Rabu, 2 Mei 2012

AKU INGIN BEBAS

AKU INGIN BEBAS


EDISI JANGAN PERCAYA - WARTAWAN MENIPU DIPUKUL

Posted: 02 May 2012 03:25 AM PDT

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta maaf kepada jurugambar akhbar The Malay Mail, Muhammad Arif Kartono yang mendakwa dirinya dikasari polis ketika membuat liputan pada perhimpunan di Dataran Merdeka, Sabtu lepas.

"Polis minta maaf atas insiden yang berlaku. Dalam keadaan kekalutan dan kelam-kabut polis tidak dapat membezakan antara peserta perhimpunan dan media," katanya kepada Muhammad Arif, 23, yang ditemui semasa pertemuan dengan media di Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini.

Semasa pertemuan itu, Ismail melihat sendiri kesan kecederaan di muka Muhammad Arif yang masih kelihatan lebam di wajahnya.

Muhammad Arif, yang memakai kemeja corak berkotak dan berseluar jeans, bersalaman mesra dengan Ismail sebelum kedua-dua mereka mengambil gambar bersama.

Sabtu lepas, Muhammad Arif cedera di muka dan anggota badan setelah dikatakan dikasari polis ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka.

Polis berjaya mengekang tindakan liar peserta perhimpunan itu yang ingkar perintah larangan Mahkamah Majistret untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka mulai 28 April hingga 1 Mei.

Larangan itu dikeluarkan setelah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan dataran itu dijadikan lokasi perhimpunan kecuali acara rasmi peringkat nasional dan turut menawarkan lokasi alternatif tetapi ditolak penganjur.

Selain Muhammad Arif, jurukamera TV AlHijrah, Mohd Azri Mohd Salleh turut cedera dan menerima 15 jahitan di kepala akibat dipukul peserta perhimpunan ketika jurukamera itu cuba melindungi anggota polis yang juga dipukul oleh peserta terbabit.

Pada majlis yang sama, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menyarankan kepada media agar menggunakan pakian khas seperti "vest media" untuk membezakan peserta perhimpunan dan pengamal media bagi mengelakkan insiden tidak diingini pada Sabtu lepas.

Mohmad berkata insiden wartawan dan jurugambar dikasari bukan disengajakan kerana keadaan ketika itu kelam-kabut serta sukar untuk dikawal menjadikan pihaknya sukar membezakan antara orang awam dan pengamal media.

"Saya rasa cara itu (memakai vest media) merupakan cara terbaik buat masa ini kerana pihak polis boleh membezakan antara media dan peserta perhimpunan sekiranya berlaku tindakan di luar kawalan," katanya.

JANGAN PERCAYA, INI MUNGKIN CERITA BOHONG

Posted: 01 May 2012 10:33 PM PDT


KUALA LUMPUR: Menyingkap kembali pengalamannya di Bersih 3.0, wartawan Malaysiakini Koh Jun Lin berkata beliau ditahan ketika merakam aksi polis mengasari para peserta perhimpunan.

Koh ditahan di persimpangan Jalan Raja Laut dan Jalan Parlimen berdekatan dengan Dataran Merdeka ketika merakamkan aksi polis meleraikan sekumpulan para peserta demonstrasi aman Bersih 3.0.

"Walaupun menunjukkan tag media di baju jurugambar saya, dan memberitahu bahawa saya seorang wartawan, saya telah diperintah oleh dua orang polis untuk meletakkan kamera saya.

"Saya memberikan respon dengan merendahkan kamera, dan menjerit 'Media! Media!' dan cuba mencapai ke dalam poket saya untuk mendapat penutup kanta, tapi pegawai polis tersebut tidak berpuas hati," tulis Koh di Malaysiakini.

Situasi tersebut berlaku pada jam 5.30 petang di mana beliau ditahan dan kamera dan tag media beliau dirampas polis.

"Semasa dibawa melepasi sebarisan pegawai polis dan orang beruniform di Jalan Raja, satu daripada anggota polis mengambil kesempatan melepaskan tumbukan ke perut saya," tulis Koh, sambil menambah kesakitan itu masih dirasai ketika beliau menulis artikel beliau.

Koh berkata ketika ditahan, ada pihak polis yang tahu beliau ialah wartawan, tapi soalan beliau mengapa beliau ditahan terus tidak diendahkan.

"Saya ditahan di luar Royal Selangor Club, bersama 200 tahanan yang lain, sehingga 7 malam di mana saya memberikan bantuan merawat luka-luka yang dialami oleh ramai dari mereka yang ditahan," tulis beliau.

Beliau berkata ketika memberikan rawatan kepada tahanan, beliau sempat bertanya pada semua tahanan, "Adakah mereka dipukul?"
"Jawapan yang saya terima adalah 'Ya' dan secara sinisnya, 'Siapa yang tak kena?" tulis beliau.

Koh berkata beliau berjaya berunding untuk mendapatkan kembali tag medianya dengan menukarkannya dengan MyKad.
Kemudian, ada pegawai polis datang memulangkan kembali kamera beliau, namun kad memori kamera itu dirampas.

"Saya tak tahu apa di dalam, tapi pihak atasan telah melihat gambar tersebut dan mereka hendakkannya sebagai bukti," kata pegawai polis itu kepada Koh.

Koh berkata beliau terkilan dengan jawapan tersebut kerana kad memori tersebut adalah hasil kerjanya yang paling penting untuk hari tersebut.

"Antara gambar yang ada ialah bagaimana polis mengejar dan menahan sekumpulan peserta, deraan yang dialami oleh seorang pegawai polis, tembakan gas pemedih mata, gambar berlumuran darah wartawan TV Al-Hijrah Mohd Azri Mohd Salleh Khalid bersama tag media beliau yang beliau berkata dipukul oleh sekumpulan pendemo," kata Koh.

"Di sebelah lewat petang, saya dibawa di dalam bas bersama tahanan lain, dan saya dapat melihat lebih banyak kekejaman polis. Tahanan dalam bas, yang sudah merasai keperitan aksi polis, melihat dengan seram ketika bas berjalan bagaimana para pendemo dipukul, termasuk seorang di atas jalan raya sedang ditendang oleh beberapa pegawai polis," kata Koh.

Koh berkata beliau dibawa ke Pulapol di Titiwangsa dan seorang superintenden polis berkata tahanan beliau adalah satu kesilapan dan mengarahkan pegawainya untuk melepaskannya dengan serta merta.

"Tiada dokumentasi yang dilakukan pada penahanan saya atau rampasan terhadap kad memori saya," kata Koh.

Tiada ulasan: