Muslimeen United |
- Mengundi Umno-BN Tidak Lulus Islam - Mursyidul Am PAS
- Anwar, Azmin, Chegubard Didakwa Esok Kerana Sertai BERS✔H 3.0
- Lu Orang Boleh Caya ke Cerita gambar nii..??
- Ustaz Azhar Idrus Dikelilingi Artis Wanita Yang Berhijrah. Allahuakhbar!
- SPR Kata Kangkung, Timun, Kuda, Harimau Adalah Pengundi Sah
- Pemain Import Kelantan Buat Honar ...
- RASMI: Datuk Fauzi Shaari Sertai PAS
- Bumbung Stadium Runtuh Kerana Kerja Tidak Amanah – Raja Kamarul Bahrin
Mengundi Umno-BN Tidak Lulus Islam - Mursyidul Am PAS Posted: 21 May 2012 06:20 AM PDT KUALA TERENGGANU - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta rakyat Malaysia khususnya di kalangan masyarakat Islam dan para pengundi beragama Islam agar memilih pemimpin dan parti yang berasaskan Islam pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Beliau membuat seruan tersebut ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Terengganu Kali Ke-37 di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, dekat sini, pada Sabtu 19 Mei. Katanya, Allah SWT menjadikan di atas dunia ini dua jenis golongan kepimpinan manusia iaitu yang dinamakan pemimpin biasa dan Nabi-nabi a.s. Menurutnya, manusia biasa tidak akan mengetahui semua perkara mengenai dunia kecuali golongan Nabi dan Rasul a.s. kerana dilantik oleh Allah Ta'ala. "Saya minta semua pengundi khasnya pengundi yang beragama Islam mengundi parti yang berasaskan kepada Islam, kerana atas dunia ini ada dua jenis pemimpin. "Satu yang kita panggil pemimpin dan satu lagi kita panggil Nabi. Allah Ta'ala sengaja buat dunia ini ada manusia biasa dan ada manusia yang bergelar Nabi, kerana manusia biasa ini, dia hanya boleh 'reti' (tahu) padan-padan dengan akal manusia sahaja. Tidak ada manusia boleh memahami dunia ini sepenuhnya kecuali golongan Nabi," ujarnya di hadapan lebih 1000 hadirin. Kata Tuan Guru Nik Aziz, Islam mengajar manusia menggunakan akal fikiran berasaskan kepada agama. Menurutnya, golongan Nabi yang memberitahu manusia perkara yang manusia biasa tidak tahu seperti selepas kematian akan dihidupkan kembali. "Ini (mati hidup balik) tidak ada dalam pengajian demokrasi, nasionalis, komunis dan sebagainya. Sedangkan, hidup balik ini perancangan Allah, bukan perancangan kerajaan, bukan perancangan syarikat. Allah SWT yang akan menghidupkan kita semula untuk dibalas. "Jadi sebab itulah, saya minta kepada pengundi beragama Islam sama ada Cina muslim, Melayu muslim, orang Asli muslim undi kerajaan yang boleh melaksanakan Islam. Bukan sekadar hendak jaga Melayu, bukan sekadar hendak jaga pembangunan," jelasnya. Sementara itu, pada sidang medianya, beliau ditanya bagaimana dengan hak pengundi bukan Islam jika bagi pengundi Islam mesti memilih parti yang berasaskan Islam. Menurutnya, bagi hak pengundi bukan Islam boleh mengundi mana-mana parti dari Pakatan Rakyat yang telah bersama dengan PAS. Ini kerana, katanya kerajaan Pakatan Rakyat telah melaksanakan dasar-dasar yang dibuat oleh PAS seperti mengharamkan arak, judi serta menentang rasuah. "PAS kini bersama Pakatan Rakyat dan dalam pakatan itu ada yang Islam dan bukan Islam. Hak tidak Islam boleh undi pakatan. "Pakatan Rakyat telah melaksanakan dasar-dasar yang dibuat oleh PAS. Haram arak, tidak boleh judi, rasuah tidak boleh. 'Benda' (perkara) ini benda yang memberi manfaat kepada manusia," ujarnya. Tuan Guru Nik Aziz menegaskan Umno sebuah parti yang menolak Islam sebagai dasar kerana telah menjadikan 'kebangsaan' sebagai dasar partinya. Katanya, dasar kebangsaan yang diterima pakai oleh parti Umno sejak ditubuhkan bukan termasuk dalam ajaran Nabi Muhamad SAW iaitu Islam. "Mengundi BN (Umno) tidak lulus Islamlah. Dasar BN, 'dasar kebangsaan'. Dasar Kebangsaan tidak boleh bawa manusia ke Syurga, kerana dasar ini (kebangsaan) bukan ajaran Nabi Muhamad SAW, ajaran Nabi Muhamad ialah Islam," tegasnya. -BO |
Anwar, Azmin, Chegubard Didakwa Esok Kerana Sertai BERS✔H 3.0 Posted: 21 May 2012 03:58 AM PDT Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan didakwa esok berhubung perhimpunan BERSIH 3.0. Satu kenyataan pejabat Azmin menyebut beliau menerima writ saman untuk hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas dua pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Kanun Keseksaan. Beliau diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi esok. Writ saman tersebut diterima oleh Hilman Idman yang merupakan pegawai Khas Azmin di Tingkat 1, Ibu Pejabat PKR Damansara. Menurut writ saman tersebut, Azmin dituduh melanggar Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 109 dan Seksyen 34 kanun yang sama. Dia dituduh bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April. Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka. Notis itu juga menyatakan keengkaran mereka dan penyokong BERSIH 3.0 yang lain mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut. Oleh itu, beliau dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574). Dalam notis yang berasingan, Azmin dituduh menyertai protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang telah dibuat pada 26 April 2912. Dengan itu, Azmin dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama. Difahamkan Anwar juga menghadapi tuduhan yang sama. Ini menjadi mereka orang pertama yang akan didakwa di bawah Perhimpunan Aman 2012 yang luluskan baru-baru in. Sementara itu, ketua kakitangan di pejabat Anwar - Ibrahim Yaacob - mengesahkan ketua umum PKR itu telah menerima notis tersebut pada jam 2.40 petang. "Datuk Seri di ibupejabat parti di Merchant Square pada masa polis disampaikan notis itu pada jam 2.40 petang. Beliau (Anwar) berada di dalam mesyuarat dan perasan telah diterima oleh saya," katanya dalam jawapan SMS kepada Malaysiakini. Menurutnya, terdapat dua pertuduhan berasingan - (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) seksyen 188 dibaca bersama dengan seksyen 109 dan 34 dan (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) Seksyen 4(2) (c) dan Seksyen 4(3). "Kita akan jumpa mereka di mahkamah...," tegas Ibrahim Seorang lagi yang telah menerima notis yang sama ialah aktivis PKR Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard. Ketika berita ini ditulis, kandungan notis tersebut masih belum dapat disahkan. Sementara itu, menjawab soalan Malaysiakini melalui SMS, Ketua Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengesahkan bahawa Anwar, Azmin dan Chegubard akan didakwa esok. -mk 32 anggota polis serbu rumah Chegu Bard serah waran hadir mahkamah esok |
Lu Orang Boleh Caya ke Cerita gambar nii..?? Posted: 21 May 2012 03:55 AM PDT Malam tadi seramai 100 bekas ahli dan penyokong Umno di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil dekat sini menyerah borang menyertai PAS yang diketuai bekas anggota jawatankuasa Umno Cawangan Chalil, Mat Ali Ibrahim, 62. Mat Ali yang menyertai RKT Chalil pada 1983 mewakili rakan-rakan menyerah borang kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah. Hadir sama pada ceramah Selamat Tinggal Umno, Ketua Pemuda PAS Negeri, Abdul Latiff Abdul Rahman, Yang Dipertua PAS Gua Musang, Abdullah Husin, Penyelia Dun Galas, Dr Zulkifli Muhamad dan Penyelia Dun Paloh, Saharudin Mustafa. Mat Ali yang pernah mempunyai hubungan rapat dengan Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah berkata, beliau berjuang bersama Umno selama 40 tahun. "Saya melihat dan merasai sendiri apa yang berlaku dalam Umno sepanjang tempoh tersebut. Sebelum ini saya diam sahaja terhadap banyak penyelewengan yang berlaku. "Namun sekarang saya tidak mampu pendam lagi. Sebab itulah saya dengan sokongan kawan-kawan mengisytiharkan keluar Umno beramai-ramai malam ini," katanya ketika ditemui selepas ceramah tersebut. Beliau juga mengakui berlaku perbezaan yang jauh di antara PAS dan Umno, di mana rakyat boleh merasai sendiri program berkebajikan yang dilaksanakan di Kelantan sekarang. Manakala rakannya, Che Ghani Che Mat, 60 yang masih memiliki nombor keahlian Umno berkata, dasar perjuangan Umno tidak sesuai dengan perkembangan semasa yang berlaku sekarang. Katanya, perjuangan Umno sudah jauh ketinggalan zaman kerana ia hanya sesuai pada zaman menuntut kemerdekaan sahaja. "Sebab itulah sekarang mereka melakukan apa sahaja bagi menarik sokongan rakyat termasuk umpan wang ringgit. "Namun peneroka sekarang sudah celik. Kami sebagai peneroka sudah lama merasai ditipu pemimpin Umno. Nasib peneroka masih di tahap lama dan tidak berubah," ujarnya. JURaGan : Gua mcm tak caya beb,,,sebab Umno kata beribu-ribu penyokong PR telah kembali kepada Umno.kerana tidak yakin lagi dengan PR..Kuah3..Hancuss Lu Umnuoooo.... |
Ustaz Azhar Idrus Dikelilingi Artis Wanita Yang Berhijrah. Allahuakhbar! Posted: 20 May 2012 10:28 PM PDT Hebatnya Pengaruh Ustaz Azhar Idrus ( Original )... Kelihatan Artis-Artis Wanita Yang Telah Berhijrah "Menutup Aurat" Tidak Lepaskan Peluang Bergambar dengan Beliau Seperti Irma Hasimie, Yatt, Diana Amir, Helliza Helmi Dan Rakan-Rakan |
SPR Kata Kangkung, Timun, Kuda, Harimau Adalah Pengundi Sah Posted: 20 May 2012 10:25 PM PDT Port Dickson: Mereka yang memiliki nama-nama 'unik' membuatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pening kepala dengan para pengkritik yang mempertikaikan kewujudan golongan tersebut. Namun, SPR berkata, rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuktikan bahawa mereka adalah pengundi yang sah. Para pengkritik suruhanjaya itu membuat jenaka terhadap nama-nama haiwan, sayur-sayuran dan individu terkemuka yang masih hidup atau meninggal dunia dalam kalangan daftar pemilih seramai 12.8 juta pengundi. Mereka turut bertanya mengapa wujud pengundi dengan nama seperti Timun, Kangkung, Harimau dan Kuda dalam daftar pemilih. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, mereka yang memiliki nama unik yang tinggal di pedalaman Sabah dan Sarawak adalah pengundi sah. Katanya, adalah tidak adil bagi SPR dituduh sengaja mereka nama-nama tersebut dan mendaftarkan pengundi-pengundi yang tidak wujud. "Agak hairan bahawa pengkritik masih tidak memahami perkara ini yang berada diluar kawalan kami. "Kami mempunyai pengundi yang memiliki nama seperti Elvis Presley, Reagan dan A.Ramlie bin Jefridin dalam daftar pemilih. Namun, kesemuanya wujud dan merupakan rakyat Malaysia," katanya. (A.Ramli dan Jefri Din merupakan penyanyi terkemuka negara pada 1960) Abdul Aziz berkata, terdapat pengundi dengan nama seperti Atas Jalan, Tepi Jalan, Machine Gun dan Boeing. "Selagi butiran tarikh lahir mereka sama dengan rekod JPN, kami tidak boleh mempertikaikan status mereka dan mesti mendaftarkan mereka sebagai pengundi," katanya. Beliau berkata, SPR terus menerima kritikan berhubung perkara yang diluar kawalan mereka walaupun pelbagai usaha dilakukan pegawai-pegawai untuk memastikan daftar pemilih bersih dan dikemas kini. Katanya, daftar pemilih mempunyai kira-kira 15,000 pengundi yang nombor kad pengenalan mereka tidak selari dengan jantina seperti ditetapkan JPN. Bagi jantina lelaki, nombor terakhir dalam 12 digit kad pengenalan merupakan nombor ganjil manakala perempuan pula adalah nombor genap. "Jika berlaku campur aduk, kami tidak boleh katakan bahawa mereka tidak boleh didaftarkan sebagai pengundi kerana JPN mempunyai rekod mengenai kewujudan mereka. "Mungkin berlaku kesilapan apabila MyKad diserahkan kepada mereka," katanya. Abdul Aziz berkata, mereka juga sering dilontarkan dengan pertanyaan mengenai kewujudan pengundi yang memiliki nama serupa dan lahir pada tarikh dan negeri yang sama. "Perbezaan hanya empat digit terakhir dalam nombor kad pengenalan mereka. Apabila kami mengenal pasti kes ini dengan JPN, kami mendapati mereka didaftarkan pada sejak lahir dan masih hidup," katanya. Menurut beliau, terdapat beberapa soalan dibangkitkan mengenai kewujudan pengundi yang berusia lebih 100 tahun dalam daftar pemilih walaupun rekod SPR menunjukkan kira-kira 1,000 pengundi bagi golongan tersebut. "Kami terus mengesahkan maklumat-maklumat tersebut dengan agensi berkaitan. Kami tidak boleh memadam nama-nama pengundi walaupun mereka sudah mencecah usia 100 tahun. Abdul Aziz berkata, kira-kira 3.7 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih walaupun pelbagai kempen dilakukan untuk menggalakkan mereka berbuat demikian. -mstar Cukup panjang akal Pengerusi SPR ni untuk kelentong rakyat. PR kena wujudkan badan siasatan untuk menyiasat hal-hal ini dan jika tidak benar, maka Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR perlu diheret ke muka pengadilan. |
Pemain Import Kelantan Buat Honar ... Posted: 20 May 2012 10:23 PM PDT First of all, syabas wa ucapkan pada skuad bolasepak Kelantan yang skang ni lebih glamour digelar TRW (The Red Warriors) kerana usaha penat lelah mereka terbayar dengan memenangi Piala FA, sebuah piala yang ditunggu tunggu sejak 22 tahun yang lalu. Dengan segala kerja keras TRW memang layak untuk dinobatkan sebagai juara Piala FA 2012. Tapi bukan tu maksud tajuk entri kat atas nun.. wa nak luorang tengok bebetul foto kat bawah ni .. Obinna Nwaneiri, pemain import Kelantan yang berasal dari Nigeria berjaya membuat ameno semakin pening sebab mengibarkan bendera PAS ketika meraikan kemenangan TRW.. |
RASMI: Datuk Fauzi Shaari Sertai PAS Posted: 20 May 2012 05:16 PM PDT Taiping - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari malam ini dengan rasminya menyertai Pas. Gambar: Fauzi (kiri) menyerahkan borang keahlian kepada Abdul Hadi sambil diperhatikan oleh Mohamad Sabu. Borang keahlian diserahkan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Perdana Bekas Pegawai Tertinggi PDRM Sertai Pas di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang di sini. Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain. Penyerahan borang keahlian disaksikan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR). Dalam ucapannya, beliau menjelaskan bahawa tujuan menyertai Pas bukan berniat untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa Pas. Katanya, kehadiran beliau pada majlis itu juga sebagai pengenalan kepada penyokong dan masyarakat sebelum bergiat aktif selepas ini. Beliau turut menjelaskan, penyertaan dalam Pas itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis. Fauzi yang berasal dari Pantai Besar, Batu Kurau, Perak menambah, beliau selepas ini akan membantu PR khususnya Pas melalui ceramah-ceramah yang dianjurkan. "Bukanlah bila saya masuk Pas bukan semuanya tak betul. Mana yang boleh tegur, kena tegurlah," katanya. Pada majlis itu juga, Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri Perak yang menjadi pengerusi majlis, Akmal Kamaluddin secara berseloroh mahu Fauzi mengetuai Bersih 4.0 dan kemudiannnya disambut dengan tepukan gemuruh hadirin. -SH sumber foto: ajijoi |
Bumbung Stadium Runtuh Kerana Kerja Tidak Amanah – Raja Kamarul Bahrin Posted: 20 May 2012 05:15 PM PDT MARANG – Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Tengku Ahmad Shah berkata bumbung stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh pada 2 Jun tahun 2009 adalah disebabkan tidak ada amanah didalam melakukan kerja-kerja pembinaannya. Beliau yang dilantik sebagai akitek perunding pembinaan bumbung terbabit berkata, ada peraturan yang telah dibuat oleh kerajaan tetapi kerajaan sendiri yang tidak mematuhi peraturan tersebut. Katanya, selaku pihak yang merekabentuk projek, sepatutnya beliau tidak bercakap tentang kes bumbung runtuh itu. Tetapi kata beliau, oleh kerana terdapat salah faham atau fakta yang sengaja disalah tafsirkan, untuk memesongkan pandangan umum terhadapnya, beliau perlu menjelaskannya. Katanya, walaupun beliau dilantik sebagai arkitek, beliau tidak diberi kuasa untuk menjaga projek itu. "Stadium tersebut dibawah reka bentuk kita (saya) kita telah buat lukisan sebagainya, tetapi saya sebagai arkitek tidak diberi kuasa untuk menjaga projek tersebut, "kerana atap itu begitu besar dan canggih ia merupakan kerja kepakaran dimana setelah kita membuat lukisan asasnya, pihak pemborong (kontraktor) telah membuat satu cadangan kembali menggunakan kontraktor daripada Korea, "jadi kita tidak ada kuasa(dan) kita sebagai perunding hanyalah 'penasihat,"jelasnya. Raja Kamarul Bahrin yang juga koordinator NGO Amanah Terengganu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam majlis ceramah isu semasa di sini, pada Jumaat 18 Mei. Beliau menegaskan, sepatutnya sebagai perunding beliau perlu mengawasi projek tersebut setiap masa, siang atau malam, tetapi tidak dibenarkan oleh pihak kerajaan. Setelah didesak, menurut beliau, akhirnya kerajaan membenarkan beliau membuat pemeriksaan dan menghadiri mesyuarat dalam tempoh sebulan sekali. Katanya, kesempatan itu telah digunakan sebaik mungkin bagi melaksanakan amanah, menegur perlaksanaan projek tersebut secara lisan dan tulisan. Namun begitu, malangnya beliau berkata, teguran pihaknya tidak diambil peduli oleh kerajaan. "saya bertegas, kalau tak boleh tiap-tiap hari, saya nak mari (pergi) juga (untuk buat pemeriksaan dan mesyuarat) saya berdegil kerana ia membabitkan amanah, "nak tak nak (mahu tidak mahu akhirnya) dia (kerajaan) benarkan kita mari (pergi) sebulan sekali dan saya pergi dan apa yang saya lihat tidak betul saya tegur secara lisan, secara tulisan, secara rasi dan sebagainya, "tapi malangnya, pandangan-pandangan kita ini tidak pernah diambil kira tidak pernah diambil berat,"ujarnya kesal Amat mengejutkan, sehingga hari ini, setelah hampir tiga tahun bumbung tersebut runtuh, beliau mendedahkan, lukisan bumbung yang dibuat semula oleh pihak Korea tidak ditandatangani dan tidak ada penanggungjawaban. Beliau turut kesal dengan laporan penyiasatan yang dibuat oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) peringkat pusat keatas JKR negeri Terengganu yang telah diumumkan oleh Menteri Besar. Menurutnya, Dato' Seri Ahmad Said dalam mengumumkan hasil laporan tersebut berkata, dalam kes bumbung stadium runtuh itu, semua pihak bersalah tetapi tidak ada sesiapa pun yang betul-betul bersalah. Beliau menyifatkan siasatan yang dilakukan oleh JKR Pusat ke atas JKR negeri Terengganu tidak ada keadilan, umpama 'ayah menyiasat anak'. "kes stadum ini, JKR yang berkuasa, suruh ketua JKR Kuala Lumpur siasat JKR Terengganu (umpama) ayah siasat anak mana boleh, "RasuluLlah SAW sahaja yang berani kata 'jika anak saya mencuri saya akan potong tangannya'……… mana ada ayah akan siasat anak dengan adil di zaman sekarang ini,"soal Raja Kamarul Bahrin. -BO |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan