Jumaat, 25 Mei 2012

bumiperak

bumiperak


Ceramah Nizar disabotaj

Posted: 25 May 2012 01:17 AM PDT

Malam tadi Khamis 24 Mei telah diadakan ceramah Isu semasa di rumah arwah Abdullah Sani, Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar yang telah dirancang awal lagi dengan jemputan khas iaitu mantan Menteri Besar Perak Dato' Ir Mohamad Nizar Jamaludin.

Sememangnya fenomena biasa sejak akhir-akhir ini di Perak di mana ada ceramah Pakatan Rakyat maka sibuk  Umno akan diganggu dengan ceramah tergesa-gesa mereka dibuat bersebelahan. Pada malam itu juga Umno membuat ceramah di hadapan rumah ketua kampong pada jarak kira-kira 300 meter dengan ceramah Pas. Tak cukup dengan ganggu ceramah yang dibuat, puluhan pemuda bermotosikal  memekik dan membuat bunyi bising di laluan kawasan ceramah Pas.

Sikap tidak matang politik pihak pengacau ini lebih jelas lagi dengan tindakan sabotaj di mana sejumlah 12 buah kereta penyokong Pakatan Rakyat telah dipalitkan cat berwarna biru. Kereta-kereta jemputan ini diparkir berhampiran jeti bot berhampiran Sungai Perak. 

Tindak-tanduk ini menyerlah mentaliti dan sikap tidak matang terutama di pendalaman yang masih ketinggalan dalam berpolitik. Hak dan kebebasan rakyat harus dihormati berdasarkan demokrasi di negara ini dengan memberi peluang rakyat mendapat penjelasan isu-isu semasa.

Lebih dari 500 penyokong PAS dan penduduk kampung hadir pada ceramah Isu semasa di Sayong Lembah, Kuala Kangsar. Penganjur dan pemilik kenderaan kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Tiada ulasan: