Sabtu, 12 Mei 2012

Addin

Addin


Najib Batal Lawatan Ke London?.. Ini Sebabnya

Posted: 12 May 2012 10:50 AM PDT


TT cakap.. Najib akan di sambut dengan pulut kuning di London. Mungkin jugak, sebab pada tahun lepas selepas Bersih 2.0, Najib di sambut dengan pakaian kuning oleh Ratu Elizabeth, PM Britain dan rakyat Malaysia di UK.

Kali ini juga, berkemungkinan besar Najib bakal di sambut oleh lautan kuning di London tetapi kali ini di jangka lebih besar dan meriah.. Ataupun mungkin Najib batal lawatan ke London??





Mamat Nih Nak Keluar Fatwa Pulak

Posted: 12 May 2012 02:30 AM PDT

Ibrahim Ali makin menggila.. sebelum Ibrahim Ali cadangkan untuk gugurkan nama Islam dalam parti PAS. Apakata Ibrahim Ali suruh United Malays National Organisation (Umno) gugurkan nama Melayu dalam parti  United Malays National Organisation (Umno). Memandangkan   United Malays National Organisation (Umno) bukannya memperjuangkan bangsa Melayu tetapi memperjuangkan kroni-kroninya sahaja. Buktinya.. dimana orang Melayu setelah 55 tahun negara merdeka. Ramai yang masih merempat, jauh sekali untuk menguasai 30% ekuiti bumiputra..  


Perkasa cadang Majlis Fatwa kaji gugur nama Islam dalam PAS

PASIR MAS - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada parti itu.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata sudah sampai masanya majlis fatwa berbuat demikian memandangkan ia boleh mengelirukan umat Islam, terutama di kalangan penyokong fanatik parti itu.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis ceramah di sini malam tadi, beliau berkata ada yang menganggap setiap tindak tanduk atau kenyataan daripada pemimpin PAS sebagai tuntutan Islam.

Contohnya ialah seperti kenyataan Mursyidul Am PAS , Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mewajibkan umat Islam khasnya penyokongnya menyertai perhimpunan yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan yang menimbulkan kekacauan di ibu negara baru-baru ini.

"Sedangkan beliau (Nik Aziz) sendiri tidak menyertai perhimpunan itu, yang menyebabkan beberapa orang awam dan anggota polis cedera," katanya.


Menyeleweng jauh


Beliau berkata ini menunjukkan Pas telah menyeleweng jauh dari Islam dan seolah-olah fahaman yang dibawa PAS semuanya adalah tuntutan Islam.

Ibrahim yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas dalam pada itu berkata beliau sanggup mendedahkan lebih banyak penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pemimpin parti itu, terutama berkaitan pembelian tanah yang melibatkan pemimpin parti itu.

"Saya sedia membawa perkara itu kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) jika ada pemimpin parti itu sanggup mencabarnya berbuat demikian," katanya.

Presiden pertubuhan bukan kerajaan, Jalur Tiga (JATI) yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang turut serta pada majlis ceramah itu berkata JATI akan menghantar satu memorandum tuntutan 10 perkara kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jika anggotanya mencecah 100,000 orang.

Antara tuntutan utama ialah menggesa kerajaan menjadikan mata pelajaran agama Islam sebagai mata pelajaran wajib di peringkat peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR); Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). ~bernama



Gambar Anwar Dan Najib Bergelak Ketawa, Bergurau Senda..

Posted: 11 May 2012 10:50 PM PDT


Suatu ketika dahulu, mereka berdua nih merupakan kawan sepermainan politik. Berkongsi suka dan duka.. tetapi kerana ketamakan kuasa sang pemerintah mereka menjadi seteru yang ketat..

Tohmah mentohmah, fitnah memfitnah sang pemerintah yang rakus telah menjarakkan hubungan kedua figura ini. Sang pemerintah yang zalim ibarat Firaun ataupun Namrud sedaya upaya merosakkan reputasi bakal Perdana Menteri kerajaan bayangan. 

Inilah legasi yang ditinggalkan oleh sang pemerintah yang bernama United Malays National Organisation (Umno). Dahulu walaupun sahabat sepermainan kerana haloba kuasa, pengaruh dan wang.. persahabatan pasti diputuskan.


Gambar Sekitar Majlis Penyerahan Borang PAS Artis Tersohor

Posted: 11 May 2012 08:31 PM PDT

Pyan Habib mendeklamasi puisi


Penyanyi Terkenal Aishah turut hadir memberikan ucapan


Tuan Guru Nik Aziz bersama Dato DR Chua Jui Meng


Penyanyi Aishah menyerahkan borang kemasukan ahli PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat


Tuan Guru Nik Aziz memberikan ceramah


Suasana di dalam dewan yang penuh dengan orang ramai yang hadir di Taman Melewar


Telok Bakong Online juga tidak ketinggalan membuat siaran video secara langsung pada ceramah Perdana malam tadi dari Taman Melewar


Tuan Guru Nik Aziz sedang minum bersama En Tamrin Ghafar baba


Lambaian Tok Guru


DR Chua Jui Meng turut memberikan ucapan 


Wakil dari UMNO En Tamrin Ghafar Baba turut hadir di Taman Melewar memberikan ceramah beliau


Tiada ulasan: