Sabtu, 26 Mei 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


PRU13: Shahrizat Bertanding Di Menglembu, Shapie Apdal Di Menggatal (?)

Posted: 26 May 2012 12:25 AM PDT

.Hari minggu lepas, Husin pergi ziarah kawan di Bangi. Sambil makan tu, member Ana tanya, bila agaknya pilihanraya.

"Manalah ana tahu benda-benda ni ...," Husin jawab, "Ana hanya saudagar unta dari Cairo."

"Sudahlah Husin. Jangan kau bawak temberang blog Husin Lempoyang kau di sini. Kamu tahu tu!"

"Sumpah ana tak tahu. Ana rasa Dato Najib pun tidak tahu tarikh pilihanraya. Lagikan ana ni ...," ana cuba yakinkan.

"OK lah Husin. Aku kasi kamu info ini, Kamu kasi aku tahu tarikh pilhanraya. Aku nak buat gathering kawan-kawan tapi masing-masing tunggu ditentukan tarikh pilihanraya," Sahabat ana terangkan.


"Kamu tahu tak Dato Najib dah buat keputusan akan ambil Dato Syahrizat dan Dato Shafie bertanding?"

"Biat betul ... takkan Dato Najib flip flop?" Ana bertanya

"Dia sudah flip flop itu MAS-Air Asia, tangga gaji kerajaan dan macam-macam lagi," sahabat ana terangkan

"Kalau begitu, mana Syahrizat nak bertanding? Raja Nong Chik pasti tanding di Lebah Pantai. Shafie mesti di Semporna, Sabah."

"Takkk ... kawasan lain."

"Mana pulak?" Ana tanya

"Sharizat tanding di Menglembu. Shapie Apdal di Menggatal."

"Hahahaha ... siul la lu brader. Macam gitu aku tahu bila pilihanraya?"

"Bila? Bila? ..." tertanya kawan ana.

Nak tahu bila pilihanraya? Sabar dulu .... hehehe. -husin lempoyang

Kepulangan Salehuddin Ayub Disambut Meriah Oleh Masyarakat Cina Johor

Posted: 25 May 2012 10:13 PM PDT

Masyarakat Cina Sambut Kepulangan YB Salahuddin Ayub

GELANG PATAH - Keputusan YB Salahuddin Ayub untuk balik bertanding di negeri Johor mendapat sokongan dan dokongan daripada pengundi masyarakat Cina. Sokongan ini telah dizahirkan kepada YB Salahuddin pada satu majlis makan malam bersama masyarakat Cina Gelang Patah di Restoran Pekin Sutera.

Rata-rata masyarakat Cina yang hadir menyatakan kegembiraan mereka dengan keputusan yang diambil YB Salahuddin untuk kembali ke negeri Johor. Walaupun baru membuat keputusan untuk bertanding di Johor dan belum lagi dimuktamadkan kerusi yang ingin ditandingi, terdapat segelintir masyarakat Cina sudah memberikan harapan kepada YB Salahuddin untuk memimpin perubahan di negeri Johor seterusnya menjadi Menteri Besar di negeri ini.

Dalam ucapan beliau kepada hadirin yang hadir, YB Salahuddin jelas menyatakan bahawa kepulangan beliau ke kancah politik Johor bukan kerana elaun ataupun pangkat tetapi kerana ingin membela nasib rakyat Johor.

"Saya mengambil keputusan untuk bertanding di tempat kelahiran saya ini. Jika difikirkan untuk mengekalkan elaun ahli parlimen, lebih baik saya kekal bertanding di Kelantan. Namun itu bukan segalanya bagi saya kerana perjuangan rakyat negeri Johor adalah lebih penting kepada saya"

"Saya diminta bertanding di Kelantan dahulu kerana saya pada waktu itu menjadi Ketua Pemuda PAS Malaysia. Parti melihat saya perlu berada di dalam dewan parlimen maka saya dihantar bertanding di Kelantan. Namun untuk pilihanraya umum pada kali ini, saya telah menyatakan keazaman saya untuk bertanding di Johor. Saya akan membantu rakyat negeri saya ini menentang kezaliman yang berlaku", jelas beliau lagi yang menyebabkan hadirin berdiri memberikan tepukan atas ucapannya itu.

Dalam pada itu, majlis makan malam yang dianjurkan DAP Gelang Patah itu berjaya mengumpulkan lebih 1,600 orang masyarakat Cina. Majlis makan malam ini dianjurkan di Restoran Pekin yang turut dihadiri oleh YB Dr. Boo Cheng Hau, YB Tian Chua dan YB Teng Cheng Kim. -nusajaya

Kuota Haji: Temberang & Dusta Sang Menteri Untuk Burukkan Bersih

Posted: 25 May 2012 08:34 PM PDT

Kurang kouta haji tiada kaitan dengan Bersih 3.0

MELAKA: Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik berkata kerajaan Arab Saudi tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kouta haji untuk jemaah Malaysia dikurangkan disebabkan demonstrasi Bersih 3.0 di Madinah dan Mekah hujung bulan lalu.

Gambar: Perhimpunan Bersih 3.0 di Masjid Nabawi, Madinah

"Menteri Di Jabatan Perdana Menteri jangan bohong, tidak ada satupun kenyataan dari Arab Saudi yang menyatakan kouta jemaah kita dikurangkan kerana isu Bersih 3.0.

"Saya telefon sahabat-sahabat di Arab Saudi, mereka bagi tahu tidak satu pun berita tentang kouta dikurangkan kerana Bersih 3.0, satu berita kolum kecil pun tak ada," ujar Ustaz Mokhtar Senik dalam ceramahnya dekat sini.

Beliau berkata demikian pada ceramah di Jalan Tiang Tua, Pengkalan Minyak di sini malam tadi.

Beliau berkata kerajaan BN cuba untuk memburukkan Bersih 3.0 dengan mengaitkan isu kouta haji dengan penganjuran bantahan aman itu di Arab Saudi.

Roboh untuk buat yang baru

"Apa yang berlaku kouta haji semua negara dikurangkan kerana tindakan mereka merobohkan penempatan jemaah haji untuk digantikan dengan penempatan baru.

"Jadi oleh kerana ianya belum siap maka kouta tersebut dikurangkan.

"Tidak berbangkit langsung soal kemarahan kerajaan Arab Saudi terhadap demonstrasi Bersih 3.0," tegas Ustaz Mokhtar.

Menurut Ustaz Mokhtar, kerajaan Arab Saudi mempunyai pegawai-pegawai kedutaan mereka di Malaysia yang memantau dan meneliti himpunan Bersih 3.0.

"Pegawai-pegawai kedutaan mereka bukan duduk diam, mereka mengkaji objektif himpunan Bersih dan mereka melaporkan kepada Duta dan kerajaan mereka.

"Mereka tahu dan faham apa tujuan dan objektif Bersih 3.0, amat malang apabila kerajaan BN cuba menipu rakyat sekali lagi," tambah Ustaz Mokhtar. -HD

PM diminta campur tangan selesai masalah kuota haji

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Kerajaan sedang melakukan beberapa langkah proaktif bagi memastikan jumlah kuota haji untuk jemaah Malaysia tahun ini tidak terjejas ekoran perhimpunan haram yang diadakan di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ramai jemaah telah menyatakan kebimbangan sama ada mereka masih berpeluang menunaikan haji pada tahun ini atau tidak ekoran insiden yang telah mengundang perhatian serius daripada kerajaan Arab Saudi.

Kerajaan Arab Saudi dilaporkan sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia berikutan insiden perhimpunan haram itu.

Sebagai langkah awal, Jamil Khir berkata beliau akan memohon bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi agar dapat menyelesaikan kebimbangan mengenai kuota haji.

"Saya minta Perdana Menteri untuk bantu kita campur tangan menghubungi Raja Abdullah dan kerajaan Arab Saudi supaya kuota haji tahun ini akan dapat sebagaimana yang kita harapkan kerana persiapan semua kita sudah buat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia Fahad Al Rashid di Bangunan Tabung Haji di sini hari ini.

"Duta sendiri (Fahad) ada menyebut negara lain yang menghadapi masalah seperti Mesir, Libya dan Iraq tidak membawa masalah itu ke tempat mereka kerana ini (Mekah dan Madinah) tempat ibadah. Kita ambil kira awal-awal perkara ini supaya jangan nanti sampai ke peringkat akhir kata kita tidak berusaha," katanya.

Dalam pertemuan itu, Jamil Khir berkata beliau turut memaklumkan kepada Fahad mengenai kebimbangan berkaitan kuota haji itu dan berharap ia diambil perhatian supaya pengumuman mengenai jumlah kuota diketahui sebelum awal Ramadan.

"Biasanya awal Ramadan dah sampai makluman kepada kita, sekarang jemaah sudah mula ambil laporan kesihatan masing-masing, kalau kuota ini dalam proses yang tidak menentu lagi, ia akan merencatkan persiapan yang dah dilakukan," katanya.

Beliau berkata jumlah terkini jemaah yang telah memenuhi syarat untuk menunaikan haji dan berada dalam senarai menunggu adalah seramai 930,000 orang manakala kuota haji pula terhad kepada 28,000 orang sahaja.

"Kalau senarai ini kita tidak habiskan walaupun kita faham kuota kita terhad, dan ada lagi perkara-perkara yang boleh membantutkan keadaan, ia akan menyebabkan senarai ini semakin meningkat dan akan mengambil tempoh yang panjang (untuk dihabiskan)," katanya.

Jamil Khir berkata beliau juga akan menulis surat berkaitan kuota haji jemaah Malaysia kepada Menteri Haji dan Wakaf Arab Saudi yang akan disampaikan sendiri oleh Pengurus Besar Kanan Haji, TH Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman minggu depan.
— Bernama


Ulasan GB

Dasar berita penipu.

GB pernah ulas. Petikan:

Kerana tiada sebab untuk kerajaan Arab Saudi berasa bimbang terhadap sekumpulan rakyat malaysia yang sekadar bergambar sambil memegang bendera kuning BERSIH tanda sokongan mereka terhadap perjuangan BERSIH 3.0 yang diadakan di Kuala Lumpur.

GB cukup yakin bahawa ketiga-tiga menteri di atas berdusta, semata-mata untuk memburukkan BERSIH di mata masyarakat kita.

Nota diplomatik? Kalau serius mengapa sekadar nota? Betul-betul menteri luar punya auta!

Menteri-menteri yang cuba membodohkan rakyat menyangkakan penduistaan mereka boleh menyebabkan rakyat akan merenggangjkan diri denagn BERSIH. Sebenarnya sesiapa punboleh membuat semakan di Kedutaan Arab Saudi apakah benar ada nota diplomatik dikeluarkan khusus kerana BERSIH.

Dan juga, sebenarnya buang masa untuk pihak keselamatan Arab Saudi hendak pergi memburu pemimpin pembangkang yang kononnya didakwa menganjurkan perhimpunan pro-BERSIH seperti dilaporkan akhbar pencacai, Mingguan Malaysia.

Beberapa orang sahabat GB yang berkebetulan sedang mengerjakan umrah di Mekah menyatakan tidak ada apa-apa pun berlaku di sini. OK sahaja. Mengenai berita tentang sekatan kuota haji & umrah, cuma akhbar dan agensi berita di Malaysia sahaja yang sengaja menggembar-gemburkannya untuk memburukkan BERSIH.

Ini disokong pula oleh kenyataan Ustaz Zamri di dalam FBnya:






[KAJIAN] 92% Mahu Daftar Pemilih Dibersihkan Segera, 49% Ragui Proses Pilihanraya

Posted: 25 May 2012 05:03 PM PDT

Shah Alam - Majoriti pengundi di Semenanjung mahu daftar pemilih yang bersih sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan, demikian menurut kajian terbaru kendalian Merdeka Center.

"Seramai 92 peratus mahu daftar pemilih dibersihkan," kata kenyataan media Merdeka Center berhubung hasil kajian kendaliannya.

Merdeka Center juga berkata, penemuan itu juga menunjukkan hanya 44 peratus responden melahirkan keyakinan bahawa proses pilihan raya di Malaysia bebas daripada unsur-unsur kelemahan dan kepincangan manakala 49 peratus responden tidak yakin sama sekali.


Merdeka Center berkata, kajian pihaknya juga menunjukkan 48 peratus responden bersetuju bahawa senarai daftar pemilih tidak tepat dan terdiri daripada pengundi-pengundi diragui, antaranya warga asing, yang dipindahkan tanpa pengetahuan mereka atau mereka yang mempunyai pelbagai identiti.


"Hanya 39 peratus responden tidak setuju dengan kenyataan ini, percaya bahawa daftar pemilih adalah bersih," kata kenyataan Merdeka Center lagi.

Kajian terbaru Merdeka Center ini dijalankan antara 14 dan 26 April lalu.

Kajian itu selesai dijalankan dua hari sebelum perhimpunan Bersih 3.0, yang menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Dari segi pecahan kaum, 57 peratus pengundi Melayu yakin dengan proses pilihan raya negara ini, disusuli dengan 19 peratus responden kalangan pengundi Cina dan 39 peratus (India) manakala mereka yang tidak yakin pula 39 peratus adalah kalangan pengundi Melayu, 68 peratus (Cina) dan 50 peratus (India).


Dari segi umur, lebih ramai pengundi berusia 40 tahun ke bawah tidak yakin dengan proses pilihan raya berbanding responden berusia 41 tahun dan ke atas.

Masing-masing 57 peratus pengundi berusia 21 hingga 30 dan 53 peratus pengundi berusia 31 hingga 40 tidak yakin dengan proses pilihan raya. Seramai 44 peratus pengundi berusia 41 hingga 50 tahun (44 peratus), 51 hingga 60 (46 peratus) dan lebih 60 tahun (44 peratus) tidak yakin.

Sebaliknya, 49 peratus pengundi berusia lebih 60 tahun yakin dengan proses pilihan raya, 51 hingga 60 tahun (45 peratus), 41 hingga 50 (45 tahun), 31 hingga 40 tahun (38) dan 21 hingga 30 (39 peratus).


Undian Pos: Kajian juga menunjukkan 51% responden tidak mempercayai pengundian pos yang dilaksanakan SPR. Mereka bersetuju bahawa sistem undian pos dilaksanakan kurang ketelusan dan tidak bebas dari campurtangan politik.


Jawatankuasa Khas Parlimen: Sebanyak 43% responden tidak mempercayai Jawatankuasa Khas Parlimen yang dibentuk kerajaan untuk pembaikan sistem pilihanraya kerana ia dianggap hanya untuk menutup kelemahan dan mengalihkan isu sebenar daripada perhatian rakyat. Hanya 34% yang bersetuju dengannya.



[Bergambar] Binatang Apa Simbah Cat Dalam Ceramah Nizar Di Perak?

Posted: 25 May 2012 07:01 AM PDT

Ceramah pembangkang terus dicemari perbuatan khianat apabila majlis melibatkan bekas menteri Perak Mohammad Nizar Jamaluddin di Kuala Kangsar semalam menyaksikan 11 kereta disimbah cat biru.

Nizar berkata, perkara itu disedarinya ketika berceramah di hadapan 400 penyokong PAS di Sayong Lembah selepas dimaklumkan.

"Saya dimaklumkan kereta disimbah cat biru. Cat itu kebanyakannya disimbah di bahagian lampu depan," kata anggota Parlimen Bukit Gantang itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Penganjur dan pemilik kenderaan kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Seorang anggota penganjur yang enggan namanya disebut memberitahu, ketika kejadian kelihatan sekumpulan pemandu motosikal mengganggu ceramah.

Malam tadi, ceramah PKR di Pantai Dalam dekat Kuala Lumpur turut merakamkan insiden seorang warga emas dan kanak-kanak 12 tahun cedera terkena balingan batu daripada kawasan ceramah Umno yang diadakan berdekatan. -mk








Ulasan GB

Semakin hari semakin nyata, siapa yang ganas?

UMNO BN atau Pakatan Rakyat?

Kanak-kanak Tiga tahun Tersepit Di Pintu Pagar

Posted: 25 May 2012 06:09 AM PDT

Ipoh – Keasyikan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun bermain di pintu pagar rumahnya mengundang nasib malang buatnya petang semalam, apabila kepalanya tersangkut selama lebih setengah jam.

Gambar: Orang ramai berusaha mengeluarkan kepala mangsa dari celah jeriji pagar
rumah.


Dalam kejadian di Jalan Silibin, di sini, kepala mangsa, Farah Fitrina Abdullah bagaimanapun akhirnya berjaya dikeluarkan selepas jiran-jirannya menggunakan alat pembicu (jek kereta) untuk melonggarkan palang jeriji pintu pagar itu.

Kakak mangsa, Farah Syahida, 18, berkata, itu bukan kali pertama adiknya berbuat demikian memasukkan kepala ke celah jeriji kerana Fitrina sememangnya kerap bermain di situ. "Sebelum ini, dia pernah memasukkan kepala di jeriji besi itu, tetapi dapat dikeluarkan tapi kali ini entah bagaimana kepalanya boleh tersangkut.

"Saya tidak dapat melakukan apa-apa, adik hanya menangis dan meraung kerana panik tidak dapat keluarkan kepalanya," katanya. Ketika kejadian, ibu bapa mereka tiada di rumah kerana keluar ke bandar untuk menguruskan hal perniagaan.

"Mujur adik dibantu oleh jiran dan orang awam yang kebetulan lalu di hadapan rumah yang membantu mengeluarkan kepala adik dengan menggunakan alat itu. "Syukur adik saya tidak cedera walaupun ketika itu wajahnya hampir pucat lesi," katanya. -SH

Tangan Gadis Bertukar Hitam

Posted: 25 May 2012 02:01 AM PDT

Bandar Bentong – Seorang peneroka di Felda Kemasul, dekat sini, mahu penjelasan lanjut berhubung keadaan tangan kanan anak sulungnya yang bertukar menjadi hitam dan kini hidup ibarat orang kurang upaya (OKU) selepas hampir sebulan mendapat rawatan di hospital.

Mohd Roslan Dollah, 49, berkata, anak sulungnya, Norzahidah, 22, mengalami demam panas hingga tidak sedarkan diri pada 8 April lalu dan mereka sekeluarga membawanya ke Klinik Kesihatan Chemomoi, dekat sini.

Menurutnya, Norzahidah kemudiannya dibawa menaiki ambulans ke sebuah hospital di negeri ini untuk mendapat rawatan lanjut.

"Anak saya dimasukkan ke ICU (unit rawatan rapi) dan pada hari kelima dia dimasukkan ke situ, saya mendapati tangan kanan anak saya sudah bertukar warna menjadi biru kehitaman.

"Saya cuba bertanyakan punca mengapa ia terjadi, namun tidak diberikan penjelasan sewajarnya," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Roslan berkata, kirakira 10 hari menerima rawatan di unit rawatan rapi, anaknya dipindahkan ke wad biasa sebelum dibenarkan pulang pada 9 Mei lalu.

Bagaimanapun katanya, apa yang menyedihkan tangan anaknya bukan sahaja hitam hingga ke paras siku, namun keupayaannya juga semakin terhad.

"Dahulu anak saya normal dan bekerja sebagai pembantu kedai di Bera, tetapi selepas keluar hospital, dia tidak berdaya hingga terpaksa diletakkan atas kerusi roda dan memakai lampin pakai buang.

"Setiap hari kami terpaksa menghantar Norzahidah ke Klinik Kesihatan Chemomoi untuk mencuci bahagian tangannya yang hitam, manakala kaki sebelah kirinya juga semakin lemah dari hari ke hari,"
katanya.

Mohd Roslan berkata, mereka sekeluarga sedih melihat keadaan Norzahidah kerana tidak seperti dahulu dan memerlukan bantuan ahli keluarga untuk menguruskan diri.

Menurutnya, keadaan yang berlaku memberi kesan kepada kehidupan mereka sekeluarga memandangkan Norzahidah merupakan anak sulung daripada lima beradik.

"Kami cuma mahukan pembelaan sewajarnya atas apa yang berlaku kerana ia melibatkan masa depan Norzahidah walaupun semasa menerima rawatan, doktor ada menyarankan supaya tangan anak saya dipotong.

"Namun apa yang kami kesalkan ialah sehingga kini kami masih tidak mengetahui dengan jelas penyakit dialami Norzahidah kerana penerangan diberikan semasa menerima rawatan di hospital berbeza-beza," katanya. -SH

Tiada ulasan: