pemuda cheh |
Posted: 13 May 2012 04:08 PM PDT bagi orang yang menghina TGNA sila ambil pedoman dari gambar-gambar di bawah ini. Ukur lah diri sebelum menghina TGNA. Atau kalau ada kelapangan , luangkan masa untuk hadir ke kuliah TGNA di masjid Pulau Melaka. Dengar lah kuliah TGNA untuk memastikan jika ada ajaran sesat yang disampaikan didalam kuliah tersebut.Kalau saudara tak faham kuliah yang disampaikan,bawalah anggota majlis fatwa bersama.
Imam Ibnu Hajar al-Asqalani telah menakwil pendapat Imam Nawawi sebagai berikut : قالَ الاِمَامْ النَّوَاوِيْ : تقبِيْلُ يَدِ الرَّجُلِ ِلزُهْدِهِ وَصَلاَحِهِ وَعِلْمِهِ اَوْ شرَفِهِ اَوْ نَحْوِ ذالِكَ مِنَ اْلاُمُوْرِ الدِّيْنِيَّةِ لاَ يُكْرَهُ بَل يُسْتَحَبُّ. Ertinya : Imam Nawawi berkata : mencium tangan seseorang kerana zuhudnya, kebaikannya, ilmunya, atau kerana kedudukannya dalam agama adalah perbuatan yang tidak dimakruhkan, bahkan hal yang demikian itu disunahkan. Pendapat ini juga didukung oleh Imam al-Bajuri dalam kitab "Hasyiah",juz 2,halaman.116. 2. Imam al-Zaila'i Beliau berkata : (يَجُوْزُتقبِيْلُ يَدِ اْلعَالِمِ اَوِ اْلمُتَوَرِّعِ عَلَى سَبِيْلِ التبَرُكِ… Ertinya : (dibolehkan) mencium tangan seorang ulama dan orang yang wara' kerana mengharap barakahnya. Syaikh al-Albani berpendapat dalam mencium tangan orang alim itu perlu mematuhi beberapa adab: a. tidak boleh mencium tangan orang alim jika dia menghulurkan dgn sombong b. tidak terbukanya jalan ke arah cuba mendapat tabarruk (berkah) c. tidak menjadikan sebagai adat kebiasaan (sering dilakukan) d. dia tidak mengingkari lebih utama berjabat salam e. tidak boleh meletakkan tangan ke dahi Namun, sekiranya (cium tangan) kerana kekayaan seseorang, pangkat atau status di mata manusia di dunia ini dan sebagainya ianya adalah makruh. [Lihat juga al-Azkar an-Nawawi, ms. 262] Ni bukan cium tangan ... sedutt ... kah kah kah kah |
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan