A Mum Of Three Mohd |
- Riuh-rendah ler demer
- Ada berani mau kasik??
- Apek tu kata... "Pigi Cermin muka"
- Redah dan Terjah
- Adios Traitors!!
Posted: 14 May 2012 08:09 AM PDT Adios!! Tunku Abdul Aziz akhirnya keluar meninggalakn DAP kerana tak sehaluan pendapat dengan pucuk pimpinan DAP dalam isu BERSIH 3.0 Selain isu BERSIH 3.0, apakah ada isu-isu lain yang kita tak tahu?? Wallahualam. Pun begitu, aku respek pendirian Tunku Abdul Aziz untuk keluar DAP. Ya.... kalau kita dah tak sehaluan, tak guna terus berada di dalamnya. Itu hak dia. Tak guna dia terus berada dalam DAP dan kemudiannya akan timbul pulak isu-isu lain. Tak suka kalau...... get out!! Aku rasa itu lebih baik untuk DAP dan Pakatan Rakyat. Lebih-lebih lagi PRU 13 pun dah semakin hampir. Forget about Tunku Aziz. Dia nak jadi katak ke... tak nak ke.... itu hak dia. Let him be. DAP pulak... muhasabah diri dan perbaiki kelemahan yang ada. Persetankan pengunduran Tunku Aziz. Sebaliknya, kita kena tumpukan kepada usaha memantapkan kedudukan kita menjelang PRU 13. UMNO mesti kita tumporkan dan Putrajaya kita duduki. Tunku Aziz tak penting. Yang lebih penting ialah kesejahteraan rakyat Malaysia dan membaik pulih kepincangan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara yang telah dimusnahkan oleh UMNO dan BN. Kalau Tunku Aziz tak boleh bertolak ansur, tak boleh bersatu hati dan tak sanggup lagi memberi komitmen padu untuk menjayakan misi dan visi kita..... maka sewajarnyalah dia mengundurkan diri dari DAP dan Pakatan Rakyat. Jangan kita rayu lagi pada yang dah tak sudi. Kita move on dengan agenda kita untuk mewujudkan Malaysia Baru iaitu Malaysia yang lebih sejahtera dan yang lebih adil. Kepada Tunku Aziz.... adios!! Dengan senario adios-nya Tunku Aziz dari DAP, puak-puak UMNNU pasti akan riuh-rendah. Tak caya?? Kita tunggu dan lihat... |
Posted: 14 May 2012 06:38 AM PDT Ezam... Ezam.... tak habis-habis. Masih cuba mahu mendakwa-dakwi, kononnya Anwar teringin nak masuk UMNO semula. Dia mengharapkan yang Anwar akan respon, maka dapatlah dia sedikit promosi untuk melariskan dirinya yang sudah basi dan tak laku. Mana tak basi dan tak lakunya, kalau balik-baik ceriter pasal Anwar jer. Anwar itulah. Anwar inilah. Anwarlah manusia paling haprak dan paling keji. Tapi.... apa yang didakwanya, cuma setakat menjual air lior jer. Bukti satu hapah pun yeilek. Sebaliknya, Anwar semakin dikagumi. Ceramah Anwar, meronyut orang datang. Sokongan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat, alhamdulillah.... semakin mantap. Teguh beb!! Dan, alhamdulillah juga, Anwar dah paham benar lara si Ezam ni. Sesumpah itu cuma mahukan publisiti buat dirinya. Nak naikkan saham dia, manalah tahu, kot-kot dapat jadi calon. Selain itu, dia juga terpaksa hentam Anwar kerana dah termakan umpan UMNO. Kini... tibalah masanya untuk dia membayar harga umpan yang telah dimakannya. Weh.... ingat UMNO bagi free ke?? No way man. Sekarang, dia terpaksa jadi lembu UMNO. Hahahaha... it's pay back time!! Itu sebab dia kini terpaksa moo... mooo here, mooo... mooo there and moo.. mooo.. everywhere. Nasib kau ler lembu!! So, mengapa perlu Anwar melayan kerenah orang jelek yang dah nak mampuss karier politiknya?? Bolayan jer. Biar dia jolok... jangan sekali-kali melatah. Tindakan Anwar membolayannya, satu tindakan yang bijak. Mampuih kat hang la nak kata apa!! But.... jika media barua UMNO mahukan jawapan kepada dakwaan si Ezam.... aha, beri Anwar 5 minit yang dimintanya untuk menjelaskannnya ke seluruh pelusuk negara. Eleh... tak lama, 5 minit jer. Kami pembayar cukai pun nak tahu jugak apa jawapan Anwar kepada dakwaan si Ezam Kotak tu?? So.... RTM ada berani?? |
Apek tu kata... "Pigi Cermin muka" Posted: 14 May 2012 01:24 AM PDT Pakatan Rakyat ada reputasi dan integriti. Chua Soi Lek ada DVD. BN ada apa?? KORUPSI dan HIPOKRASI!! So... Jangan bermimpi nak rampas Selangor. Dan... jangan mengigau nak menang besor. Nasib tak baik kalau.... ghoyup!! Bukan aku kata... Ling Liong Sik yang kata. Pakatan Rakyat semakin disukai rakyat dan digeruni BN. Sebab tu... SPR diperlembu selembu-lembunya. Sebab tu jugak, 8 tuntutan BERSIH tak berani ditunaikan. Kalau ditunaikan al mampuus mereka!! |
Posted: 13 May 2012 07:40 PM PDT |
Posted: 13 May 2012 05:54 PM PDT |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan