut menyampaikan ucapan dalam majlis ringkas tersebut melahirkan rasa bangga atas penyertaan Sairin yang diyakini bakal memperkukuhkan PAS Kawasan Kinabatangan.

"Rakyat Sabah sering dipermainkan oleh pemimpin BN bermula zaman Tun Datu Mustapa sehinggalah kini dengan janji-janji pembangunan yang mengkayakan pemimpin tertentu sahaja. Rakyat Sabah terus hidup melarat dihimpit kemiskinan," jelas Sairin yang juga bekas Setiausaha Parti Berjaya Kinabatangan.

Ketika ditanya, penyertaannya ke dalam PAS kerana berminat untuk menjadi calon PAS di N48 DUN Sukau, Sairin menafikan dakwaan itu kerana PAS sebuah parti yang cukup cermat dalam pemilihan calon dan matlamat perjuangannya adalah jelas untuk Islam.

Penyertaan beliau adalah untuk mencari redha Allah dengan baki kesihatan yang dianugerahkan Allah ini, namun Sairin berjanji akan bersungguh-sungguh menggunakan pengalaman politiknya untuk membantu PAS dalam pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Bekas Ketua Cawangan UMNO itu juga melahirkan keyakinan kepada PAS yang dilihat lebih telus dalam pengurusan dan sentiasa mendidik pemimpin dan ahlinya supaya amanah dalam memikul tanggungjawab Negara, di samping keikhlasan ahlinya berkorban untuk meninggikan syiar Islam.

Ketika menyerahkan borang keahliannya kepada Ustaz Azman, Sairin berkata, "saya menyerahkan borang ini berserta dengan jiwa dan raga saya kepada perjuangan Islam yang dibawal oleh PAS," lalu disambut dengan laungan takbir oleh hadirin yang hadir.

Sementara itu, Ustaz Azman turut melahirkan kegembiraan atas kesediaan Sairin dan penyokongnya untuk menyertai PAS.

Senario penyertaan masyarakat kepada PAS dan Pakatan Rakyat semakin rancak, bahkan di mana-mana yang beliau pergi, masyarakat akan bertanya tentang tarikh pilihanraya.

Ini membuktikan rakyat sudah muak dengan UMNO BN dan sudah tidak sabar-sabar untuk menguburkan parti yang memerintah sekarang ini.

Menurut Ustaz Azman lagi, rakyat semakin takut dengan gaya pemerintahan BN yang boros dan bocor di mana-mana.

"UMNO BN bergaduh dengan semua peringkat masyarakat, bermula dengan pelajar university sehinggalah peneroka FELDA sehingga tergamak mengeluarkan kata-kata kesat kepada peneroka FELDA," jelas Ustaz Azman lagi.


Sabahkini

Najib serah tanah Wakaf kepada bukan Islam, Guan Eng pula serah tanah bukan Islam untuk dijadikan Perkuburan Islam..

Posted: 18 May 2012 08:00 PM PDT


Dalam satu Majlis yang diadakan di USM, Pulau Pinang, pada 22 April lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyerahkan replika kunci rumah Taman Sejahtera secara percuma kepada sembilan keluarga Hindu dari Kampung Buah Pala.

Malangnya tanah tapak bagi perumahan tersebut adalah tanah yang telah diwakafkan kepada umat Islam.

Pemaju perumahan atas tanah wakaf tersebut adalah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), iaitu anak syarikat berkaikan kerajaan pusat (GLC) di bawah pentadbiran Najib sendiri.  

Perkara ini sebelum ini telah dibantah oleh penduduk Taman Sejahtera hingga melibatkan Ahli Parlimen kawasan tersebut.. tapi jawapan yang mereka terima "Tak boleh nak buat apa.. Najib nak bagi...".

Laporan penuh sila baca di ( SINI )

Itu adalah tindakan Najib, seorang pemimpin dari sebuah Parti yang kononnya memperjuangkan nasib Bangsa dan Agama.

Seorang yang berugama Islam menyerahkan tanah yang diwakafkan kepada ummat Islam kepada bukan Islam..

Berbeza pula dengan laporan di bawah.. seorang pemimpin bukan Islam, membeli tanah milik bukan Islam untuk diserahkan kepada umat Islam bagi dijadikan tanah Perkuburan Islam..

Masalah 13 tahun tanah wakaf Jelutong berjaya diselesaikan

MASALAH umat Islam di Jelutong yang gagal diselesaikan oleh Kerajaan Negeri era Barisan Nasional sejak 13 tahun lepas berjaya diselesaikan oleh pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.

Guan Eng berkata, proses pengambil alihan tanah seluas 3.208 ekar milik bukan Islam yang bernilai RM20 juta bagi menangani masalah kepadatan tanah perkuburan Islam di Jelutong dilakukan sungguhpun Kerajaan Pusat sebelum ini berjanji untuk membeli tanah bernilai tinggi itu.

"Tanah yang diambil untuk tujuan perkuburan kini dimiliki oleh orang bukan Islam.

"Ia merupakan kes yang jarang berlaku di mana tanah bukan Islam diambil untuk tujuan perkuburan bukan Islam di Pulau Pinang," ujar beliau pada satu sidang media di Komtar baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Haji Othman, Abdul Malik Abul Kassim (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Datuk Mohd Salleh Man (Adun Permatang Pasir merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri) turut hadir pada sidang akhbar tersebut.

Justeru katanya, isu tersebut tidak wajar dipolitikkan oleh mana-mana pihak khususnya pihak pembangkang memandangkan inisiatif Kerajaan Negeri nyata demi kepentingan rakyat terbanyak di Jelutong.

Sumber Pejabat Tanah Daerah Timur Laut (DTL) mendedahkan, pihaknya telahpun meluluskan proses perbincangan dan pengambilan balik tanah Lot 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18 dan 19 Seksyen 4 Bandar Jelutong, Daerah Barat Daya untuk tujuan tanah perkuburan Islam dan perumahan am sejak 1999 lagi.

Nilai pasaran tanah berkenaan semasa itu adalah sekitar RM5 juta hingga RM6 juta sahaja.

Namun, Kerajaan Negeri di bawah Umno serta Barisan Nasional gagal menyelesaikan masalah itu sungguhpun mendapat sokongan langsung daripada Kerajaan Pusat ketika itu.

Apabila masalah ini dibangkitkan semula, kerajaan pusat enggan membantu sungguhpun Kerajaan Negeri era Pakatan Rakyat membuat permohonan demikian demi kepentingan umat Islam di negeri berkenaan.

"Tetapi malangnya, kerajaan pusat tidak mempertimbangkannya atas faktor kepentingan umat Islam di negeri ini, apabila memutuskan untuk tidak akan menyalurkan peruntukan untuk proses pengambilalihan tanah perkuburan tersebut," ujar Guan Eng.

Dari 3.208 ekar tanah yang terlibat, 1.55 ekar akan dijadikan tanah wakaf perkuburan manakala baki 1.657 ekar akan dijadikan perumahan am rakyat setempat yang menelan belanja RM60 juta lagi.

Proses pengambilan lot-lot tanah berkenaan mula diwartakan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat pada 9 Disember 2010.

Difahamkan, Kerajaan Negeri menggunakan Akta Pengambilan Tanah, 1990 bagi mengeluar perintah pada 30 Disember tahun lepas dengan kesemua 14 tuan tanah masing-masing diberi pampasan yang menasabah.

Kerajaan Negeri turut memberi pampasan yang munasabah kepada empat pemilik bangunan yang hadir dalam satu proses siasatan.

Manakala 25 pemilik bangunan yang tidak hadir pada proses siasatan itu turut boleh menuntut pampasan masing-masing seperti yang didipositkan oleh Kerajaan Negeri di bank sebelum ini.

Perkembangan terbaru ini sekaligus membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang mampu memartabatkan umat Islam dan rakyat yang berbilang kaum sungguhpun seakan dipinggirkan dari segi kewangan oleh Kerajaan Pusat yang diteraju oleh Umno serta Barisan Nasional.


Penang Insight

Pesta Makanan Monggolia pula akan di adakan di Putrajaya?

Posted: 18 May 2012 05:30 PM PDT


Sebagai respon kepada gesaan tidak memberikan reaksi balas terhadap kumpulan anti-BERSIH, 'Protes tose' yang dirancang di luar rumah Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar pada Ahad ini telah dibatalkan.

Pengerusi WargaAman A Rajaretinam mengesahkan perhimpunan bantahan itu secara rasminya dibatalkan tetapi mereka akan tetap menghantar tose telur kepada Khalid.

Beberapa anggota WargaAman akan membeli tose telur daripada gerai berdekatan dan menghantarnya melalui serahan tangan ke rumah Khalid pada pagi Ahad ini, katanya dalam sidang media hari ini.

Rajaretinam berkata, keputusan itu diambil setelah mempertimbangkan nasihat pemimpin DAP Lim Kit Siang, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga.

Bagaimanapun Pengerusi  WargaAman, A Rajaretinam tidak menolak kemungkinan mereka akan menganjurkan 'Pesta Makanan Monggolia' di Putrajaya pula..

"Mengapa tidak?, jika orang awam menyokong cadangan ini kami akan pertimbangkannya" kata A Rajaretinam.

Bagaimanapun beliau menegaskan perkara ini tidak ada kena mengena dengan Najib dan Altantuya..

Ha.. ha... ha... satu cadangan yang bijak!!

**************************************

Thosai out, Mongolian food in?

PETALING JAYA:  The much-anticipated Thosai stall in front of the residence of Deputy Inspector- General of Police Khalid Abu Bakar has been called off.

At a press conference here today, WargaAMAN chairman A Rajeretinam said the decision was made out of respect for the views of Bersih 3.0 chairperson S Ambiga.

On a lighter note, he did not rule out the possibility of WargaAMAN organising a Mongolian food festival in Putrajaya.

"Why not? If the public supports this idea, we may consider it," he told FMT.

Mongolia is a sensitive word in Malaysia since it rekindles memories of Altantuya Shaaribuu, the Mongolian national who was murdered here by two police special action unit personnel.

Certain quarters had implicated Prime Minister Najib Tun Razak in the case but the latter denied any involvement and the authorities had also cleared him.

However, Rajaretinam stressed that the idea had nothing to do with Najib or Altantuya.

24-hour deadline for 'thosai telur'
 

As for the cancellation of the thosai carnival, he said several other leaders including former Perak menteri besar Nizar Jamaluddin and DAP stalwart Lim Kit Siang had also advised them against carrying out the event, which the NGO claimed was to promote thosai.

"We held an emergency meeting with our members last night after being informed about Ambiga's stand on the matter and decided to withdraw the plan," he told reporters.

However, he said WargaAMAN would present Khalid with the "thosai telur" which he had requested if he still wanted it.

Giving the deputy police chief a 24-hour deadline, Rajaretinam said if Khalid made the request a WargaAMAN delegation would deliver the thosai to his doorstep on Sunday.

"We want to know whether he still wants to taste the thosai telur or cancel it. The ball is in his court," he added.

Rajeretinam also apologised to the public for calling off the event.

"We received hundreds of calls and thousands of SMS where nearly 5,000 people promised to attend the event," he said.

Quizzed on the DIG's suggestion to hold the carnival at a field near his house, Rajeretinam said he would let the public form their own opinions about the former's remark.

"When, it (the burger protest) happened in front of Ambiga's house everything is perfect. But now, when it comes to him, he says that his house is not suitable.

"Khalid should work for the people not politicians," he added.

Speaking to FMT yesterday, Ambiga had requested the NGO to reconsider its plan and urged all Malaysians to respect private spaces.

Kit Siang backs Ambiga
 

In a related development, DAP stalwart and Ipoh Timor MP Lim Kit Siang had earlier supported Ambiga's proposal.

"While Khalid failed in his duties as a public servant when he gave his blessings to the setting up of a burger stall outside Ambiga's house, a most insensitive and irresponsible act, two wrongs do not make a right," he said in a statement.

The veteran politician also lauded WargaAMAN for agreeing to reconsider its plan.

"WargaAMAN would be doing the nation a great service if it calls off its thosai plan outside and initiate a virtuous circle to restore decency and civility to politics and public life in Malaysia to be emulated by all Malaysians in politics and public life.

"It would also save the country from becoming a laughing stock in the world," he added.

The burger protest outside Ambiga's house was held by traders who claimed to have incurred massive losses during the Bersih 3.0 rally on April 28.

Following this, Khalid said the police did not take action because the individuals involved did not commit any criminal offence.


Free Malaysia Today

Tiada ulasan: