MIMPI SENJA |
- GERAM 1.0 - Tuntut MB Perlis Mat Isa Sabu letak jawatan ]Video]
- 1 terbunuh 43 cedera nahas bas di Balik Pulau, Pulau Pinang
- ARTIS : Nora Danish mabuk, terselak kain nampak ..........
- "Saya tidak tua untuk menjadi bodoh" : Pak Samad
GERAM 1.0 - Tuntut MB Perlis Mat Isa Sabu letak jawatan ]Video] Posted: 25 May 2012 10:30 PM PDT |
1 terbunuh 43 cedera nahas bas di Balik Pulau, Pulau Pinang Posted: 25 May 2012 08:26 AM PDT 2012/05/25BALIK PULAU: Seorang warga Myanmar terbunuh manakala 43 yang lain cedera termasuk beberapa mangsa cedera parah apabila sebuah bas persiaran terbabas dan terjatuh ke dalam gaung ketika menuruni bukit menuju pekan ini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit. Semua mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau (HBP) untuk rawatan. Nahas berlaku apabila bas berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh tiang elektrik dan terbalik sebelum terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira tujuh meter. Difahamkan, semua mangsa adalah warga Myanmar yang dalam perjalanan untuk menghadiri satu program di sebuah masjid di pekan ini. Nahas itu menyebabkan laluan menuju pekan ini sesak teruk sehingga Relau. Operasi menyelamat membabitkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan termasuk polis, bomba, Ikatan Relawan Rakyat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta kakitangan HBP. - Berita Harian |
ARTIS : Nora Danish mabuk, terselak kain nampak .......... Posted: 25 May 2012 01:49 AM PDT Hari ini tersebar satu gambar yang sangat mengejutkan bagi Kak Nam dan mungkin anda semua turut terkejut. Menurut sumber, seorang pembaca telah mengirim satu keping gambar melalui email. Khabarnya daripada pengirim itu, gambar itu adalah gelagat seorang pelakon popular bersama teman-temannya dalam sebuah majlis yang diadakan baru-baru ini. Mungkin kerana terlalu letih menari dan kembung perut dengan minuman keras, pelakon tadi tersungkur berbaring hingga tidak menyedari terselak seluar dalamnya. Maklumlah pakaian pelakon itu malam ketika dia berparti pun bukanlah panjang sangat hingga boleh tersingkap menampakkan seluar dalamnya. Lebih mengejutkan lagi, sejak akhir-akhir ini, nasib pelakon ini memang bertimpa-timpa malangnya. Kak Nam rasa mungkin giliran dia pula kali ini. Biasalah adat industri hiburan, kadang-kadang kita di atas dan terselamat, tapi tidak mustahil esok kita terjatuh tersungkur sampai susah nak bangkit semula. - Nottydaddy |
"Saya tidak tua untuk menjadi bodoh" : Pak Samad Posted: 24 May 2012 11:59 PM PDT Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menegaskan BERSIH turut memerlukan sokongan parti politik, termasuk BN bagi merealisasikan lapan tuntutan untuk mereformasikan sistem pilihan raya. Katanya, tanpa dokongan parti politik yang dipimpin oleh "kuasawan", gabungan tersebut tidak kuat untuk memperjuangkan agendanya. "Mereka memperkuat, kalau BERSIH sahaja, tidak akan kuat. Kalau PAS, dokongan itu tidak ada, BERSIH sahaja tidak kuat. Sebenarnya kita juga mengajak BN menyertai (perjuangan BERSIH). Bukan salah kita. "Kita menjemput semua kuasawan, baik daripada PAS, BN, PKR. Baik daripada Umno, MCA, MIC, tetapi mereka sendiri yang memisahkan diri untuk menyertainya," katanya dalam wawancara Malaysiakini Tokoh yang lebih kenali sebagai Pak Samad bagaimanapun berkata keengganan BN menyokong hasrat gabungan itu kerana barangkali ia dirasakan akan "menggigit" mereka. Beliau menjawab soalan berhubung peranan orang politik untuk menuntut lapan tuntutan BERSIH, sekalipun beliau optimis mampu menarik sokongan pelbagai pihak bagi meneruskan tuntutan mereka. Katanya, BERSIH 2.0 mengambil alih kumpulan itu daripada BERSIH pertama yang dipimpin "kuasawan" bagi mengelakkan tanggapan organisasi itu dipergunakan untuk "berantakan dengan kuasa induk" Rampas kuasa dengan air botol? Bagaimanapun, Pak Samad menegaskan tuntutan mereka tetap tidak berubah. Menurutnya, perhimpunan BERSIH diteruskan kerana tuntutan gabungan itu itu tidak dilayan sehingga memerlukan perhimpunan kedua dan ketiga diadakan. Ditanya berhubung dakwaan perhimpunan BERSIH 3.0 dirampas pembangkang dan mahu menggulingkan kerajaan, Pak Samad menyifatkan dakwaan itu hanya "cakap sebelah sana", termasuk ketiga-tiga mantan ketua polis negara dan mantan perdana menteri. "Kita tidak boleh menghalang andaian orang. Kalau benar (dirampas pembangkang), mereka harus membuktikan... "Yang merampas kuasa mesti mempunyai senjata. Kita ada botol air sahaja. Saya menolak (dakwaan mahu guling kerajaan)," katanya sambil ketawa sinis. Bekas editor kanan akhbar Berita Harian itu berkata, beliau kini lebih bersedia untuk "dilanggar" berbanding sewaktu bekerja di "akhbar hamba kuasa" sebelum ini. Pada masa itu, katanya, beliau terpaksa memikirkan banyak perkara, termasuk keluarga dan rumahtangga sebelum melakukan sebarang tindakan. Pak Samad sedia 'dilanggar' "Kita telan apa yang pahit, apa yang masin demi keluarga kita. Tapi apabila sudah agak selesa sedikit, kita sedia dilanggar seperti sekarang. Saya memang bersedia untuk dilanggar. "Tapi biarlah langgar yang berpatutan. Jangan bawakan kapal selam, saya hanya dibiarkan gunakan bom. Kalau anda kapal selam, biarlah saya kapal selam. Adillah. Itu umpamanya," katanya. Beliau juga menolak dakwaan berfahaman kiri dengan menyifatkannya sebagai tuduhan "orang tidak belajar". "Orang ini langsung tidak belajar. Saya tidak jadi tua untuk jadi bodoh. Saya jadi tua untuk jadi pandai." tegasnya. Mengulas penyertaan bukan Melayu dalam perhimpunan BERSIH kali ini, Pak Samad berkata beliau "senang" dengan situasi baru itu, khususnya kaum Cina. "Misalnya jika diadakan BERSIH 4, saya fikir penyertaan orang bukan Melayu lebih ramai kerana mempercayai adanya jentera kuasa ada sekarang ini yang paling bobrok, di mana segala jenis tindakan termasuk samsengan digunakan. "Di mana janji-janji yang besar dihebahkan, di mana wang yang sebanyaknya diberikan. Semua itu diberi ketika kerajaan berada di ekor kuasa. "Mereka memberi semua ini, semata-mata bersedia mengharapkan, inilah massa umum yang akan mengundi mereka," katanya. - Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan