DUNIACACAMARBA |
- [Gambar - JOM BOIKOT] Ketua "Pengacau" di luar Kediaman Ambiga Pandu Ferrari, Miliki Kedai Ikan & Restoran Ikan Bakar
- Padah Ponteng Sekolah: "...apabila mangsa SEDAR setengah jam kemudian, dia mendapati tidak berpakaian serta mengalami KESAKITAN di kemaluan"
- PAS Tidak Akan Mengadakan Muzakarah dengan UMNO - Haji Hadi
- [PANAS] Tok Siak Rentap, Koyakan Baju BERSIH 3.0 yang Dipakai Jemaah
- [Video/Gambar-Wajib Baca] Kerajaan DAP Anjurkan Program Agama di Pulau Pinang, Kerajaan Islam BN Sekat Program Agama di Putrajaya?
- [Gambar/Video] Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Sertai PAS Secara Rasmi, Siapa Lagi? Tonton Video
- [Video-Wajib Tonton] Raja Kamarul Bahrin: Kisah di Balik Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Runtuh & Royalti Minyak Terengganu
- Pencacai Mahu Bunuh TG Nik Aziz
- Utusex Lapor Berita TIBAI Fitnah Anwar Ibrahim Minta Gambar Bogel
Posted: 21 May 2012 06:30 AM PDT [MK] Penganjur demonstrasi 24 dan 25 Mei di hadapan kediaman pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga akan melelong salah satu tapak gerai di lorong tersebut pada harga bermula RM2,000. Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md Yunus berkata lelongan itu untuk menampung kos mereka untuk menganjurkan demonstrasi berkenaan. Katanya, mereka juga akan meneruskan rancangan untuk berniaga di kawasan lorong tersebut walau tanpa kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Katanya, mereka akan bertindak sedemikian memandangkan BERSIH juga mengadakan perhimpunannya pada 28 April tanpa kebenaran pihak berkuasa. "Kita akan teruskan walaupun DBKL tak beri (kebenaran). Kita lukis petak pada hari ini pun untuk tunjukkan yang kami bersungguh-sungguh untuk buat perniagaan di sini," katanya sambil menambah setiap peniaga perlu membayar RM100 untuk satu tapak. "Esok kita akan membuat permohonan di DBKL pada pukul 10.30 pagi. Selepas berjumpa dengan Datuk Bandar, di depan bangunan itu juga kita akan membuat cabutan tapak dan juga akan membida tapak di hadapan rumah Ambiga yang harganya bermula RM2,000. "Saya yakin, harga tapak itu akan tinggi. Tujuan kita membida tapak itu adalah bagi menampung kos majlis bertindak ini. Kami tak ada duit tabung," kata Jamal lagi. Beliau ditemui pemberita ketika hadir bersama kumpulan yang hadir untuk menanda petak gerai berkenaan hari ini. Katanya lagi, kumpulan 60 peniaga itu juga merancang untuk terus "berkampung" selepas demonstrasi dengan membuka gerai itu, sehinggalah tuntutan mereka mereka dipenuhi. Tindakan itu akan diteruskan sehingga Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menjawab mengenai kerugian yang didakwa dialami peniaga berkenaan. "Kalau pada 24 dan 25 haribulan tak ada pihak yang jawab siapa yang bertanggungjawab untuk ganti kerugian peniaga pada BERSIH 1.0, 2.0, dan 3.0, kita akan berkampung di sini dan akan berkhemah sama macam pelajar yang tuntut PTPTN dimansuhkan. "Kita akan terus berkampung sehingga ada pihak yang jawab," katanya yang menganggarkan seramai 10,000 akan hadir dalam demonstrasi "Bersih 4.0 - Mencucikan Bersih 1,2,3" itu. Kumpulan itu merancang untuk membuka gerai bagi menjual pelbagai barangan, makanan dan minuman dari pukul 3.30 petang sehingga 8 malam pada hari terbabit dengan sasaran untuk mendapatkan pulangan antara RM300 hingga RM500 sehari. JOM BOIKOT segala perniagaan dan premis yang ada kaitan dengan malaon ini. BOIKOT Rangkaian Restoran Sekinchan Ikan Bakar Sdn. Bhd. Baca di sini. BOIKOT 30 buah Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) yang dikendalikan oleh Syarikat Restoran Sekinchan Ikan Bakar Sdn. Bhd. Baca di sini. P/s: DBKL, polis buat apa untuk halang kerja bodoh geng ini? Buat b****??? Jom pakat ramai-ramai BOIKOT segala premis yang ada kaitan dengan malaon dan gengnya! | ||||
Posted: 21 May 2012 05:02 AM PDT
[BH] KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar perempuan tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Kemaman yang mengikut rakannya ponteng sekolah membawa padah, apabila menjadi mangsa rogol selepas dipukau seorang lelaki. Sumber berkata, mangsa berusia 16 tahun dikatakan tidak sedarkan diri selepas bertentang mata dengan seorang lelaki yang juga kenalan rakannya itu, sebelum mendapati dirinya dalam keadaan tidak berpakaian dan kesakitan di rumah sewa lelaki berkenaan di Kampung Kijal, Rabu minggu lalu. Katanya, mangsa pada mulanya memasuki kawasan sekolah seperti biasa pada jam 7.45 pagi, sebelum seorang rakan sebaya mengajaknya ke sebuah kedai barangan runcit berdekatan kawasan sekolahnya itu. Sumber berkata, suspek yang juga rakan kepada teman lelaki rakan mangsa kemudian datang dan menyuruh mangsa merenung matanya dan tidak lama kemudian mangsa mendakwa seperti dipukau dan mengikut arahan suspek. "Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa mengikut rakannya bertemu teman lelakinya yang datang ke kedai berkenaan menaiki sebuah kereta PERODUA MyVi. "Mangsa kemudian diajak bersiar-siar dan menaiki kenderaan itu bersama rakannya dan pada masa sama ada seorang lagi lelaki dalam kenderaan berkenaan. "Mereka berempat kemudian menaiki kenderaan berkenaan dan bersiar-siar sebelum mangsa dan rakannya dibawa ke sebuah rumah sewa di kawasan Kijal kira-kira jam 10 pagi. "Sebaik memasuki rumah itu, mangsa disuruh menonton televisyen, manakala rakannya bersama teman lelaki sudah tiada di ruang tamu rumah itu," katanya. Sumber berkata, suspek yang juga rakan kepada teman lelaki rakan mangsa kemudian datang dan menyuruh mangsa merenung matanya dan tidak lama kemudian mangsa mendakwa seperti dipukau dan mengikut arahan suspek. Katanya, apabila mangsa sedar setengah jam kemudian, dia mendapati tidak berpakaian serta mengalami kesakitan di kemaluan. Katanya mangsa yang terkejut bertanyakan suspek yang kemudian mengaku sudah memperkosa mangsa. Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abdul Marlik Hakim Johar, yang mengesahkan kejadian berkata mangsa yang trauma dengan keadaan itu membuat laporan di Balai Polis Kijal pada jam 11 pagi hari sama. Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan polis kini menjalankan operasi memburu suspek. | ||||
PAS Tidak Akan Mengadakan Muzakarah dengan UMNO - Haji Hadi Posted: 21 May 2012 02:30 AM PDT [SH] KUALA LUMPUR - Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Pas tidak akan mengadakan muzakarah dengan Umno sebagaimana dilaporkan oleh media sebelum ini. Sambil menjelaskan media telah salah petik kenyataannya awal minggu lalu, Presiden Pas berkata, pihaknya hanya berhasrat untuk mengadakan muzakarah dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang keliru dengan dasar perjuangan parti itu. "Sama sekali Pas tidak akan mengadakan muzakarah dengan Umno," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. P/s: TM sudah komen di sini. Jangan bagi nyawa politik kepada UMNO! | ||||
[PANAS] Tok Siak Rentap, Koyakan Baju BERSIH 3.0 yang Dipakai Jemaah Posted: 21 May 2012 12:41 AM PDT [HD] NILAI: Berang dengan tindakan seorang jemaah yang memakai baju Bersih 3.0, seorang siak di sebuah masjid di Kampung Jijan di sini didakwa bertindak menyentap baju pemuda tersebut hingga koyak. Kejadian berlaku malam tadi ketika pemuda terbabit sedang bersalam-salaman dengan jemaah lain sejurus selesai solat Maghrib berjemaah di Masjid Masjid Saidina Abu Bakar di sini. "Tiba-tiba tok siak tersebut telah meluru kepada pemuda yang memakai baju Bersih dan menyentap bajunya dari belakang sehingga terkoyak. "Jemaah yang lain menegur beliau supaya menghormati masjid tetapi dia buat tak peduli," cerita seorang saksi yang mengirim emel kepada Harakahdaily. Menurut saksi itu lagi, kejadian semalam merupakan kemuncak kepada kemarahan siak tersebut yang sebelum ini pernah menghalau pemuda sama dari bersolat di masjid berkenaan gara-gara memakai baju Bersih itu. Kejadian kali pertama itu didakwa berlaku pada 14 April lalu iaitu sebelum himpunan besar-besaran Duduk Bantah Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April. Ketika itu pemuda dengan berbaju Bersih itu hadir dan bersiap sedia untuk solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan. Namun tidak semena-mena, siak tersebut meninggikan suara dan menghalau keluar pemuda tersebut dan tidak membenarkan beliau bersolat jemaah di masjid berkenaan. "Ahli-ahli jemaah yang lain hanya berpandangan antara satu sama lain dan mengeleng-ngelengkan kepala. "Sebelum ini, siak tersebut sangat disenangi dan disegani oleh para jemaah kerana komitmen yang ditunjukkan dalam menyelenggarakan hal-hal masjid sangat baik, tetapi kesan daripada kejadian tersebut kepercayaan kepada beliau tergugat," kata saksi itu lagi. Lantas saksi itu menimbulkan persoalan termasuk adakah siak tersebut menerima arahan supaya tidak membenarkan orang memakai baju Bersih bersembahyang di masjid tersebut. Atau juga siak tersebut mendapat mendapat 'fatwa' yang menyatakan memakai baju Bersih tidak sah sembahyang di masjid. P/s: Inilah contoh menyokong melulu, membantah melulu, menentang melulu. Inilah contoh kalau setiap hari membaca akhbar dan menonton siaran berita media yang memutarbelitkan fakta dan kebenaran. | ||||
Posted: 20 May 2012 09:50 PM PDT Pada 27 Jamadil Akhir 1433 H bersamaan 19 Mei 2012 yang lalu bertempat di Padang Kota Lama, Pulau Pinang telah berlangsung Wacana Santai bersama dengan Ustaz Azhar Idrus. Selain Ustaz Azhar, selebriti dan tokoh agama lain yang turut serta termasuklah Ali XPDC, Bob Lokman, John Spring, dan Sham Kamikaze. Yang menariknya, program seumpama ini rasanya tidak pernah diadakan sebesar dan semeriah ini di Pulau Pinang semasa Gerakan dan UMNO memerintah negeri itu. Kalau diselidik, program berbentuk hiburan lebih banyak diadakan di negeri itu pada masa lalu. Jika ada program berbentuk agama, sambutannya jauh lebih kecil berbanding dengan program yang dianjurkan oleh Kerajaan Pakata Rakyat. Di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, Ketua Menterinya daripada DAP yang sering dimomokkan anti-Islam oleh pencacai UMNO, program agama yang turut melibatkan solat jemaah Maghrib dan Isyak secara berjemaah berjaya dianjurkan secara besar-besaran. Paling manis, program ini rata-ratanya dihadiri oleh golongan muda yang kini diancam dengan pelbagai masalah sosial. Berdasarkan keterangan video, Ustaz Azhar turut memperlihatkan kemahirannya memetik gitar. Selain itu, selebriti undangan turut menyampaikan beberapa buah lagu untuk hiburan pengunjung program.
Sebaliknya, program agama Ustaz Azhar Idrus yang dirancang pada 26 Mei 2012 di PICC, Putrajaya ditangguhkan ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kemudian. Menurut komen yang dilontarkan di blog DPPWM, penangguhan ini dibuat kerana program Perhimpunan Jutaan Belia juga diadakan di lokasi berhampiran. Kononnya, jika program Ustaz Azhar diteruskan pada tarikh yang sama akan menimbulkan masalah kesesakan lalu lintas dan akan menyusahkan orang ramai. Komen yang memetik kenyataan pihak penganjur turut menyatakan permohonan maaf. Walau apa-apapun kita tidak dapat menolak telahan orang ramai bahawa program ini ditangguhkan kerana Barisan Nasional gentar akan pengaruh Ustaz Azhar dalam kalangan generasi muda. Mereka mungkin bimbang program Ustaz Azhar bakal menggagalkan program yang telah dirancang. Berdasarkan sambutan ribuan anak muda yang membanjiri program Ustaz Azhar tidak mustahil program anjuran kerajaan BN akan lesu jika kuliyah perdana melibatkan Ustaz Azhar dianjurkan pada hari yang sama. -DCM
P/s: Program yang diselit unsur maksiat diteruskan, program agama ditangguhkan. Lihat bagaimana Barisan Nasional menyambut Hari Belia: Anda mahu anak atau saudara-mara anda menyambut Hari Belia dengan cara begini? Tepuk dada tanya selera! | ||||
Posted: 20 May 2012 08:12 PM PDT [SH] Taiping - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari malam ini dengan rasminya menyertai Pas. Borang keahlian diserahkan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Perdana Bekas Pegawai Tertinggi PDRM Sertai Pas di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang di sini. Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain. Penyerahan borang keahlian disaksikan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR). Dalam ucapannya, beliau menjelaskan bahawa tujuan menyertai Pas bukan berniat untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa Pas. Katanya, kehadiran beliau pada majlis itu juga sebagai pengenalan kepada penyokong dan masyarakat sebelum bergiat aktif selepas ini. Beliau turut menjelaskan, penyertaan dalam Pas itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis. Fauzi yang berasal dari Pantai Besar, Batu Kurau, Perak menambah, beliau selepas ini akan membantu PR khususnya Pas melalui ceramah-ceramah yang dianjurkan. "Bukanlah bila saya masuk Pas bukan semuanya tak betul. Mana yang boleh tegur, kena tegurlah," katanya. Pada majlis itu juga, Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri Perak yang menjadi pengerusi majlis, Akmal Kamaluddin secara berseloroh mahu Fauzi mengetuai Bersih 4.0 dan kemudiannnya disambut dengan tepukan gemuruh hadirin. Berkaitan: Siapa sebenarnya bekas Pengarah JSJ PDRM, Fauzi Shaari? Datuk Fauzi yang saya kenali. Kebetulan Datuk Fauzi (gambar) adalah jiran sekampung saya di Kampung Pantai Besar Batu Kurau Perak. Beliau dilahirkan pada tahun 1950, dan menyertai PDRM pada April 1975, dimana pada waktu itu beberapa tempat dikawasan utara tanah air telah berlaku peristiwa mogok kemiskinan terutama di Baling Kedah, dan tidak ketinggalan di Kampung Pantai Besar itu sendiri. Setelah beliau menyertai PDRM, saya hanya berkesempatan bertemu beliau setahun dua tiga kali. Terutama di waktu umat Islam menyambut Syawal. Apabila beliau telah dilantik memegang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi, di mana pada waktu yang sama saya diamanahkan sebagai Ketua Penerangan Pas Kawasan Titiwangsa, WP. Selaku Ketua Penerangan Pas sudah tentulah banyak program yang perlu diatur termasuk urusan untuk mendapatkan permit ceramah. Pejabat beliaulah menjadi tempat yang selalu saya kunjungi, sehinggakan ada di kalangan anggota polis menyangka saya adalah salah seorang daripada mereka, begitu juga sahabat-sahabat daripada PAS yang menyangka saya sebagai Special Branch(S.B). Kerana begitu mudah untuk saya mendapatkan kerjasama dari pihak polis. Diwaktu beliau sebagai 0CPD Dang Wangi inilah, beliau pernah disindir oleh seorang Menteri Perlancongan (UMNO), kerana ketegasan beliau menggempur tempat-tempat maksiat dan persundalan terutama di Sun Komplek, Wisma Bond dan beberapa tempat di daerah Dang Wangi. Sindiran menteri ini lebih kurang berbunyi "kalau dok serbu saja ianya akan mengurangkan kedatangan pelancong luar ke Malaysia". Mungkin pada pandangan Menteri ini pelancung-pelancung yang datang ke Malaysia ini hanya berminat ketempat-tempat maksiat seperti itu. Selepas tenguran dari Menteri ini, saya dapati seperti ada halangan bagi Datuk Fauzi membanteras tempat-tempat perjudian dan persundalan yang tidak dilesenkan. Ini membuatkan saya menulis surat kepada KPN pada waktu itu Tun Hanif Omar tentang halangan ini. Ekoran dari surat saya itu, saya dimaklumkan beliau telah dipanggil oleh KPN dan saya juga dipanggil oleh Ketua Polis KL ketika itu Datuk Ku Chin Wah. Datuk Fauzi adalah seorang yang sentiasa menjaga solatnya sejak dari remaja, dan inilah yang saya kira dapat membantu beliau melihat yang benar itu benar dan yang batil itu batil. Walaupun ada rakan-rakan yang memberi komen-komen yang agak negatif dalam posting saya 3 hari lepas, saya sangat-sangat mengharapkan kita semua berdoa ke hadrat Allah S.W.T semoga Datuk Fauzi dan keluarganya diberi kekuatan bersama-sama kita mengharungi perjuangan ini. Satu perkara yang perlu saya sebut disini, di DUN Batu Kurau sangat-sangat dikenali sebagai kawasan UMNO HANGIT, terutama di kampung Pantai Besar. Dengan penyertaan beliau menjadi ahli PAS, saya sangat-sangat mengharapkan ianya memberi satu pukulan maut kepada Umno Larut dan Perak khususnya. Boleh di katakan 90 peratus dari penduduk Batu Kurau ini mempunyai pertalian persaudaraan dengan Datuk Fauzi. Disaat peserta-peserta BERSIH dibelasah oleh segelintir anggota polis, namun disana masih ada polis yang berperikemanusian. Bagi saya bukan anggota polis yang perlu dipersalahkan. Sebaliknya UMNOlah yang sepatutnya kita persalahkan kerana menyalah gunakan jentera kerajaan termasuk POLIS untuk menjadi benteng mereka hinggakan polis bersikap seperti tidak berperikemanusian. Akhir sekali saya menyeru rakan-rakan dan sahabat handai serta kaum keluarga Datuk Fauzi marilah bersama-sama kita berada dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan tidak lagi bersekongkol dengan UMNO (BN) yang telah pun menggadai negara ini kepada warga asing melalui pemberian My Kad (I.C) serta menjadikan mereka sebagai pengundi berdaftar. Kepada Datuk Fauzi saya ucapkan syabas, Ahlan Wahsahlan, dan marilah sama-sama kita berdoa diberikan Taufik Dan HidayahNYA. - Jamaluddin rahman (JR – Pasti Jihad) Alhamdulillah, berbondong-bondong sertai PAS - Abd Hadi [HD] KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan syukur dengan perkembangan yang berlaku dalam PAS sekarang. Ketika PAS dituduh dengan pelbagai tohmahan, "berbondong-bondong cerdik pandai datang untuk kita, Alhamdulillah," kata beliau dalam Facebooknya. Beliau yang dijadualkan berceramah di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Batu Kurau, Perak esok dijangka akan menyambut berita gembira di majlis itu. "Saya telah diberi faham bahawa majlis ini adalah majlis pengisytiharan bekas orang no 3 dalam pasukan polis untuk menyertai PAS," tulis beliau lagi. Seorang bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM iaitu orang nombor 3 dalam pasukan polis menyerahkan borang menyertai PAS kepada beliau dalam ceramah itu. Bekas pegawai kanan polis itu merupakan anak kelahiran Pantai Besar, Larut dan pernah menyandang beberapa jawatan dalam pasukan polis. Antaranya, Timbalan Pengarah Logistik PDRM, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Sarawak, Timbalan Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Daerah Pasir Putih Kelantan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Timbalan OCPD Sentul. Bekas orang nombor tiga dalam PDRM itu baru sahaja bersara dari profesion polis kira-kira dua tahun yang lalu. Dalam suasana rakyat sedang bertikam lidah dengan PDRM selepas himpunan Bersih 3.0 lalu, kesediaan beliau menyertai PAS sekali gus menolak persepsi PAS bermusuhan dengan polis. Ketika dalam tugasnya, beliau terkenal sebagai pegawai kanan polis yang berusaha membanteras maksiat termasuk ketika beliau menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur. Siapa lagi yang sertai PAS? Kredit: Kelab GB/Ajijoi P/s: Tahniah! | ||||
Posted: 20 May 2012 06:30 PM PDT [BO] MARANG – Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Tengku Ahmad Shah berkata bumbung stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh pada 2 Jun tahun 2009 adalah disebabkan tidak ada amanah didalam melakukan kerja-kerja pembinaannya. Beliau yang dilantik sebagai akitek perunding pembinaan bumbung terbabit berkata, ada peraturan yang telah dibuat oleh kerajaan tetapi kerajaan sendiri yang tidak mematuhi peraturan tersebut. Katanya, selaku pihak yang mereka bentuk projek, sepatutnya beliau tidak bercakap tentang kes bumbung runtuh itu. Tetapi kata beliau, oleh kerana terdapat salah faham atau fakta yang sengaja disalah tafsirkan, untuk memesongkan pandangan umum terhadapnya, beliau perlu menjelaskannya. Katanya, walaupun beliau dilantik sebagai arkitek, beliau tidak diberi kuasa untuk menjaga projek itu. "Stadium tersebut dibawah reka bentuk kita (saya) kita telah buat lukisan sebagainya, tetapi saya sebagai arkitek tidak diberi kuasa untuk menjaga projek tersebut, "kerana atap itu begitu besar dan canggih ia merupakan kerja kepakaran dimana setelah kita membuat lukisan asasnya, pihak pemborong (kontraktor) telah membuat satu cadangan kembali menggunakan kontraktor daripada Korea, "Jadi kita tidak ada kuasa(dan) kita sebagai perunding hanyalah 'penasihat,"jelasnya. Raja Kamarul Bahrin yang juga koordinator NGO Amanah Terengganu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam majlis ceramah isu semasa di sini, pada Jumaat 18 Mei. Beliau menegaskan, sepatutnya sebagai perunding beliau perlu mengawasi projek tersebut setiap masa, siang atau malam, tetapi tidak dibenarkan oleh pihak kerajaan. Setelah didesak, menurut beliau, akhirnya kerajaan membenarkan beliau membuat pemeriksaan dan menghadiri mesyuarat dalam tempoh sebulan sekali. Katanya, kesempatan itu telah digunakan sebaik mungkin bagi melaksanakan amanah, menegur perlaksanaan projek tersebut secara lisan dan tulisan. Namun begitu, malangnya beliau berkata, teguran pihaknya tidak diambil peduli oleh kerajaan. "saya bertegas, kalau tak boleh tiap-tiap hari, saya nak mari (pergi) juga (untuk buat pemeriksaan dan mesyuarat) saya berdegil kerana ia membabitkan amanah, "nak tak nak (mahu tidak mahu akhirnya) dia (kerajaan) benarkan kita mari (pergi) sebulan sekali dan saya pergi dan apa yang saya lihat tidak betul saya tegur secara lisan, secara tulisan, secara rasi dan sebagainya, "tapi malangnya, pandangan-pandangan kita ini tidak pernah diambil kira tidak pernah diambil berat,"ujarnya kesal Amat mengejutkan, sehingga hari ini, setelah hampir tiga tahun bumbung tersebut runtuh, beliau mendedahkan, lukisan bumbung yang dibuat semula oleh pihak Korea tidak ditandatangani dan tidak ada penanggungjawaban. Beliau turut kesal dengan laporan penyiasatan yang dibuat oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) peringkat pusat keatas JKR negeri Terengganu yang telah diumumkan oleh Menteri Besar. Menurutnya, Dato' Seri Ahmad Said dalam mengumumkan hasil laporan tersebut berkata, dalam kes bumbung stadium runtuh itu, semua pihak bersalah tetapi tidak ada sesiapa pun yang betul-betul bersalah. Beliau menyifatkan siasatan yang dilakukan oleh JKR Pusat ke atas JKR negeri Terengganu tidak ada keadilan, umpama 'ayah menyiasat anak'. "kes stadum ini, JKR yang berkuasa, suruh ketua JKR Kuala Lumpur siasat JKR Terengganu (umpama) ayah siasat anak mana boleh, "RasuluLlah SAW sahaja yang berani kata 'jika anak saya mencuri saya akan potong tangannya'……… mana ada ayah akan siasat anak dengan adil di zaman sekarang ini,"soal Raja Kamarul Bahrin. Video tentang bumbung stadium runtuh: Video tentang royalti minyak Terengganu: | ||||
Pencacai Mahu Bunuh TG Nik Aziz Posted: 20 May 2012 05:00 PM PDT
P/s: Kalau melibatkan pemimpin BN, sudah lama pencacai ini ditangkap. Sebelum ini, seorang pengguna FB turut menulis ancaman untuk membunuh TG Nik Aziz, namun sehingga kini tiada khabar berita tenttang kes itu, walaupun beberapa laporan polis dibuat terhadap malaon itu. | ||||
Utusex Lapor Berita TIBAI Fitnah Anwar Ibrahim Minta Gambar Bogel Posted: 20 May 2012 04:00 PM PDT [MK] Satu NGO anti-Pakatan Rakyat hari ini meneruskan siri pendedahan berhubung dakwaan bahawa seorang pemimpin utama gabungan parti itu "mengurat" seorang bekas siswa. Dakwaan oleh NGO TIBAI yang disiarkan di muka depan Mingguan Malaysia itu, mahu pemimpin tersebut menjelaskan hubungan berkenaan. Seorang pemimpin NGO tersebut, Abdul Ghani Haron mendakwa, pemimpin itu meminta siswa berkenaan mengirim satu gambar lelaki tanpa berpakaian. Beliau mendakwa "sanggup bersumpah" dan mempunyai "maklumat kukuh" berhubung dakwaan tersebut. Pemimpin tersebut didakwanya tidak pernah mengenai lelaki berusia 20-an itu dan sekadar mengenali lelaki tersebut menerusi laman sosial. Abdul Ghani menamakan pemimpin berkenaan dalam laporan Mingguan Malaysia hari ini. Bagaimanapun, Malaysiakini masih menunggu reaksi daripada pemimpin tersebut sebelum menyiarkan namanya. P/s: Bingai! Kalau DSAI kemaruk gambar bogel lelaki, beliau boleh meng-google-nya di internet. Semua ada. Mat saleh, awang hitam, asia, kecik, besar, sasa, kurus keding. Macam-macam ada. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan