Kerabu Bersuara ® |
- Terkini! Dr Asri Tegur Najib Berhubung Acara Sambutan Hari Belia
- Ustaz Azhar Idrus Dikelilingi Artis Wanita Yang Berhijrah. Allahuakhbar!
- Siapa sebenarnya bekas Pengarah JSJ PDRM, Fauzi Shaari
- Skandal IC Projek Terbaru di Sabah?
- Apex: Piala FA penuhi koleksi Kelantan
- Ibrahim Ali sahkan akan pertahan kerusi Pasir Mas
- Fauzi, bekas pengarah PDRM sertai Pas
Terkini! Dr Asri Tegur Najib Berhubung Acara Sambutan Hari Belia Posted: 21 May 2012 08:43 AM PDT Banyak yang tak kena dalam pentadbiran Najib. Isu agama, ekonomi, semasa, salah laku jenayah dan keruntuhan moral akhlak remaja. Nampaknya Najib GAGAL sebagai pemimpin Islam. |
Ustaz Azhar Idrus Dikelilingi Artis Wanita Yang Berhijrah. Allahuakhbar! Posted: 20 May 2012 09:23 PM PDT Hebatnya Pengaruh Ustaz Azhar Idrus ( Original )... Kelihatan Artis-Artis Wanita Yang Telah Berhijrah "Menutup Aurat" Tidak Lepaskan Peluang Bergambar dengan Beliau Seperti Irma Hasimie, Yatt, Diana Amir, Helliza Helmi Dan Rakan-Rakan |
Siapa sebenarnya bekas Pengarah JSJ PDRM, Fauzi Shaari Posted: 20 May 2012 07:53 PM PDT Datuk Fauzi yang saya kenali. Oleh Jamaluddin Rahman. Kebetulan Datuk Fauzi (gambar) adalah jiran sekampung saya di Kampung Pantai Besar Batu Kurau Perak. Beliau dilahirkan pada tahun 1950, dan menyertai PDRM pada April 1975, dimana pada waktu itu beberapa tempat dikawasan utara tanah air telah berlaku peristiwa mogok kemiskinan terutama di Baling Kedah, dan tidak ketinggalan di Kampung Pantai Besar itu sendiri. Setelah beliau menyertai PDRM, saya hanya berkesempatan bertemu beliau setahun dua tiga kali. Terutama di waktu umat Islam menyambut Syawal. Apabila beliau telah dilantik memegang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi, di mana pada waktu yang sama saya diamanahkan sebagai Ketua Penerangan Pas Kawasan Titiwangsa, WP. Selaku Ketua Penerangan Pas sudah tentulah banyak program yang perlu diatur termasuk urusan untuk mendapatkan permit ceramah. Pejabat beliaulah menjadi tempat yang selalu saya kunjungi, sehinggakan ada di kalangan anggota polis menyangka saya adalah salah seorang daripada mereka, begitu juga sahabat-sahabat daripada PAS yang menyangka saya sebagai Special Branch(S.B). Kerana begitu mudah untuk saya mendapatkan kerjasama dari pihak polis. Diwaktu beliau sebagai 0CPD Dang Wangi inilah, beliau pernah disindir oleh seorang Menteri Perlancongan (UMNO), kerana ketegasan beliau menggempur tempat-tempat maksiat dan persundalan terutama di Sun Komplek, Wisma Bond dan beberapa tempat di daerah Dang Wangi. Sindiran menteri ini lebih kurang berbunyi "kalau dok serbu saja ianya akan mengurangkan kedatangan pelancong luar ke Malaysia". Mungkin pada pandangan Menteri ini pelancung-pelancung yang datang ke Malaysia ini hanya berminat ketempat-tempat maksiat seperti itu. Selepas tenguran dari Menteri ini, saya dapati seperti ada halangan bagi Datuk Fauzi membanteras tempat-tempat perjudian dan persundalan yang tidak dilesenkan. Ini membuatkan saya menulis surat kepada KPN pada waktu itu Tun Hanif Omar tentang halangan ini. Ekoran dari surat saya itu, saya dimaklumkan beliau telah dipanggil oleh KPN dan saya juga dipanggil oleh Ketua Polis KL ketika itu Datuk Ku Chin Wah. Datuk Fauzi adalah seorang yang sentiasa menjaga solatnya sejak dari remaja, dan inilah yang saya kira dapat membantu beliau melihat yang benar itu benar dan yang batil itu batil. Walaupun ada rakan-rakan yang memberi komen-komen yang agak negatif dalam posting saya 3 hari lepas, saya sangat-sangat mengharapkan kita semua berdoa ke hadrat Allah S.W.T semoga Datuk Fauzi dan keluarganya diberi kekuatan bersama-sama kita mengharungi perjuangan ini. Satu perkara yang perlu saya sebut disini, di DUN Batu Kurau sangat-sangat dikenali sebagai kawasan UMNO HANGIT, terutama di kampung Pantai Besar. Dengan penyertaan beliau menjadi ahli PAS, saya sangat-sangat mengharapkan ianya memberi satu pukulan maut kepada Umno Larut dan Perak khususnya. Boleh di katakan 90 peratus dari penduduk Batu Kurau ini mempunyai pertalian persaudaraan dengan Datuk Fauzi. Disaat peserta-peserta BERSIH dibelasah oleh segelintir anggota polis, namun disana masih ada polis yang berperikemanusian. Bagi saya bukan anggota polis yang perlu dipersalahkan. Sebaliknya UMNOlah yang sepatutnya kita persalahkan kerana menyalah gunakan jentera kerajaan termasuk POLIS untuk menjadi benteng mereka hinggakan polis bersikap seperti tidak berperikemanusian. Akhir sekali saya menyeru rakan-rakan dan sahabat handai serta kaum keluarga Datuk Fauzi marilah bersama-sama kita berada dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan tidak lagi bersekongkol dengan UMNO (BN) yang telah pun menggadai negara ini kepada warga asing melalui pemberian My Kad (I.C) serta menjadikan mereka sebagai pengundi berdaftar. Kepada Datuk Fauzi saya ucapkan syabas, Ahlan Wahsahlan, dan marilah sama-sama kita berdoa diberikan Taufik Dan HidayahNYA. الله أكبر الله أكبر الله أكبر Nukilan ; Jamaluddin rahman (JR – Pasti Jihad) |
Skandal IC Projek Terbaru di Sabah? Posted: 20 May 2012 07:45 PM PDT (Sabahkini) - SAYA, Chung Su Li, menujukan surat terbuka ini kepada Perdana Menteri Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Penguatkuasa di Malaysia agar memantau kegiatan subversif iaitu pemberian kerakyatan songsang kepada warganegara India di Sabah. Siasatan saya mendapati seramai lebih kurang 100 orang warga India di Sabah dan lebih kurang 1,500 di Semenanjung Malaysia telah berjaya mendapat Kad Pengenalan dengan membayar sejumlah wang di antara RM 30,000 sehingga RM 75,000 kepada sindiket yang mempunyai rangkaian di seluruh Malaysia. Saya mewakili majoriti suara rakyat Sabah ingin menarik perhatian kerajaan yang sedang berusaha untuk mencari dalang-dalang dalam aktiviti menjual IC kepada warga asing, terutama daripada India, Pakistan, Indonesia dan Filipina. Selanjutnya.. |
Apex: Piala FA penuhi koleksi Kelantan Posted: 20 May 2012 07:33 PM PDT Apex menangkap bola dalam perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby baru-baru ini. "Emosi kami pada waktu ini tidak mampu dinyatakan, setelah tiga kali mencuba akhirnya Piala FA yang masih belum tiba di bumi Cik Siti Wan Kembang menjadi kenyataan," jelas penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat. Khairul Fahmi yang lebih mesra disapa Apex berkata, segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan rakan sepasukan sepanjang saingan FA ini akhirnya berbaloi dan semua pemain The Red Worriors berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan. "Kejayaan ini sangat manis dan berharga, hanya piala FA yang masih belum berada dalam koleksi simpanan pasukan dan kini ia menjadi kenyataan. "Pemain menunjukkan tahap komitmen tinggi terutama barisan pertahanan yang bijak mematahkan serangan pihak lawan," katanya. Jelasnya, pasukan Sime Darby FC juga menunjukkan persembahan bertenaga dan berkualiti sepanjang permainan hinggakan sukar untuk melakukan gerakan. "Mereka sungguh berdisiplin walaupun kami lebih banyak menguasai perlawanan dan terbukti apabila separuh masa pertama tiada sebarang gol dapat dihasilkan," katanya. |
Ibrahim Ali sahkan akan pertahan kerusi Pasir Mas Posted: 20 May 2012 05:41 PM PDT Oleh: FAKHRURRAZI USULDIN |
Fauzi, bekas pengarah PDRM sertai Pas Posted: 20 May 2012 04:39 PM PDT Oleh: Ismaniza Ahmad |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan