Sabtu, 19 Mei 2012

Addin

Addin


Gambar Penyokong Kelantan Solat Berjemaah Di Luar Stadium Sebelum Final Piala FA

Posted: 19 May 2012 11:04 AM PDT


Inilah kesan tarbiah Tuan Guru Nik Aziz serta PAS dalam memerintah negeri Serambi Mekah selama 20 tahun. Syiar Islam dapat dilihat di mana sahaja hinggakan di padang bola sepak, syabas buat rakyat Kelantan.

Kita doakan semoga PAS terus cemerlang memerintah Kelantan dalam menuju keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat..

Gambar Nih Buatkan Pencacai Umno Panas Baran

Posted: 19 May 2012 06:05 AM PDT

Sempena aksi final Piala FA antara Kelantan dengan Sime Darby malam ini, NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) mengadakan kempen mengumpul tandatangan di Stadium Bukit Jalil hari ini. Setiausahanya, Muhammad Hishammuddin Ghazali berkata, kempen tersebut sudah bermula sejak malam tadi dan akan berterusan sehingga malam ini. "Kita mahu mengumpul sekurang-kurangnya 20,000 tandatangan sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan negeri menuntut hak royalti negeri itu," katanya kepada Harakahdaily.

Selain tandatangan, pihak Gegar juga katanya akan mengadakan persembahan dikir royalti dan puisi royalti secara spontan di perkarangan stadium tengah hari ini.

Mereka juga turut membuka khemah khas Royalti Minyak sebagai simbolik kempen mereka.



Serentak itu juga, satu lagi NGO bersama mereka iaitu Gerakan Rakyat Boikot Petronas turut menganjurkan kempen serupa.

Gerakan itu antara lain mahu rakyat khususnya Kelantan untuk memboikot Petronas selagi tidak membayar wang royalti kepada Kelantan.


"Kita juga akan edarkan 10,000 pelekat 'huruf R' yang berwarna merah sebagai tanda menuntut royalti dan pelekat boikot Petronas," kata Hishammuddin lagi.

Kempen serupa sebenarnya pernah dibuat Gegar pada aksi final Piala FA 2011 lalu ketika Kelantan bertemu Terengganu di stadium sama.

Sebagai kemuncak malam ini, mereka akan menaikkan kain rentang gergasi menuntut royalti. ~harakahdaily



Umno Perak Hasut Harussani Jadi Samseng?

Posted: 19 May 2012 02:00 AM PDT


Lihat sendiri kerja-kerja jahat UMNO,,, Kerabat raja samseng, menteri UMNO pun samseng pukol sekuka hati, kes mahkamah pun belum selesai, polis pukol orang, semalam 2 orang anggota di tuduh di mahkamah, dan terkini Mufti kesayangan UMNO pun dihasut jadi samseng...

Pandai dan hebat betul Zambry didik balaci-balacinya....




Nah!! Pengurusan Tertinggi Felda Jangka Penyenaraian FGV Menemui Kegagalan

Posted: 18 May 2012 10:00 PM PDT

Ketika Datuk Najib mengumumkan durian runtuh Felda pada minggu lepas, Datuk Najib dalam ucapannya mengutuk keras tindakan pembangkang yang terus-menerus menghasut kalangan peneroka Felda bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) di Bursa Malaysia seperti yang dirancang dan diimpikan kerajaan Malaysia sekarang ini sehingga berjaya.


 Antara Video Ucapan Datuk Najib : Pengumuman Durian Runtuh Felda

 

Antara petikan ucapan Datuk Najib yang mengutuk keras kalangan yang menentang penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) di Bursa Malaysia :
"Haram jadah mereka itu.  Jangan terima kebaikan daripada penyenaraian itu. Saya nak tengok muka-muka ini, durian runtuh itu mereka hendak terima atau tidak. Haram jadah saya tak redha mereka ini menerima,"
Pastinya ucapan sebegini ditujukan kepada 2 golongan :
  1. Kelompok pembangkang yang digelar pihak kerajaan sebagai golongan yang menghasut kalangan peneroka supaya terus menolak penyenaraian FGV di Bursa Malaysia
  2. Kalangan peneroka Felda yang sudah beberapa kali berjaya mendapatkan injuksi Mahkamah untuk erus menghalang penyenaraian ini dilakukan
  3. Ada lagi?
Walaubagaimanapun, semakan kami menunjukkan majoriti pengurusan tertinggi Felda tidak bersetuju dengan penyenaraian FGV di Bursa Malaysia berdasarkan laporan yang telah dibentangkan oleh Boston Consulting Group (BCG) pada 18 Oktober 2011 jam 11 pagi, pengurusan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyenaraian FGV yang ketiga dipengerusikan oleh Tan Sri Isa Samad.
Mesyuarat yang diadakan pada ketika itu, turut membincangkan kesediaan pengurusan Felda dan pandangan mereka mengenai penyenaraian FGV dan penstrukturan korporat yang akan berlaku berikutan penyenaraian tersebut. Hasil laporan yang dikeluarkan oleh BCG adalah seperti berikut :
  • Boston Consulting Group (BCG) adalah salah satu daripada juru runding yang dilantik untuk menerajui proses penyenaraian ini,  menyediakan pelan langkah-langkah penyenaraian dan juga ertanggungjawab menilai kesediaan dan pandangan pengurusan Felda mengenai tindakan kerajaan Malaysia menyenaraikan FGV dan aset-aset berkaitan Felda.
Hasil laporan yang dikeluarkan oleh BCG bagi mukasurat 4 adalah seperti berikut :

IPO Felda Global Ventures IPO FGV (Felda Global Ventures) Bernilai RM10.2 Bilion : 65% Orang Penting Felda Jangka Penyenaraian Ini Akan Gagal!! Apa Kata Anak Felda?
Felda Global Ventures Bursa Malaysia IPO FGV (Felda Global Ventures) Bernilai RM10.2 Bilion : 65% Orang Penting Felda Jangka Penyenaraian Ini Akan Gagal!! Apa Kata Anak Felda?

Hasil Keputusan Kaji Selidik  30 Orang Pengurusan Tertinggi Felda Dalam Bulan Oktober 2011 Seperti Berikut:

Nampaknya ramai kalangan pengurusan tertinggi Felda yang lebih arif dan mengikuti proses dalaman sepanjang keputusan menyenaraikan Felda Global Ventures FGV di Bursa Malaysia ini telah menentang keputusan tersebut :
  1. Lebih separuh dari pengurusan Felda (55%) tidak bersedia untuk melalui proses penyenaraian ini;
  2. Hanya 20% dari pengurusan tertinggi Felda yang benar-benar menyokong proses penyenaraian; dan
  3. 5% dari pengurusan tertinggi Felda percaya proses penyenaraian ini akan gagal kerana Felda masih belum bersedia
Saham Felda di Bursa Malaysia IPO FGV (Felda Global Ventures) Bernilai RM10.2 Bilion : 65% Orang Penting Felda Jangka Penyenaraian Ini Akan Gagal!! Apa Kata Anak Felda?

Manakala berdasarkan laporan berita yang dimuatkan di Wall Street Jurnal bertajuk "Scrutiny Starts on Felda's $3 Billion IPO" pada 14 Mei 2012 yang lalu melibatkan IPO FGVH, di mana terdapat kebimbangan telah dibangkitkan mengenai keuntungan FGVH kelak kerana profil pokok kelapa sawit yang tersangat teruk.

Di sini kami ingin membuat tinjauan pula kepada kalangan peneroka dan juga anak-anak peneroka Felda setakat ini mengenai pemerhatian & keputusan anda dengan tindakan kerajaan menyenaraikan Felda Global Ventures (FGV) di Bursa Malaysia. Dan mengapa anda bertindak dan mengambil keputusan sebegitu rupa? Mengapa? ~beritasemasa


Pasti Umno Takut Siarkan Berita Nih..

Posted: 18 May 2012 04:58 PM PDT

KINABATANGAN -  PAS berkembang pesat di Negeri Bawah Bayu dengan majlis penyertaan menjadi ahli PAS berlaku di mana-mana sahaja pemimpin PAS pergi. Yang menyertai PAS pula bukannya rakyat biasa tetapi para pemimpin masyarakat tempatan. Di Kampung Bukit Garam, Kinabatangan, 15 menyertai PAS dengan diketuai oleh bekas Ketua Anak Negeri Dun Sukau, Sairin Muyang. Beliau yang merupakan bekas Ketua Umno cawangan Bukit Garam menyerahkan borang penyertaan kepada Azman Shapawi Abdul Rani (gambar) , AJK Lajnah Penerangan PAS Pusat.

Ia diadakan dalam satu majlis yang penuh meriah di rumah Sairin Muyang sendiri. Turut serta di majlis itu adalah Yang Dipertua PAS Kawasan, wakil PKR dan Pengarah Piliharaya PAS Kawasan Kinabatangan, Encik Innah Tuton.

Sebelum itu, Azman memberikan tazkirah di Masjid Al-Ghaffar, Batu 8, Kota Kinabatangan. Azman adalah salah seorang AJK Lajnah Penerangan PAS yang menyertai ekspedisi ke Sandakan, Sabah mulai 14 hingga 16 Mei lepas.

Pada 14 Mei, rombongan yang diketuai Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu merasmikan surau Al-Harakah di Pulau Shanghai, setengah jam menaiki bot dari perlabuhan Sandakan.


Di majlis itu, lebih 25 penduduk pulau itu menerima sijil keahlian PAS selepas mereka membuat permohonan menyertai PAS dalam kunjungan pertama rombongan pada Disember 2011 lalu.

Pada 15 Mei, 25 penduduk Pulau Tanjung Batu juga dalam Parlimen Kinabatangan mengisi borang permohonan untuk menyertai PAS. Mereka diketuai sendiri oleh Ketua Kampung mereka, Selamat bin Abdillah (gambar). ~harakahdaily




Tiada ulasan: