Rabu, 2 Mei 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Video Mahathir minta Ambiga ganti Najib sebagai PM

Posted: 02 May 2012 06:14 AM PDT




Video streaming by Ustream

Kaizen BERSIH 3.0

Posted: 02 May 2012 05:29 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Dulu gua pernah keluarkan cadangan untuk kaizen BERSIH 2.0. Boleh rujuk di sini. Antaranya yang gua rasa cadangan Kaizen itu diambil kira ialah :

1. Pengerusi BERSIH. Gua suruh tukar ganti supaya musuh terpaksa berbelanja dan membuat senjata baru. Tetapi ok la tu ada Pengerusi Bersama. A Samad Said. Tergelak gua tengok UMNO koyak gambar A Samad Said untuk tuduh dia sokong LGBT. Kalau letak Marina Mahathir as Pengerusi ERSIH lagi best.

2. Bunyi2an. Alhamdulillah. Ramai yang bawa alat bunyi2an.

3. Unit Medic. Pun gua tengok ada.

Cuma pembolehubah cadangan Kaizen BERSIH 2.0 ialah sekatan menggila kerajaan terhadap BERSIH masa masa itu. Manakala BERSIH 3.0 pada gua diberikan pendekatan yang berbeza. Lebih longgar. Peserta BERSIH 3.0 berkumpul secara aman sejak malam itu. Sampai pagi, sampai tengah hari. Sampai Zuhur. Aman. Masuk sahaja team Anwar dan Azmin, semuanya hancur.

Bayangkan betapa damagenya BN bila BERSIH 3.0 tiba-tiba aman. Nak hujah apa lagi BN gua pun tak tahu. Pasal tu gua ada rasa marah. Tapi bila fikir ada kebaikan bila dibahaskan, gua tolak untuk letupkan isu Anwar dan Azmin arah peserta masuk Dataran Merdeka, walau krew UTTV sendiri ada video bukti tu. Dan Eddy nak bagi video sudut lain.

Akhirnya Ameno World ambil. Dan letup. Blogger UMNO ambil hujah tu. Jeming kata tu hujah dari UMNO. Bukan. Tu hujah dari kami sendiri. Azmin dan Anwar nafi. Bila dia nafi jer, memang inilah dia bangsat. Pemimpin macam ini lah yang akan mencari alasan, nafi, kambing hitam, sabotaj orang esok bila dia berkuasa.

Berdasarkan kejadian, gua ingin mencadangkan kaizen bagi BERSIH yang akan datang.

1. Isytihar haramkan peserta BERSIH memakai topeng atau pelindung muka (kecuali purdah wanita). Termasuk topeng penapis nafas tu. Ramai  ejen sabotaj yang memakai pelindung muka. Dengan muka yang terdedah, mudah identiti yang melakukan keganasan, baik polis, baik peserta sendiri diupload.

2. Konsep berarak. Bukan konsep pegun. Konsep duduk bantah adalah konsep pegun. Manusia yang berkumpul sesak dan padat. Yang datang makin padat. Bahaya buat kanak-kanak atau sesuatu terjadi. Persen mati terpijak adalah tinggi.

So, gua cadang konsep berarak. Sampai masa timming, pimpinan harus arahkan kelompok manusia bergerak ke satu destinasi sebelum bersurai. Bila manusia berarak, jarak antara manusia jauh sikit sebab memerlukan ruang untuk kaki berjalan. Bila konsep pegun, manusia berhimpit2. Sampaikan pada gua 1 meter boleh isi 3 orang.

3. Unit Amal mesti ada buah isyarat dan kata laluan la gua ingat. Macam kongsi gelap jugak. Sebelum huru-hara tu, perhatikan mana2 Unit Amal yang pelik sikit, lu jual la buah lu. Tak bleh jawab, tangkap sambil jerit Unit Amal palsu. 6-7 orang Unit Amal tangkap sekor-dua Unit Amal, dan tiba2 ada polis plak tolong yang 2-3 ekor tu, kompom yang tu Unit Amal palsu la. Melayu-Cina-India boleh tolong jadikan tahanan itu sebagai citizen arrest.

4. Bawa air kencing dalam plastik. Agak2 pimpinan politik memandai-mandai bagi arahan yang bertentangan dengan dasar utama yang diputuskan sebelum itu jer, lu baling. Time ni la lu nak baling. Time dia jadi menteri lu nak baling?

Tiada ulasan: