Biaqpila |
- BAJU BERSIH 3.0 TERKOYAK DISENTAP TOK SIAK DALAM MASJID
- Sokong Royalti Minyak Untuk Kelantan Gimik Annuar
- Fauzi, bekas pengarah PDRM sertai Pas
- UMNGOK AMBIL ALIH BERSIH 4.0 KAH KAH KAH
BAJU BERSIH 3.0 TERKOYAK DISENTAP TOK SIAK DALAM MASJID Posted: 21 May 2012 08:44 AM PDT NILAI: Berang dengan tindakan seorang jemaah yang memakai baju Bersih 3.0, seorang siak di sebuah masjid di Kampung Jijan di sini didakwa bertindak menyentap baju pemuda tersebut hingga koyak. Kejadian berlaku malam tadi ketika pemuda terbabit sedang bersalam-salaman dengan jemaah lain sejurus selesai solat Maghrib berjemaah di Masjid Saidina Abu Bakar di sini. "Tiba-tiba tok siak tersebut telah meluru kepada pemuda yang memakai baju Bersih dan menyentap bajunya dari belakang sehingga terkoyak. "Jemaah yang lain menegur beliau supaya menghormati masjid tetapi dia buat tak peduli," cerita seorang saksi yang mengirim emel kepada Harakahdaily. Menurut saksi itu lagi, kejadian semalam merupakan kemuncak kepada kemarahan siak tersebut yang sebelum ini pernah menghalau pemuda sama dari bersolat di masjid berkenaan gara-gara memakai baju Bersih itu. Kejadian kali pertama itu didakwa berlaku pada 14 April lalu iaitu sebelum himpunan besar-besaran Duduk Bantah Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April. Ketika itu pemuda dengan berbaju Bersih itu hadir dan bersiap sedia untuk solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan. Namun tidak semena-mena, siak tersebut meninggikan suara dan menghalau keluar pemuda tersebut dan tidak membenarkan beliau bersolat jemaah di masjid berkenaan. "Ahli-ahli jemaah yang lain hanya berpandangan antara satu sama lain dan mengeleng-ngelengkan kepala. "Sebelum ini, siak tersebut sangat disenangi dan disegani oleh para jemaah kerana komitmen yang ditunjukkan dalam menyelenggarakan hal-hal masjid sangat baik, tetapi kesan daripada kejadian tersebut kepercayaan kepada beliau tergugat," kata saksi itu lagi. Lantas saksi itu menimbulkan persoalan termasuk adakah siak tersebut menerima arahan supaya tidak membenarkan orang memakai baju Bersih bersembahyang di masjid tersebut. Atau juga siak tersebut mendapat mendapat 'fatwa' yang menyatakan memakai baju Bersih tidak sah sembahyang di masjid. HD KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Sokong Royalti Minyak Untuk Kelantan Gimik Annuar Posted: 20 May 2012 11:00 PM PDT Oleh Mohd Sayuti Omar Macam seperti satu kejutan pula kepada orang Kelantan apabila Annuar Musa tiba-tiba menurun tangani atas banner yang menuntut agar royalti minyak dikembali kepada rakyat Kelantan. Tindakan Annuar itu pun menjadi perhatian dan dilaporan sebagai berita yang menakjubkan. Maka orang-orang Kelantan yang dahaga royalti minyak dan sudah berjuang dengan sebahagian rakyat Kelantan menuntut royalti itu pun suka dan senyum sampai ke pipi. Annuar menandatangani banner. Foto: Zamani. Tanpa mengetahui apakah motif di sebalik tindakan Annuar itu ramai yang memuji Annuar. Ada yang nampak Annuar sebagai bersemangat Kelantan dan bersimpati dengan rakyat Kelantan. Itulah pandangan tanpa melihat menggunakan kanta mata politik. Tetapi bagi mereka yang matanya tidak disaluti selumbar atau selaput akan merasakan tindakan Annuar itu tidak lebih dari satu gimik murahan saja. Ia kerja orang yang tidak ada kerja sahaja atau pun frustasi. Kenapa saya kata begitu, kempen untuk mendapatkan royalti minyak sudah lama dijalankan oleh rakyat Kelantan. Sampai Tengku Razaleigh Hamzah pun ikut sama menyokong tindak tanduk dan perjuangan rakyat Kelantan itu. Isu itu sudah pun sampai ke mahkamah. Husam Musa sudah pun membawanya ke mahkamah dan mungkin selepas ini ke mahkamah timbang taraf dunia pula kerana untuk mendapatkan royalti berkenaan yang jelas ianya hak dan kepunyaan rakyat Kelantan. Tetapi apakah reaksi Annuar sebelum ini? Memang Annuar tidak membantah atau cuba mengalihkan cerita fasal royalti seperti Awang Adek Hussein, tetapi Annuar tidak pun berkata apa-apa mengenainya. Sokong pun tidak, tidak sokong pun tidak. Annura jadi macam lalat kena ridsect. Bagaimana pun orang kanannya yang juga timbalannya dan sahabat selubang dan sepermainan dengannya Mohammad Alwi Che Ahmad, ada komen fasal royalti. Alwi bersetuju kerajaan Kelantan membawa isu royalti ke mahkamah kerana dia menganggap keputusannya nanti akan berpihak kepada kerajaan Pusat. Cara Alwi menyokong itu bukan mengharap wang royalti itu diberikan kepada Kelantan tetapi biar mahkamah menghentikan polimek mengenai perkara itu. Kalau Annuar Musa jujur dan benar-benar prihatin kepada rakyat Kelantan, beliau sepatutnya tidak menanda tangani mendesak royalti itu semalam, tetapi lama sebelum ini. Dia harus bangkit memperjuangkan bersama rakyat, Tengku Razaleigh dan rakyat Kelantan awal-awal lagi. Beliau patut minta laluan untuk naik ke pentas bersama Pas dan Tengku Razaleigh membuat desakan kepada kerajaan. Dan bial setiap kali Najib Razak mengadakan lawatan ke Kelantan Annuar perlu menyuarakan perkara itu. Tetapi kenapa tidak? Makanya, saya ulangi makanya kesudian Annuar Musa mencemar tangan menanda tangani mendesak royalti itu sesudah beliau kini sudah tidak ada kuasa dalam Umno. Sesudah tidak menjadi menteri, sesudah tidak menjadi pengerusi perhubungan Umno Kelantan, sesudah tidak menjadi wakil rakyat dan juga sesudah digantung dua tahun setengah oleh FAM. Sikap atau pun kersedaran terdesak itu biasa berlaku kepada orang Umno. Selepas mereka tua, habis modal dan bisa tidak dapat merancuni pemimpin Umno mula mereka berlegar ke halaman Pas. Menyertai Pas dengan membero seribu janji. Tetapi bila kehendak dan apa yang mereka idamkan tidak tercapai mulalah mereka akan 'mentok' - berona. Berbalik kes Annuar kenapa masa beliau ada kuasa, beliau tidak mendesak semua itu. Saya malas hendak mengulas dan memberi jawaban, mungkin kita semua tahu apakah sebab musababnya. Jadi kemurahan hati Annnuar menanda tangani banner desakan itu bersama lebih 20,000 rakyat Kelantan di perkarangan stadium Bukit Jalil semalam untuk menarik perhatian dan simpati sahaja. Beliau hendak tunjuk beliau bersama rakyat demi Kelantan. Kelabaan yang diperolehinya beliau akan dianggap berjiwa rakyat dan bersama rakyat. Itu sahaja. Air mata yang ditumpahkan kini adalah air mata buaya selepas dirinya tiada apa-apa kuasa. Oleh itu rakyat Kelantan janganlah mengharap apa-apa budi dan bakti dari Annuar untuk rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan boleh terima dia adalah pengurus bola sepak yang baik tetapi bukan seorang ahli politik yang ikhlas. Buktinya selama lebih 22 tahun beliau menjadi pemimpin nombor dua Umno Kelantan, beliau tidak pun berusaha tetapi menyekat dan menghalang apa-apa projek ke Kelantan. Sebenarnya amalan dan budaya yang dipraktikkan Annuar selama ini masih berterusan di Kelantan. Sama sepertai Annuar memimpin bola sepak Kelantan begitu juga tanda tanganninya menuntut royalti minyak itu tidak ikhlas. Ia hanya umpan plastik uantuk mengait mulut ikan sahaja. Mana-mana ikan yang tiada pengalaman dan suka barang palsu akan bertepok tangan dan gembira atas tindakan Annuar. http://msomelayu.blogspot.com/ DD KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Fauzi, bekas pengarah PDRM sertai Pas Posted: 20 May 2012 08:00 PM PDT Fauzi (kiri) menyerahkan borang keahlian kepada Abdul Hadi sambil diperhatikan oleh Mohamad Sabu. TAIPING - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari malam ini dengan rasminya menyertai Pas. Borang keahlian diserahkan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Perdana Bekas Pegawai Tertinggi PDRM Sertai Pas di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang di sini. Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain. Penyerahan borang keahlian disaksikan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR). Dalam ucapannya, beliau menjelaskan bahawa tujuan menyertai Pas bukan berniat untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa Pas. Katanya, kehadiran beliau pada majlis itu juga sebagai pengenalan kepada penyokong dan masyarakat sebelum bergiat aktif selepas ini. Beliau turut menjelaskan, penyertaan dalam Pas itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis. Fauzi yang berasal dari Pantai Besar, Batu Kurau, Perak menambah, beliau selepas ini akan membantu PR khususnya Pas melalui ceramah-ceramah yang dianjurkan. "Bukanlah bila saya masuk Pas bukan semuanya tak betul. Mana yang boleh tegur, kena tegurlah," katanya. Pada majlis itu juga, Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri Perak yang menjadi pengerusi majlis, Akmal Kamaluddin secara berseloroh mahu Fauzi mengetuai Bersih 4.0 dan kemudiannnya disambut dengan tepukan gemuruh hadirin. SH KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
UMNGOK AMBIL ALIH BERSIH 4.0 KAH KAH KAH Posted: 20 May 2012 05:00 PM PDT Lagi 60 peniaga mahu buka gerai di rumah Ambiga Sekumpulan 60 peniaga merancang untuk berniaga di kawasan kediaman pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga di Bukit Damansara pada Khamis dan Jumaat ini. Menamakan tindakan mereka sebagai "Bersih 4.0 - Mencucikan Bersih 1,2,3", peniaga terbabit berbuat demikian bagi menampung kerugian mereka akibat perhimpunan pada 28 April lepas. Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md Yunus berkata mereka akan berniaga pelbagai barangan, makanan dan minuman dari pukul 3.30 petang sehingga 8 malam pada hari terbabit. "Kami berharap dapat memperoleh kembali kerugian akibat perhimpunan itu. Dianggarkan setiap peniaga boleh mendapat antara RM300 hingga RM500 sehari jika berniaga di kawasan itu (kediaman Ambiga)," katanya pada sidang media, di Kuala Lumpur hari ini. Turut hadir wakil Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Majlis Perundangan Melayu serta peniaga kecil sekitar Kuala Lumpur. Jamal berkata mereka akan meninjau kawasan itu esok sebelum memohon permit berniaga daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Selasa ini. "Kami akan teruskan berniaga jika permohonan permit tidak diluluskan kerana perhimpunan haram yang diadakan sebelum ini juga diteruskan walaupun tidak diluluskan oleh polis dan DBKL," katanya. Beliau berkata selain menuntut ganti rugi, Bersih 4.0 itu bertujuan menyampaikan mesej kepada penganjur perhimpunan haram termasuk Ambiga agar tidak lagi mengadakan perhimpunan yang boleh menjejaskan pendapatan peniaga dan mengganggu kententeraman awam. "Bersih 4.0 ini juga untuk mencucikan kembali perkataan 'Bersih' yang telah disalahgunakan oleh penganjur perhimpunan Bersih serta memohon kerajaan mengambil tindakan kepada penganjur perhimpunan haram itu," katanya. Pada 10 Mei lepas, sekumpulan peniaga bertindak berhimpun dan membuka sebuah gerai burger di hadapan kediaman Ambiga, sebagai meluahkan rasa marah kerana menanggung kerugian selepas perhimpunan tersebut. - Bernama MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan