Isnin, 21 Mei 2012

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Raja Katak akan pertahankan kerusi KATAK Pasir Mas....kah kah kah.....!!!!

Posted: 21 May 2012 09:52 AM PDT

 

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mengesahkan akan mempertahankan kerusinnya di parlimen berkenaan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang yang dijangka berlaku tidak lama lagi.

Dipetik Sinar Harian Online, Ibrahim (gambar) yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu berkata, masih lagi terdapatnya sokongan daripada masyarakat di sana supaya beliau mempertahankan kerusinya itu.

“Ada permintaan supaya saya mempertahankan kerusi Pasir Mas. Insya-Allah kalau panjang umur saya akan bertanding di situ pada PRU13 ini,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Keempat pertubuhan Jaringan Gerak Usaha Pasir Mas (Jaguh) di sini, malam tadi.

Beliau yang juga merupakan penaung Jaguh menambah, beliau bersyukur sepanjang berkhidmat di kawasan itu tiada perkara buruk berlaku.

“Saya bukan nak puji diri, tetapi Alhamdulillah rekod saya bersih, tiada isu moral dikaitkan dengan saya kerana saya sentiasa menjaga nama baik sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas,” katanya lagi.

Terdahulu dalam ucapannya, Ibrahim menjelasan, dianggarkan terdapat hampir 400,000 rakyat Kelantan berhijrah keluar dari negeri tersebut mencari rezeki.

“Ini berlaku kerana di Kelantan kurangnya peluang pekerjaan walaupun negeri kita kaya dengan hasil mahsul dan ini berlaku akibat dari pertumbuhan ekonomi yang menyedihkan.

“Jadi saya minta ayuh kita lakukan transformasi politik pada PRU13 akan datang,” katanya di hadapan hampir 1,200 anak kelahiran Pasir Mas yang bekerja di Lembah Kelang.

Dalam perkembangan lain, Ibrahim turut bersetuju dengan langkah kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak daripada Petronas, dan menegaskan “saya menyokong tuntutan itu, tetapi isu ini sudah menjadi kes mahkamah dan saya enggan mengulas lanjut.”

Hadir sama Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin yang juga Naib Presiden Perkasa dan Presiden Jaguh, Zulkarnain Mat Junoh.

 

 

 

 

penyapu sial

 

baguiihhhh.....katak....seluruh dunia boleh tau  bagaimana popularnya kamu dan kita nak tengok berapa ekor katak yang akan mengundi kamu......katak tak tau di untung....!!!!

padan muka....memang dah wajib...Muzakarah Bapak Syaitan ( UMNO ) - PAS tidak akan berlaku....!!!!

Posted: 21 May 2012 09:40 AM PDT

 

PAS hari ini menegaskan tidak akan berlaku muzakarah antara parti Islam tersebut dengan Umno, sebaliknya, menegaskan, perkara berkaitan muzakarah itu telah di salah lapor oleh media.

Jelas Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang (gambar) ketika sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini menegaskan, isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuan beliau dengan pertubuhan bukan kerajaan baru-baru ini adalah berkenaan dakwaan yang mengatakan parti itu sudah menyimpang dari landasan asal mereka.

“Perkara pokoknya adalah PAS bersedia mengadakan muzakarah untuk menjelaskan perkara itu, bukannya muzakarah dengan parti seperti Umno. Isu muzakarah ini hanyalah helah politik Umno yang berlarutan sejak sekian lama.

“Saya menegaskan muzakarah antara Umno dan PAS tidak mungkin akan berlaku,” tegasnya ketika sidang media di sini.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Machang ini menjelaskan, beliau hanya bersedia untuk mengadakan muzakarah dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menjelaskan berkenaan peranan parti itu dalam membangunkan masyarakat Islam di negara ini.

“PAS bersedia untuk mengadakan muzakarah dengan NGO untuk memberikan penjelasan jelas tentang Islam. Tapi bukan dengan Umno.

“Isu ini muncul tiap-tiap kali nak pilihan raya,” katanya menambah, “kalau nak bincang dengan Umno adalah lebih utama untuk bincang berkenaan pilihan raya yang bersih dan adil.”

Sehubungan itu, Hadi menjelaskan, PAS akan menganjurkan satu program bagi menjelaskan perkara berkaitan Islam dan pihaknya turut menjemput setiap lapisan masyarakat dan bangsa untuk turut hadir bagi mendapatkan kefahaman tentang Islam.

“PAS sedang memberikan tumpuan terhadap pilihan raya buat masa ini,” tambahnya lagi dan menegaskan isu muzakarah PAS dan Umno tidak lagi berbangkit selepas ini.

Laporan sebelum ini menyebut, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik laporan akhbar berkata, Umno sedia menyahut seruan PAS untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Timbalan Presiden Umno itu juga nyata agak terkejut dengan pelawaan PAS kerana perkara itu jelasnya telah dan pernah disuarakan parti itu sebelum ini, namun ditolak keras, khususnya oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. Masa itu dia kata Umno tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah,” katanya.

Beliau turut mengulas mengenai kenyataan Nik Aziz bahawa parti itu sentiasa bersikap terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno dan juga bersetuju untuk muzakarah itu diadakan dalam masa terdekat.

Muhyiddin berkata parti terbesar Melayu itu sedia menerima pelawaan tersebut kerana perkara itu telah pun disuarakan Umno sejak sekian lama atas kesedaran pentingnya umat Islam disatukan, yang kini berpecah kepada beberapa kelompok kerana perbezaan ideologi.

Nik Aziz sebelum ini mencadangkan muzakarah bersama Umno akan diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 yang dijangka berlaku tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Nik Aziz menegaskan Umno perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh PAS sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman.

“Kalau Umno nak bersatu (dengan PAS), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa Umno tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

“Umno kena terima PAS sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila Umno dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkara disebalik kesudian PAS untuk mengadakan muzakarah dengan Umno sebagai suatu permulaan kepada kerjasama parti demi penyatuan orang Melayu khususnya umat Islam.

Katanya muzakarah dituntut oleh agama Islam dan sepatutnya adalah untuk kebaikan semua pihak dengan niat yang benar-benar ikhlas.

Rabu lalu, Nik Aziz menyatakan persetujuannya agar PAS membuka pintu untuk bermuzakarah dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Umno.

 

 

penyapu sial

 

dengan bapak syaitan ini tidak wajib di ajak berunding atau apa apa pun....layak di baling batu aje....bila hati dan akal dah rosak ,hidayah jauh sekali....haramjadah ini cuma cari peluang untuk mengenakan sesiapa yang boleh di jadikan kambing hitam...

Tiada ulasan: