shalehudin |
- HOT: Azmin menyinga terkena senjata keramat Umno... kahkahkah...
- VIDEO TERHOT: Amannya himpunan PERKASA... kahkahkah...
- Seronoknya tengok Umno jadi gila... kahkahkah...
- Projek membodohkan rakyat, BBC News pun kena sensor... kahkahkah...
- Nak tipu pun biaq sampai orang percaya... kahkahkah...
- PANAS: Polis termakan hasutan pukul Chegu Bard setengah mati...
- TERKINI: Ni ha, Anwar dah jawab dah...
- Peguam diarah bela diri...
HOT: Azmin menyinga terkena senjata keramat Umno... kahkahkah... Posted: 01 May 2012 10:58 AM PDT Fitnah jahat bersiri menjelang PRU13 - Azmin Ali Saya mengecam sekeras-kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelek ini disebarkan oleh media yang dikuasai Umno yang memetik sumber blog pro Umno. Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas. Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya amat kesal memandangkan tindakan ini adalah fitnah bersiri terhadap saya dan keluarga selepas fitnah jijik ke atas isteri dan anak saya, disusuli dengan dakwaan pemilikan saham kemudiannya saya dituduh menghina Raja-Raja Melayu dan baru-baru ini saya ditohmah mencetuskan provokasi dalam Himpunan Aman Bersih 3.0. Sebelum ini saya dan isteri serta anak kecil saya telahpun melakukan ujian DNA sebanyak dua kali dalam bulan Julai 1998. Kedua-dua keputusan ujian tersebut menempelak fitnah ke atas saya, isteri dan keluarga. Hasil ujian jelas menyebut serta mengesahkan saya dan isteri merupakan 'biological parent' kepada anak kami. Ujian DNA tersebut sekaligus memelihara maruah saya dan keluarga. 'The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked 'X' (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked 'Y' (child). ' Namun Umno masih mengulangi fitnah kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap saya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata. Setelah kesemua fitnah tidak berjaya, mereka mengulangi skrip usang fitnah seks yang memualkan untuk mengaib dan mematahkan semangat saya. Fitnah jahat seperti ini diulang- ulang untuk membentuk persepsi rakyat terhadap maruah dan kredibiliti saya menjelang pilihan raya. Munculnya fitnah ini tatkala Umno dihimpit krisis keyakinan dan menjadi sasaran kemarahan rakyat selepas perhimpunan BERSIH adalah untuk mengalih pandangan rakyat dari isu sebenar iaitu isu penipuan pilihan raya dan penyelewengan dana awam. Saya ingin menegaskan bahawa saya tetap tuntas dengan perjuangan membawa obor reformasi demi rakyat. Saya menyeru kepada pimpinan Umno supaya menghentikan budaya politik fitnah yang boleh menghancurkan negara dan masyarakat. Saya akan terus bersama-sama pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat untuk menjana perubahan dan membawa kemenangan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13.- Harakahdaily |
VIDEO TERHOT: Amannya himpunan PERKASA... kahkahkah... Posted: 01 May 2012 08:30 AM PDT Suasana program Perhimpunan PERKASA Malaysia di Padang Kelab Sulaiman Kuala Lumpur pada 29-04-2012 Jam 10.35 pagi Kahkahkah... Patut la aman damai.... kahkahkah... Tak dak orang yang gatai nak mai.... kahkahkah... Polis pun tak yah jaga.... kahkahkah... Tak dak orang teringin kat Berahim gila.... kahkahkah... Punya ramai sampai jadi lautan hijau.... kahkahkah... Sah-sah BERSIH 3.0 pun kalah.... kahkahkah... |
Seronoknya tengok Umno jadi gila... kahkahkah... Posted: 01 May 2012 01:00 AM PDT Seronoknya tengok Umno jadi gila selepas Bersih Sana-sini ada cerita bahawa ada yang menyamar sebagai peserta perhimpunan Bersih. Banyak dakwaan depa buat macam-macam provokasi. Bila suasana berjaya dikecohkan oleh penyamar-penyamar, polis yang ditugaskan untuk menghadapi peserta Bersih pun mengamuk. Khabarnya, telah disebarkan pula cerita ada anggota polis yang dibunuh oleh mereka yang berhimpun. Si ganas menjadi lebih ganas dengan cerita bohong itu. Dengan provokasi terhadap peserta Bersih dan terhadap polis sendiri itu, polis bolehlah berasa menang kalau nak sangat rasa begitu. Bergelimpanganlah mangsa-mangsa polis. Ramai dari mereka yang kemudiannya diseret sebagai orang kena tangkap. Sudah ditangkap pun, dibelasah lagi. Tetapi mereka yang berhimpun taklah kalah semuanya. Yang saya nampak Bersih menang dari awal lagi ialah apabila kira-kira 90 peratus dari yang berhimpun itu ialah orang-orang muda. Bila tiap kali demonstrasi, yang jadi perhatian saya ialah siapa yang datang. Bila saya nampak ramai orang muda, saya lega. Tak lama lagi akan terbunuhlah kuasa Umno. Tetapi kemenangan paling manis rakyat yang berhimpun ialah apabila kita tengok depa merapu demi merapu. Mula-mula menteri kata, polis rampas kamera wartawan ikut SOP. Lepas tu KPN kata, rampas kamera wartawan bukan SOP. Ada juga yang bergaduh sesama sendiri. Gaduh! Gaduh! Akhbar pro-BN yang penipu berbohong dan mendakwa jurugambar Malay Mail cedera dibelasah peserta perhimpunan. Dalam tulisan mengenai apa yang berlaku kepada dirinya, Arif kata, "I was kicked and stomped by police officers". Adoila, menteri Umno dan media pro Umno yang pembohong akan tetap berbohong kerana pembohong memang tak tahu bercakap benar. Rakyat yang ada akal tentu dah lama buat kesimpulan, asal Umno ja, memang tak boleh percaya. Lagi seronok apabila melihat peniaga bangang mengadu rugi. Sedangkan, peniaga-peniaga cerdik buat duit sakan (lihat di sini, di sini dan di sini). Tahulah kita selepas ini, bahawa yang mengadu rugi tu yang bangang-bangang of the highest kind. Yang cerdik untung.- Penarik beca |
Projek membodohkan rakyat, BBC News pun kena sensor... kahkahkah... Posted: 30 Apr 2012 11:00 PM PDT LIHAT BAGAIMANA PENIPUAN BERITA DI JALANKAN NOTA: kalau berita demo pun tipu ingat pilihanraya nanti tak tipu bersih empat nanti ialah demo rakyat sesudah ditipu di pru13 ini amaran jangan tipu di pru13 amy bangla mat indon mat myamar jangan mengundi mereka bukan rakyat malaysia ini amaran jangan tipu di pru13 |
Nak tipu pun biaq sampai orang percaya... kahkahkah... Posted: 30 Apr 2012 09:00 PM PDT Pemotong kawat duri macam profesional KUALA LUMPUR, 29 April: PAS mendesak pihak polis melakukan siasatan segera terhadap individu yang bertindak memotong dawai penghalang pada perhimpunan Bersih 3.0, semalam. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata individu terbabit yang dikatakan peserta Bersih 3.0 itu kelihatan profesional ketika memotong dawai berduri yang diletakkan di sekeliling Dataran Merdeka. "Individu terbabit dilihat begitu profesional kerana dapat memotong dawai berduri itu dengan pantas, yang akhirnya memberi peluang kepada polis untuk 'mengganas' selepas itu," kata beliau pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, hari ini. Sambil menolak segala provokasi berpunca daripada peserta Bersih 3.0, Mohamad berkata penyokong himpunan itu tetap berada dalam keadaan terkawal, walaupun jumlahnya mencecah puluhan ribu. Dalam pada itu, beliau turut mendakwa perhimpunan kali ini menunjukkan berlakunya peningkatan keganasan polis terhadap peserta himpunan. Dakwanya, pengalaman menyertai beberapa perhimpunan sejak mahasiswa, perhimpunan kali ini merupakan perhimpunan yang hanya meningkatkan bilangan keganasan pihak polis. "Dengan laungan kerajaan kononnya ingin melakukan transformasi terhadap institusi polis, jelas ia hanya mainan dengan tindakan ganas polis yang ditunjukkan pada perhimpunan semalam," tegas beliau. Sementara itu, Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat, Asmuni Awi turut melahirkan kekesalan dengan tindakan ganas pihak polis terhadap peserta himpunan Bersih 3.0. Beliau yang turun bersama hampir 70 orang peguam bagi memantau himpunan tersebut turut mempertikaikan tindakan polis yang 'memburu' orang ramai. "Larangan dikeluarkan untuk memasuki Dataran Merdeka. Kenapa pihak polis memburu orang ramai yang di luar Dataran Merdeka?" soal beliau yang turt serta pada sidang media tersebut. Turut serta pada sidang media itu, Penolong Setiusaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Nawawi; Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Md. Ramli; dan beberapa wakil peguam PAS. |
PANAS: Polis termakan hasutan pukul Chegu Bard setengah mati... Posted: 30 Apr 2012 07:38 PM PDT Khabar angin polis meninggal punca amuk? KUALA LUMPUR, 30 April: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin mendakwa 'amukan' pihak polis terhadap peserta Bersih 3.0 Sabtu lalu berpunca daripada khabar angin kononnya seorang anggota mereka meninggal dunia dipukul peserta. Menurut Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard, beliau adalah salah seorang mangsa amukan itu yang didakwa dipukul lebih 50 anggota polis lewat petang Sabtu lalu. Katanya, ketika beliau dipukul bertalu-talu, polis yang memukulnya itu mendakwa ada anggota polis meninggal dunia dipukul peserta Bersih 3.0. "Antara yang mereka kata ada anggota polis mati kena pukul oleh demonstran. Polis termakan hasutan ini sehingga bertindak di luar kewarasan," katanya kepada Harakahdaily. Beliau ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang ini berhubung kekerasan pihak polis terhadapnya. Dalam laporan itu, Chegu Bard mendakwa dipukul ketika berada di kawasan Jalan Masjid India kira-kira jam 7 petang. Ketika itu, beliau dan seorang lagi rakannya Sany sedang melihat anggota polis merosakkan dan menterbalikkan meja gerai peniaga yang ditutup di situ. Tiba-tiba katanya, 10 anggota polis meluru ke arah mereka berdua dan terus memukul mereka tanpa bertanya apa-apa. "Saya dipukul beberapa kali, kemudian diheret ke Jalan TAR dan dipukul lagi oleh anggota polis yang pakai uniform tapi tiada nombor polis atau tanda nama," katanya. "Kemudian saya dibawa ke tempat kepungan di Dataran Merdeka dan di situ lebih teruk saya kena pukul. Saya muntah, telinga berdarah, hidung berdarah sampai saya tak larat dah. "Kemudian datang dua orang pegang dan dirikan saya. Seorang anggota polis datang terus flying kick dada saya," tambahnya lagi. Menurutnya juga, kepalanya turut berdarah dipercayai dipukul menggunakan objek keras. Dalam keadaan separa sedar itu juga ujarnya, beliau dapat merasakan poketnya diseluk dan hanya menyedari duitnya lebih RM200 hilang ketika dibawa naik ke atas trak. "Saya merayu, saya mintak maaf, tapi saya seperti bercakap kepada orang yang langsung tidak ada pertimbangan. "Saya ingin bagitahu kepada anggota polis, kami bukan memusuhi kamu. Kamu juga adalah mangsa kepada keadaan ketakutan Umno BN," katanya.- Harakahdaily |
TERKINI: Ni ha, Anwar dah jawab dah... Posted: 30 Apr 2012 06:15 PM PDT Betulkah Anwar arahkan pagar dirempuh?.. cuba tengok video ni.. Sekali lagi Blogger-blogger pro UMNO mempamirkan mereka mempunyai daya imaginasi yang tinggi dalam menterjemahkan sesuatu perkara yang tidak pasti. Jika sebelum ini seorang Blogger Pro UMNO telah menterjemahkan gerak bibir pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir semasa pertabalan DYMM SPB Yang DiPertuan Agong dengan menterjemahkannya sebagai menghina atau mempermainkan Sultan-sultan yang sedang berangkat masuk ke dewan. Kali ini mereka menterjemahkan bahasa isyarat antara Azmin dan Anwar pula.. Berbekalkan sebuah videoclip (lihat video di bawah) yang memaparkan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali berkomunikasi dengan menggunakan isyarat tangan, Blog-blog pencacai UMNO melemparkan tuduhan mengatakan Anwar mengarahkan supaya sekatan atau pagar di Dataran Merdeka dirempuh. Dari video ini juga pencacai-pencacai UMNO itu menggunakan daya imaginasi mereka untuk menterjemahkan apa maksud isyarat tangan Anwar kepada Azmin itu. Hasilnya terjemahan mereka sudah tentu akan mengatakan bahawa Anwar telah memberikan arahan kepada Azmin supaya sekatan atau pagar di Dataran Merdeka itu dirempuh. Bagaimanapun laporan Blog pencacai-pencacai UMNO itu dinafikan Anwar dalam satu siding Media hari ini.. Baca sebahagian dari laporan oleh The Malaysian Insider ini.. PETALING JAYA, April 30 — Datuk Seri Anwar Ibrahim and Azmin Ali denied today exchanging signals to break a police barrier in front of Dataran Merdeka during Saturday's Bersih rally, insisting that the opposition leader had asked the PKR deputy president to negotiate with police. PKR de facto leader Anwar told a press conference the rolling motion he made with his hands directed at the Gombak MP meant to "nego, nego." Azmin said he then jerked his thumb over his shoulder and nodded to the former deputy prime minister to say "I had already negotiated with police." "Nego, nego. Make sure you start talking to the police officer behind you," Anwar said, repeating the rolling gesture before adding "break means break" and thrusting an open palm in front of him. The Permatang Pauh MP pointed out that he had earlier told the crowd to "turn right into Jalan Tuanku Abdul Rahman, not left into Dataran Merdeka" and insisted at no point did he call for people to enter the historic square – The Malaysian Insider Ok.. Dengar apa yang Anwar Ibrahim sebut diawal video di bawah ini pula.. Anwar sebut.. bergerak ke kanan, kanan makna ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman... bukannya ke kiri yang menghala ke Dataran Merdeka tu..- TMI Laporan berkaitan.. Bersih 3.0: Anwar arah ke jalan TAR, bukan Dataran PETALING JAYA, 30 April: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar tidak terpengaruh dengan mainan media Umno BN yang cuba mengalihkan isu sebenar mengenai perhimpunan Bersih 3.0. Beliau berkata, lapan tuntutan rakyat ke arah pilihan raya bersih dan adil harus diutamakan dan semua pihak harus menghormati kebebasan rakyat untuk berhimpun dan bersuara. "Semalam hari merdeka rakyat apabila 300,000 rakyat keluar menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. "Semua orang datang dengan harapan untuk berhimpun di Dataran (Merdeka) jadi jangan masuk dalam mainan media Umno BN untuk alih isu sebenar," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Tropicana, hari ini. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu seterusnya menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau dan timbalannya, Azmin Ali memberi arahan kepada peserta himpunan agar merempuh kawat berduri yang dipasang di sekeliling Dataran Merdeka. Beliau sebaliknya menjelaskan, arahan dikeluarkan agar peserta bergerak ke kanan iaitu ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), bukan ke Dataran Merdeka seperti yang ditulis dalam blog-bloh pro Umno. "Saya sebut dan merayu kepada peserta, tolong bergerak ke kanan, kanan makna ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman. "Tapi saya tidak menyalahkan peserta yang bergerak ke arah Dataran Merdeka kerana mereka datang bukan kerana Anwar, bukan kerana (Datuk S) Ambiga tapi kerana menuntut pilihan raya yang bersih dan mahu berhimpun secara aman di Dataran. "Nak kata kita hilang kawalan, memang tidak benar," katanya yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen. Azmin pula menjelaskan, isyarat tangan kepada Anwar bukan bermaksud beliau mahu peserta merempuh Dataran Merdeka sebaliknya menunjukkan bahawa beliau mahu berunding dengan polis. "Saya bertemu dengan polis di hadapan halangan polis. Saya memberi isyarat kepada Anwar bahawa saya berbincang dengan polis dan bukannya menghasut penyokong untuk merempuh masuk ke Dataran Merdeka. "Namun, seorang anggota polis memberitahu saya bahawa dia belum mendapat sebarang arahan. Selepas itu, saya arahkan semua penyokong supaya duduk dan bertenang," jelasnya. Beliau juga mempersoal polis yang bertindak melepaskan gas pemedih mata kepada semua peserta sedangkan tindakan boleh diambil ke atas sekumpulan yang didakwa merempuh penghadang. "Kalau isu masuk ke Dataran satu kesalahan, kenapa sembur air kimia dan gas pemedih ata kepada semua orang? "Ambil sahaja tindakan kepada mereka yang merempuh masuk itu," katanya.- Harakahdaily |
Posted: 30 Apr 2012 01:00 PM PDT PEGUAM Pathmanabhan, 43 dan tiga bekas pekerja ladang, T Thilaiyagan, 21; R Matan, 22 dan R Khatavarayam, 32 keluar dari mahkamah dengan dikawal anggota polis selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengarah mereka membela diri dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, dua tahun lalu. - Foto Roslin Mat Tahir |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan