Kerabu Bersuara ® |
- Terkini! Tunku Abdul Aziz keluar DAP
- Johan Raja Lawak Dikecam Gara-Gara Berlakon Filem Pendek Berbaur Politik
- Muzakarah Dengan Umno: PAS Nafi Bercanggah Pendapat
- Pak Samad : “Jangan Hiraukan Kenyataan Menteri Dalam Negeri”
- PR fokus PRU13 bukan isu hudud
- Anwar sedia jawab isu masuk Umno jika RTM beri '5 minit'
- Tarikh PRU13 satu permainan dera rakyat
Terkini! Tunku Abdul Aziz keluar DAP Posted: 14 May 2012 07:24 AM PDT KUALA LUMPUR - Naib Presiden Tunku Abdul Aziz hari ini mengumumkan keluar daripada parti DAP ekoran perbezaan pendirian dengan pemimpin-pemimpin kanan parti tersebut. Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, pemimpin paling kanan Melayu dalam DAP, telah meletak jawatannya sebagai naib pengerusi dan keluar parti. Keputusannya itu yang diumumkan malam ini, adalah satu tamparan besar terhadap DAP ketika parti itu membuat persediaan untuk pilihan raya umum yang ramai meramalkan mungkin diadakan seawal bulan depan. Beliau bagaimanapun tidak akan menyertai parti politik lain sepertimana khabar angin yang menyebut beliau akan menyertai Umno. "Saya bukan katak," katanya. Tunku Abdul Aziz sebelum ini tidak bersetuju dengan pendirian parti itu menyokong perhimpunan BERSIH 3.0 - yang disertai kira-kira 200,000 yang turun membanjiri ibunegara bulan lalu bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil - yang turut menyaksikan pertembungan antara peserta dan pihak polis. Menurutnya, disebabkan perselisihan pendapat secara terbuka antara beliau dengan pihak parti, maka beliau memilih supaya tidak dicalonkan semula sebagai senator mewakili Pulau Pinang, membayangkan beliau tidak dipecat daripada jawatan itu oleh DAP apabila berita tersebar bahawa penggal perkhidmatnya di Dewan Negara yang berakhir pada 30 Mei, tidak adalah dilanjutkan. "Saya merasakan bahawa kedudukan saya tidak lagi dapat dipertahankan dan saya tidak lagi mampu untuk berkhidmat mewakili Pulau Pinang dan parti saya," kata Tunku Abdul Aziz kepada Malaysiakini. Menurut Tunku Abdul Aziz lagi, beliau telah mencadangkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, supaya parti itu melaksana "prosedur tatatertib yang sama terhadapnya, sepertimana yang dikenakan ke atas ahli-ahli yang lain", ekoran tindakannya itu. |
Johan Raja Lawak Dikecam Gara-Gara Berlakon Filem Pendek Berbaur Politik Posted: 14 May 2012 06:14 AM PDT Terbaru Johan Raja Lawak telah dikecam oleh segelintir pihak, semua ini gara-gara beliau berlakon dalam Filem Pendek yang berbaur politik. Filem Pendek tersebut yang telah di "upload" ke dalam laman Youtube baru-baru ini mendapat tentangan yang hebat dari orang ramai dan mendapat Dislikes yang banyak. Berikut di atas ialah antara komen orang ramai di video tersebut. Kesian, Johan silap taktik. Jadi pengajaran bro! |
Muzakarah Dengan Umno: PAS Nafi Bercanggah Pendapat Posted: 14 May 2012 05:40 AM PDT Norhayati Umor SHAH ALAM 14 MEI : Pimpinan PAS hari ini menafikan dakwaan bahawa berlakunya percanggahan pendapat antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berhubung isu bermuzakarah dengan Umno-BN. Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata secara dasarnya, PAS sanggup bermuzakarah, berbincang, berdebat dan berdialog dengan mana-mana pihak termasuk Umno-BN. Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman sebelum ini, Khalid yakin bahawa Umno-BN tidak akan bersetuju berhubung perkara tersebut malah tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara. "Kita tahu Umno-BN memang tidak ikhlas walaupun mereka melakukan perkara yang salah tetapi tetap mahu mempertahankannya. Maka, Datuk Mahfuz itu bercakap berlandaskan pengalamannya dan PAS sendiri," katanya ketika dihubungi TV Selangor. Perkara sama turut dipersetujui Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyangkal dakwaan wujudnya percanggahan kenyataan sesama pimpinan PAS berhubung isu berkenaan. Menurutnya, muzakarah yang dimaksudkan Presiden PAS itu adalah bagi memberi penjelasan sebenar terhadap isu-isu negatif yang dibangkitkan media arus perdana dan kerajaan Umno-BN terhadap parti itu. "Isunya bukan muzakarah PAS bergabung dengan Umno-BN, tetapi muzakarah kepada isu yang berbangkit antaranya PAS membuat kenyataan bercanggah dengan Majlis Fatwa, tuduhan kafir terhadap Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz dan beberapa isu negatif yang cuba menjatuhkan kredibiliti PAS," ujarnya. PAS dalam satu sidang media di Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur semalam mengumumkan sedia bermuzakarah dengan mana-mana pihak termasuk Umno-BN bagi menyelesaikan kekeliruan umat Islam di negara ini termasuk dakwaan mengatakan parti itu sudah terpesong dari landasan perjuangannya. Namun, kenyataan yang dimaklumkan Abdul Hadi itu kemudiannya disanggah Mahfuz yang mencelah 'kecuali Umno'. |
Pak Samad : “Jangan Hiraukan Kenyataan Menteri Dalam Negeri” Posted: 14 May 2012 05:34 AM PDT Nazli Ibrahim SHAH ALAM, 14 MEI: Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bahawa terdapat unsur semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang mahu menyebabkan kematian tidak perlu diambil perhatian. Demikian menurut Pengerusi Bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 3.0) Datuk A. Samad Said ketika dihubungi TVS petang ini. Menurut beliau kenyataan tersebut boleh dianggap sebagai andaian kerajaan pusat untuk memberikan gambaran negatif terhadap BERSIH 3.0. "Untuk saya, itu andaian mereka. Itukan sesuatu yang kita tidak tahu hasrat orang jadi kita cuma boleh buat andaian sahajalah dan kita boleh buat tohmahan untuk menyebelahi kita. "Saya sendiri fikir, itu tidak payah diambil berat. Benda semacam itu akan bertingkat-tingkat dan berkembang-kembang. "Memang tak perlu dilayan, sebab mantan IGP (Ketua Polis Negara) sudah kata, mantan Perdana Menteri sudah kata, ini pula Menteri Dalam Negeri pun sudah kata dan nanti akan banyak lagilah yang akan berkata," kata Samad yang lebih dikenali Pak Samad. Menurut Sasterawan Negara itu lagi, pihak berkuasa sepatutnya menubuhkan sebuah jawatankuasa yang mampu menjalankan siasatan lebih adil. "Apa yang harus berlaku adalah seperti yang disarankan mengadakan suatu pemeriksaan yang lebih rasmi, yang lebih adil barangkali untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa yang khusus daripada membiarkan hal ini agak merayau dan berselerak," ujar beliau. Samad turut memberitahu jawatankuasa BERSIH 3.0 pada masa ini masih belum membincangkan samada akan mengadakan satu lagi perhimpunan BERSIH atau BERSIH 4.0. "Itu masih dalam khayalan lagi, sebab masih jauh lagi, tetapi ada orang yang menginginkannya, itu biasalah. "Kami akan adakan mesyuarat untuk bincangkannya nanti, saya tak dapat beritahu sekarang, nanti kalau ia berlaku saya akan maklumkan," kata beliau. Samad memberitahu lagi, BERSIH 3.0 bukanlah mengejar jumlah penyertaan yang besar semata-mata tetapi mahukan mesej perhimpunan dapat disampaikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya. |
PR fokus PRU13 bukan isu hudud Posted: 14 May 2012 04:01 AM PDT Oleh: ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD |
Anwar sedia jawab isu masuk Umno jika RTM beri '5 minit' Posted: 14 May 2012 03:57 AM PDT Oleh: ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD |
Tarikh PRU13 satu permainan dera rakyat Posted: 13 May 2012 09:19 PM PDT Oleh SELENA TAY TERLEBIH dahulu penulis ingin menekankan di sini bahawa artikel ini bukanlah satu artikel untuk menyokong tabiat perjudian tetapi adalah bertujuan untuk menegaskan bahawa perjudian adalah satu maksiat yang harus dibanteras. Tarikh Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU13) negara kita bagaikan satu permainan daun terup sebab rakyat seolah-olah telah diberi peranan untuk meneka sama ada Perdana Menteri Najib Tun Razak mempunyai kad kemenangan ataupun tidak dan bilakah kad kemenangan itu akan digunakan. Tarikh PRU13 ini bagaikan satu tarikh yang keramat untuk PM Najib, iaitu satu tarikh yang boleh memberikannya nasib 'ong' (dalam loghat masyarakat Cina: nasib yang amat baik). Oleh itu, rakyat 1-Malaysia terpaksa menunggu dengan hati yang berdebar-debar untuk Parlimen dibubarkan dan tarikh PRU13 diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Iklim politik 1-Malaysia amat bergantung kepada tarikh ini dan rakyat seolah-olah telah dijadikan 'hostage' ataupun 'orang tebusan' oleh tarikh ini. Ini juga telah membuat rakyat rasa marah terhadap kerajaan BN yang dilihat sedang mendera ataupun sedang perli rakyat dengan menyembunyikan tarikh ini bagaikan sesuatu rahsia yang tiada tolok bandingannya. Dan ini juga adalah puncanya mengapa ramai rakyat Malaysia turun ke padang pada hari Sabtu 28 April lalu untuk menyatakan bahawa mereka tidak puas hati dengan layanan yang diberi oleh kerajaan BN kepada rakyat. Sudah beberapa rakyat Malaysia telah diberi petunjuk bahawa PRU13 akan diadakan tetapi setiap kali ia hanya acah sahaja contohnya Mac 2011, Jun 2011, November 2011 dan akhir sekali Mac 2012. Rakyat 1-Malaysia telah dipermainkan oleh Kerajaan BN dengan permainan yang bodoh, gila dan membazirkan masa ini. Kerajaan BN mesti menghentikan permainan tarikh PRU13 ini dengan serta-merta sebab rakyat sudah marah dan muak dengan 'game' seperti ini. Cukuplah, BN. Nanti rakyat akan berkata "Game over, you have been terminated" (permainan tamat, anda telah disingkirkan). |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan