shalehudin |
- Kepala putus, perut terburai
- HEBAT: Kentut busuk sampai ke Mesir... kahkahkah...
- TERHOT: Aspan Alias sedang menghasut... kahkahkah...
- BONGKAR: Wajah penasihat politik Najib... kahkahkah...
- TERHOT: Dr Asri tibai sapa pulak dah nih... hehe...
- Jangan kutuk Rosmah - Tak baik... hehe...
- Ni peguam yang kata, aku tak kata... kahkahkah...
- WAJIB BACA: Kisah ngeri layanan Polis...
- MAI BACA: Mat Sabu gempaq Umno... kahkahkah...
- Mampuih keraih la kalau nak harap TV3 tunjuk video nih....
- Pemandu bas maut dalam kemalangan...
Posted: 02 May 2012 11:00 AM PDT ANGGOTA bomba memeriksa sebuah bas yang terbalik dalam kemalangan yang mengakibatkan tiga maut di Bukit Beruntung, Hulu Selangor, Selangor semalam. HULU SELANGOR – Seorang penoreh getah mati dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya putus selepas terlibat dalam kemalangan yang turut mengakibatkan dua lagi maut dan tiga parah di Kilometer 434, Lebuh Raya Utara-Selatan di Bukit Beruntung di sini semalam. Kejadian pukul 1.50 pagi itu mengakibatkan K. Vimala, 58, maut di tempat kejadian. Turut maut ialah S. Velmurugu, 45, dan Setapa Mat, 46, yang berketurunan Orang Asli. Setapa maut dengan perutnya terburai. Difahamkan, ketiga-tiga mangsa merupakan antara 48 ahli rombongan yang bertolak dari Chenderiang dekat Tapah, Perak ke Melaka dengan menaiki sebuah bas persiaran dipandu Velmurugu. Kosmo |
HEBAT: Kentut busuk sampai ke Mesir... kahkahkah... Posted: 02 May 2012 09:00 AM PDT JANGAN MARAH KAMI - KAMI DIPERALATKAN DAN DITIPU... SUARA kesal mahasiswa diperalat dalam program Hi Tea.-Presiden. KAHERAH-29 April 2012: Pihak Gerakan Suara Rakyat (SUARA) menyatakan kekesalan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menganjurkan program Hi Tea Keamanan kerana menipu dan memperalatkan mahasiswa. Program Hi Tea tersebut telah diadakan semalam yang bertempat di Asrama Rumah Melayu Abbasiyah (ARMA) pada sekitar jam 3.30 petang. Ia diadakan bertujuan bagi menyatakan sokongan terhadap keamanan negara dan tujuan sedemikian juga dimaklumkan kepada para jemputan yang diundang. Namun begitu pihak SUARA dimaklumkan oleh beberapa orang tetamu yang hadir bahawa telah berlaku perancangan yang tidak diduga oleh pihak penganjur ketika mana ramai di kalangan jemputan telah bersurai. Perancangan yang dimaksudkan ialah sebahagian peserta yang terdiri daripada mahasiswa Johor telah dipanggil oleh pihak penganjur untuk sessi bergambar di atas pentas bersama Encik Husni Tamrin selaku Pegawai HEP Johor, Encik Khairi Jalalluddin dan saudara Faizal Sabhon. Mahasiswa yang dipanggil dalam keadaan terpinga-pinga akhirnya menuruti kehendak pihak penganjur kerana mereka menyangka sekadar hanya bergambar bersama tetamu VIP. Ketika mana mereka telah bersiap sedia untuk bergambar,tiba-tiba 2 orang mahasiswa tersebut dipanggil untuk memegang sehelai banner yang bertulis "Mahasiswa Mesir Bencikan BERSIH 3.0". Lalu dalam keadaan sepontan gambar mereka terus diambil. Pihak SUARA juga dimaklumkan bahawa kesemua mahasiswa yang terlibat dalam pengambaran tersebut kecewa dengan tindakan pihak penganjur yang menipu dan memperalatkan mereka. Oleh yang demikian pihak SUARA sekali lagi melahirkan kekesalan yang tidak terhingga terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan agenda penipuan ini terhadap mahasiswa. Perkara amat tidak wajar berlaku dan ternyata ia menunjukkan kerendahan moral pihak penganjur. Presiden SUARA menyeru kepada seluruh mahasiswa mahasiswi di Mesir dan di luar Mesir agar tidak menyalahkan mahasiswa yang terlibat,ini kerana mereka telah ditipu oleh pihak penganjur. |
TERHOT: Aspan Alias sedang menghasut... kahkahkah... Posted: 02 May 2012 08:50 AM PDT Kerajaan perlu diubah sebelum pilihanraya Oleh Aspan Alias Apakah 'significance' nya Bersih 3.0 pada hari Sabtu 28 April 2012 yang lepas? Sebenarnya himpunan Bersih 3.0 ini membawa banyak makna kepada politik negara dan 'consequence' nya adalah sangatbesar yang dialami oleh pemerintah (BN) pada hari ini. Ia bukan setakat perhimpunan 200,000 orang rakyat tetapi ia merupakan satu lonjakan kepada usaha membawa perubahan kepada sistem pemilihan pimpinan dan kerajaan yang sangat nyata hasilnya Kita akan melihat hasilnya secara beransur-ansur dan rakyat ramai sedang melalui perubahan tentang persepsi politik negara seperti yang dikehendaki oleh masa dan zamannya. Perhimpunan ini menyaksikan pertambahan kesedaran rakyat yang sistem pemilihan dalam pilihanraya wajar berubah dan tidak boleh mana pihak untuk melakukannya dengan sewenang-wenangnya. Dalam perhimpunan lepas, daripada jumlah peserta yang melebihi 200,000 orang rakyat, kita lihat dengan jelas penyertaan dari berbilang kaum dan yang lebih penting yang perlu kita fahami, ianya merupakan penyertaan daripada kumpulan kelas menengah yang begitu besar. Selalunya kelas menengah ini akan mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh pemerintah dan banyak negara bergantung kepada sokongan kelas menengah untuk mengekalkan kuasa. Seandainya kelas menengah mula melawan arus, maka tidak ada negara akan kekal dan tidak ada negara yang boleh mempertahankan sistem yang lazim mereka amalkan. Di dalam perhimpunan Bersih yang lalu, kita melihat dan menyaksikan dengan jelas kumpulan kelas menengah begitu ramai tampil memberikan sokongan terhadap penganjur perhimpunan aman ini. Maka tidak terkejut lagi jika kerajaan pada hari ini akan terpaksa menerima hakikat yang mereka terpaksa mengalah kerana waktu untuk melakukan 'correction' terhadap siasah negara sudah sampai, dan ia tidak lagi dapat dihalang. Itulah sebabnya penganjur perhimpunan Bersih ini berhak untuk mengisytiharkan yang Bersih 3.0 ini amat berjaya dan telah mencapai kejayaan yang melebihi jangkaan awal. Ini adalah kerana penganjuran Bersih kali ini telah berjaya mengetuk pintu hati mereka-mereka dalam golongan kelas menengah ini. Kita mesti akui di dalam sesebuah negara, kelas menengahlah yang akan merasakan kebahagian atau keperitan hasil daripada sesuatu dasar kerajaan dan perlaksanaannya. Negara yang stabil politiknya seperti di England, kelas menengahlah yang menjadi benteng kepada kestabilan keadaan politik negara itu. Golongan ini merupakan lebih daripada 80% rakyat negara itu. Golongan yang terkaya hanya melibatkan kurang dari 10% dan selebihnya daripada golongan yang miskin dan berpendapatan rendah. Ini pun tujuan dan matlamat kewujudan DEB dahulu, iaitu untuk membina golongan kelas menengah yang besar bagi mencapai matlamat kestabilan negara yang menjadi laluan untuk pencapaian matlamat kita yang 'ultimate', iaitu perpaduan nasional. Pelaksanaan matlamat ini pada awalnya telah mencapai kejayaan tetapi DEB itu sendiri telah diabaikan sejak pertengahan 80-an, maka setelah hampir tiga dekad kita sedang merasakan hangat radang hasil dari terbantutnya pembinaan kelas menengah yang kuat dan jitu. Setelah kerajaan melaksanakan 'express projects' yang raksaksa dengan cara runding terus pada zaman Mahathir, kita telah melihat elemen rasuah dan mengamalkan 'profiteering' tanpa had. Maka wujudlah satu kumpulan kecil yang istimewa yang telah mengambil kesempatan untuk mengaut segala peluang dengan persetujuan pemimpin berkuasa yang juga bersama-sama mengambil kesempatan untuk melonggokkan kekayaan yang menggunung untuk keluarga masing-masing. Amalan itu berlanjutan sampai ke hari ini dan tidak mungkin dapat dikawal lagi percambahannya. Rasuah dan salahguna kuasa berlarutan dan pimpinan kerajaan terlalu dipengaruhi oleh kumpulan kecil 'warlords' yang berpengaruh. Itulah sebabnya saya selalu katakan yang pemimpin-pemimpin besar kita sekarang telah mengalami ketagih kepada amalan rasuah yang besar-besar. Dasar untuk memberikan peluang yang 'equitable' kepada rakyat sudah diabaikan buat selama-lamanya dan matlamat DEB untuk mencapai tahap 30% kekayaan untuk bumiputra itu jatuh tersembam dan tidak akan dapat dicapai sehingga bila-bila. Dalam kegilaan membentuk kumpulan kecil 'warlords' ini maka golongan menengahlah yang menjadi korban. Kesusahan yang dialami oleh golongan menengah ini bukan kepalang teruknya. Golongan menengah tidak mampu untuk mendapatkan peluang-peluang yang termampu oleh golongan kecil yang kaya-raya ini dan mereka juga tidak layak untuk mendapatkan kemudahan untuk golongan bawahan dengan rumah kos rendah dan keistimewaan yang lain. 'Pemberontakan' golongan menengah ini terhadap pemerintah sudah jelas setelah mereka bersabar menunggu pembetulan kepada dasar perlaksanaan kepada sistem 'ultra-capitalist' yang dibentuk serta diwujudkan oleh dasar-dasar yang songsang dan tidak bermunafaat kepada rakyat dan negara. Kerajaan hanya mendengar rintihan golongan ini dengan sambil lewa sahaja dan mereka (pemimpin) berpendapat bahawa mereka boleh memulihkan rintihan mereka dengan membeli perasaan mereka dengan BR1M sebanyak RM500 sahaja. Di kalangan lebih dari 200,000 orang dalam perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu, adalah mereka yang kebanyakan telah menerima BR1M RM500 itu. Mereka tahu mereka sedang dicuba oleh kerajaan BN untuk membeli sokongan dan perasaan mereka dengan wang ringgit. Itu pun kerajaan masih lagi belum sedar yang rakyat tidak lagi boleh dibeli dengan wang ringgit. Pengumuman Muhyiddin dan Najib bahawa kerajaan akan sekali lagi memberikan BR1M berjumlah seribu ringgit seorang tidak akan menambahbaikan keadaan dan jika dianjurkan sekali lagi perhimpunan Bersih 4.0 nescaya lebih dari 300,000 rakyat akan keluar beramai-ramai untuk menyokong Bersih. Sesungguhnya rakyat mahukan perubahan yang besar dan mutlak kali ini. Kejayaan terbesar 'Bersih' Sabtu lalu ialah kejayaan mengumpulkan ratusan ribu rakyat berbilang kaum daripada kumpulan kelas menengah dan telah berjaya menunjukkan penyatuan dan kebulatan tekad untuk bersama-sama membawa perubahan terhadap kepimpinan negara yang mereka anggap tidak lagi sesuai untuk memperjuangkan nasib masa depan mereka. Mereka merupakan kumpulan yang telah berputus asa untuk mengharapkan kerajaan hari ini untuk berubah kepada kebaikan. Kalau tidak, masakan mereka sanggup berhadapan dengan kepayahan menghadapi pihak polis yang tidak bertanggungjawab dengan mengadakan agen 'provocateur' di kalangan peserta perhimpunan itu untuk membolehkan pihaknya (polis) bersikap dan bertindak tidak berperikemanusiaan terhadap mereka yang berhimpun secara aman itu. Jika SPR masih tidak bertanggungjawab, tidak mustahil setengah juta manusia akan berkumpul sekali lagi dalam perhimpunan Bersih 4.0 pula. DAN semolek-moleknya elok kerajaan sekarang menyerahkan sahaja kuasa sementara kepada Yang diPertuan Agong untuk membentuk kerajaan sementara bagi memulakan pentadbiran negara yang baru. Kita tidak dapat mengetahui apa yang akan berlaku jika rakyat dan kerajaan terus menerus bertembung seperti yang kita lihat pada hari ini. Yang diPertuan Agong (dengan persetujuan Majlis Raja-Raja) boleh memberikan kuasa untuk memulakan pentadbiran dan politik baru kepada sesiapa yang Baginda berkenan, dan seelok-eloknya berikan kuasa menyususn semula negara ini kepada seseorang yang mempunyai 'magnanimity' yang tinggi. Selepas segala-galanya diperbaiki dan diperkuatkan barulah dipindahkan kembali kepada rakyat untuk melaksanakan demokrasi yang sempurna. Pandangan ini, walaupun datangnya dari seorang anak kampung yang 'jembel' seperti saya, tetapi berikanlah perhatian untuk masa depan negara dan generasi kita yang akan datang. |
BONGKAR: Wajah penasihat politik Najib... kahkahkah... Posted: 02 May 2012 05:00 AM PDT Bilakah Najib lantik Ibrahim Ali jadi penasihatnya? Oleh: anaabdullah Kebanyakan tak tahu bilakah Najib lantik Ibrahim Ali jadi penasihatnya. Mungkin ramai yang tahu dengan pelantikan tersebut.Cuma penulis saja yang tak tahu. Kini sudah jadi teka teki ramai rakyat 1 Malaysia bila masa Najib lantik Ibrahim Ali Jadi penasihatnya. Kalu Najib tak lantik Ibrahim Ali jadi penasihatnya mana mungkin Ibrahim berani nasihat dan minta Najib bubar dewan rakyat selepas ini. Tahniah saya ucap tak semana mena Najib lantik Ibrahim jadi penasihatnya dan mengatakan tidak perlu takut untuk membubar Dewan Rakyat selepas perhimpunan BERSIH 3.0. Namun, Najib kena dengar dan ikut nasihat itu, kerana suasana berlarutan seperti semalam rakyat akan lebih benci PR pasti akan berpihak kepada kerajaan yang di terajui Najib. Lebih lebih lagi selepas transformasi BRIM yang telah dilakukan, Najib akan dapat sokongan padu. Oleh itu jangan takut wahai perdana menteri 1 malaysia PRU 13 umno/BN akan menang bergaya. Percayalah. Saya setuju dengan kata kata Ibrahim yang berbunyi:"Saya percaya rakyat akan sokong Najib. Jangan ragu-ragu bubarkan Dewan Rakyat sekarang. Biar rakyat tentukan mandat," Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pehimpunan raja berdaulat kasih dijunjung di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur baru baru ini. Seramai 100,000 orang menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 di ibu kota Kuala Lumpur semalam untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil itu tak boleh mengugat kerajaan yang telah banyak melancar tranformasi.Mengulas perhimpunan itu, Ibrahim mendakwa rata-rata peserta perhimpunan tersebut dibayar oleh PKR negeri.berbeza dengan perhimpunannya yang dihadiri 400 orang yang hadir tidak dibayar. Menurut Ibrahim lagi, memang ada orang Umno datang. Mereka ini semua tidak dibayar. Datang sukarela. Kita badan yang bertindak secara bebas. |
TERHOT: Dr Asri tibai sapa pulak dah nih... hehe... Posted: 02 May 2012 01:00 AM PDT Buat Encik-encik Polis yang mengganas masa BERSIH 3.0 tu.. cuba dengar apa Dr. Asri kata dalam Video ni.. Buat sesiapa saja yang mencetuskan kekecohan khasnya anggota-anggota Polis yang telah mengganas dalam Himpunan BERSIH 3.0 cuba dengar apa yang Dr. Asri kata ni.. Sedarlah jika anda rasakan anda berkuasa dengan memakai seragam Polis.. suatu masa nanti anda akan kehilangan kuasa tersebut.. Jika anda rasakan anda berkuasa untuk melakukan apa saja kepada peserta BERSIH 3.0… sedarlah Allah itu lebih berkuasa.. Ayat itu aku tujukan kepada anggota Polis yang telah mengganas dalam Himpunan BERSIH 3.0 sahaja.. sebabnya bukan semua anggota Polis boleh menerima perbuatan samseng teman seperjuangan mereka itu.. Buat yang telah mengganas tu… dengarlah apa Dr. Asri kata dalam video di bawah ni.. |
Jangan kutuk Rosmah - Tak baik... hehe... Posted: 01 May 2012 11:00 PM PDT Tuan Guru Haji Hadi dalam majlis santai bersama blogger dan media Blog Shubhi Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ditanya berkenaan terdapatnya di kalangan blogger atau pengamal media atau individu tertentu yang menggunakan kelebihan mereka berkarya untuk mengkritik atau mengutuk kepimpinan daripada kumpulan sendiri. Bolehkah penulis menggunakan media tersebut untuk menyerang individu atau pemimpin sendiri sebagai salah satu langkah membetulkan kesalahannya atau untuk menjatuhkannya. Berikut ringkasan jawapan Tuan Guru:
Menarik apabila Tuan Guru memberikan contoh mengkritik kepada Rosmah. Jika terdapatnya bukti bahawa Rosmah membazir wang rakyat dan berbelanja dengan boros maka perlu didedahkan kepada umum. Sebaliknya jika mengkritik keadaan rupa Rosmah yang gemuk, ia adalah satu perbuatan yang tidak betul dan salah. Kesimpulannya boleh mengkitik samada pada orang sendiri atau pihak lawan asalkan menjaga adab-adab di atas. |
Ni peguam yang kata, aku tak kata... kahkahkah... Posted: 01 May 2012 09:00 PM PDT Majlis Peguam: Tindakan polis 'sangat buruk' Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata tindakan pihak polis ke atas peserta perhimpunan BERSIH 3.0 diperhatikan "lebih ganas" berbanding ketika menangani perhimpunan sebelum ini. Perkara itu merupakan antara yang dimuatkan dalam laporan awal badan itu, berdasarkan pemerhatian ke atas perjalanan perhimpunan tersebut. Laporan awal itu disusun daripada laporan oleh seramai 78 orang sukarelawannya yang membuat pemerhatian di enam lokasi semasa perhimpunan tersebut. "Pemerhati kami menyaksikan lebih banyak keganasan polis (tahun ini), lebih banyak penggunaan meriam air dan gas pemedih mata sesuka hati, dan lebih banyak kepungan terhadap peserta himpunan," katanya dalam satu sidang media hari ini. Beliau mempertikaikan tindakan polis yang menembak gas pemedih mata terus ke arah peserta himpunan dan tidak memberikan ruang kepada kumpulan itu untuk bersurai. "Kami memerhatikan beberapa amalan kepolisan yang sangat buruk kali ini. Mereka tidak seharusnya menembak terus gas pemedih mata ke arah peserta apabila peserta berhimpit-himpit dan berasak sesama mereka. "Kita bernasib baik tiada sesiapa dipijak. Polis seharusnya memberikan ruang untuk orang ramai bersurai dan beredar," katanya. Serang selepas tangkap Turut bercakap dalam sidang media di bangunan Majlis Peguam itu ialah timbalan presiden badan tersebut, Christopher Leong yang kesal dengan serangan polis terhadap peserta perhimpunan dan petugas media. "Apa perlunya menyerang peserta yang sudah ditangkap? Apa perlunya media dihalang daripada membuat kerja mereka?" katanya. Menurutnya lagi, polis sewajarnya mempertimbangkan keputusan untuk membiarkan peserta memasuki kawasan Dataran Merdeka apabila hadangan dirobohkan. Katanya, polis mempunyai pilihan untuk berbuat demikian, berbanding tindakan menyerang peserta perhimpunan dengan gas pemedih mata dan meriam air. "Apakah akibatnya apabila khalayak memecahkan halangan pada hari itu? Apakah akibat paling buruk apabila khalayak merempuh halangan polis pada hari itu? "Akibatnya cuma 100,000 orang duduk di Dataran Merdeka dan berkumpul di sana selama sejam lagi. Mereka bukannya mahu merosakkan kemudahan awam atau bangunan ketenteraan yang sensitif. "Jadi di manakah keseimbangannya di antara keselamatan nasional dan hak asasi manusia?" kata Christopher. Perhimpunan disertai sehingga 100,000 peserta menuntut pilihan raya bebas dan adil di ibu kota 28 April lalu berakhir dengan aman pada jam 2.30 petang apabila penganjur mengarahkan peserta bersurai. Bagaimanapun sebahagian peserta bertindak menceroboh pengadang dan memasuki kawasan Dataran Merdeka – menyebabkan polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah mereka.- Malaysiakini |
WAJIB BACA: Kisah ngeri layanan Polis... Posted: 01 May 2012 07:00 PM PDT Kisah ngeri layanan polis ke atas peserta KUALA LUMPUR: Seorang dengan mata lebam, seorang lagi dengan mata berdarah dan ada juga mengalami lebam di dahi serta kesan tapak kasut di belakangnya... Individu berkenaan, antaranya turut mengalami cedera parah, tampil dalam sidang media semalam dengan dakwaan bahawa mereka dipukul polis ketika menyertai perhimpunan BERSIH 3.0, Sabtu lalu di ibu negara. Berikut merupakan kenyataan ringkas peserta terbabit yang telah disunting dan disiarkan Malaysiakini hari ini. Alex Lee, 27, mengalami kecederaan di mata kanan dan telinga kirinya, selain lebam di bahagian badan. Pada kira-kira 7.30 petang, saya berada di restoran mamak untuk makan malam bersama kira-kira tujuh atau lapan orang kawan. Kira-kira sepuluh orang anggota polis masuk dan mengancam untuk menahan kami kerana memakai kemeja-T berwarna kuning. Mereka tidak memakai tanda pengenalan diri. Mereka menyuruh kami membuka kemeja-T berkenaan kerana perkara itu menyalahi undang-undang. Mereka tanya jika saya sedang makan di situ. Saya bertanya kembali jika itu menjadi masalah. Kemudian mereka mula memukul saya. Mereka hanya melepaskan saya selepas saya menanggalkan kemeja-T saya. Fazwan Yusof, 23, mengalami kecederaan di kedua-dua matanya dan lebam di pipi kanannya. Saya berada di Masjid Jamek pada kira-kira jam 7 petang apabila polis memberitahu kami supaya bersurai. Ketika berada stesen LRT untuk mendapatkan tren, saya dan tiga orang rakan melihat seorang wanita sedang ditendang, jadi kami melarikan diri. Polis berkenaan mengejar dan menangkap kami. Kami digari dan dipukul di lorong berhampiran stesen LRT. Nurul Armani, 28, mengalami lebam di bahagian belakang dan bahu kiri. Saya berada bertentangan dengan stesen LRT Masjid Jamek pada kira-kira 5.30 petang dan cuba melarikan diri daripada gas pemedih mata. Saya memakai kemeja-T kelabu. Kira-kira 10 orang polis menarik rambut saya dan menendang saya, jadi saya jerit "polis ganas." Seorang pegawai polis menampar saya dan menyuruh saya diam sebelum mengarahkan seorang pegawai wanita menahan saya. Adrian Low, 38, mengalami kecederaan di bahagian muka dan leher, hilang penglihatan buat sementara waktu di bahagian mata kanan dan juga terdapat kesan tapak kasut di belakangnya. Saya berada di bahu jalan di Jalan Tun Perak pada anggaran 6 prtang. Saya cuba menghantar mesej teks kepada rakan-rakan apabila polis menyerbu ke arah peserta perhimpunan di Masjid Jamek. Seorang pegawai polis tampil dan memberitahu bahawa saya ditahan. Saya bertanya apakah dakwaan kesalahan, namun beliau tidak mahu menyatakannya. Saya tidak mahu melawan jadi saya hanya mengikut beliau. Kemudian sekumpulan polis menyerang saya. Mereka memukul dan menolak saya ke tanah dan terus menendang kepala dan leher saya. Tindakan itu berlarutan untuk beberapa minit. Telefon bimbit saya jatuh ke tanah ketika saya dipukul dan kini hilang. Mereka mengheret saya ke Dataran Merdeka dan ketika perjalanan itu, polis lain tiba dan menumbuk dan menendang saya.- Harakahdaily |
MAI BACA: Mat Sabu gempaq Umno... kahkahkah... Posted: 01 May 2012 05:00 PM PDT 1 juta Untuk BERSIH 4.0 Jika Tiada Reformasi Pilihan Raya Jika BERSIH menganjurkan perhimpunan lagi untuk mendesak reformasi sistem pilihan raya, satu juta rakyat Malaysia akan turun beramai-ramai untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, dakwa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Beliau percaya jika BERSIH 4.0 diadakan, kehadiran rakyat akan memecah paras satu juta untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem pilihan raya. Bercakap dalam satu sidang media hari ini, beliau bagaimanapun berkata terpulang kepada jawatankuasa pemandu BERSIH untuk memutuskan sama ada perhimpunan akan diadakan lagi, sambil menambah PAS akan menyokongnya. Namun, beliau menekankan bagaimana perhimpunan BERSIH 3.0 dengan jelas menunjukkan hasrat rakyat untuk reformasi, dengan mendakwa mungkin seramai 400,000 rakyat telah menghadirinya. Beliau juga mengutuk kekejaman polis semasa perhimpunan Sabtu lalu, sambil berkata ia "lebih kejam daripada polis Israel terhadap rakyat Palestin". Beliau berada di ibupejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersama kumpulan pemandu mobilisasi demokrasi PAS hari ini untuk menyampaikan memorandum yang telah diterima oleh seorang pegawai perhubungan awam suruhanjaya itu. Memorandum itu menuntut akses media yang adil bagi pembangkang dan peletakan jawatan serta-merta Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, yang didedahkan Jumaat lalu oleh PKR menjadi ahli Umno.- Malaysiakini |
Mampuih keraih la kalau nak harap TV3 tunjuk video nih.... Posted: 01 May 2012 03:00 PM PDT Saksikan Orang2 Yang Terpelanting Dilanggar Kereta Polis Saudara sekelian, Video di bawah guarantee tidak akan ditunjukkan dalam TV3 suku mahupun dalam mana-mana media milik UMNO. Diharap yang menonton video ini mempunyai jantung yang sehat kerana akan melihat manusia2 berterbangan dilanggar kereta polis - Malaysia Waves |
Pemandu bas maut dalam kemalangan... Posted: 01 May 2012 01:00 PM PDT KEADAAN bas persiaran yang rosak teruk selepas terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di Bukit Beruntung, Rawang, jam 3.20 pagi tadi. Kemalangan itu meragut tiga nyawa termasuk pemandunya. - Foto Noor Hazwan Hariz Mohd |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan