ALHUSSEYN |
Jenaka Biawak United Malai No Otak! Posted: 25 May 2012 12:38 AM PDT Jom kita saksikan jenaka biawak Umno ini.Sangat memalukan Umno Perak. Mana Zambry Kadiaq nak nyorok mukanya itu? Hoi Hamidah! ghentikanlah roadshow 'Nizar Pembohong Bersiri' yang sedang kamu jajakan.Malam ini ko nak buat kat Medan Selera kat belakang dewan - tempat awam. Ngapa idak buat kat Dewan Sungai Rokam tu seperti biasa? Tentu dah tak ada lagi makcik-makcik yang sanggup untuk diusung dari merata kampung Batu Gajah semata-mata nak dengor leteran dan fitnah engko tu! Lebih baik ko lihat sendiri pembohongan malaon puak ko sendiri. Takkanlah malaon ni seorang sahaja yang ada dalam United Malai No Otak ko itu? ha! ha! ha! Ko tu pun satu daripadanya! |
Samseng Upahan Umno/BN - Najib Perlu Bertanggungjawab Posted: 24 May 2012 05:55 PM PDT Sudah menjadi lumrah dan semakin menjadi-jadi kebelakangan ini, di setiap ceramah Pakatan Rakyat, beberapa penyokong Umno/BN akan mengganas. Samseng-samseng upahan Umno/BN ini akan buat kacau dan menganggu ketenteraman umum dan hak kebebasan untuk bersuara. Malam tadi, di Sayong Tebing, Kuala Kangsar sewaktu DS Nizar berceramah , 11 buah kereta telah diconteng di bahagian lampu depan dengan cat biru - warna BN! Ceramah PKR di perkarangan pangsapuri di Lembah Pantai turut menjadi kecoh apabila batu, telur dan botol air dilontarkan ke arah hadirin menyebabkan salah seorang daripadanya cedera di kepala dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Sila klik di sini Tindakan ganas dan khianat sebegini, saya percaya hanya akan dapat dielakan sekiranya ada pemimpin tertinggi Umno/BN sendiri menyeru supaya gejala dajal ini dihentikan serta merta. Sehingga kini, walaupun telah beberapa kali kerja-kerja samseng dan khianat ini dilakukan oleh penyokong-penyokong Umno/BN, para pemimpin mereka membisu seribu bahasa seolah-olah memberi persetujuan dengan kerja-kerja samseng tersebut. Selagi tidak ada arahan daripada pemimpin tertinggi Umno/BN agar keganasan ini dihentikan, maka PM Najib perlu dipertanggungjawabkan. Jangan pura-pura tidak tahu dan cuba bersembunyi disebalik lalang sehelai. |
You are subscribed to email updates from KE ARAH PILIHANRAYA TELUS , BERSIH & ADIL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan