Sabtu, 12 Mei 2012

shalehudin

shalehudin


BAIK PUNYER: Bangsa Umno dilarang baca... kahkahkah...

Posted: 12 May 2012 11:00 AM PDT

Bagaimana ucapan pimpinan UMNO dipercayai jika umurnya pun dipertikai?

Sejarah

Bagi seorang aktivis politik, tarikh adalah penting untuk diingati kerana ia menandakan peristiwa-peristiwa yang membangkitkan jiwa para pejuangnya untuk terus kekal berjuang. Tarikh paling utama ialah penubuhannya kerana ia mengingatkan pewarisnya mengingati pahit maung yang dilalui oleh sesebuah perjuangan politik sepanjang keberadaannya. Bagi mereka yang mempelajari sejarah tanahair tahun 1946 adalah tarikh yang mereka perlu hafal kerana tarikh itu adalah tarikh penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau ringkasnya PEKEMBAR.

4 April hingga 11 Mei 1946 adalah hari-hari yang telah membawa kepada lahirnya parti Melayu yang menggabungkan 41 Pertubuhan Melayu seluruh negara. Signifikan tarikh ini juga adalah kerana cetusan membantah Malayan Union tajaan British oleh orang Melayu apabila Malayan Union akan memberikan kuasa yang lebih besar kepada British dan Raja Melayu akan hilang kuasa politiknya. Orang Melayu bangkit dan penubuhan PEKEMBAR (UMNO, Bahasa Inggeris), mengiringi kebangkitan itu.

Kebangkitan lebih awal

UMNO menjadi alat orang-orang Melayu untuk menuntut kemerdekaan ketika itu di mana British telah kelihatan bersedia untuk membebaskan tanahair menurut Perjanjian Atlantik pada tahun 1941. Namun kita tidak boleh nafikan pada tahun 1945 satu lagi pertubuhan Melayu yang lebih awal menuntut kemerdekaan ialah dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya atau PKMM pimpinan Mohktarudin Laso, Pak Sako dan apabila Kesatuan Melayu Muda dipimpin oleh Dr.Burhanudin Al Helmi, beliau turut menjadi antara pemimpin kanan parti tersebut.

Lebih awal dari itu tahun 1938, Kesatuan Melayu Muda (KMM) di bawah Ibrahim Yaakob telahpun meniupkan semangat kemerdekaan dari penjajah British, bezanya ialah kemerdekaan yang dilaungkan ialah Melayu Raya yang mencangkupi kebebasan Indonesia. Sebahagian sejarah kebangkitan kemerdekaan yang lebih awal jarang sekali ditonjolkan kerana sebahagian besar dari tokoh dan pemukanya adalah "tidak mesra British" manakala sejarah UMNO memang dikenali sebagai lebih "mesra British"

UMNO terancam

Setelah meletakkan dirinya sebagai mewakili orang Melayu menuntut kemerdekaan dan diberi kepercayaan untuk memerintah kerajaan sejak PRU 1 pra Merdeka (1959), kini kedudukannya tidaklah berapa selesa. Hasil kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan kepada sebuah kerajaan yang lebih Telus dan Adil serta Bertanggungjawab, UMNO kini terancam untuk mengekalkan rekod tanpa kalahnya dalam memerintah Kerajaan Persekutuan. Parti elit Melayu ini berhadapan dengan masalah yang dihadapi oleh semua parti politik yang terlalu lama memerintah iaitu mereka menjadi KORUP dengan berlalunya masa dan kuasa yang mereka miliki.

Vitamin Palsu

Kerana tidak ada pilihan untuk terus berkuasa, UMNO juga memperkakaskan semua alat kerajaan untuk memastikan kelangsungan kuasanya. SPR adalah perkakas terbaik untuk mereka terus berkuasa dalam konteks demokrasi berpilihanraya. PDRM diperalatkan melalui ugutan dan penggunaan kuasa yang melampau untuk menjaga "keselamatan" UMNO manakala MEDIA Perdana adalah "penyapu buruk" untuk membersihkan wajah UMNO yang hodoh dengan dengan skandal dan pertuduhan rasuah. Kehakiman pula "dijerut" dengan pendengaran selektif. Pendek kata tanpa semua perkakasan ini sudah lama UMNO ditolak rakyat, tapi mereka masih bertahan dengan "vitamin-vitamin" ini, walaupun ia vitamin palsu yang akan menjerat tuannya.

Peristiwa Hitam

UMNO ada episod hitamnya dan ia tidak pernah berlaku kepada parti lain khususnya pesaing utamanya Parti Islam Se Malaysia (PAS). Tahukah kita UMNO pernah diharamkan pada 4 Feb tahun 1988? Gara-gara perpecahan dalaman ahli UMNO sendiri telah membawa ke Mahkamah kes penipuan dalam Mesyuarat Agung UMNO sehingga UMNO dibubarkan dan dianggap sebagai pertubuhan haram. Hasilnya lahirlah UMNO Baru pada 13 Feb 1988 yang kalau dikira umurnya hari ini baru menjangkau 24 tahun berbanding dengan PEKEMBAR (UMNO) awal yang umurnya 66 tahun.

Sambutan 11 Mei

11 Mei akan menyaksikan satu perhimpunan raksasa mengingati ulangtahun UMNO ditubuhkan. Presidennya hari ini amat memerlukan satu kebangkitan UMNO yang berhadapan dengan kemarahan rakyat terhadap salahguna kuasa yang dipraktikkan. Isu Melayu akan senantiasa menjadi laungan keramat UMNO kerana ia ditubuhkan di atas hasrat perjuangan Ketuanan Melayu. Kita akan menjangkakan itulah sentimen yang akan dipakai dalam ucapan-ucapannya untuk memperingati pejuang-pejuang UMNO tentang perjalanan perjuangan UMNO.
Kita juga tidak boleh membayangkan betapa sukarnya Presidennya yang juga Perdana Menteri Malaysia mahu membangkitkan satu perjuangan yang sudah tidak relevan kepada rakya Malaysia? Ia bukan soal Melayu tetapi soal regim lama yang sudah korup menghitung hari untuk diundurkan. Ia juga bukan soal ketuanan Melayu, tetapi rasuah yang berleluasa dari parti Melayu yang tidak punya pendirian moral lagi untuk bertahan. Apakah ini ucapan terakhir kepada aktivis UMNO untuk mempertahankan satu perjuangan yang sudah tidak terpakai lagi di negara yang mahukan kerangka baru negara? Ataukah Najib mahu memperkenalkan sesuatu yang baru supaya partinya boleh kekal berkuasa? Ataukah ia isyarat kepada PRU begitu hampir?

Berapa umur UMNO?

Kita tidak akan melihat apa-apa yang baru, yang baru hanyalah rakyat akan terus ditipu dan dihidangkan dengan maklumat palsu bahawa negara ini semuanya ok dan UMNO akan terus mengungguli perjuangan rakyat. Bagaimana kita harus mempercayai ucapan pemimpin UMNO kalau umurnya pun menjadi pertikaian, samada 66 tahunkah dia atau 24 tahun? Apapun SELAMAT HARI JADI UMNO!

*Dr.Mujahid Yusof Rawa (gambar kiri) adalah ahli parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS.

TERHOT: Perdagang orang di Pulau Pinang... kahkahkah...

Posted: 12 May 2012 07:00 AM PDT

Tindakan Perkasa: PAS kata double standard, KMPP kerana wang

PULAU PINANG: PAS menyifatkan pihak keselamatan 'double standard' dan hanya bertindak kepada sekumpulan yang disyaki menjatuhkan kerajaan BN sebaliknya diam membisu terhadap Perkasa yang meniupkan isu perkauman.

PAS Pulau Pinang, kata Pesuruhjayanya Datuk Saleh Man, rasa kesal terhadap usaha Perkasa yang tidak sudah-sudah menimbulkan
provokasi agar masyarakat berbilang bangsa khasnya di Pulau Pinang membenci antara satu sama lain.

Sebenarnya sambung beliau, usaha tersebut sengaja diatur untuk mencetuskan huru hara di kalangan masyarakat semata-mata kerana usaha Umno dan Barisan Nasional (BN) melemahkan Pakatan Rakyat tidak berjaya.

Bila Pakatan Rakyat kukuh bermakna Umno, BN dan kuncu-kuncu yang mengetuai Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu di Pulau Pinang tetap berputih mata ekoran kebijaksanaan rakyat memilih mereka atau parti yang benar-
benar jujur, ikhlas membantu rakyat serta membangunkan negara.

"Hudupkan api perkauman. Itu yang menjadi egenda terpenting mereka sekarang untuk melihat Pakatan Rakyat bercakaran sesama sendiri.

"Bila berlaku perselisihan yang membawa kepada pecah menanti belah semua yang
terlibat dengan niat jahat ketawa besar," katanya.

Dipengaruhi wang

Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) menyifatkan tindakan Perkasa mengalungkan bunga di gambar Ketua Menteri Pulau Pinang "disebabkan kerana budak- budak ini telah diperdagangkan dengan nilai wang ringgit oleh pihak tertentu."

Presiden KMPP, Rahmad Ishak dalam kenyataannya berkata, "tindakan budak-budak Perkasa berkenaan satu perbuatan terkeji serta terkutuk seterusnya menjatuhkan akidah sebagai anak melayu yang beragama Islam."

Bagi beliau, agenda mereka tidak ikhlas serta bukan keutamaan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda orang- orang Melayu di negeri ini.

Rahmad mengulas tindakan budak-budak Perkasa yang mengalungkan bunga pada gambar Lim Guan Eng di pintu pagar rumah Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Bagi Rahmad, "semenjak di peringkat permulaan lagi tindak tanduk samseng jalanan ini dengan sendirinya telah melemahkan semangat orang Melayu terutamanya Kerajaan Negeri dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pentadbir negeri apabila Perkasa telah bertindak dengan menggunakan fizikal sebaliknya mengenepikan minda dalam mencapai propaganda politik."

"KMPP sebagai sebuah NGO melayu di Pulau Pinang mengutuk sekeras- kerasnya perbuatan pemuda- pemuda Perkasa tersebut yang kononnya memperjuangkan nasib bangsa mereka sendiri," kata Rahmad.

Katanya, tidak dapat dinafikan, tindak tanduk mereka ini telah mendapat imuniti daripada pihak- pihak tertentu.

"Mereka perlu ingat negeri Pulau Pinang bukanlah hak mereka seorang dan jangan sekali- kali mempertaruhkan masa hadapan Perkasa di Pulau Pinang ini semata- mata bermodalkan imej orang- orang Melayu, tetapi pada waktu yang sama mereka mempermain- mainkan maruah serta akidah orang Melayu di sini," katanya.

Bagaimanakah sebuah Kerajaan Negeri dapat melayan kehendak ataupun cadangan Perkasa Pulau Pinang sedangkan perbuatan mereka lebih menjurus kepada sifat kurang ajar, katanya.- Harakahdaily

Apa nie, PDRM pun cipta peserta hantu ka? Kahkahkah...

Posted: 12 May 2012 05:00 AM PDT

Peserta BERSIH muncul 4 kali dalam senarai polis

Pengguna Internet mengenalpasti terdapat wajah berganda individu dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung insiden dalam perhimpunan BERSIH 28 April lalu.

Mereka mengesan wajah seorang individu muncul empat kali dalam senarai 141 orang yang dikehendaki.

'Pendedahan' itu dikeluarkan selepas pihak berkuasa dikritik hebat ekoran penggunaan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan itu.

Peserta perhimpunan, dipercayai anggota Unit Amal PAS yang kelihatan gempal muncul empat kali dalam wajah yang dikeluarkan polis pada 9 Mei.

Gambarnya dilabel dengan nombor 7, 15, 18 dan 21.

Pengguna Facebook yang mengecam kesamaan itu dipercayai bernama Mohd Nor Amin Zainuddin.

Beliau mengeposkan komen itu di Facebook polis pada t 2.59 petang pada hari yang sama gambar itu dimuatnaik.- Malaysiakini

Ni pertubuhan HARAM mana pulak nih... kahkahkah...

Posted: 12 May 2012 02:54 AM PDT

Eh.. Ini Himpunan Pertubuhan Haram kan?

Siapa agaknya yang membenarkan pertubuhan yang telah diharamkan ini berkumpul di Stadium Nasional Bukit Jalil?

Hebatnya pihak berkuasa negara kita.. BERSIH yang mahu berhimpun dilarang dan diharamkan tetapi sebuah pertubuhan yang telah ditubuhkan 66 tahun lalu kemudiannya diharamkan oleh Mahkamah Tinggi dibenarkan berhimpun..

Undang-undang jenis apa yang mereka pakai ni??


Pencacai UMNO kata 140K sedang berhimpun.. setahu aku kapasiti Stadium ni 90K saja..
Mungkin ada yang masih tidak sedar bahawa yang sedang berkumpul meraikan 66 tahun tertubuhnya UMNO itu adalah perhimpunan sebuah pertubuhan haram.

Ini kerana UMNO yang dikatakan berusia 66 tahun itu telah diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988

Baca sejarah ni..

Pada Jun 1987, satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 orang ahli UMNO (yang asalnya 12 orang tetapi seorang menarik diri, kumpulan ini kemudiannya dikenali sebagai UMNO 11) di mana mereka telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal, serta tidak mempunyai kesan.

Fakta-fakta yang telah dipersetujui menyatakan 30 cawangan tidak diluluskan dalam empat bahagian dan lain-lain. Satu perkiraan yang mudah menunjukkan bahawa jika perwakilan daripada 30 cawangan yang tidak diluluskan dalam empat bahagian tidak diambil kira dalam Perhimpunan Agung, keputusan pemilihan akan mewujudkan suatu jurang undi yang amat tipis antara pemenang dan calon yang kalah. Pada tahun itu, Dr Mahathir Mohamad menang tipis sebanyak 43 undi ke atas Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), iaitu 761 berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO.

Selepas beberapa siri perbicaraan yang mengambil masa selama tujuh bulan, kes tersebut telah dibicarakan di hadapan Hakim Harun Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. Harun telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang, beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Menurut salah seorang UMNO 11, Abdul Rahim Abdul Rahman, keputusan hakim pada masa itu memeranjatkan mereka. Ini kerana UMNO 11 bukan bertujuan hendak mengharamkan UMNO tetapi hanya mahukan supaya keputusan pemilihan dianggap tidak sah dan diadakan semula. Abdul Rahim berkata mereka mengambil keputusan untuk membawa kes tersebut keMahkamah Agung kerana rayuan mereka supaya pemilihan diadakan semula tidak dilayan. Mereka sebaliknya dituduh oleh Dr Mahathir dan Setiausaha Agung UMNO pada masa itu Tan Sri Sanusi Junid sebagai pengkhianat yang bertanggungjawab mengharamkan parti.

Menurut Datuk George Seah, Ketua Hakim Negara pada masa itu, Tun Salleh Abas, sudah membuat keputusan untuk melantik sembilan orang panel hakim untuk mendengar rayuan UMNO 11. Arahan ini diberi pada 24 Mei 1988 tetapi pada 27 Mei 1988, Tun Salleh Abas berkata beliau telah digantung dari tugasnya bermula pada 26 Mei 1988.

Antara arahan Tun Salleh Abas yang diberikan kepada Pembantu Kanan Registrar dan disaksikan bersama Datuk George Seah dan allahyarham Tan SriHashim Yeop Sani adalah untuk mendengar kembali kes UMNO 11 pada 13 Jun1988. Dengan penggantungan tugas beliau sebagai Ketua Hakim Negara, kes rayuan UMNO 11 tidak dibicarakan oleh mahkamah yang dijadualkan pada 13 Jun 1988.

Apabila UMNO diharamkan oleh hakim Datuk Harun Hashim beberapa implikasi yang besar telah berlaku di Malaysia. UMNO 11 tidak berhasrat mengharamkan [[UMNO]. Mungkin Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri tidak menyangka partiUMNO akan diharamkan kerana beliau berdiam diri buat beberapa hari.

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak senang semua masalah dalaman parti dibawa ke mahkammah. Masalah parti biarlah diselesaikan dan diputuskan oleh parti, bukan oleh orang luar iaitu para hakim. Sejak kes ini , tidak ada lagi masalah parti dibawa ke mahkamah dan perkara ini turut disokong oleh pelbagai pertubuhan dan parti pembangkang.

Akibatnya UMNO tidak lagi menjadi parti tunjang kepada parti pemerintah iaituBarisan Nasional. Oleh yang demikian Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyerahkan tugas Pengerusi Barisan Nasional kepada Presiden MCA ketika itu , Tun Ling Liong Sik.

Dengan itu juga Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana parti teras telah diharamkan buat beberapa ketika. Berlaku kekosongan 'Perdana Menteri Malaysia' buat beberapa hari sehinggalah UMNO Baru ditubuhkan. Menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan , Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Tun Ling Liong Sik. Walaupun bagaimanapun tidak berlaku perlantikan watikah secara rasmi daripada Yang diPertuan Agungkepada Tun Ling Liong Sik.

Perkataan 'Baru' telah dikaburkan dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu('Baru') kerana menurut tafsiran mahkamah, UMNO lama dan UMNO Baru adalah berbeza, bukan parti yang sama. Pengamal undang-undang memberi tafsiran berbeza-beza sama ada UMNO Baru sama dengan UMNO lama keranaAkta Pertubuhan tidak membenarkan perkara-perkara sebegini diputuskan oleh mahkamah.
Ramai pemimpin , ahli politik dan rakyat Malaysia berasa lega apabila UMNO telah ditubuhkan semula. UMNO II telah menjadi 'kambing hitam' untuk dipersalahkan . Campur tangan pihak eksekutif terhadap penghakiman dirasakan semakin ketara .

Semua aset UMNO lama telah dipindahkan kepada UMNO Baru. Antaranya ialah pejabat UMNO di setiap negeri, bahagian dan cawangan UMNO , Menara Dato Onn , syarikat perniagaan milik UMNO dan lain-lain. Walaupun bagaimanapun harta keseluruhan UMNO tidak dapat dikenalpasti .

Sumber (ASD)

TERHOT: Utusan mengaku depa penipu... kahkahkah...

Posted: 12 May 2012 01:27 AM PDT

MENGAKU BOHONG & FITNAH!!! Utusan akhirnya minta maaf

Utusan Malaysia hari ini memohon maaf kepada senator bebas daripada Selatan Australia Nick Xenophon yang digambarkan dalam artikel sebagai anti-Islam sebelum ini.

Permohonan maaf dan penarikan balik berita itu disiarkan di akhbar milik Umno itu dan laman web berhubung artikel yang disiarkan pada 1 Mei di akhbar dan web bertajuk 'Senator anti-Islam pantau BERSIH 3.0'.

"Utusan Malaysia mengesahkan terdapat kesilapan dalam menerbitkan pernyataan-pernyataan di dalam artikel tersebut," permohonan maaf di laman web Utusan dipetik.

 Utusan juga menjelaskan, dalam ucapan di Parlimen Australia yang dirujuk dalam artikel tersebut, Xenophon tidak menggunakan perkataan 'Islam'.

Tambahnya, beliau tidak juga menegaskan bahawa Islam bukanlah sebuah organisasi agama tetapi sebuah organisasi jenayah yang berselindung di sebalik kepercayaan agama.

"Berdasarkan sebab-sebab di atas, Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesemua pernyataan-pernyataan terkandung di dalam artikel tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada Senator Xenophon di atas kedukaan atau pengaiban yang diakibatkan kepada Senator Xenophon ekoran daripada penyiaran artikel tersebut," menurut notis itu.

Kantoi!! Gambar Fitnah Pencacai Umno Terbongkar..

Posted: 11 May 2012 10:00 PM PDT

Inilah kerja laknat geng-geng pencacai United Malays National Organisation (Umno).. Tak abih-abih nak buat fitnah. Addin pelik.. apa faedahnya geng-geng nih buat keje nih. Kalau setakat superimpose macam nih tak usah lah nak tipu. Budak sekolah yang baru belajar komputer pun tau nih gambar yang telah di edit. Jikalau nak tipu biarlah nampak smart sikit, ini membuang masa je.. Udahlah free je dapat dosa kering kerana memfitnah. Kepada geng-geng pencacai United Malays National Organisation (Umno) buatlah keje-keje yang lebih datang menafaat kepada agama, bangsa dan negara. 

Janganler menyesal setelah nyawa di hujung halkum...tiada gunanya..

Gambar fitnah kantoi

Gambar original sebelum di edit

Sumber di sini.

TRAGEDI ULANG TAHUN UMNO KE 66!!! Bas angkut ahli UMNO berlanggar dengan treler

Posted: 11 May 2012 08:39 PM PDT

Ok...
Aku pohon maaf kerana menyiarkan gambar yang tak pasti sebelum ini. Aku pun tak nak menyalahkan sumber, awai pagi mungkin info diaorang pun blur gak...

Ini plak gambar yang aku ciluk dari ASD... sure betoi punya nih...


TRAGEDI ULANG TAHUN UMNO KE 66!!! Bas angkut ahli UMNO berlanggar dengan treler , aktivis SAMM bantu mangsa cedera


From Twitterchegubard;

Semlm, Slepas exit Tol Rasah/PD bas bawa Umno Trg kemalangan, saya&bbrp aktivis SAMM NS utk bantu moga semuanya selamat..

Sebuah bas yg bawa Umno Trg langgar belakang traler dan 1bas umno k.berang pula langgar belakang bas..bbrp org cedera agak teruk..

Ambulan dan bomba baru tiba..ada yg tercampak keluar bas..kami antara yg membantu juga panik byk darah..byk bas2 umno lain turut berhenti..

Bila anggota penyelamat mula ramai datang bbrp komrad SAMM yg awal sampai bantu mula undur..gambar ini antara mangsa eksiden Bas Umno langgar lori di seremban yg kami bantu bawa dan baringkan di tepi jalan..

TERKINI: Umno pun nak sambut hari Ibu... kahkahkah...

Posted: 11 May 2012 03:43 PM PDT

Umno ibu segala kesesatan di Malaysia

Oleh SUHAIMI TAIB

PAS dituduh parti ajaran sesat, merupakan satu lagu lama diputarkan semula bertujuan untuk mengekalkan pemisah antara kelompok PAS dan Umno agar terus berpanjangan terutama di negeri Terengganu dan Kelantan.Umno merasa tergugat dengan tidak adanya isu kukuh untuk mempertahankan kedudukannya sebagai parti pemerintah buat masa ini
.
Justeru, parti itu perlu menarik perhatian ahlinya supaya tidak berganjak dengan memberi sokongan kepada Umno untuk terus menerajui negara.

Ia juga bertujuan supaya ahlinya tidak terpengaruh dengan kenyataan-kenyataan Pakatan Rakyat terhadap Umno. Itu hasrat Umno untuk memanjangkan hayat pemerintahannya.

Jika ahlinya beralih arah, tidak lagi memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, ini yang amat ditakuti Umno di saat sokongan hanya dipertaruhkan kepada orang Melayu dan golongan atas pagar. Umno tidak lagi mendapat sokongan padu orang Cina dan India.

Parti itu mesti menampakkan Pakatan terutamanya PAS sebagai satu parti yang amat buruk dalam semua aspek kerana parti itu adalah parti teras Pakatan.

Isu-isu lain, Umno mendakwa sudah tidak boleh menarik sokongan orang Melayu tetapi dengan isu dakwaan PAS Parti Ajaran sesat yang dirancang dan dilontarkan oleh Umno Terengganu, ia seolah-olah memalingkan seketika perhatian umum terutama penyokongnya untuk melihat situasi dan menarik sokongan lebih teguh ahlinya kepada perjuangan parti berkenaan yang kabur matlamatnya.

Pemerhatian penulis terhadap pandangan dikemukakan oleh pelbagai pihak dan lontaran fikiran dalam media alternatif seperti facebook dan twitter banyak hujah dikemukakan dan mudah difahami termasuk amalan dan budaya parti-parti terbabit.

Dengan membuktikan gambar-gambar berkaitan PAS yang dituduh sesat sentiasa menganjurkan majlis solat hajat, ceramah agama, forum dan lain-lain sedangkan Umno sering menyelitkan gerombolan penari dan artis yang memakai pakaian menjolok mata dan tarian ala lucah dalam majlis mereka.

Di sini pun sudah jelas bezanya antara dua parti berkenaan dan jelas parti manakah yang sebenarnya sesat dan tidak sesat.

Sudah berpuluh-puluh tahun Umno tidak berani berdebat atau muzakarah mengenai ajaran sesat dan kafir mengkafir dengan PAS, nampaknya Umno masih tidak serik dengan dakwaan bodoh dan jahat itu.

Umno sedang menggeliat kepanasan seperti cacing di panas terik matahari, sudah ketandusan isu untuk memburuk-burukkan pembangkang terutama PAS, kerana seingat parti itu tidak ada jalan lain melainkan caranya menuduh PAS sesat supaya semua orang beri perhatian terhadap isu itu dan ahli Umno tidak mendekati PAS dalam apa jua majlisnya.

Kalau boleh dan memang kehendak Umno supaya ahli dan penyokongnya jangan sekali-kali terpengaruh dengan PAS dan Pakatan. Jangan sekali-kali hadir dalam majlis anjuran PAS dan Pakatan. Jangan membaca komen-komen Pakatan tentang apa-apa isu mengenai Umno- BN dalam Facebook, Twitter dan lain-lain.

Dengar sahaja dakyah media mereka termasuk RTM, TV3 dan seumpamanya yang menjadi alat Umno berkempen terutama di musim hampir pilihan raya umum sekarang. Penulis mendapat khabar bahawa ketuaketua tempat mengundi yang dilantik akan hadir dalam kursus terakhir yang akan dianjurkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak lama lagi.

HOT: Pelawak nie tak melawak kali nie... hehe...

Posted: 11 May 2012 12:00 PM PDT

Saiful tuntut RM200,000

KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, Saiful Apek, 43, melancarkan 'perang' terhadap produser, David Teo dengan mendakwa penerbit filem terkemuka terbabit gagal melunaskan pulangan pelaburan RM200,000 filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali kepadanya selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan melaburkan wang hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005.

Katanya, selain isu berkenaan perkara lain dibangkitkan adalah kegagalan David menyiapkan album nyanyiannya sedangkan kontrak dimeterai setahun ditandatangani pada tahun yang sama.

Menurutnya, berikutan tidak berpuas hati dan tidak mempunyai saluran memperjuangkan haknya, dia tampil membuat kenyataan di laman sosial facebook dan twitter sehinggalah menyedari menerima kritikan hebat pengguna rangkaian sosial berkenaan.

Saiful berkata, Ahad ini jam 2 petang, dia dan lebih 50 selebriti yang mahu menuntut hak masing-masing terhadap David dengan mengadakan sidang media bersama bukti dan dokumen yang pernah ditandatangani bagi menerangkan keadaan sebenar.

Katanya, pada 2005, dia ditawarkan membintangi filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali dengan bayaran RM100,000 sebelum wang itu dilaburkan semula dalam kedua-dua filem berkenaan.- HM

Tiada ulasan: