A Mum Of Three Mohd |
- Bagai pinang dibelah dua
- Guess who??
- Di sana sini, orang jijik yang KOTOR
- Sudah tiba masanya kita matikan UMNO
- Muka Kentut Tak Lepas
Posted: 15 May 2012 08:13 AM PDT |
Posted: 14 May 2012 10:30 PM PDT |
Di sana sini, orang jijik yang KOTOR Posted: 14 May 2012 08:30 PM PDT Usaha nak mem-BERSIH-kan UMNO dari muka bumi ini tidak saja berlaku di Malaysia tetapi juga di luar negara. Hahahaha.... kunjungan Najib ke London telah disambut dengan..... BERSIH!! BERSIH!! BERSIH!! BERSIH!! Ituler.... world wide orang tak suka yang KOTOR. Orang prefer yang BERSIH. Jadi.... tak salah kan kalau kita ambil tindakan nak BERSIH-kan muka bumi Malaysia daripada penguasaan UMNO yang KOTOR??? Eeeee..... jijik!! Dah berulat dan busuk sampai ke usus!! |
Sudah tiba masanya kita matikan UMNO Posted: 14 May 2012 06:45 PM PDT Terus 'bangsat' – Selamat Hari Lahir UMNO…. 14 May 2012 Ucapan sekalung tahniah dan selamat hari lahir UMNO yang ke 66. Berbanding himpunan 'gelombang kuning' Bersih 3.0 yang mencatatkan lebih 200,000 di jalanan, 11 Mei lepas pula kita disaksikan dengan lebih 100,000 lautan manusia dalam 'gelombang merah' yang memenuhi Stadium Bukit Jalil. Kita sedia maklum bahawa selain menyambut hari lahir UMNO; himpunan 'gelombang merah' bertujuan menaikkan semula semangat dan imej parti itu yang semakin buruk dan cacat di mata rakyat Malaysia pelbagai kaum akibat gejala rasuah yang kronik, kronisme yang berleluasa, hilangnya integriti dan ketelusan pentadbiran secara berterusan dan salah guna kuasa yang semakin parah. UMNO-BN tak patut cakap besar, sehingga kini mereka masih gagal menangani banyak isu. Antaranya seperti isu PKFZ, kapal selam Scorpene, isu FELDA, cincin 24 juta, Altantuya, laporan Ketua Audit Negara, keganasan polis, kematian tahanan lokap, SPRM (Teoh Beng Hock dan Ahmad Sharbani), kemiskinan, kebanjiran PATI yang melampau, Kad Pengenalan ekspres, keborosan perbelanjaan urus tadbir dan banyak lagi! Tambah buruk lagi, kekayaan yang ada di bumi Malaysia ini tidak mampu dimanfaatkan sebaiknya oleh kerajaan BN sehingga menyebabkan rakyat semakin tertekan dengan beban hutang dan perbelanjaan yang semakin meningkat. Bangsat dan merempat… Dalam ucapannya, PM Najib berkata, "…tidak mahu melihat anak cucu kita terbangsat hidup merempat…". Persoalannya, siapakah yang membangsatkan siapa? Mengapakah Melayu merempat? Kenyataan Najib ini bertepatan dengan pepatah Melayu "Mengata dulang paku serpih…" Janganlah berdolak-dalik, 'terbangsat'nya orang Melayu di Malaysia disebabkan oleh dasar dan amalan UMNO sendiri yang mengutamakan kroni daripada kepentingan rakyat dan negara, mengakibatkan, 'Melayu merempat'. Hasilnya, setelah diperintah oleh UMNO-BN selama 54 tahun, perangkaan menunjukkan orang Melayu masih lagi mendapat tempat pertama golongan yang termiskin. Contoh terbaik kejayaan UMNO 'membangsatkan' Melayu boleh dilihat pada Dasar Ekonomi Baru yang cuma berjaya untuk sebahagian kroni sahaja dan gagal mencapai matlamat keseluruhnnya. Kegagalan ini diakui sendiri oleh Raja Muda Perak Dr Raja Nazrin Shah ketika bertitah semasa merasmikan seminar "Wakaf: Penjana Pembangunan" di Bank Negara Malaysia pada 14 Februari 2012 yang lalu. Baginda bertitah, akibat daripada sikap tidak amanah, hanya enam peratus dari kekayaan individu Melayu sempat sampai ke generasi ketiga manakala hanya dua peratus sahaja disambungkan ke generasi yang seterusnya. Kesatuan 'puak-puak' Akan satu hal lagi yang sentiasa dipropagandakan UMNO ialah mengenai Melayu bersatu. Apakah ini sebuah jenaka? Mengapa pula kita tidak tahu? Sejak sekian lamanya wujud puak-puak di dalam UMNO sendiri yang 'bersaing'. Ada puak Najib, ada puak Muhyiddin, ada geng Khairy, ada geng Hisham, ada pengikut Rafidah, ada pengikut Shahrizat… Apa semua ini? Seruan bersatu oleh pemimpin UMNO akan ditertawakan terlebih dahulu oleh ahli UMNO. Sikap UMNO menyalahkan oposisi cuma tuduhan semberono dan tidak masuk akal, pakatan oposisi dalam kerajaan Pakatan Rakyat jelas terbukti berintegriti, telus dan amanah. Media-media milik dan pro-UMNO tidak habis-habis menyerang Pkatan Rakyat tanpa rasa bersalah. Kita berpegang pada realiti dan fakta. Kebenaran tentunya pahit bagi UMNO. Dasar kerajaan: jatuh bangun bangsa Jatuh bangun sesebuah negara dan bangsa adalah atas dasar pemerintah. Rakyat cuma mampu bersuara dan terpaksa. Paling-paling tidak, rakyat hanya mampu buat demonstrasi, itu pun disembur meriam air kimia dan gas pemedih mata. Najib cuma memalukan diri sendiri. Atas penipuan dan pembodohan yang dilakukan BN sejak sekian lama, rakyat Malaysia sudah bijak menilai. Transformasi Najib cuma transformasi Megatron, robot jahat dalam filem Transformers yang boleh melancarkan serangan elektrik dari tangannya dan mempunyai laser pada matanya. Segalanya boleh musnah dalam sekelip mata. Inilah yang kita katakan sebagai 'makin tua makin menjadi'. Hari lahir UMNO yang ke-66 ini hanya sekadar sambutan. Selebihnya cuma membuktikan parti yang pernah menjadi kesayangan penjajah Inggeris suatu ketika dahulu semakin liar dan tersasar dari matlamat perjuangan asal mereka. Sampai bilakah UMNO boleh terus berbangga dengan segala slogan dan retorik mereka sedangkan realiti yang berlaku dalam negara kita semakin menunjukkan bahawa kerajaan UMNO-BN gagal dan terus gagal mencapai dasar dan matlamat perjuangannya demi bangsa dan Malaysia?- roketkini.com |
Posted: 14 May 2012 05:00 PM PDT Udah dibuatnya si Radhi Manan dan demer-demer UMNO tu kentut tak lepaih, dia boleh tersenyum pulak. Nizar... Nizar... Cayalah!! Arrr... itulah dia MB-ku. Cer komer tengok muka si Radhi Manan dan orang sebelah tu.... Tak ke muka orang kentut tak lepaih. Kentut.... kalau tak lepaih, senak kembong perut dibuatnya weh... Gelisah, tak tentu arah kita dibuatnya. Betoi... Tak tipu, wa cakap lu. Gambar dia atas buktinya. Kah kah kah kah... |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan