Anak Sungai Derhaka |
- Konsert Karnival Ulangtahun UMNO tak dapat sambutan.. Saksikan!! (Video Inside)
- 'Tua saja tapi tak ada akai' macam ini lah!!
- Saksikan!! Najib dimalukan di London... (Video Inside)
- Untuk ke Perhimpunan, duit punya pasal.. Ahli UMNO tipu SU UMNO..
- Video Nizar di ceramah 'Nizar Pembohong Bersiri' ..
Konsert Karnival Ulangtahun UMNO tak dapat sambutan.. Saksikan!! (Video Inside) Posted: 15 May 2012 03:30 AM PDT Dengan harapan dapat mengumpulkan puluhan ribu hadirin supaya pemimpin-pemimpin UMNO dapat berasa bangga untuk memberitahu rakyat jelata bahawa UMNO masih disokong oleh kebanyakkan rakyat Malaysia satu konsert telah diadakan. Konsert yang telah dimeriahkan oleh beberapa orang artis terkenal tanah air itu telah menampilkan Amy Search, Faizal Tahir, kumpulan Wakaka, Reshmanu, Mizznina dan Adflin Shauki serta Harun Salim Bachik daripada kumpulan Boboi. Konsert tersebut telah diadakan pada hari kedua Karnival Ulang Tahun UMNO di Stadium Bukit Jalil pada 12 Mei lalu.. Tetapi.. puluhan ribu yang diharapkan tidak muncul.. yang ada hanyalah puluhan ribu kerusi.. Saksikan!! Video dibawah memakan masa 33minit.. kalau malas nak tengok tengok video yang satu lagi dibawah video ini.. Patutlah kebelakangan ini dalam program-program yang diadakan untuk pemimpin UMNO mereka lebih suka menampilkan artis-artis separuh bogel dalam majlis mereka.. panggil artis terkenalpun tak berapa kerat yang hadir.. |
'Tua saja tapi tak ada akai' macam ini lah!! Posted: 15 May 2012 01:31 AM PDT Nak kata muda lagi dah tua mereka ini kerana mereka mendakwa dari Persatuan Veteran Tentera Melayu, Kalau veteran tentera tu sudah tentu umurnya melebihi 50 tahun.. Sebagai warga yang mengaku veteran sepatutnya mereka menunjukkan tauladan yang baik buat generasi muda yang ada di negara ini.. tapi tidak.. Tapi apa yang mereka lakukan ini menunjukkan seolah-olah mereka ini tidak cukup matang dan memalukan lain-lain veteran tentera yang ada... 'Senaman punggung' depan kediaman Ambiga Sekumpulan bekas tentera pagi ini mengadakan satu senaman aneh di depan kediaman pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara. Kumpulan 15 orang daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) itu melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" – dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga. Kumpulan berkenaan diketuai presiden PVTM, Mohd Ali Baharom yang berkata mereka berhak mengadakan demonstrasi tersebut sebagai bantahan terhadap Ambiga. Mohd Ali berkata, bantahan itu dibuat terhadap Ambiga yang disifatkannya sebagai "musuh negara yang cuba merosakkan nama negara" melalui perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu. Katanya, senaman itu juga sebagai bantahan ke atas Ambiga yang dikaitkannya dengan gerakan seks bebas. "Kami beri amaran keras kepada Ambiga supaya segera minta maaf kepada rakyat Malaysia berkenaan BERSIH dan seks bebas," katanya ebelum sesi senaman itu bermula pada jam 8.30 pagi. 'Orang Islam, minum air suam' Kumpulan itu kemudiannya disambut oleh Ambiga yang muncul di pintu pagar rumah tersebut dan menjemput mereka menjamah satu hidangan minuman ringan, apabila gimik tersebut berakhir kira-kira 15 minit kemudian. Mohd Ali bagaimanapun menolak jemputan Ambiga dan menyerahkan salah satu sepanduk yang dibawa mereka kepada Ambiga. "Kami orang Melayu orang Islam, kami minum air suam. "Saya mahu hadiah (kad manila) sama awak, awak serah pada Anwar. Saya beri amaran supaya awak jangan buat lagi masalah kepada negara. "Kami akan bertindak jika kamu merosakkan nama negara," kata Mohd Ali, yang juga dikenali dengan gelaran 'Ali Tinju', ketika berdepan dengan peguam itu. Terdahulu, kumpulan tersebut berarak sejauh kira-kira 20 meter ke arah pintu pagar rumah Ambiga dan membawa sepanduk dengan slogan 'Tolak Ambiga Anwar perusuh haram BERSIH 3.0' dan 'Tolak Ambiga Anwar gila kuasa'. Bercakap kepada pemberita selepas kumpulan itu beredar, Ambiga berkata beliau sering menerima gangguan seperti itu selepas demonstrasi oleh sekumpulan peniaga burger di hadapan kediamannya pada 10 Mei lalu. Menurutnya, beberapa individu dengan sinis singgah di hadapan rumah beliau dan meminta burger percuma daripadanya. Gangguan, bukan himpunan aman Katanya lagi, beliau turut kesal dengan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang menyatakan bahawa tindakan peniaga burger itu dibenarkan selagi tidak mengganggu ketenteraman awam. "Kenyataan itu tidak bertanggungjawab. Ia membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk berhimpun di luar rumah sesiapa sahaja," katanya. Katanya lagi, gimik demonstrasi oleh PVTM pagi ini juga merupakan satu bentuk gangguan dan bukan himpunan aman. Acara senaman PVTM pagi ini merupakan demonstrasi kedua yang diadakan di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH itu dalam masa seminggu, selepas demonstrasi oleh peniaga burger anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia pada 10 Mei. PVTM juga sebelum ini hadir bersama NGO Suara Anak Muda 1Malaysia dan Kelab Mahasiswa 1Malaysia turut membuat laporan polis di balai IPD Dang Wangi untuk menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap Ambiga dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengetuai himpunan BERSIH. Malaysiakini |
Saksikan!! Najib dimalukan di London... (Video Inside) Posted: 14 May 2012 09:25 PM PDT Malang lagi nasib Najib.. jika dulu selepas BERSIH 2.0 beliau telah ke London, Queen Elizabeth telah menyambutnya dengan berpakaian kuning dan satu demonstrasi oleh rakyat Malaysia telah diadakan oleh rakyat Malaysia di sana. Kali ini malangnya berganda.. kerana ketibaannya telah disambut dengan bunga kuning juga manakala majlis yang diadakan olehnya di 02 juga dicemari dengan laungan BERSIH ketika beliau smahu berucap membuatkannya tersentak. Apa yang membuat malangnya berganda ialah semua yang hadir ke 'An Evening with Prime Minister' yang bertujuan untuk mempromosikan dirinya itu ialah makanan, minuman dan juga pengangkutan telah disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia sendiri secara percuma buat mereka yang mahu hadir.. Perkara ini telah dinyatakan dilaman web Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London dimana semua rakyat Malaysia di UK adalah dijemput untuk menghadiri majis ini secara percuma, dengan makanan dan minuman yang disediakan dan hiburan kebudayaan yang ditawarkan keseluruhannya - sila baca di ( SINI ) Best jugak tinggal di London ya.. nak malukan Najib pun kerajaan tanggung.. Saksikan!! Najib dimalukan di London!! |
Untuk ke Perhimpunan, duit punya pasal.. Ahli UMNO tipu SU UMNO.. Posted: 14 May 2012 06:00 PM PDT Daerah Manjung ada dua bahagian Parlimen, satu Parlimen di Ketuai oleh Zamberi sendiri, biasalah Ketua bahagian yang juga ADUN Pangkor dan juga MB Perak,, jadi mewah lah para pencacai UMNO.... Maka pada jumaat lepas dalam program perhimpunan 66 tahun UMNO, mereka dapat pergi dengan bas yang disewa khas... Mereka dapat pergi dengan bas Arwana, yang aku dapat cerita syarikat Bas ni ada kaitan dengan pihak tertinggi UMNO LUmut,,, siapa dia?? aku rasa orang Lumut semua dah tahu.... Berbeza dengan satu lagi Parlimen iaitu Beruas, UMNO Bahagian Ketuanya .DATO' HJ ABDUL MANAF BIN HASHIM apa yang aku tahu,,, beliau tak ada pegang apa-apa jawatan, ADUN Pengkalan Baru boleh kat Hamdi, mana Pantai Remis Nga Kor Meng,,, jadi bajetnya kuranglah,,, tak seperti Lumut yang serba mewah dan eksklusif... Menurut cerita dari kawan aku yang telah memberikan segala maklumat tentang apa yang berlaku dalam UMNO Lumut selama ini sebentar tadi iaitu selepas solat isyak di Madah, tadi ia cerita hal UMNo Bruas pula,, Apa yang dalam senario mereka nak Bukit Jalil Kuala Lumpur. perhimpuan 66 tahun,, Mereka diperuntukkan wang saku sebanyak RM250 setiap sebiji kereta, wang peruntukkan dibekalkan oleh S/U bahagian Beruas sendiri, tempat mengambil wang ialah di parking letak kereta Kilang roti Segar Changkat Cermin Beruas,, jadi sesiap yang nak pergi singgah di Roti Sgar sain buku ambik duit dan terus pergi.... Mengikut cerita kawan aku, sepatutnya wang peruntukkan adalah lebih dari RM250,, tetapi oleh kerana S/U nak tunjuk pandai,, kononya nak pau untuk buat dana PRU13 nanti,, sebab kononya habis saja perhimpunan Najib akan bubar DUN.. namun entah apa mimpi Rosmah,, ilham tak sampai agaknya tak jadi lagi nak bubar DUN... Apabila perserta setiap sebuah kereta dah ambil wang sebanyak RM250, T-Shirt merah sorang sehelai,, mereka pun jalan pergi ke Kuala Lumpur... Tetapi para peserta yang pergi ke Kuala Lumpur pun cerodik-cerodik belaka,, cerodik nak menipu... jalan menuju hala ke Ipoh adalah jalan 2 hala,, ada divider ditengah jalan raya..., jadi mereka berlepas menuju keharah Kuala Lumpur, sampai dekat Jalan nak sampai ke Titi Gantung ada U-Turn,, mereka berpusing balik lagi sekali dan singgah lagi ke kilang roti segar,, sain lagi sekali, ambik T-shirt dan baru jalan terus ke Kuala Lumpur... Ha ha,, setiausaha rasa ia bijak,,, peserta pun bijak juga,, perkara ni berlaku, oleh kerana ahli yang nak pergi ramai,, SU mana nak perasaan sebab sebelum ini orang lain yang ambil, kali kedua orang lain pula yang ambil.... Mereka berpusing ulang alik, sehingga semua penumpang dalam kereta dapat sorang RM250..., kali 5 orang, maka 5 kali depa kutip, jadi dapat sorang RM250,, bukan setiap sebiji kereta RM250..... Seterusnya sila sambung bacaan anda di ( SINI ) |
Video Nizar di ceramah 'Nizar Pembohong Bersiri' .. Posted: 14 May 2012 09:40 AM PDT Ramai yang bertanya samada ada atau tidak video yang memaparkan kejadian ketika DS Nizar yang menghadirkan diri ketika satu ceramah UMNO yang bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Kampung Tualang tu.. Bagi tidak menghampakan pembaca yang bertanya itu samada melalui e-mail, Facebook ataupun Blog ini di SINI, aku usahakan untuk mencarinya.. Hasil penjelajahan aku kebeberapa buah blog pro UMNO akhirnya aku jumpa juga video yang dicari itu dalam blog pencacai UMNO.. Oleh kerana yang merakam video ini ialah pencacai UMNO, sudah pasti mereka tidak akan upload versi original sebelum di edit bagi menunjukkan Nizar telah menipu bahawa ketika beliau datang penceramah yang tah apa namanya tu dah mati kutu.. Korang tengok video ni... Kenapa aku kata video ini telah diedit? Pada minit yang ke 1:56 Nizar telah sampai dan pada minit ke 2:12 penceramah mereka ketika itu iaitu Hanafiah kelihatan terketar-ketar mengubah lap top yang ada didepannya. Tiba-tiba pada minit yang ke 3:35 bunyi asal telah bertukar dan suara dari rakaman awal telah dimasukkan.. Dalam video kedengaran suara tapi jika diperhatikan ketika itu Hanafiah sedang terpinga-pinga dengan mulut yang tidak terbuka tetapi suaranya ada.. Bagi menipu kononnya Hanafiah meneruskan ceramah dengan menghentam Nizar secara berdepan pada minit yang ke 3:49 dimasukkan ucapan Hanafiah diawal ceramah. Kononnya kerana tidak tahan dihentam Nizar mengangkat kaki dari ceramah UMNO itu.. pada minit yang ke 4:54 Nizarmula mengangkat kaki.. perhatkan sudut bukaan lap top dibawah ini.. dan ketika ini kelihatan Hanafiah masih terpinga-pinga.. Aku malas dah nak ulas panjang-panjang... korang tengoklah sekali lagi video kat atas tu, lepas tu apa yang tak betul korang tinggalkan komen kat bawah tu... Macammanalah pencacai UMNO ni edit video tu.. jalan cerita tak lancar langsung.. nampak sangat dah dieditnya.. Kesian... terdesak benor kome nak pertahankan Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man itu ya... ambik upah mingguan ke? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan