Rabu, 2 Mei 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Lebih Ramai Rakyat Akan Turun Pada BERSIH 4.0

Posted: 02 May 2012 04:49 AM PDT



PAS tidak tolak mungkin Bersih 4.0

HULU TERENGGANU : PAS tidak menolak kemungkinan dan bersedia menghadapi himpunan Bersih 4.0 jika kerajaan gagal membuat perubahan daripada kejayaan penganjuran Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan jika kerajaan tidak membuat perubahan sebagaimana tuntutan Bersih 3.0, tidak mustahil Bersih 4.0 akan diadakan lagi.

Menurutnya, tuntutan Bersih 3.0 agar kerajaan membuat perubahan dengan kebebasan media dilaksanakan, tidak ada penipuan dalam pilihan raya, bersihkan daftar pemilih dan sebagainya.

"Kita tengok dulu Bersih 3.0 sama ada kerajaan buat perubahan atau tidak. Jika kerajaan tidak buat perubahan, media tidak bebas, pilihan raya tipu lagi, daftar pemilih tidak bersih, kita akan buat lagi.

"Celup dakwat pun belum tentu lagi, dakwat jenis mana kita tidak tahu lagi. Ketua-ketua pengarang yang cuba hendak bebas akan dipecat dan dilantik yang ikut arahan sahaja," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) kali ke-43, di Dewan Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (Kudqi), Kubang Lembek, Manir, hari ini.

Ketika menjawab dakwaan kerajaan bahawa peserta Bersih 3.0 bertindak 'ganas' beliau mahu siasatan secara rapi dan adil dilakukan bagi mencari pihak bertanggungjawab.

Katanya, demonstrasi di negara ini cuba dibendung, disekat dan dikawal dengan kawalan-kawalan yang boleh mengongkong bukan kawalan yang boleh meluahkan rasa dengan bebas.

"Kerajaan kena siasat siapa bertanggungjawab. Minta siasatan itu secara adil dan hakim juga kena adil. Kebebasan kuasa itu kena ada antara badan kehakiman dengan eksekutif. Ini penting dalam sistem demokrasi," tegasnya. -Hrkh

Mat Sabu: 1 juta untuk BERSIH 4.0 jika tiada reformasi p'raya


Jika BERSIH menganjurkan perhimpunan lagi untuk mendesak reformasi sistem pilihan raya, satu juta rakyat Malaysia akan turun beramai-ramai untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, dakwa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau percaya jika BERSIH 4.0 diadakan, kehadiran rakyat akan memecah paras satu juta untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem pilihan raya.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, beliau bagaimanapun berkata terpulang kepada jawatankuasa pemandu BERSIH untuk memutuskan sama ada perhimpunan akan diadakan lagi, sambil menambah PAS akan menyokongnya.

Namun, beliau menekankan bagaimana perhimpunan BERSIH 3.0 dengan jelas menunjukkan hasrat rakyat untuk reformasi, dengan mendakwa mungkin seramai 400,000 rakyat telah menghadirinya.

Beliau juga mengutuk kekejaman polis semasa perhimpunan Sabtu lalu, sambil berkata ia "lebih kejam daripada polis Israel terhadap rakyat Palestin".

Beliau berada di ibupejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersama kumpulan pemandu mobilisasi demokrasi PAS hari ini untuk menyampaikan memorandum yang telah diterima oleh seorang pegawai perhubungan awam suruhanjaya itu.

Memorandum itu menuntut akses media yang adil bagi pembangkang dan peletakan jawatan serta-merta Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, yang didedahkan Jumaat lalu oleh PKR menjadi ahli Umno.
-M'kini

Video Berlakuan Biadap Ketika Azan Di Bersih 3.0

Posted: 02 May 2012 04:47 AM PDT


Aksi polis paling biadap.. ketika azan dilaungkan umat Islam di sarankan menjawab serta menghormatinya tetapi geng-geng polis nih sanggup mengejar dan membelasah peserta Bersih hanya kerana patuh kepada arahan pihak Umno.
Inilah akibatnya apabila akal yang di kurniakan Allah SWT tidak di gunakan sebaik-baiknya.. Tindakan polis ini umpama anjing dilepaskan oleh tuannya untuk memburu mangsa..


Bersih 3.0: Warga Emas Dakwa Ditumbuk Polis Wanita

Posted: 02 May 2012 04:45 AM PDT

BERSIH 3.0: Wanita usia 71 tahun dakwa ditumbuk polis pada muka
Aunty Ah Mei, seorang makcik berusia 71 tahun mengadu bahawa dirinya ditumbuk oleh polis pada bahagian mukanya, dan lengan tangannya tercedera dipulas, malah diheret secara kasar ke dalam kereta.  Seorang lagi tahanan pula mendakwa bahawa jumlah tahanan yang dibawa ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) mencecah kira-kira 700 orang, dan bukannya 300 lebih sebagaimana yang diumumkan polis.

Dua orang tahanan, Aunty Ah Mei dan Liu Yang menghadiri sidang media yang diadakan ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai di stesen LRT Masjid Jamek.  Turut hadir bersama termasuk Teresa Kok, Tan Seng Giaw, Lim Lip Eng, Lau Weng San dan lain-lain.  Bilangan peserta perhimpunan BERSIH 3.0 mencapai kemuncaknya di Jalan Tun Perak, semalam.

Aunty Ah Mei mengadu bahawa polis mengheret bajunya, kemudian beliau ditumbuk seorang polis perempuan pada mukanya, di bahagian tengah-tengah antara hidung dengan mulut.  Ah Mei bimbang giginya gugur ditumbuk, lantas dengan marahnya menendang polis perempuan itu.  Pegawai polis dalam kereta polis pula menghalang polis wanita itu untuk terus memukul tahanan, barulah Aunty Ah Mei terselamat daripada dicederakan selanjutnya.

Aunty Ah Mei (gambar kanan) berasal dari Kuantan, pernah menarik perhatian media apabila berpuasa selama lima hari setelah doanya agar Anwar Ibrahim dibebaskan pada 9 Januari 2012 termakbul.  Aunty Ah Mei berjalan dari Jalan Raja Laut ke Jalan Tun Perak semalam, dua kali beliau nampak polis mengejar dan memukul peserta demonstrasi.  "Setengah mampus dibantai, sangat sedih saya lihatnya."

Aunty Ah Mei menangis di situ sebaik sahaja melihat buat kali pertama melihat polis memukul tiga orang.  Beliau bertutur dalam kantonis, menyifatkan polis sebagai "tidak berperikemanusiaan", kerana ramai antara yang dibelasah adalah anak muda yang kurus tubuh badannya.

Ah Mei menyaksikan sendiri bagaimana kira-kira 10 orang polis mengepung, menumbuk dan menerajang peserta perhimpunan.  Beliau mendapati polis menyasarkan bahagian kepala peserta, dan mengheret peserta ke kereta polis selepas memukulnya.

Ketika dirinya ditahan, beliau melihat ramai pemuda yang luka pada bahagian kepala sehingga berdarah.  Ah Mei mendakwa dirinya mampu mengecam wajah polis yang memukul dirinya dan orang lain, menawarkan dirinya untuk mengecam muka polis seandainya polis mahu menyiasat.

Selain itu, Liu Yang (gambar kiri), 55, tahanan pertama yang dibawa ke Royal Selangor Club untuk ditahan sementara, melihat kebanyakan tahanan dipukul sehingga bahagian kepalanya berdarah.  Malah, setelah ditahan, polis masih meneruskan serangan dengan menumbuk dan menendang tahanan.

Liu Yang berkata salah seorang tahanan cedera parah pada bahagian kepala, hanya dibalut dengan kain baju.  Tahanan tersebut separuh pengsan keadaannya.  Liu Yang meminta agar polis mendapatkan rawatan perubatan untuk tahanan tersebut, namun tidak dipedulikan.  Selepas dua jam, seluruh tubuh tahanan tersebut dibasahi darah.

*Chan Wei See ialah Ketua Pengarang MerdekaReview. Disedut dan diterjemah dari teks asal.

Saksi lihat anggota polis acu senjata api

Posted: 02 May 2012 04:39 AM PDT

Seorang saksi berkata beliau melihat seorang pegawai trafik mengacukan senjata api ke arah peserta perhimpunan BERSIH 3.0, Sabtu lalu.



Menurut Lai KL, anggota polis berkenaan bertindak demikian selepas satu kejadian kereta polis melanggar beberapa peserta perhimpunan yang berlaku di lokasi berhampiran.

NONELai berkata beliau melihat seorang peserta perhimpunan mengangkat tangan ketika anggota polis itu membelakanginya dalam kejadian di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Esfahan, di tepi bangunan pusat membeli belah Sogo.

"Apabila (anggota polis) itu berpusing ke kana, saya nampak (senjata api) di tangannya. Peserta perhimpunan itu kemudian berundur dan menyertai orang ramai.

"Saya tidak pergi dekat... Insiden itu hanya berlaku beberapa minit," katanya.

Dalam kejadian pada anggaran jam 4.30 petang itu, Lai berkata beliau tidak melihat apa-apa provokasi dilakukan ke atas anggota polis berkenaan.
Namun beliau mendengar banyak jeritan pada waktu itu, katanya lagi kepada Malaysiakini.

"Polis sedang menahan dan memukul orang ramai pada waktu itu dan yang lain cuba masuk campur. Saya tidak melihat orang membaling apa-apa ke arah polis," katanya.

Lai berkata anggota polis lain dengan berpakaian seragam biru turut berada di kawasan tersebut dan tidak menyekat anggota polis trafik tersebut.

Satu video oleh individu tidak dikenali yang merakam kejadian itu menunjukkan seorang anggota polis trafik mengacukan senjata api ke atas peserta perhimpunan yang sedang berundur.

Video berkenaan disiarkan laman Free Malaysia Today.

Memalukann..Apa Lu Orang Nak Kata Dgn. Gambar Nii??

Posted: 01 May 2012 11:14 PM PDT

Terkincit habis beb..Bagi gua maksud Tersirat..Kalau kita bersatu,pasti kuat dan digeruni...Maksud Tersurat..Polis sebenarnya "Pengecut" dan dayuss,ini disebabkan jiwa mereka amat lemah kerana sering disajikan dengan makanan yang haram!!Cuma,apabila mereka ramai...mereka akan meyalak umpama anjing yang mengerumi bangkai!!

Ingat juga 250,000 yang mahu PRU adil – Ambiga

Posted: 01 May 2012 11:13 PM PDT


(Ratusan ribu rakyat yang menuntut pilihan raya yang bersih dan adil)

KUALA LUMPUR: Di sebalik keganasan yang berlaku, satu fakta yang tidak boleh dilupakan untuk Bersih 3.0 ialah 250,000 rakyat telah berani tampil untuk menuntut pilihanraya yang adil dan bebas, kata Pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevenasan.

"Mereka adalah yang muda dan tua – rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang. Mereka datang daripada Lembah Klang, ada juga yang datang daripada Sabah dan Sarawak.

"Mereka hadir walaupun diberi amaran oleh kerajaan, pengangkutan yang serba kurang dan sekatan jalan raya untuk menghalang mereka," kata Ambiga dalam satu kenyataan.

Selain itu, katanya beribu orang turut berhimpun di seluruh negara dan lebih daripada 80 bandar di seluruh dunia.

"Ini adalah gambaran benar rakyat Malaysia. Mereka adalah gambaran niat dan cita-cita rakyat Malaysia. Tiada manipulasi politik, penyelewengan fakta oleh media perdana atau dakwaan bahawa himpunan tersebut telah dirampas (hijack) akan mengubah hakikat tersebut. Ahli politik daripada kedua-dua belah boleh tidak mengendahkan hakikat ini atas risiko sendiri," tambah beliau.

Di dalam demokrasi yang lebih maju di mana hak untuk berhimpun secara aman dihormati, kata Ambiga, tanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan adalah terletak di bahu penganjur dan penguatkuasa.

"Namun (di Bersih 3.0), pihak penguatkuasa meletakkan tanggungjawab ini sepenuhnya pada Bersih 2.0. Kita telah melaksanakan tanggungjawab ini sebaik mungkin sehinggalah polis menembak gas pemedih mata.

"Apabila itu berlaku, tanggungjawab itu beralih kepada polis untuk mengawal situasi yang mereka mulakan. Tanggungjawab itu adalah pada mereka. Ia adalah fakta segala keganasan hanya berlaku selepas gas pemedih mata ditembak," kata Ambiga.

Unit Amal PAS



Ambiga turut memuji Unit Amal PAS dan agensi keselamatan lain atas kejayaan mereka untuk mengawal himpunan. Beliau turut memuji disiplin dan maruah rakyat yang ditunjukkan ketika perhimpunan.

"Saya turut menyatakan ada pihak polis yang telah melaksanakan tugas dengan berhati-hati dan amanah. Tapi ada sebilangan yang mendapat memo berlainan daripada pihak atasan. Mereka adalah kejam dan bertindak seperti samseng melakukan kecederaan maksimum pada para hadirin yang sudahpun berundur.

"Terdapat juga beberapa ketika yang mereka sengaja memprovokasi rakyat. Mereka bertindak tanpa undang-undang," kata Ambiga.

Walaupun media perdana cuba menayangkan sebaliknya, Ambiga berkata kebenaran akan muncul kerana segala bukti akan timbul.

"Dan Suhakam mesti mengadakan satu inkuiri awam untuk menyiasat keganasan yang paling teruk dilakukan pihak berkuasa terhadap rakyat Malaysia," kata beliau.

Ambiga turut menyenaraikan beberapa persoalan untuk dijawab pihak berkuasa.

1.     Siapa yang memberikan arahan untuk bertindak keras terhadap peserta demo sebegitu rupa?

2.     Siapakah pegawai dalam baju Bersih di dalam himpunan?

3.     Siapakah mereka yang berbaju biru tanpa nombor identiti dan nama pada uniform?

4.     Adakah benar ramai orang yang dibawa masuk ke himpunan untuk menimbulkan kekacauan. Jika benar, siapa bawa mereka?

5.     Bagaimana anda menerangkan sikap polis yang berbeza sebelum dan selepas gas pemedih mata dilepaskan. Apakah arahan yang diberi?

6.     Mengapakah kerajaan melalui media perdana tidak sanggup untuk memberikan gambaran menyeluruh insiden?

"Jika Bersih 2.0 perlu menjawab banyak persoalan, maka pihak kerajaan juga mempunyai banyak soalan yang perlu dijawab," tegas Ambiga.

Membalas tuduhan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Bersih 2.0 telah mungkir janji dalam memastikan perhimpunan awam, Ambiga menjawab tidak.

"Hari itu, polis yang ditugaskan dengan amanah untuk menjaga kita, mengkhianati kita dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Malaysia yang sukakan keamanan," tegas beliau.

Mengenai insiden benteng Dataran Merdeka diceroboh, Ambiga berkata walaupun Bersih 2.0 melihat perintah mahkamah tersebut tidak sah, tapi gabungan menuntut pilihanraya bersih dan adil telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan melepasi benteng polis Dataran Merdeka.

"Terlalu banyak perkara yang berlaku di insiden tersebut… kita akan memberikan komen selepas semua bukti dikemukakan," kata beliau.

Isnin lali, Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali menafikan tuduhan bahawa mereka memberikan isyarat kepada peserta demo untuk menceroboh benteng Dataran Merdeka. -Hrkh

Pemuda "Brutallll" Ini Menggerunkan Pemimpin Umno..

Posted: 01 May 2012 10:58 PM PDT







Tidak ada erti takut dalam kamus para perjuang..iaitu mereka yang berjuang untuk Menegakkan Keadilan dan Meruntuhkan sistem Zalim yang diamalkan oleh pemerintah demi mengekalkan kuasa mereka yang semakin mereput.Mereka dengan sewenang-wenangnya menjadikan hasil negara berlegar dikalangan keluarga pemimpin yang memerintah..Untuk itu bangunlah wahai anak muda!!

"Berangkatlah,mahupun dalam keadaan ringan atau berat (Susah atau
 senang) dan berjihadlah dengan Harta dan diri kamu dijalan Allah" At Taubah 4

KETUA POLIS NEGARA DAN SUPERIMPOSE

Posted: 01 May 2012 09:25 PM PDT

Ketua Polis Negara memang hebat.Dia sangat ambil berat dengan gambar super impose yang terang-terang boleh dikesan kepalsuannya.Gambar yang sekali pandang pun orang sudah tau kepalsuannya,dan tidak memerlukan penelitian pakar komputer untuk membuktikan kepalsuannya. Kalau betul-betul nak tunjuk gambar superimpose silalah ambil dari blog-blog pro umno tu.Macam-macam gambar superimpose ada dan tunjukkan kepada media.


"Saya mendapat dua gambar, satu gambar menunjukkan Dataran Merdeka telah dipenuhi dengan perusuh berbaju kuning dan gambar sebenar menunjukkan padang Dataran Merdeka kosong, hanya perusuh di luar kawasan dataran. Ia telah disabotaj dan disebar menerusi Internet…ini memburukkan imej negara dan saya akan memantau keadaan ini juga," katanya(Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar). – BERNAMA
Lihat berita di sini

Mak aii dasat ulasan KPN ni,Dataran Merdeka telah dipenuhi dengan perusuh berbaju kuning...perusuh berbaju kuning tuhh...prejudis betoi statement tu beb..patut la peserta bersih dibelasah oleh polis,KPN sendiri pun anggap peserta BERSIH sebagai perusuh...kah kah kah

Gambar buah kat bawah ni pulak macamana beb? boleh mencemarkan imej buah-buahan tempatan ke? kah kah kah...



Terdapat juga banyak gambar palsu yang telah diolah dan disebar menerusi internet yang mana boleh menaikkan imej negara.Sebagai contoh gambar di bawah ini,beruk Malaysia menggunakan blackberry tentu akan meyakinkan pelabur untuk datang ke Malaysia..kah kah kah

Isu wartawan dikasari, k'jaan temui pengarang

Posted: 01 May 2012 09:20 PM PDT



 


Lihatlah foto di atas. Kamera wartawan tersangkut di leher polis. Dengan siapa polis itu berbual? Adakah beliau ingin bertanya mengenai tindakannya merampas kamera wartawan itu mengikut SOP atau tidak? Kerajaan dilihat cuba memulihkan hubungan dengan organisasi media selepas polis didakwa bertindak ganas sehingga menyebabkan lebih sepuluh orang wartawan cedera ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0.

Difahamkan, ketua redaksi organisasi media akan mengadakan pertemuan dengan wakil polis di Bukit Aman hari ini.


journalist online petition against police violence 300412Menurut sumber, butiran pertemuan itu tidak didedahkan namun dipercayai berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 3.0.

Bagaimanapun, Malaysiakini tidak dijemput untuk menghadiri pertemuan tersebut.

Langkah memulihkan hubungan itu dipercayai bermula sejak semalam apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon bertemu dengan pengarang akhbar berbahasa Cina.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah dua orang pembantu perdana menteri Wong Nai Chee dan Joan Lai.

Dalam pertemuan di sebuah restoran di Petaling Jaya itu, pengarang berkenaan diminta memberi pendapat berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 dan memberi ulasan mengenai dakwaan tindakan angkuh polis ke atas wartawan. -M'kini

Jika ada Bersih 4.0, saya terus beri semangat – TG Nik Aziz

Posted: 01 May 2012 09:16 PM PDT

KOTA BHARU, 2 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menegaskan sekiranya ada Bersih 4.0, beliau akan terus memberi semangat kepada rakyat di negara ini untuk menyertainya demi menentang kemungkaran yang dilakukan pemerintah.

Katanya, selagi kerajaan masih melakukan perkara mungkar khususnya dalam melaksanakan pilihan raya yang telus dan adil, Bersih 4.0 dan seterusnya tetap akan diadakan sebagai isyarat perkara mungkar wajib ditentang.

(Gambar: Tuan Guru Nik Aziz menyampaikan anugerah kepada seorang pelajar cemerlang.)

Jelasnya, kerajaan Malaysia sekarang begitu jelas sedang melalui 'laluan' yang telah disusuri Hosni Mubarak yang akhirnya tersungkur diguling rakyat sendiri.

"Buatlah apa saja sekalipun, kita nampak jelas sekarang kerajaan Malaysia menuju ke arah itu kerana perkara mungkar dan penipuan yang dilakukan oleh pemimpinnya," ujarnya kepada media pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2011 kali-4 yang diadakan di Putik, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perhimpuan Bersih 3.0 yang diadakan Sabtu lalu mendapat peruntukan dari pemimpin PAS sebagai perbelanjaan.

Ketika ditanya oleh rakan media adakah beliau rasa bersalah dengan mengeluarkan peruntukkan tertentu untuk menjayakan himpunan itu, beliau menegaskan "kenapa saya perlu rasa bersalah".

Lagipun, tambahnya menentang perkara mungkar itu melalui tiga perkara, iaitu tangan (mengundi), lisan (kempen) dan dalam hati, iaitu mesti juga ada rasa benci kepada mungkar.

Tuan Guru sekali lagi, menegaskan kekecohan berlaku sewaktu Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas kerana tindakan menghalang oleh pihak berkuasa kepada peserta.

"Seperti air yang banyak, kalau disekat masuk kampung merosakkan rumah dan hasil tanaman, tapi, kalau diberi laluan, ianya akan terus menuruni cerun dengan baik dan seterusnya ke sungai atau ke laut," ujarnya.

Sambungnya, ahli PAS telah dididik dengan akhlak yang baik dan tidak akan melakukan sesuatu yang buruk jika tiada provokasi.

Tetapi menurutnya, 'baik' sekalipun andai kepala dipijak, wajib mempertahankan diri kerana ianya maruah yang wajib dijaga.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, seterusnya berkata Bersih cara terbaru rakyat untuk menentang perkara mungkar di zaman moden ini.

"Dua perkara mungkar yang ada pada Umno, iaitu menolak perjuangan Islam yang ternyata mungkar yang tidak ada ampun di sisi Allah," ujarnya.

Tambahnya, mungkar kedua yang dilakukan Umno dan BN, mengumpul pengundi hantu untuk mengekalkan kemenangan setelah menyedari perjuangannya semakin tidak diterima rakyat, khususnya orang Melayu sendiri.

"Adakah masuk akal kita hanya ada duit RM10,000, nak merompak RM10,000 lagi bagi membolehkan kita membeli kereta berharga RM20,000.

"Beli yang berharga RM10,000 sudahlah, ikut kemampuan yang ada," ujarnya.

Tambahnya, kerana yakin sokongan rakyat semakin terhakis, Umno menjadikan rakyat luar Bangladesh, Myanmar, Indonesia, Thailand sebagai pengundi hantunya untuk terus kekal berkuasa.

Sambungnya, ini semua kerja bodoh yang tidak masuk akal sehingga ianya turut menjadi perhatian masyarakat negara luar tentang kepincangan yang dilakukannya parti pemerintah itu.

"Oleh kerana itu untuk membuang mungkar di zaman moden ini dengan demontrasi, saya seru pada rakyat 'wajib' pergi Bersih 3.0.

"Ianya lebih baik daripada membuat rusuhan, bakar bendera ramai-ramai sebagaimana yang dilakukan oleh rakyat negara luar untuk menentang kerajaan, ini bukan budaya kita," ujarnya. -Hrkh

BERSIH 3.0 Berjaya Satukan Melayu Cina India Secara Praktikal

Posted: 01 May 2012 08:57 PM PDT




Puak asabiah tentu tidak mengerti gambar ini


Bagi mereka yang berfahaman asabiah menebal tidak akan mengerti gambar di atas


Bila terjumpa manusia dalam kesusahan, yang difikirkan otak mereka:

1. Adakah mereka sebangsaku?
2. Adakah mereka penyokong benda haram yang ditegah agamaku?

Nilai kemanusiaan hilang daripada puak-puak asabiah yang menebal ini.

Dalam fahaman mereka, lebih elok membiarkan seseorang itu mati tanpa pembelaan kerana fahaman sempit perkauman mereka.

Ini adalah sungguh tragis bagi sebuah negara yang sudah mencapai kemerdekaan selama 55 tahun.

Dalam Islam, jelas fahaman asabiah ini ditegah dan dicemuh.



Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. Quran 5:8


Semuanya adalah milik Allah, dan ciptaan Allah. Manusia memang dilahirkan bangsa lain-lain, kulit lain-lain, wajah lain-lain - mencari hidayah dalam kehidupan.

Islam menyarankan kita adil kepada semua - menolong mereka yang tertindas akibat ketidakadilan.

Seperti kata firman di atas, "sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa" -- berapakah yang sudah menjauhi taqwa kerana sanggup menyokong ketidakadilan, kezaliman dan penindasan?

Tanyalah sendiri, mengapa fahaman asabiah menebal di Malaysia?

Tanyalah sendiri, mengapa data pengundi yang dikeluarkan SPR berbentuk asabiah? Mengapa dibahagikan sebegitu rupa?

Tanyalah sendiri, perlukah dihabiskan berjuta-juta wang rakyat untuk mempromosikan konsep 1Malaysia, walhal perkara asas menjurus kepada asabiah tetap dikekalkan?

Tanyalah sendiri, siapa yang boleh membawa rakyat Malaysia ke arah seperti gambar di bawah, dan siapa yang membawa rakyat Malaysia jauh daripada situasi gambar di bawah?

Dalam hati kita sebagai rakyat Malaysia, tanyalah mengapa gambar di bawah menyentuh hati dan menyayukan hati?

Kerana kita tahu, kita boleh hidup sebagai rakyat Malaysia yang diinginkan dalam hati terpendam, tetapi sudah diperbodohkan dan diperlagakan selama ini demi survival politik pihak-pihak berkepentingan. -HD

Itu satu-satu kejayaan terbesar BERSIH 3.0. Dunia menyaksikan rakyat Malaysia "berbilang kaum" bersatu di dalam ertikata sebenar, lebih hebat dari gagasan retorika 1Malaysia BN yang pepat di luar tapi rencong di dalam. Restu Najib terhadap PERKASA membuktikan 1Malaysia ciptaannya hanya omongan kosong. -GB

Tiada ulasan: