DUNIACACAMARBA |
- [Gambar] Momen DS Nizar Sertai Ceramah "Nizar Pembohong Bersiri" Akan Dikenang Sampai Bila-bila!
- Kalau Ikut Pemahaman Polis, Orang Ramai Pun Boleh Berniaga di depan Rumah Pemimpin BN
- Akhbar Pencacai: Muka Depan Tibai PAS, Muka 35 Siar Keputusan Nombor Ekor
- [Wajib Baca] Mengapa Kerajaan Pulau Pinang Beri RM500 kepada Penghafal Al Quran? Apa Sumbangan Kerajaan DAP kepada Islam di Pulau Pinang?
[Gambar] Momen DS Nizar Sertai Ceramah "Nizar Pembohong Bersiri" Akan Dikenang Sampai Bila-bila! Posted: 14 May 2012 06:21 AM PDT Gambar yang merakamkan momen Datuk Seri Nizar Jamaludin menyertai ceramah UMNO yang menibainya malam tadi di Kampar bakal dikenang sampai bila-bila. Rata-rata pelayar internet memberikan tabik spring kepada beliau. Keberaniannya mempertahankan konsep berani kerana benar amat-amat membanggakan penyokong PR. Gambar yang saya petik dari internet juga telah dikongsi hampir 100 kali di FB sejak pagi tadi. Semua komen yang diberikan juga melahirkan rasa kagum terhadap keberanian beliau. Secara peribadi, TM menganggap momen ini bakal menjadi legenda dalam melahirkan suasana politik yang matang, politik yang tidak berlandaskan fitnah murahan untuk mengelirukan orang ramai. Selebihnya, sila baca berita berkaitan yang saya petik daripada HD. Apabila membicarakan hal ini juga, tentu pembaca DCM tidak melupakan keberanian DS Nizar melilitkan songkoknya dengan kain yang bertulis frasa "Bubarkan DUN" dan melaungkan frasa tersebut selepas selesai upacara mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang. Momen itu juga bakal dikenang oleh penyokong PR dan rakyat Perak sampai bila-bila. Laporan lanjut tentang hal itu di sini. Salut DS Nizar! Berita Berkaitan: [HD] KUALA LUMPUR, 14 Mei: "Apa salahnya saya duduk dan dengar untuk tahu apa pembohongan yang mungkin saya sudah lupa," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Nizar berkata demikian apabila ditanya faktor yang mendorong beliau hadir ke ceramah anjuran Umno Kampar bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah, malam tadi. "Bila saya dapat tahu ceramah itu memang untuk dedahkan pembohongan saya, eloklah saya pergi dengar sendiri supaya mereka berterus terang. "Kebetulan giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini. Cerita Nizar, ketika beliau sampai dan duduk di meja utama, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional Hanafiah Man sedang 'mengumpat' beliau. Namun apabila menyedari kehadiran Nizar, Hanafiah terdiam seketika dan terus menukar topik. "Saya pun tak tahu kenapa mereka terkejut dan tak teruskan ucapan, tak tahu mereka rasa bersalah atau apa," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat. Tambah Nizar lagi, kebanyakan orang luar yang hadir ke ceramah itu sebaliknya orang kampung tersebut hadir ke ceramah PAS yang hanya kira-kira 150 meter dari tapak ceramah Umno itu. "Orang kampung situ memang kenal saya dan keluarga saya mungkin sebab itu mereka lebih berminat untuk hadir ke ceramah PAS," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Katanya juga, kehadirannya menyebabkan matlamat Umno untuk memfitnahnya gagal dan menimbulkan rasa tidak senang penganjur. "Saya duduk sebelah (Ketua Umno Bahagian Kampar ) Datuk Radzi (Manan). Beliau bisik kepada saya suruh beredar untuk mengelakkan pergaduhan. "Katanya kalau orang Umno hadir ceramah saya, mesti saya pun tak suka. Saya kata, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya. Senang saya nak sampaikan maklumat," katanya lagi. Ekoran tindakan beraninya itu, ramai pengikutnya di blog mikro Twitter memuji dan mengucapkan tahniah kepadanya. P/s: Kita memerlukan lebih banyak pemimpin yang berani seperti DS Nizar. Pemimpin yang berani kerana benar, bukannya pemimpin yang berani kerana melulu atau berani memfitnah kerana imbuhan tertentu. |
Kalau Ikut Pemahaman Polis, Orang Ramai Pun Boleh Berniaga di depan Rumah Pemimpin BN Posted: 14 May 2012 05:41 AM PDT [BERNAMA] KUALA LUMPUR - Polis tidak akan mengambil tindakan terhadap sekumpulan peniaga termasuk yang menjual burger di hadapan rumah Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara baru-baru ini kerana mereka melakukannya di tempat awam. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata peniaga boleh berhimpun dan berniaga di hadapan rumah ketua badan bukan kerajaan (NGO) itu, selagi mereka tidak mengganggu ketenteraman awam. "Di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 (APA) semua orang boleh berhimpun asalkan memberi notis dan maklumkan kepada polis di mana boleh berhimpun. "Mereka (peniaga) berniaga di hadapan rumah dia (Ambiga) dan mereka buat di 'public space', mereka tidak menganggu orang awam... jadi tidak menjadi kesalahan kecuali jika mereka menimbulkan kekacauan baru kita boleh mengambil tindakan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Khalid yang ditemui selepas melancarkan kempen derma darah peringkat polis kontinjen Kuala Lumpur, ditanya sama ada polis akan bertindak terhadap laporan polis yang dibuat Ambiga pada 10 Mei lepas, susulan tindakan sekumpulan peniaga berhimpun dan berniaga di hadapan rumahnya. Kumpulan peniaga itu termasuk seorang yang bertindak membuka gerai burger, dilapor berbuat demikian sebagai tanda marah selepas mengalami kerugian susulan perhimpunan bertukar ganas yang dianjurkan NGO pimpinan Ambiga di ibu kota pada 28 April lepas. Mengulas lanjut, Khalid turut mencadangkan agar Ambiga mengambil tindakan saman terhadap peniaga burger terbabit jika tindakannya mengganggu privasi. P/s: Polis tahu tujuan dan niat kumpulan malaon yang berniaga di depan rumah Ambiga. Namun mereka mengeluarkan kenyataan seolah-olah malaon-malaon itu berniaga demi sesuap nasi. Jika begitu, orang ramai yang berminat berniaga di depan rumah pemimpin BN bolehlah berbuat demikian. |
Akhbar Pencacai: Muka Depan Tibai PAS, Muka 35 Siar Keputusan Nombor Ekor Posted: 14 May 2012 01:14 AM PDT Sesiapa yang berminat membaca dakwaan Tuan Mufti Perak bahawa PAS menyalahgunakan Islam boleh klik di sini. Di bawah ini pula ialah respons TG Nik Aziz tentang komen mufti tersebut: Sebuah akhbar hari ni (Isnin 14 Mei) mempamerkan tajuk besar "PAS salah guna Islam" yang berlapikkan pandangan lapuk seorang mufti. Saya nak beritahu, mufti sebaiknya tak payah masuk campur soal parti politik lah kalau begitu serong terhadap PAS. Bila nak nilai dasar dan perjuangan parti Islam seperti PAS, kena baca sejarahnya. Kerana asal tertubuhnya PAS adalah terlibat sama 'orang UMNO' yang melihat UMNO tak mampu berjuang Islam. Nampak sangat mufti tu tak baca sejarah. Kemudian baca jugalah kitab Dr Yusof Al-Qaradawi, Ketua Majlis Ulamak Sedunia yang sering memberi pandangan menguntungkan perjuangan Islam. Sebagaimana perhimpunan rakyat Mesir di Medan Tahrir, Dr. Yusof Qaradawi menyokongnya bagi memerangi kemungkaran kerajaan walaupun ia ditentang oleh mufti Mesir sendiri. Walhasilnya rejim mungkar dapat dikalahkan. Berfikirlah dengan kebenaran bukan kewarasan tanpa kebenaran. -FB TG Nik Aziz |
Posted: 13 May 2012 05:45 PM PDT [TVS] SHAH ALAM, 11 MEI: Seorang wartawan bangsa Cina pernah bertanya kepada Lim Guan Eng, mengapa Kerajaan Pulau Pinang memberi RM500 kepada pelajar Maahad Tahfiz yang menghafal Al-Quran 30 Juz? Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjawab: "Orang Islam yang pegang kepada ajaran Islam mereka tidak akan makan rasuah." Malah Kerajaan Pulau Pinang yang diterajui, DAP – parti yang dimomokan sebagai anti-Melayu dan anti-Islam – memperuntukan lebih dana bagi program pembangunan Islam di negeri itu berbanding dengan pentadbiran Umno-BN yang sebelumnya. Menurut MP Shah Alam Khalid Samad, Kerajaan Pakatan Pulau Pinang meningkatkan bajet pembangunan dan pentadbiran Islam ke RM 24 juta setahun berbanding RM 12 juta semasa di bawah Umno-BN. "Ini bukanlah retorik atau percakapan tetapi berdasarkan amalan dan dasar-dasar yang dilaksanakan Lim Guan Eng di Pulau Pinang," Khalid berkata di dalam wacana bertajuk 'Melayu, Islam dan DAP' yang diadakan diBangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam. Khalid menambah, kehadiran wakil rakyat DAP dalam majlis berbuka puasa, pemberian sumbangan kepada surau dan masjid, kehadiran dalam majlis rasmi yang diadakan di Masjid dan Surau turut membuktikan bahawa DAP bukan sebuah parti yang anti Melayu-Islam seperti yang digembar-gemburkan oleh media pro-Umno-BN. Ini dikuatkan lagi dengan amalan pemimpin dan perwakilan parti yang menggunakan Bahasa Malaysia ketika memberikan ucapan dalam perhimpunan parti. "Bermula 2005, 2006 semenjak Lim Guan Eng menjadi Setiausaha Agung mengambil alih barisan kepimpinan DAP, sudah banyak perubahan yang dilakukan," kata Setiausaha Politik Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari. "Kita telah memahatkan perlembagaan kita kepada perlembagaan Malaysia termasuklah artikel 153 antaranya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan raja-raja Melayu dan keistimewaan orang-orang bumiputra," ujar Zairil, seorang panelis di dalam wacana tersebut. Manakala panelis dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malik pula berkata persepsi yang ditanamkan oleh Umno-BN yang DAP anti-Melayu menyembunyikan hakikat bahawa parti komponen gagasan itu yang sebenarnya mengamalkan dasar perkauman. Contohnya, MCA sendiri merupakan sebuah parti yang hanya membuka keahliannya ekslusif kepada masyarakat berbangsa Cina, manakala Umno dan MIC turut menghadkan keahlian parti mereka kepada orang Melayu dan India. Sedangkan DAP merupakan sebuah parti yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Hujah ini disokong oleh Ketua Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan yang berpendapat DAP adalah sebuah parti yang lebih terkehadapan berbanding Umno, MCA dan MIC. Menurutnya ketiga-tiga parti komponen utama BN itu masih lagi terperangkap dengan kepompong etnik berbanding memperjuangkan idealogi sosial demokrat yang dibawa oleh DAP. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan