AdukaTaruna |
Catatan Kota Bharu - Bukit Jalil Posted: 21 May 2012 04:44 AM PDT Oleh : AdukaTaruna [1] Perjumpaan 6 orang di Kedai Tom Yam. Gua, Jeming, Topeng, Syam, Ayie dan Mike menghasilkan 2 plan hasutan untuk perjuangan hasil bumi Kelantan. Pertama pada 19 Mei 2012 sempena Final FA Cup di Bukit Jalil. Kedua 26 Mei 2012. Gua mencadangkan hasutan menggunakan simbol. Tak perlu taip panjang2 sampai 16 huruf (R O Y A L T I P E T R O L I U M). Setelah bertekak, akhirnya plan pertama siap. Huruf R dipilih sebab rakyat mudah tiru, cetak dan sebarkan. Syam Ghaz mengepalai projek. [2] Asalnya gua akan follow Jeming and geng. By bas. Dana hasil derma rakyat dan peniaga2 Kelantan. Juga duit poket sendiri. Gua setup aktiviti hasutan malam final. Start 10 malam. Memember KL sedia membantu. Then, tukar plan. Jeming ketuai team bas. Mereka diberikan tugas menyeludup bahan2 ke stadium. Gua akan masuk team Syam Ghaz dan Ayie Prop. Guna Hilux. Topeng dan Yie BP akan follow by Myvi as bekap transport. Malangnya, kedai printing gagal siap. Jam 6 petang baru gua bertolak dari KB. Ikut matematik, 2-3 pagi baru sampai. Sedangkan program setup jam 10 malam. Gua kol memember KL bagitau masalah gua. Minta mereka ON tanpa gua. [3] Sepanjang perjalanan, gua menyaksikan kanak2 yang ditemani ibu bapa masing2 melambai2 tangan kepada kenderaan yang mempamerkan bendera Kelantan. Muka masing2 punyalah teruja. Kenderaan plak sporting dengan membalas guna horn dan lampu. Pertama fenomena ini gua tak pernah tengok di negeri gua. Kedua gua rasa sedih sebab diorang tak berkemampuan untuk pergi. Takper la dik.. gua ni pun pergi bukan pasal bola. Gua akan simpankan sekotak bendera kecil Kelantan, nanti balik gua akan agih2kan. Insyaallah. Semoga sikit sebanyak lu happy. Gua pun happy. 9 Malam, Eddy The Yellow Boutique kol. "Salam bro. mana dah lu?" "Sorry bro. Gua tumpang orang ma.. baru Gua Musang. Tapi gua dah info. Team Jeming dah sampai sana." "Blah la lu.. gua dah agak dah.." Gua besit Hilux PMBK dan sampai R&R Geting Sempah, Karak sekitar jam 12 malam. Yie BP kol. Dia 15 km di belakang. [4] Sampai Stadium Bukit Jalil sekitar 1 pagi. Peniaga Kelantan dah penuh. Parking dan veni vidi vici. Datang usha tawan. Ada 1 port jajahan. Depan foodcourt. jalan masuk dah berpagar. Peniaga berbayar sahaja bleh masuk. Drive Hilux panjat divider. Mujur dalam team takda ostad PAS. Kalau tak kena haram, mesti kena soal boleh buat ke ni? Orang pernah buat tak? Park Hilux. Bergambar dulu dengan banner untuk hasutan facebook. Pasang 2 khemah. Gua, Benz Ali dan syam 1 khemah. Letak kepala, terus lelap.. zzzz Berkenaan dengan boikot Petronas, kalau ditanya gua as peribadi, gua tak setuju. Tapi hak demokrasi mereka untuk menjadikan ianya platform perbahasan saraf, gua raikan. [5] Tiba-tiba khemah bergoyang. Kepala lutut gua kena goncang. Makhluk halus ke apa ni? "Bangun! Bangun! Bangun!" DBKL ke apa ni? Ni kang, DBKL masuk spital, gua masuk lokap ni kang. "Subuh! Subuh! 6.30 dah ni. Ceroh doh!" Gosok2 mata. Ayie Prop rupanya. Kejutkan solat sebijik macam FRU. Keluar khemah, hala ke surau, tu diaaaaaaaaaa... beratur nak ambil wuduk bai... Baik paip. Baik sinki. Nyaris2 kol Ostad Wan Ji. Boleh tak tayamum guna bedak semata2 malas nak beratur. Settle semua hal, naik Myvi ke R&R highway KERSAS. Mandi dan sarapan. Datang semula stadium jam 10 pagi. [6] Sampai2, tengok port jajahan semakin mengecil. Ada peniaga jajah kawasan. Sebelah kanan ada van. Gua usha driver untuk slow talk. Tapi ntah pergi mana. Takpa2.. kita bentang banner atas jalan. Tepek banner kat van beliau. Nanti dia tanya, kita slow talk. Akhirnya brother tu setuju ambil port sebelah sana. Alihkan van. Kami gotong royong ukah (panjat) pasang banner. "Tulis tempat, boh. Tulis tempat slalu. Tengok ore mano paling banyok." Gua try speaking Klate. satu team tulis K. Krai. "Yaaaaa.... Kuala Krai ni boh." Gua sebut guna megaphone. Bila main bab asobiyah, tu diaaa... Orang semakin ramai. Tahap ribu2 lemon bai yang sign. "Bachok tuuu!!.." "Tanah Merah!!...." "Felda Chiku!!.." "Padang Tembak!! Ait?" Ni tempat gua ni. Gua angkat kepala. Sorang pakcik senyum. Pokcik apa nama ntah. Tapi kenal muka la. Satu taman perumahan la plak. Gua hulur tangan salam. "Lamo tak mari surau?.." Tegur pakcik tu. Niamakahai orang tua ni.. citer surau kat stadium. Nak sabotaj gua depan mek2 Klate ke? Ngaaa... "Bz sket lo ni pokcik. Insyaallah.. insyaallah." Beberapa polis dan sekuriti mohon acara dihentikan. Tapi crowd ribu depan mata mereka bukan crowd yang pentingkan nama politik. Ini crowd sukan bola abey. Dengan megaphone kat tangan, gua boleh halakan crowd halau polis kalau gua nak. Syam berdiplomasi setiap kali arahan henti sampai. [7] Makin petang, makin ribu2 lemon. Sesak. Walau tak padat macam BERSIH 4.0, tapi gua punya kepala tangkap pening minta dadah panadol. Orang makin ramai sign. Bateri megaphone plak habes. Marker pun dah nak habes. 10 000 keping pelekat R diedarkan kepada setiap tandatangan habes jam 2 petang! Bermakna lebih dari 10 000 tandatangan Tiba2 Anuar Musa sampai. Jeming dan Syam pelawa turunkan tandantangan. Anuar Musa sign kat word royalti. "Teruskan berjuang. Ini soal maruah anak Klate kito." Pergh.. nampaknya Tengku Razaleigh tidak keseorangan. Gua turunkan banner Sultan Kelantan. Dan tawaf keliling stadium. Polis follow. Crowd bunyikan horn. Beberapa kali tawaf berhenti kejap pasal nak bergambar. Siapa kata gua tak sokong Sultan? heh.. puii.. [8] Bendera gergasi R berjaya diseludup masuk. TV1 dan Astro Arena merakamkan bendera R itu bergerak dari team Jeming sehingga ke sempadan VIP. Wartawan Sinar Harian Selangor dan Malaysiakini membuat liputan. Harakah jer yang tak cover. Walau Syam sudah berikan butiran. Maybe sebab takda wajah2 PAS dalam program tu kot. Gua ambil keputusan tak masuk stadium sebab 2 perkara : i. Gua nak kemas barang2. Kalau semua masuk, dan baru nak kemas selepas habes bola, gua rasa tenaga dah takda dah. ii. Gua meraikan seorang sahabat KL yang memberikan solidariti kepada perjuangan R. Nak belanja makan, dia lagi kaya dari gua. Gua bagi dia tiket gua. Lepas kemas, gua bentang kain merah. Lipat2 sampai tebal. Tutup mata dengan tuala. Baring dan terus tidur. Zzzzz... automatik gua kat rumah Zahida rafik tanpa pengetahuan Shafie Afdal. [9] Bermalam rumah member Ayie Prob dalam keadaan berbulu sebab Chelsea menang nasib. Bertolak ke KB selepas makan tengah hari. Sampai Kechau gua tengok budak2 kibar bendera Kelantan. Kechau ni bukan sempadan ni bro. Kalau sempadan gua tak heran. Pastu budak2 plak. Kalau mak bapak maybe dia asal Kelantan. Start Kechau sampai Merapoh, kanak2, remaja berkumpul tepi jalan kibar bendera Kelantan. Gua rasa Presiden FAM anak-beranak dah boleh berambus la. Kalau Pahang sendiri sokong Kelantan dalam bola sepak. Ngaaa... Start Gua Musang, baru projek agihkan bendera dan air mineral kepada budak2 dilakukan. Banyak kali berhenti.Berebut2. Sampai gua kena bebuat garang macam cikgu disiplin. Happy tengok diorang happy. Penutupnya, hasutan R akan dilakukan di stadium sendiri nanti. 26 Mei ni hasutan secara jalan kaki plak. Walk 4 R. Nantikan poster dan pegumuman dari kami. Bersama kita catat sejarah dalam demo jalanan pertama di Kelantan. Insyaallah. |
Posted: 21 May 2012 03:00 AM PDT Alhamdulillah. PASTI GEMBIRA yang sudah beroperasi selama beberapa bulan, kini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. Brother Taufik. Tq aa bro.. Menurut saudara Dayat, semoga dengan pembukaan PASTI di kawasan elite (Taipan Senawang), dapat mengisi ruang vakum pendidikan anak-anak muslim di sini. Terima kasih kepada semua penderma, penyokong kepada penubuhan PASTI ini. Semoga pendidikan berasaskan Islam kembali mendapat tempat oleh ibu bapa. PASTI GEMBIRA menggunakan bahasa pengantar Inggeris. Kira anti PPSMI la. Ngaa... Gambar-gambar perasmian. Banyak lagi gambar di sini. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan