Isnin, 14 Mei 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


2 Soalan: Apa Tujuan Polis Sebarkan Video Ini? Bolehkah Buka Gerai Burger Di Balai Polis?

Posted: 14 May 2012 07:28 AM PDT


KELAB GREENBOC


Polis ada bukti unsur-unsur mahu kematian'

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini menyokong dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa terdapat unsur-unsur semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang mahu menyebabkan kematian.

Ini, katanya, berdasarkan kepada bukti video yang dikumpul oleh polis semasa perhimpunan tersebut.

Khalid berkata polis mempunyai klip video bahawa memang ada pihak yang mahu kematian berlaku.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata, bukan menteri sahaja yang berkata demikian, tetapi pihak polis juga mempunyai bukti.

"Memang betul. Memang kita ada merakamkan satu klip, yang ada satu orang tu cakap... Kalau lima orang mati pun tak apa," katanya.

Klip itu, katanya, menunjukkan seorang individu membuat kenyataan mengenai kematian semasa bantahan pada 28 April.

Khalid berkata, pihak media dialu-alukan untuk mendapatkan klip tersebut dari pihak polis untuk mengenal pasti individu tersebut.

Bagaimanapun, katanya, tiada tindakan telah diambil terhadap individu tersebut, kerana hanya dengan mengatakan perkataan tersebut, tidak menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang.

"Belum lagi (tangkap). Tidak ada apa-apa kesalahan pun, dia cuma cakap saja... Sehingga tengah hari ini sudah 21 orang telah ditangkap.

"Ada yang serah diri, ada yang ditangkap, sudah 321 orang. Jadi memang bagi sampai esoklah.

"Kita pun dah mula kenal pasti mereka melalui gambar-gambar. kalau mereka tak datang serah diri, kami akan carilah," katanya. -mk

Police release video of alleged death wish

PETALING JAYA: Police have released a video clip to back a government claim that some people wanted deaths to happen during last month's Bersih 3.0 rally.

The clip, uploaded to the Royal Malaysian Police channel on YouTube today, shows a man wearing a Bersih T-shirt saying: "It is all right even if five of us die; there are so many who will live."

He appears to be casually responding to a remark from a person who is off-camera but can be heard saying: "If we charge through, they'll surely attack."

They are in a large group of people who appear to be standing by the police barricades at Dataran Merdeka.

Earlier today, Deputy Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar echoed Home Minister Hishammuddin Hussein's statement that there were parties that wanted to see serious injuries and even fatalities during the April 28 rally.

Khalid said police had proof of the claim in the form of a video. But he added that no action would be taken against the individual who uttered the words because no offence was committed.

"Police have proof in video showing that there was one person who was planning for death," he told reporters who met him during a blood donation campaign. "The person said that it would be okay even if five people died that day."

Khalid also said there would be no action against those who sold hamburgers in protest outside the home of Bersih 3.0 leader S Ambiga because that gathering was allowed under the Peaceful Assembly Act 2011.

Khalid also informed the media that 21 individuals wanted in connection with offences during the Bersih rally had either surrendered or been arrested.

Trading blames

He said all the 141 individuals whose photographs were released to the media had been identified and would be arrested if they did not surrender. He added that no warrant was required for the arrest of people suspected of rioting.

Some 80,000 people thronged the streets of Kuala Lumpur on April 28. The rally, which started off peacefully, deteriorated into chaos and violence about 3pm, after a group of protesters breached the police barricades.

Police fired tear gas and chemical-laced water and arrested more than 500 people. Several journalists and policemen were injured in the melee that ensued and lasted into the night.

The government on one side and the opposition parties and Bersih on the other have been trading blames for the violence and injuries that occurred.

So far, two persons have been charged in court over Bersih 3.0.
-FMT


Polis: Tidak salah jual burger depan rumah Ambiga

KUALA LUMPUR - Polis tidak akan mengambil tindakan terhadap sekumpulan peniaga termasuk yang menjual burger di hadapan rumah Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara baru-baru ini kerana mereka melakukannya di tempat awam.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata peniaga boleh berhimpun dan berniaga di hadapan rumah ketua badan bukan kerajaan (NGO) itu, selagi mereka tidak mengganggu ketenteraman awam.

"Di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 (APA) semua orang boleh berhimpun asalkan memberi notis dan maklumkan kepada polis di mana boleh berhimpun. "Mereka (peniaga) berniaga di hadapan rumah dia (Ambiga) dan mereka buat di 'public space', mereka tidak menganggu orang awam... jadi tidak menjadi kesalahan kecuali jika mereka menimbulkan kekacauan baru kita boleh mengambil tindakan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Khalid yang ditemui selepas melancarkan kempen derma darah peringkat polis kontinjen Kuala Lumpur, ditanya sama ada polis akan bertindak terhadap laporan polis yang dibuat Ambiga pada 10 Mei lepas, susulan tindakan sekumpulan peniaga berhimpun dan berniaga di hadapan rumahnya.

Kumpulan peniaga itu termasuk seorang yang bertindak membuka gerai burger, dilapor berbuat demikian sebagai tanda marah selepas mengalami kerugian susulan perhimpunan bertukar ganas yang dianjurkan NGO pimpinan Ambiga di ibu kota pada 28 April lepas.

Mengulas lanjut, Khalid turut mencadangkan agar Ambiga mengambil tindakan saman terhadap peniaga burger terbabit jika tindakannya mengganggu privasi.
- Bernama



Ulasan GB

Pertama: Apa kesalahan yang dilakukan oleh lelaki tersebut? Dan jika tiada apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh beliau apa tujuan video itu disebarkan? Untuk menjustifikasikan keganasan dan kekejaman polis terhadap peserta perhimpunan BERSIH 3.0 kerana kononnya sudah ada lelaki yang "bersedia untuk mati"?

Sedang semua orang tahu sehari sebelum Perhimpunan BERSIH diadakan, polis telah pergi ke mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi menghalang penganjur Bersih 3.0 dan orang awam daripada memasuki dan berkumpul di Dataran Merdeka.

Bukankah itu petunjuk jelas bahawa keganasan polis yang berlaku sudah dirancang supaya peserta BERSIH pada 28 April itu diwajarkan untuk diserang kerana melanggar perintah mahkamah?

Kedua: kes penjualan burger di depan rumah Ambiga. Ia tidak merupakan satu kesalahan kata Datuk Khalid Abu Bakar, kerana ia dibenarkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011. Jika demikian bagaimana jika orangramai peserta BERSIH datang berniaga depan mana-mana balai polis atau rumah Datuk Timbalan KPN sendiri? Tak menjadi kesalahanlah lagi?

Dan bukankah ia juga menyalahi Akta Kerajaan Tempatan dimana peniaga mesti mempunyai lesen untuk berniaga di lokasi yang ditetapkan?

Mengapa polis membela golongan yang ternyata benar membuat kesalahan? Semata-mata kerana membela apa saja yang ada kaitan dengan U.M.N.O atau ULO (UMNO Linked Organisation)?

LIHAT VIDEO DI SINI

JUAL MARUAH!!! Tiga artis penyokong tegar UMNO hina rakyat Malaysia cintakan keadilan

Posted: 14 May 2012 07:15 AM PDT

Oleh : rahimothman

Tentu anda kenal tiga  artis ini!  Seorang dari nya pernah istihar diri sebagai ahli Umno. Tak kisahlah nak jadi ahli mana-mana parti  pun kerana itu hak masing-masing dan diperakui oleh perlembagaan.

Namun apa yang tiga artis ini dah lakukan, rasanya kurang wajar! Mereka terang-terang menunjukkan yang mereka anti himpunan "BERSIH 3". Secara tak langsung semua rakyat akan faham bahawa mereka adalah penyokong tegar kerajaan UmnoBn. 
 
Kita boleh lihat sketsa pendek lakunan mereka dalam you tube video. Sungguh menjelikkan!  Kalian sedar atau tidak sebenarnya kalian sedang mengangkat Najib dan dalam masa yang sama kalian telah menghina rakyat ! Mengapa kalian memilih jalan ini wallahhualam Apakah kalian ditaja?  atau dibayar? Atau kalian secara sukarela berkempen untuk Umno?

Perbuatan kalian bertiga jelas menggambarkan yang kalian anti himpunan BERSIH. Tak sokong perjuangan NGO tak apa!  Tak sokong pembangkang pun tak apa, .. tapi tak sokong Himpunan Rakyat @ "BERSIH 3"  dengan mempersenda himpunan tersebut, adalah amat tidak wajar! walhal tujuan 'BERSIH 3" amat murni – memperjuang dan menegakkan keadilan untuk rakyat termasuk membela nasib mahasiswa.

Amat malang,.. kalian seolah-olah  berbangga  mempersenda rintihan hati mahasiswa dan hati rakyat umumnya. Rakyat sedang bersusah-payah, berpanas, berhimpit dan menanggung derita menghadapi serangan pihak polis sedangkan kalian pula sewenang-wenang mentertawakannya ! Wajarkah? Orang berilmukah artis yang macam ini?  
 
Sebagai artis yang menjadi milik masyarakat,.. sepatutnya kalian mengambil jalan tengah,.. bukan memihak dengan membabi buta.

Lebih baik ikut contoh Bok Lokman, Aishah dan lain-lain

Ingat ! lakunan kalian mempersenda dan memperlekeh himpunan "BERSIH 3" seperti dalam you tube itu telah menyinggong perasaan rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan pembelaan!  Kalian pula dilihat seolah-olah bersekongkol dengan sebuah kerajaan yang zalim dan penuh rasuah.

Penulis nasihatkan lebih baik kalian berhenti jadi artis dan terjun dalam politik,..ikut contoh Bob Lokman & Aishah ,.. itu lebih baik. Kalau kalian meletakkan diri kalian separuh ahli politik, separuh artis, rasanya ia tidak berapa sesuai.   Kalian ada ramai peminat,..mereka terdiri dari berbagai gulungan dan  fahaman politik !  Kalau kalian ingin terus popular dan cari makan sebagai seorang artis hentikanlah kerja-kerja bodoh macam tu!  Tanya diri sendiri,.. adalah aku ini sama macam lembu Shahrizat atau seorang artis yang berilmu dan berakhlak mulia?  

Hari ini lakunan bodoh kalian sudah pun berlaku! dan dipertonton diseluruh dunia,  namun masih belum terlambat jika kalian mahu memohon maaf kepada rakyat Malaysia. Kalau tidak,.. bersedialah kalian,..Tidak mustahil ada rakyat Malaysia yang akan  memboikot kalian !!- PASPB


PAS CABAR !!!!“Najib dan seluruh kepimpinan Umno, kalau berani bubar Parlimen sekarang!” - Salahuddin Ayub

Posted: 14 May 2012 07:12 AM PDT

PASPB





GUAR CHEMPEDAK - "Najib dan seluruh kepimpinan Umno, kalau berani bubar Parlimen sekarang!" demikian laung Naib Presiden Pas Pusat, Salahuddin Ayub, kepada lebih 10,000 penyokong dan jentera Pilihan Raya Umum (PRU) Pas Negeri Kedah dalam Himpunan Jentera PRU Pas Negeri Kedah yang diadakan di Stadium Mini Guar Chempedak, malam Sabtu lalu.

Laungan itu disambut seluruh jentera yang hadir dengan gema "Bubar! Kami sudah bersedia!" yang menunjukkan Pas Negeri Kedah sudah bersedia pada bila-bila masa untuk berjuang dalam PRU13 yang dijangka akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada bila-bila masa sahaja.
Himpunan yang bermula seawal jam 5 petang dan berlarutan hingga jam 12 tengah malam Sabtu lalu dihadiri lebih 10,000 penyokong dan jentera PRU Pas Negeri Kedah untuk mendengar amanat dan pesanan daripada kepimpinan tertinggi Pas Negeri Kedah dan Pas Pusat.
Amanat PRU13 disampaikan oleh Ketua Pemuda Pas Negeri Kedah, Ahmad Yahya; diikuti Ketua Muslimat Pas Negeri Kedah, Datuk Siti Ashah Ghazali; Ketua Dewan Ulama Pas Kedah, Syeikh Mohamad Abdullah; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Naib Presiden Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar.
Sementara itu, Azizan dalam amanatnya kepada jentera PRU Pas Negeri Kedah menyeru supaya ahli dan jentera PRU Pas Negeri Kedah untuk berjuang berhabis-habisan bagi mempertahankan kemenangan Pas di Negeri Kedah.
"Kita kena mempertahankan kemenangan, jika Pakatan Rakyat (PR) kalah, (jentera PRU Pas) tak buat kerja sungguh-sungguh, bila depa (Barisan Nasional) perintah depa ghonyeh (rosakkan) balik (pentadbiran Negeri Kedah)," katanya.
Walaupun waktu sudah 11.30 malam, namun semangat penyokong dan jentera PRU Pas Negeri Kedah tidak luntur malah semakin berkobar-kobar tatkala Salahuddin membacakan amanat Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz.
Himpunan itu terus bergema dengan laungan pembakar semangat untuk menghadapi PRU13 sehingga majlis bersurai kira-kira jam 12.30 tengah malam.SH

Anwar: Isu hudud tak jejaskan Pakatan

Posted: 14 May 2012 04:00 AM PDT

 
 
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar berkata Pakatan Rakyat tidak terjejas dengan liputan negatif media berhubung isu hukum hudud sejak kebelakangan ini.

Tegasnya, gabungan itu terus berada dalam "satu semangat dan keutuhan serta muafakat sedikit tidak terjejas" dengan laporan seperti itu.

"Jadi seolah-olah ada kesenjangan apa sebenarnya berlaku dan apa yang ditafsirkan di luar.

"Saya tidak meremehkan tapi kenyataannya begitu. Pakatan Rakyat akan terikat untuk masa sekarang, dalam pilihan raya dan Insya-Allah ketika membentuk kerajaan," katanya.

Sebaliknya, Anwar berkata semua parti anggotanya sepakat untuk memperjuangkan perkara yang dipersetujui mereka dalam konvensyen Pakatan, Buku Jingga dan konsensus tentang hudud pada 28 September lalu.

Anwar berkata isu berhubung hudud juga tidak dibincangkan dalam mesyuarat hari ini memandangkan pemimpin berkenaan mempertegas pendirian untuk menghormati perbezaan pandangan masing-masing.

Dalam sidang media sama, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu hudud itu sengaja digunakan BN melalui media untuk menutup kontroversi yang timbul berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.

Tambahnya, isu pilihan raya bersih dan adil perlu diutamakan berbanding isu hukum hudud yang diuar-uarkan itu.

"(Hudud) selesai secara dalaman. Utamakan isu bersih dulu. BN sengaja gunakan media untuk tutup isu BERSIH. Kita belum memerintah lagi. Pentingnya memerintah dulu," katanya.

'Polis ada bukti unsur-unsur mahu kematian'

Posted: 14 May 2012 03:58 AM PDT

Nigel Aw


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini menyokong dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa terdapat unsur-unsur semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang mahu menyebabkan kematian.

NONEIni, katanya, berdasarkan kepada bukti video yang dikumpul oleh polis semasa perhimpunan tersebut.

Khalid berkata polis mempunyai klip video bahawa memang ada pihak yang mahu kematian berlaku.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata, bukan menteri sahaja yang berkata demikian, tetapi pihak polis juga mempunyai bukti.

"Memang betul. Memang kita ada merakamkan satu klip, yang ada satu orang tu cakap... Kalau lima orang mati pun tak apa," katanya.

Klip itu, katanya, menunjukkan seorang individu membuat kenyataan mengenai kematian semasa bantahan pada 28 April.

NONEKhalid berkata, pihak media dialu-alukan untuk mendapatkan klip tersebut dari pihak polis untuk mengenal pasti individu tersebut.

Bagaimanapun, katanya, tiada tindakan telah diambil terhadap individu tersebut, kerana hanya dengan mengatakan perkataan tersebut, tidak menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang.

"Belum lagi (tangkap). Tidak ada apa-apa kesalahan pun, dia cuma cakap saja... Sehingga tengah hari ini sudah 21 orang telah ditangkap.

"Ada yang serah diri, ada yang ditangkap, sudah 321 orang. Jadi memang bagi sampai esoklah.

"Kita pun dah mula kenal pasti mereka melalui gambar-gambar. kalau mereka tak datang serah diri, kami akan carilah," katanya.

Bekas naib pengerusi KOSWIP didenda, penjara

Posted: 14 May 2012 03:51 AM PDT

SINAR HARIAN

SHAH ALAM - Bekas naib pengerusi Koperasi Pegawai Kerajaan Selangor dan Wilayah Persekutuan (KOSWIP) dijatuhi hukuman penjara 14hari dan denda RM500,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menerima rasuah RM100,000, tujuh tahun lepas.

Hakim Asmadi Hussin juga memerintahkan tertuduh, Sharuddin Abdul Malek, 49,dipenjara lima bulan sekiranya dia gagal membayar denda.

Tertuduh mengaku menerima rasuah daripada seorang pengarah syarikat sebagaiupah mendapatkan kontrak bernilai lebih RM1 juta.

Sharuddin didakwa menerima rasuah itu daripada Pengarah Urusan CAETechnologies Sdn Bhd, Mokhtar Ismail, sebagai upah membantu CAE Technologiesmendapatkan kontrak daripada Koswip untuk membekal, membangun dan menyelenggara sistem rangkaian dan portal sistem maklumat koperasi itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 17 hingga 19 Sept 2005 di Pasaraya Big 7, Wisma MAIS Jalan RU 3/9A Seksyen 3 di sini.

Lelaki itu yang kini mengambil upah memotong rumput didakwa mengikut Seksyen10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mana yang lebih tinggi.

Mengikut fakta kes, pada Mei 2005 tertuduh bertemu Mokhtar untuk berbincang mengenai kontrak sistem komputer Koswip dan selepas Mokhtar bersetuju menerima tugas berkenaan tertuduh telah meminta RM300,000 sebagai upah tetapi Mokhtar hanya mampu membayar RM270,000 yang akan dimasukkan ke dalam akaun milik abang tertuduh.

Tertuduh kemudian mencadangkan kepada ahli lembaga pengarah Koswip bahawa CAE Technologies boleh mengkaji sistem komputer Koswip. Syarikat itu menandatangani kontrak dengan Koswip pada 8 Sept 2005 dengan harga tawaran RM1,496,500.

Selepas syarikat itu menerima 30 peratus bayaran daripada Koswip , Mokhtar menyerahkan cek berjumlah RM100,000 atas nama syarikat abang tertuduh kepada tertuduh di Pasaraya Big 7 dan tertuduh kemudian memasukkan sendiri cek berkenaan ke dalam akaun syarikat abangnya.

Terdahulu, peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan anak guamnya bukan lagi penjawat awam.

Beliau berkata tertuduh yang kini bekerja kampung menanggung lima anaknya yang berusia antara 11 dan 26 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Sinti daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mewakili pendakwaan bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal memandangkan rasuah merupakan kesalahan serius. - Bernama

PRU13: Pakatan guna manifesto bersama

Posted: 14 May 2012 03:44 AM PDT


ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD & JAMILAH HAMZAH

Datuk Seri Anwar Ibrahim


PETALING JAYA – Hanya satu manifesto akan digunakan oleh parti di bawah Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya sudah menyenaraikan isi manifesto PR dan akan turun padang ke beberapa kawasan bagi menjelaskan isi manifesto itu.

"Mesyuarat PR hari ini adalah memfokuskan beberapa isu antaranya meneliti isi manifesto yang akan dibawa PR dalam PRU13 ini dan persiapan bagi pilihan raya ini.

"Walaupun negeri-negeri lain mempunyai dan menambah manifesto lain, namun kita akan tetap guna hanya satu manifesto yang telah dipersetujui pemimpin PR.

"Kita juga akan menjelajah ke beberapa buah negeri untuk menjelaskan mengenai manifesto dan perubahan yang di bawa oleh PR," katanya selepas mempengerusikan 'Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat' di ibu pejabat PKR, hari ini.

Tambah beliau, kemungkinan ada penambahan dalam manifesto di peringkat negeri mengikut keperluan masing-masing.

Mengenai pembahagian kerusi dalam PR, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, ia sudah hampir untuk dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

"Saya boleh katakan ia sudah sampai tahap 90 peratus. Kita akan adakan mesyuarat terakhir mengenai pembahagian kerusi tidak lama lagi selepas itu senarainya akan dapat disiapkan.

"Saya tidak boleh beri tarikh yang tepat tapi ia akan dibuat dalam tempoh kurang seminggu," katanya.

Mesyuarat yang berlangsung selama tiga jam itu turut dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Pada mesyuarat yang sama, PR turut memberi fokus kepada beberapa isu lain antaranya Bersih 3.0 dan senarai pengundi dalam sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bersih 3.0: Serah diri sebelum Rabu

Posted: 14 May 2012 03:40 AM PDT

SINAR HARIAN

Datuk Seri Khalid Abu Bakar
 
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar
 
 
KUALA LUMPUR - Polis masih menunggu 120 peserta, perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara pada 28 April lepas, yang disiarkan wajah mereka dalam media, untuk menyerah diri sehingga esok.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata sehingga semalam, 21 peserta terbabit ditahan dengan sebahagiannya menyerah diri kepada polis dan ada yang ditahan di rumah mereka.

Beliau berkata secara keseluruhan polis telah menyiarkan 141 gambar wajah demonstran yang dipercayai terbabit dalam rusuhan di Dataran Merdeka itu.

"Kita akan mengesan dan menangkap mereka yang belum menyerah diri. Kita tidak perlukan waran tangkap kerana ia kesalahan lazim ditangkap dan merusuh merupakan kesalahan lazim," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen derma darah peringkat polis kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Pada 28 April lepas, segelintir daripada peserta perhimpunan itu bertindak merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekali gus melanggar perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.

Berikutan itu, polis menyiarkan gambar peserta berkenaan melalui media dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin berkata polis akan membuat tangkapan dari rumah ke rumah terhadap peserta perhimpunan, yang enggan menyerah diri, mulai Rabu ini setelah tempoh seminggu diberikan untuk mereka.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan perhimpunan itu dijalankan di Dataran Merdeka dan memberikan tempat lain sebagai pilihan kerana dataran hanya sesuai untuk acara rasmi peringkat nasional.  -- Bernama

Penapisan ke arah "pembersihan"?

Posted: 14 May 2012 03:37 AM PDT

 
 
Rungutan dan juga bantahan telah dibuat oleh sekelompok wartawan dan pencinta kebebasan media terhadap kekerasan yang menimpa wartawan dan jurugambar yang sedang menjalankan tugas mereka ketika perhimpunan BERSIH 3.0 berlangsung di sekitar Kuala Lumpur yang berhampiran dengan Dataran Merdeka pada 28 April yang lalu.
 
Ini kerana "gangguan" yang dialami kumpulan wartawan dan jurugambar itu bukan saja merupakan satu perkara yang membahayakan secara fizikal, tetapi juga berperanan sebagai satu bentuk tapisan tegar terhadap kewartawanan dan kebebasan media di tanah air kita.  Sudah tentunya rampasan kamera dan kad memori daripada tangan jurugambar dan wartawan berkenaan menjejas kebebasan pekerja media ini untuk merakam dan menerbitkan berita peristiwa berkenaan untuk tatapan orang ramai, iaitu satu usaha untuk cuba mendampingi kebenaran sedekat mungkin.
 
Dengan kata lain, insiden kekerasan dan rampasan alat rakaman yang didakwa menimpa jurugambar dan wartawan itu bercanggahan dengan prinsip kebebasan akhbar, iaitu satu hujahan yang sudah tentunya berlawanan dengan dakwaan Perdana Menteri Najib Razak bahawa dua faktor ini tiada kaitan langsung antara satu sama lain.
 
Bentuk "penapisan" ini sudah tentunya merupakan jenis yang ekstrem jika dibandingkan dengan amalan "penapisan biasa" seperti surat tunjuk-sebab yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN); pihak media mendapat panggilan telefon dari pihak berkuasa; para editor dipanggil untuk "perbincangan" bersama pihak KDN; dan media mendapat arahan tertentu dari pihak atasan dari kementerian berkenaan agar "berkelakuan baik".
 
Tetapi "penapisan" terhadap media juga boleh muncul dalam bentuk yang berlainan daripada apa yang telah dinyatakan di atas.  Malah ianya berpotensi untuk mengalih pandangan umum daripada isu yang pokok.
 
Kekecohan dan keganasan yang timbul pada penghujung perhimpunan BERSIH 3.0 itu bukan sahaja mendapat perhatian media, malah menarik perhatian dan menimbulkan
kebimbangan orang ramai, lebih-lebih lagi mereka yang cintakan keamanan.
 
Yang lebih membimbangkan, sepertimana yang telah ditekankan di atas, ialah penumpuan media dan orang ramai terhadap insiden keganasan mempunyai kesan untuk mengalih perhatian orang ramai daripada tuntutan BERSIH 3.0, iaitu menuntut satu proses pilihan raya yang adil dan telus, media yang adil, serta membenteras rasuah dan politik kotor, antara lain.
 
Isu keganasan ini sudah tentunya kelihatan penting oleh umum kerana secara prinsipnya ia boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keamanan dalam masyarakat, dan oleh kerana ini insiden yang bercirikan keganasan mudah mencuit hati dan mencetuskan kerisauan - dan juga kemarahan - dalam kalangan rakyat yang mencintai kedamaian dan keamanan seperti di Malaysia.
 
Selanjutnya, kelompok yang dikatakan mencetuskan keganasan atau kekecohan itu lazimnya menerima cemuhan dan kemarahan dari umum kerana kelihatan mencabar ketenteraman awam yang diidamkan dan disanjung oleh majoriti ahli masyarakat berkenaan.  Malah ada pihak, melalui pelaporan media, yang secara sedar memburuk-burukkan lagi (demonise) orang-orang yang kononnya mencetus kerusuhan atau keganasan itu hingga menyebabkan mereka lebih dibenci dan dikutuk sekeras-kerasnya oleh sebilangan ahli masyarakat.
 
Apa yang telah berlaku di negara atau dalam konteks lain ialah kejadian ganas yang menjejas perhimpunan awam telah menggalakkan sebilangan besar ahli masyarakat yang menuntut kepada pihak berkuasa untuk mengetatkan lagi kawalan terhadap kebebasan berhimpun, kalau tidak pun kebebasan bersuara.  Dengan kata lain, tuntutan ini telah memberi laluan, atau menghalalkan, tindakan pihak pemerintah untuk bersikap kukubesi pada akhirnya.
 
Dalam keadaan yang hiruk piruk ini, isu pokok yang menghantui insiden ini pada permulaannya telah diambil alih secara langsung atau tidak langsung oleh insiden bercorak fizikal itu, iaitu keganasan dan kekecohan yang berlaku.  Dengan kata lain, isu pokok atau perkara asal telah terbenam.
 
Dan dalam kes BERSIH 3.0, apa yang kemudiannya berlaku ialah bukan sahaja insiden keganasan di akhir perhimpunan di KL itu diperbesar-besarkan oleh media, malah ianya mengundang reaksi negatif daripada sebilangan manusia yang kononnya menerima akibat daripada insiden berkenaan.  Misalnya, bantahan dari segerombolan peniaga di Kuala Lumpur yang menuntut agar pengerusi bersama BERSIH 3.0, Ambiga Sreenevasan, dihukum, dan pampasan diberikan kepada mereka yang kononnya mengalami kerugian besar akibat daripada insiden BERSIH 3.0 di bandaraya Kuala Lumpur.
 
Perdana Menteri Najib pula mendakwa BERSIH 3.0 bertujuan mengguling pemerintahan sedia ada melalui kaedah yang bukan demokratik dan secara revolusi. Seterusnya dakwaan Najib ini mendapat reaksi, antara lain, daripada tiga bekas Ketua Polis Negara yang menuntut agar pihak polis mengambil tindakan yang kononnya kemungkinan besar merupakan satu percubaan untuk mengguling pemerintah secara tidak demokratik.
 
Rentetannya ialah Ketua Polis Negara Ismail Omar telah menjanjikan satu penyiasatan polis terhadap usaha yang didakwa bertujuan menjatuhkan pemerintah secara demonstrasi ganas.
 
Selain daripada itu, ada sebilangan manusia dari Pantai Timur yang teruja menuntut agar kerakyatan Ambiga ditarik balik kerana aktiviti beliau yang disifatkan sebagai kurang patriotik dan menjejaskan ketenteraman awam.  Hukuman yang amat berat telah disarankan bagi seorang warga yang mahukan kebersihan dalam proses pilihan raya.
 
Majlis Fatwa Negara telah mengeluarkan fatwanya - ekoran daripada kekecohan yang bersabitan dengan BERSIH 3.0 ini - yang mengharamkan orang Islam daripada mengambil bahagian dalam perhimpunan yang kononnya tidak sah dan tidak membawa manfaat kepada mereka.  Yang peliknya, tiada fatwa telah dikeluarkan bagi BERSIH 1.0 dan 2.0 hingga boleh mengundang soalan samada perhimpunan yang lalu diiktirafkan sebagai "halal". Lagipun, adakah "haram" usaha untuk membersihkan prosedur pilihanraya dan juga sistem demokrasi di negara ini yang berselaput dengan rasuah dan politik kotor?
 
Sepertimana yang dinyatakan di atas, kekecohan dan keganasan yang timbul pada akhir perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur telahpun mencetus pelbagai reaksi yang negatif dari pihak berkuasa dan kelompok-kelompok tertentu dalam masyarakat. Keganasan memang tidak diingini oleh majoriti dalam masyarakat.  Namun begitu, aspek keganasan yang berkaitan dengan BERSIH 3.0 ini perlu diletakkan dalam perspektif yang betul supaya ia membolehkan pemahaman yang mendalam dan juga tidak menenggelamkan isu pokok yang berkaitan dengan tuntutan BERSIH 3.0.
 
Jadi dalam konteks ini, "keghairahan" media terhadap keganasan yang berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 3.0 itu boleh mendatangkan kesan mengalih pandangan umum daripada tuntutan BERSIH 3.0 ke perkara-perkara sampingan yang timbul ekoran daripada kekecohan itu.
 
Dengan kata lain, isu sampingan yang ditimbulkan daripada perhimpunan ini merupakan satu bentuk penapisan yang halus yang menyebabkan tuntutan asas BERSIH 3.0 terbiar atau mendapat perhatian yang dingin dari pihak yang berkenaan.
 
Dan kekecewaan serta kebimbangan rakyat masih menyerlah jika tuntutan asas BERSIH 3.0 ini dipinggirkan secara langsung mahupun tidak langsung.  Seperkara lagi yang tidak kurang pentingnya, kesahihan hak rakyat untuk berhimpun secara aman di kawasan awam juga tergugat akibat kekecohan ini sepertimana yang dipaparkan dalam media arus perdana.
 
*Dr.Mustafa K Anuar ialah pemerhati media yang juga mengidamkan kebersihan politik.

Karnival Umno Semalam Lengang & Sunyi

Posted: 14 May 2012 03:30 AM PDT

SABAH DAILYHari kedua sambutan ulangtahun ke 66 semalam berlangsung dengan keadaan sunyi sepi.

Hanya segelintir dari jumlah yang dikatakan 70,000 yang memenuhi Stadium Bukit Jalil pada malam sebelumnya hadir pada tengahari semalam.

Terdapat beberapa buah khemah pameran dan gerai yang telah dipasang di luar stadium, tetapi tidak ramai orang menjengahnya.

Tiada seorang ahli politik pun yang datang berhimpun pada malam sebelumnya kelihatan hadir di karnival pada hari semalam, yang hanya dihadiri tidak lebih dari 300 orang sahaja pada awal tengahari.

Mengikut aturcara program, karnival yang "masuk-percuma" itu sepatutnya bermula jam 10 pagi.

Kebanyakan tumpuan hanya di khemah expo kerjaya oleh Pemuda BN, arena paintball dan beberapa gelanggang futsal.

"Hari ini pagi Sabtu. Keadaan begitu sunyi. Saya harap lebih ramai akan datang pada sebelah tengahari," kata seorang yang enggan dikenali selepas membahagikan risalah-rasalah pada jam 11 pagi.

Hal ini sepatutnya tuidak berlaku, sedangkan taman "inflatable castles" dan "skateboard" juga telah diwujudkan.

Malah, kerana terlalu kurang orang yang menghadiri karnival tersebut, beberapa kakitangan yang bosan mwnunggu pengunjung mengambil kesempatan menghiburkan diri mereka dengan bermain sendiri di khemah-khemah berkenaan.

Karnival akan berakhir jam 6 petang hari ini. -FMT

Demonstrasi Di Luar Ibu Pejabat SPR : Desak Pengerusi Dan Timbalannya Letak Jawatan.. Jom Terjah, Mengapa???

Posted: 14 May 2012 03:23 AM PDT

SEDAKA SSEJAHTERA



Sekumpulan kecil ahli PKR mengadakan demonstrasi di luar ibupejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya pagi ini menuntut peletakan jawatan pengerusi dan timbalan pengerusi suruhanjaya itu  atas dakwaan mereka adalah ahli Umno.


NONE
Kumpulan 13 ahli akar umbi yang diketuai Anggota Majlis Bandaraya
Subang Jaya, Michael Tamil membawa kain rentang serta melaungkan slogan selama kira-kira lima minit di pintu pagar Pusat Pentadbiran Kerajaan (Kompleks C), di mana beberapa agensi kerajaan yang lain turut ditempatkan.


Kain rentang itu bertulis 'Rakyat mencintai demokrasi hendak pengerusi dan timbalan pengerusi SPR letak jawatan', manakala mereka melaungkan 'resign (letak jawatan), bersihkan SPR'.


Mengulas mengenai kehadiran yang tidak ramai, ADUN Port Dickson, M Ravi memberitahu sidang akhbar bahawa perhimpunan tersebut hanyalah satu permulaan kepada 'apa yang akan datang'.


Beliau berkata, mereka bukan sekadar satu kumpulan kecil tetapi adalah sebagai satu amaran, "jika mereka tetap degil, kami akan bawa puluhan ribu orang berkumpul di sini," katanya sambil menambah pihaknya akan menyediakan satu memorandum dan berkumpul di situ beramai-ramai.


NONE
Ditanya mengapa mereka mengadakan perhimpunan tersebut
walaupun Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (kanan) telah menafikan dakwaan itu, bekas timbalan pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, R Suresh Kumar memetik kenyataan akhbar Setiausaha Agung PKR, Saifuddin sebagai bukti.


Suresh mendakwa, sehingga hari ini, pengerusi SPR dan timbalannya itu hanya memberi alasan, tetapi tidak menafikan mereka adalah ahli Umno.


Saifuddin dalam kenyataannya bertegas bahawa Abdul Aziz masih ahli Umno walaupun dia tidak membayar yuran tahunan. Ini adalah kerana beliau tidak dipecat tetapi hanya dihalang menghadiri mesyuarat agung tahunan.

Harta rakyat merupakan amanah Allah kepada kerajaan

Posted: 14 May 2012 03:20 AM PDT

Mohd Nor Hamzah

 Amanah merupakan sifat  wajib para Nabi dan Rasul. Amanah merupakan  taklif kepada setiap manusia. Imam Al-Qurtubi telah menyatakan bahawa amanah merangkumi  seluruh tugas agama. Allah telah menyenaraikan salah satu sifat mukmin yang berjaya dan menghuni  syurga Firdaus ialah "orang yang memelihara amanah-amanah dan janji-janji mereka." Amanah dan janji  merangkumi segala perkara yang dipikul oleh manusia dalam urusan agama dan dunia samada perkataan atau perbuatan.  Rasulullah mengingatkan kita agama beramanah kerana tidak sempurna agama bagi mereka yang tiada amanah.

Allah menasihati manusia agar jangan menyerahkan harta anak-anak yatim kepada mereka yang tidak amanah. Amaran  Allah yang keras ini bertujuan untuk mengelakkan penjaga yang mengkhianati harta anak yatim dengan menganggap harta anak yatim  adalah harta mereka  sehingga mengurusnya untuk kepentingan mereka dan menadah terima kasih daripada anak yatim supaya mengenangi jasa mereka.

Allah menceritakan kisah Nabi Syuaib yang menasihati anak-anaknya agar memilih  orang yang amanah untuk mengurus kambing-kambing mereka. Tapi dunia seringkali  terbalik dengan melupai amanah dan pengertiannya. Bahaya akhir zaman ialah kekeliruan timbangan dan kerosakan nilai sehingga sampai ke tahap yang disifatkan oleh Rasulullah dengan sabdanya : "Tahun-tahun yang menipu akan datang kepada manusia. Pembohong akan dianggap benar, Orang yang benar akan dianggap bohong, orang yang amanah akan dianggap pengkhianat dan pengkhianat akan dianggap pembela amanah."

Amanah akan disia-siakan pada akhir zaman sebagaimana Abu Hurairah bertanya kepada Rasulullah : Bagaimana mensia-siakan amanah, wahai rasulullah ? Rasulullah menjawab : Apabila urusan kehidupan di serahkan kepada orang yang tidak layak maka tunggulah masanya." Ibnu Hajjar Al-Assaqalani menyebut dalam kitab Fathu Bari : Ibnu Battal berkata, maknanya ialah "pemimpin-pemimpin yang diamanahkan oleh Allah  ke atas hamba dan wajib mereka memberi nasihat kepada rakyatnya. Sewajarnya dilantik orang yang memahami dan menghayati agama tetapi apabila dilantik yang bukan berkelayakan dalam menghayati agama maka mereka telah mensia-siakan amanah yang Allah pilih mereka dengan amanah."

Agama merupakan amanah Allah. Dunia dan kekayaan merupakan amanah Allah. Rakyat merupakan amanah kepada pemerintah. Harta rakyat merupakan amanah Allah kepada kerajaan. Memilih pemimpin merupakan amanah Allah kepada rakyat dan masyarakat Islam. Setiap orang akan ditanya dengan amanah masing-masing. Wallahua'lam

*** Artike adalah merupakan tazkiran dari Ustaz Mohd Nor Hamzah Ketua Pemuda PAS Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong.

BERSIH 3.0; Rakyat Diminta Serah Diri, Polis Langgar Undang-undang DiBiarkan?

Posted: 14 May 2012 03:17 AM PDT

Editor Buliten
Setelah berakhirnya perhimpunan Bersih 3.0, maka terdapat desakan dan ugutan yang bertalu-talu dari pihak berkuasa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) supaya individu tertentu yang telah dikenalpasti bertindak untuk menyerahkan diri bagi melengkapkan siasatan pihak polis dalam isu perhimpunan Bersih 3.0.

Malangnya arahan serah diri ini hanya terarah kepada peserta demonstrasi sahaja, sedangkan tindakan segelintir pihak polis tertentu yang telah bertindak di luar batas undang-undang telah dibiarkan begitu sahaja.

Umum mengetahui bahawa kebanyakan mangsa yang menerima layanan buruk dan dicederakan dalam perhimpunan Bersih 3.0 telah berhadapan dengan kekasaran pihak polis ini setelah mereka digari, selain dari dipukul dan disepak secara betubi-tubi oleh pihak keselamatan yang telah mengheret mereka yang sedang dalam proses bersurai.

Kita akur bahawa penahanan seseorang adalah di bawah bidang kuasa pihak polis, dengan merujuk kepada peruntukan tertentu. Tetapi tindakan memukul mereka yang berhimpun ini, apatah lagi yang sedang bersurai adalah salah dan sangat zalim sifatnya.  Bagaimana mungkin mereka yang dipanggil menyerah diri ini dapat dijamin keselamatan mereka dan tidak berdepan dengan kemungkinan tindakan kekerasan dan dipukul sekali lagi semasa siasatan dijalankan ?.

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS

Umno Seleweng Harta Rakyat; Guna Bas Kerajaan Angkut Peserta Himpunan

Posted: 14 May 2012 03:15 AM PDT

Skuad BO  


KUALA TERENGGANU - Umno negeri Terengganu telah menyalahgunakan berpuluh-puluh kenderaan kerajaan negeri Terengganu bagi mengangkut para peserta ke program sambutan ulangtahun 66 tahun penubuhan parti itu semalam di ibu negara Kuala Lumpur.

Ahli Jawatankauasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim kesal dengan tindakan parti itu yang sewenang-wenangnya menggunakan harta rakyat seolah-olah harta tersebut milik Umno.

Menurutnya, antara kenderaan tersebut adalah bas Jabatan hal Ehwal Agama Terengganu digunakan untuk mengangkut peserta yang terdiri daripada kalangan Pemuda Umno Batu Rakit.

Katanya, tindakan tersebut menunjukkan Exco Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan parti.

"Exco agama salah guna harta kerajaan, demi mencapai hasrat kononnya menghimpunkan 100,000  manusia di Stadium Bukit Jalil sempena sambutan 66 tahun Umno semalam,

"Adun Batu Rakit (itu) menyalahgunakan bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk mengangkut pemuda-pemuda dari kawasan yang diwakilinya"ujarnya ketika menghubungi Buletinonline.

Beliau yang juga Naib Yang DiPertua PAS Setiu berkata, Khazan yang juga pimpinan Umno Setiu sebagaimana biasa menyalah gunakan harta kerajaan.

Beliau berkata, bas tersebut telah dikesan di sekitar Pusat Dagagan Dunia Putra (Putra World Trade Centre – PWTC) pada Jumaat  11 Mei.

Menurutnya, perkara yang sama turut dikesan di beberapa buah hotel disekitar ibu Negara dimana beliau mendapati banyak kenderaan-kenderaan milik beberapa Jabatan Kerajaan Negeri Terengganu yang disalahgunakan.

Justeru beliau menggesa kerajaan mendedahkan kepada rakyat kaedah dan peruntukan mana yang membolehkan kenderaan kerajaan boleh dimanipulasi untuk meramaikan manusia ke program Umno.

Katanya, Umno juga perlu memperincikan sumber pendapatan mana yang digunakan menyewa beratus-ratus bas swasta bagi tujuan yang sama.

Parlimen Tidak Dibubar Kerana UBN Belum Selamat

Posted: 14 May 2012 03:11 AM PDT

MSO


Sejak semalam hingga ke malam tadi ramai yang gelisah kerana menanti berita perdana menteri menghadap Perdana Menteri. Teta-teki itu menyebabkan ada yang tidak lena tidur, dan bakal calon pula menghitung-hitung apakah wang untuk digunakan bertanding dalam pilihan raya cukup atau tidak. Lengah butir-buir atau otak kakulator mengira wang para ahli poltik.

Sejak semalam lagi ramai yang menanti berita yang kesekian lama diunggu itu. Ia menjadi memuncak apabila Najib yang teruja dengan orang ramai yang datang ke majlis hari ulang tahun Umno 66 di Bukit Jalil bergurau dan menyebut "rasa-rasanya eosk nak menghadap Agong" apabila melihat lebh 65,000 hadir.

Orang ramai yang sudah terlalu kagen dengan pilihan raya mengambil kira gurauan Najib itu sebagai serius.

Walaupun kedatangan itu kurang separuh dari sepatutnya, tetapi Najib sudah merasa gemuruh kerana dia tidak pernah melihat orang seramai itu dalam himpunan yang mana dia menjadi hos. Angka-angka yang dilaporan sebelum ini adalah angka untuk menyedapkan hati.

Mungkin kerana seronok dan merasakan Najib dan BN sudah kembali mendapat sokongan rakyat maka beliau memberi gambaran untuk membubar dewan kerana mengambil kira sokongan itu. Kerana itulah orang ramai menanti dari petang membawa ke pagi sehinggalah ke hari ini. Ternyata Najib tidak pun menghadap Agong sebaliknya dia sudah terbang ke London malam tadi.

Katanya Najib membawa beberapa orang kuat dalam rombongan itu. Yang pasti ada sama ialah Pengerusi Felda yang menjadi persoalan, Mohd Isa Samad. Pemergian Isa bersama Najib mungkin ada kena mengena dengan cadangan penyenaraian Felda Global Venture Holdings Berhad dalam masa terdekat ini. Isa kena pastikan penyenaraian FGVHB berjalan lancar dan apabila disenaraikan sahamnya naik melebihi 500% kalau tidak naas.

Mulai lewat malam tadi habislah angan-anagn orang ramai untuk mendengar berita Najib menghadap Agong. Ini bermakna tanpa adanya PM menghadap Agong bermakna parlimen tidak akan dibubarkan lagi.

Saya sendiri sudah mengira walaupun Najib memberi gambaran dewan akan dibubarkan dalam sebulan dua ini, tetapi bukan untuk bulan Mei ini. Mei adalah bulan-bulan akhir sebelum Najib bubarkan parlimen. Jadi dia harus kena pasti sebelum bubar UBN dalam keadaan selamat.

Formula biasa digunakan Mahathir semasa beliau menjadi dewa menentu tarikh pilihan raya, dia tidak akan buat selagi UBN tidak mendapat 2/3 kerusi, iaini kira-kira 148 kerusi. Setelah memastikan UBN telah selamat dengan kerusi sejumlah itu barulah Mahathir menghadap Agong memohon perkenaan dan menasihatkan Agong membubar parlimen.

Apabila Najib tidak mengadahap Agong ini bermakna Najib belum yakin kedudukan UBN sudah selamat. Najib kena pastikan UBN sudah mendapat 148 kerusi barulah parlimen sesuai dibubarkan. Dari berbagai sumber menyebut kedudukan kerusi selamat bagi UBN ketika ini ialah 90 kerusi di mana kurang separuh dari itu untuk meletakkan UBN dalam keadaan selesai memiliki 150 kerusi.

Sementara pihak pembangkan pula kini dikatakan mempunyai 55 kerusi selamat, di mana lebih separuh dari kerusi yang dimiliki UBN. Tetapi petunjuk itu tidak boleh dikira oleh UBN kerana yang penting UBN dapat mengesahkan 148 kerusi selamat telah ada.

Juster saya mengira Najib perlu berusaha keras lagi untuk mencapai kedudukan. Beliau juga tidak perlu kejar masa kerana masih ada setahun. Tetapi kalau Najib dan pakar-pakar strategis dan pilihan raya UBN mengira lagi lama Najib menunggu keadaanya lagi parah, ada kemungkinan dalam situasi tidak kondusif begini juga Najib akan meminta Agong bubar dewan.

Kata orang daripada kalah lebih besar baik menang walaupun tidak mendapat majoriti dua pertiga.

Pakatan Rakyat tidak boikot PRU13: Saifuddin

Posted: 13 May 2012 11:15 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Datuk Saifuddin Nasution Ismail
 
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
 
 
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada bila-bila masa dan tidak akan memboikotnya walaupun diadakan dalam waktu terdekat.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua jenteranya sudah lama membuat persiapan untuk bertanding dalam PRU13.

Menurutnya, PKR khususnya dan PR amnya, akur dengan tarikh PRU13 walaupun mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum telus dalam menjalankan tugas mereka sebagai badan berkecuali.

Katanya, PKR tidak akan membiarkan calon-calon Barisan Nasional (BN) menang tanpa bertanding.

"Rakyat sudah tahu keadaan politik di negara ini. Jadi untuk mengurangkan mudaratnya institusi politik itu, PKR sudah siap sedia dan hanya menunggu tarikh yang akan diumumkan.

"Jika ditakdirkan PRU13 diadakan esok, kami tidak gentar," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jelasnya, dalam apa juga keadaan, PKR tidak akan tunduk kepada permainan politik BN dan berharap rakyat menerima perubahan.

Sinar Harian semalam melaporkan, ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan ulang tahun Umno ke-66, menimbulkan cakap-cakap kemungkinan Najib akan bertemu Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada masa terdekat untuk mendapatkan perkenan baginda bagi membubarkan Parlimen.

Azmin tegas, tiada pertandingan tiga penjuru

Posted: 13 May 2012 11:08 PM PDT


Timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata parti itu sudah selesai membuat rundingan dengan DAP dan PAS serta mengenalpasti calon untuk kawasan parlimen dan DUN.

Katanya, calon untuk beberapa kerusi tersebut masih perlu dirundingkan namun beliau yakin perkara ini dapat diselesaikan.

Tambahnya, butiran mengenai agihan kerusi itu akan diumumkan ketua umum PKR Datuk Ser Anwar Ibrahim dalam sedikit masa lagi.

Azmin bagaimanapun enggan menyatakan sekiranya terdapat perkara mengejutkan dalam senarai calon yang akan diturunkan kali ini.

Pada 2008, PKR bertanding di empat kerusi parlimen dan 16 kerusi DUN – dan seterusnya menang kesemua kerusi parlimen berkenaan dan juga sembilan kerusi DUN.

Azmin juga tegas bahawa tiada pertandingan tiga penjuru akan berlaku dalam pilihan raya kali ini.

Meja bulat sokong tuntutan BERSIH 3.0, wacana Najib-Anwar

Posted: 13 May 2012 11:07 PM PDT

MALAYSIA KINI
Sidang meja bulat 'BERSIH 3.0 dan Masa Depan Malaysia' berakhir dengan resolusi termasuk menyokong penuh lapan tuntutan BERSIH 3.0 dan wacana terbuka di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

Sidang meja bulat yang dianjurkan oleh Institut Forum Siswa (i-FORSIS) kelmarin menghasilkan sebelas resolusi bagi meningkatan kesedaran dan penyertaan mahasiswa dalam agenda pembangunan masa depan negara serta menentukan halatuju dan jalan penyelesaian alternatif terhadap sesuatu masalah atau isu yang berlaku.

Dalam satu kenyataan semalam, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis),  Akram Ikrami Taib Azamudden menegaskan mengenai keperluan berkongsi platform serta membina kefahaman di kalangan aktivis gerakan mahasiswa berhubung isu-isu penting dalam negara.

Katanya, dalam resolusi yang diluluskan dalam sidang meja bulat itu, pimpinan gerakan mahasiswa, menuntut dan mencadangkan kepada pihak yang berkenaan, supaya:
  • Menghidupkan dan menyuburkan semula 'Speaker Corner', dialog bebas dan program baktisiswa bagi meningkatkan nilai idealisme dan aktivisme mahasiswa serta partisipasi dalam menunaikan tanggungjawab terhadap masyarakat.  
  • Meneruskan kebersamaan gerakan mahasiswa untuk mengadakan perbincangan bagi mencari kata sepakat dan jalan penyelesaian terhadap pelbagai masalah dan isu yang melanda rakyat Malaysia dan umat Islam.
  •  Meningkatkan nilai kematangan dalam isu-isu semasa, masyarakat dan ummah, selaras dengan tahap keintelektualan sebagai seorang yang terpelajar.
  • Memberi dan meningkatkan kesedaran mahasiswa tentang tanggungjawab sebagai pembela masyarakat dan jurubicara ummah.
  • Menyokong penuh lapan (8) tuntutan BERSIH 3.0 dan menuntut pihak SPR dan kerajaan melaksanakannya sebelum diadakan Pilihanraya Umum ke-13.
  • Menyeru ahli politik dalam negara meningkatkan kematangan berpolitik dengan meningkatkan kewibawaan masing-masing pada kaca mata rakyat dan tidak menggunakan politik kotor.
  • Kesepakatan atas agenda Islam mestilah diutamakan melebihi sentimen politik kepartian.
  • Memberi fokus kepada pembangunan jati diri Islam kepada mahasiswa.
  • Menolak sebarang bentuk pemikiran dan tindakan yang di luar batasan syarak.
  • Menyeru gerakan mahasiswa dan mahasiswa untuk mengemukakan alternatif atau cadangan tambahan terhadap bantahan atau sokongan yang dibuat terhadap pelbagai pihak.
  • Mengadakan wacana terbuka di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

"Dengan ini kami berikrar, untuk meneruskan momentum membela dan memperjuangkan nilai-nilai kebenaran dan keadilan yang dituntut oleh Islam demi masa depan Malaysia yang lebih cemerlang dan dirahmati Allah," katanya.

Menurutnya, resolusi tersebut dipersetuju sebulat suara oleh wakil-wakil dari PKPIM pusat, PKPIM UIAM, JK Informasi & Maklumat PEMBINA pusat, PEMBINA UIAM, GAMIS, SIGMA-GAMIS, KARISMA Daerah Gombak, GPMS UIAM dan Ma'ruf Club UIAM.

Mat Sabu: Sejuta akan sertai Bersih 4.0

Posted: 13 May 2012 11:05 PM PDT

Jamilah Hamzah dan Fakhrurrazi Usuldin

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu
 
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu
 
 
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mendedahkan rancangan pihaknya akan melancarkan Bersih 4.0 jika sistem pilihan raya masih memperlihatkan kepincangan dan dijangka bakal dihadiri hampir sejuta peserta.

Bersih 3.0 diadakan 28 April lalu dengan kehadiran dikatakan antara 80,000 hingga 200,000. Tiada angka rasmi. Bersih 2.0 diadakan Julai lalu mananakala Bersih pada 2007.

"Pelajar yang turun dalam perhimpunan Bersih 3.0 telah tunjukkan rasa marah terhadap pemerintah yang biarkan mereka tanggung hutang sebelum mendapatkan pekerjaan," katanya lagi.

Kebangkitan anak muda yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi dalam memperjuangkan hak melalui beberapa pertubuhan telah mendapat sokongan banyak pihak.

Beliau yang popular dengan panggilan "Mat Sabu" melahirkan pendirian itu pada majlis Himpunan Pekerja bertemakan "Menjulang Martabat Pekerja" di Stadium Malawati di sini, malam tadi.

Dua hari lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga melahirkan pandangan yang sama bahawa pihaknya akan mengadakan perhimpunan Bersih 4.0.

Dalam pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyarankan supaya wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu dipelawa membuat siasatan terhadap kekecohan yang berlaku ketika Bersih 3.0.

Katanya, pihaknya tidak mahu seorang bekas pegawai tertinggi polis mengetuai Panel Penasihat Khas yang dibentuk kerajaan minggu lalu.

"Rakyat tak bersetuju (bekas Ketua Polis Negara) Tun Hanif 0mar menjadi ketua siasatan (Panel Penasihat) bagi Bersih 3.0, kita mahu orang yang bebas daripada mana-mana parti dan mempunyai kepentingan tertentu," katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan senarai enam ahli panel penasihat bebas yang dipengerusikan Hanif bagi menyiasat kejadian rusuhan ketika perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara 28 April lalu.

Dalam ucapannya, Kit Siang secara sinis mengatakan sama ada perhimpunan Umno boleh dibandingkan dan disamakan dengan perhimpunan Bersih 3.0.

"Pada 28 April lalu Bersih 3.0 dilihat satu sejarah bagi parti Pakatan Rakyat kerana dapat mengumpul kesemua rakyat tidak mengira kaum dari seluruh negara mengatasi hari ini (13 Mei) yang mencatat sejarah hitam kepada negara ekoran kejadian rusuhan kaum yang memuncak pada tahun 1969," tambah beliau merujuk kepada ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri, pada majlis sambutan ulang tahun Umno ke-66 pada Jumaat lalu.

Kanak-kanak maut terjatuh tingkat 13 pangsapuri

Posted: 13 May 2012 11:03 PM PDT

SINAR HARIAN

GEORGETOWN -  Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun maut apabila terjatuh dari tingkat 14, Pangsapuri Desa Mawar, Farlim di Ayer Itam di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata pada kejadian antara pukul 8 malam hingga 11.30 malam itu, mangsa dikatakan tinggal bersendirian di rumah milik datuknya.

"Kanak-kanak itu tinggal berdua dengan datuknya di rumah itu sejak lahir kerana kedua ibu bapanya telah bercerai dan ketika kejadian, datuknya tiada di rumah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, setakat ini polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah berhubung kejadian itu dan siasatan juga mendapati terdapat dua buah kerusi yang dibiarkan berada di balkoni rumah berkenaan.

Mayat kanak-kanak itu telah dihantar Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan siasatan awal mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut. - Bernama

Ulama Muda Umno sedia terima muzakarah dengan Pas

Posted: 13 May 2012 11:02 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya
 
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya
 
 
SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya bersedia bermuzakarah dengan Pas berhubung isu kepentingan Islam dan Melayu.

Bagaimanapun, beliau meletakkan garis panduan supaya sesi muzakarah itu mencapai objektif dalam usaha menegakkan syiar Islam.

"Topik yang hendak dibincangkan perlu jelas dan ada hala tuju, moderator kena adil dan tidak ada kecenderungan untuk dipengaruhi mana-mana pihak, tempat untuk muzakarah yang dipilih hendaklah dipersetujui bersama serta mesti menjaga adab dan etika," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau menegaskan perbincangan mesti dilaksanakan dengan ilmiah, bukan secara emosi dan sanggup menerima kebenaran yang berasaskan kepada al-Quran dan Sunnah, selari dengan petunjuk Nabi Muhammad SAW dan sahabat baginda.

"Perbincangan dilakukan adalah untuk menegakkan Islam, bukan untuk agenda parti atau tokoh tertentu dan kita tidak mahu perbincangan itu tidak memberi manfaat," katanya.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman pula menyifatkan perbincangan sesama Islam satu perkara baik bagi kekuatan dan kepentingan ummah.

Sehubungan itu, beliau menyarankan muzakarah itu wajar diadakan bersama Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kerana ia lebih telus, memandangkan ia tidak cenderung kepada mana-mana pihak.

"Saya dapat tahu muzakarah ini cadangan daripada Pas sendiri dan mereka ada suarakan hasrat bagi berjumpa dengan saya berhubung muzakarah ini. Saya sambut baik perkara ini, tetapi perlu tengok kepada keadaan dan tarikh yang sesuai," katanya.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula berkata, beliau rasa tidak perlu beliau bermuzakarah dengan Pas kerana kini jelas tindakan Pas telah lari daripada perjuangan asal.

"Cuba kita tengok, Himpunan Sejuta Umat untuk selamatkan akidah umat Islam, Pas halang orang-orang mereka untuk terlibat sama.

"Saya rasa, saya tidak payah bermuzakarah dengan mereka, terpulang kalau ada orang Umno atau sesiapa sahaja mahu bermuzakarah dengan mereka," katanya.

Bekas askar lumpuh rayu dibayar pencen

Posted: 13 May 2012 10:59 PM PDT

MALAYSIA KINI
Bekas anggota tentera Mokhtar Saari, 54, yang ditamatkan perkhidmatan 10 tahun lepas kerana menghidap sakit buah pinggang merayu kepada Kementerian Pertahanan agar pencennya dibayar.
  
Beliau yang juga mengalami reput tulang daripada pangkal paha sejak lima tahun lepas, berkata perkhidmatannya sebagai Askar Wataniah (AW) hanya selama 19 tahun iaitu kurang dua tahun untuk melayakkan beliau menerima pencen.
  
"Semasa bertugas dengan pasukan 503 AW di Ipoh, saya diberikan tugas ringan lebih setahun kerana mengalami sakit buah pinggang dan disebabkan sering  mendapatkan rawatan kesihatan, perkhidmatan saya sebagai prebet ditamatkan pada 1992.
  
"Doktor yang merawat memperakui saya tidak sihat untuk meneruskan khidmat namun Lembaga Majlis Angkatan Tentera tidak memperakui laporan perubatan yang dikemukakan menyebabkan saya tidak dibayar pencen," katanya dalam nada pilu semasa menceritakan nasibnya kepada Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah, Datuk Abdul Mutholib Harun, yang mengunjungi beliau, hari ini.
  
Turut hadir Ketua Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Bahagian Kuala Kedah, Che Fadzil Ahmad.

Beliau yang tinggal bersama isteri, Raudzoh Said, 54, serta seorang anak terencat akal berumur 25 tahun di nombor 559, Taman Seri Abadi, Jalan Kuala Kedah di sini, sedih kerana rayuannya untuk mendapatkan pencen ditolak oleh Kementerian Pertahanan.
  
Raudzoh berkata suaminya perlu mendapatkan rawatan buah pinggang dan pemeriksaan tulang tiga kali seminggu di Hospital Sultanah Bahiyah dan kos perbelanjaan ubat-ubatan antara RM100 dan RM200 setiap bulan.
  
Katanya disebabkan kesempitan wang, mereka terpaksa menjual tanah milik suaminya lima tahun lepas dan memperoleh RM60,000 yang digunakan bagi membayar rumah yang dibeli serta kos rawatan suaminya.
  
"Persatuan Bekas Tentera Malaysia menyumbang RM100 sebulan. Saya terpaksa mengambil upah menjahit baju bagi menampung perbelanjaan. Bantuan lain tidak dapat. Cukai pintu dan tanah rumah ini berjumlah RM2,400 masih tidak dapat dibayar.
  
"Saya dan suami sangat berterima kasih dikunjungi Datuk Abdul Mutholib yang menghulurkan bantuan dan berdoa kepada rakyat Malaysia yang dikenali sebagai pemurah supaya sudi memberikan sumbangan atau bantuan," kata Raudzoh.
  
Sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun Mokhtar Saari di Bank Simpanan Nasional di nombor 02110-29-00009461-5 atau hubungi 04-7714152.
  
Abdul Mutholib berkata beliau akan mengemukakan kes Mokhtar kepada Kementerian Pertahanan serta membantu beliau mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  
"Ini merupakan program kunjungan mesra Umno Kuala Kedah atas arahan Ketua Bahagian (Datuk Latt Shariman Abdullah) bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengesan bekas-bekas tentera yang hidup dalam keuzuran atau menghadapi masalah.
  
"Nasib bekas pejuang negara sewajarnya dibela dan tidak boleh disisihkan setelah khidmat mereka tidak diperlukan lagi. Umno Kuala Kedah akan terus menjejaki beberapa lagi bekas anggota tentera dalam bahagian Kuala Kedah yang perlu dibela," kata Abdul Mutholib.
  
Dalam kunjungan itu, beliau menyampaikan sumbangan berupa wang dan beras kepada keluarga Mokhtar.- Bernama

Isu akaun NFC: Bekas kerani bank dakwa ditekan

Posted: 13 May 2012 10:58 PM PDT


Seorang bekas kerani Public Bank mendakwa ditekan oleh bekas majikannya itu yang menjalankan siasatan ke atasnya berhubung dakwaan bahawa beliau membocorkan butiran akaun pengarah National Feedlot Corporation kepada PKR.

Johari Mohamad, mendakwa beliau disoal siasat oleh pegawai Public Bank dan Bank Negara selama lebih seminggu sebelum diberikan surat tunjuk sebab berhubung dakwaan tersebut.

NONEJohari (tengah) berkata beliau kemudiannya meletak jawatan pada 2 Mei lalu atas alasan tidak tahan dengan tindakan berkenaan.

"Saya telah melalui proses siasatan dalaman di Public Bank. Akibat tekanan di tempat kerja dan pelbagai tindakan yang diambil terhadap saya, saya telah membuat keputusan untuk berhenti kerja.

"Saya telah pun menyerahkan surat perletakan jawatan ekoran aduan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail," katanya.

Dalam notis perbicaraan dalaman itu, Johari didakwa mendedahkan maklumat dan dokumen antaranya berkaitan NFC, Mohamad Salleh serta National Meat and Livestock Coorporatian, kepada pihak ketiga.

Surat daripada majikannya itu, yang diterima pada 24 April lalu, mendakwa beliau "melanggar tatacara dan displin tempat kerja" berikutan satu aduan yang dibuat oleh Mohamad Salleh mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989.

Ketika ditanya, Johari bagaimanapun enggan menjelaskan sama ada beliau benar-benar mendedahkan maklumat perbankan itu kepada PKR.

"Saya tak tahu (I have no idea)," katanya dalam sidang media bersama naib presiden PKR N Surendran dan pengarah strategi parti itu Rafizi Ramli hari ini.

Johari turut ditanya sama beliau boleh mengakses maklumat dan dokumen bank seperti yang dinyatakan dalam notis perbicaraan dalaman tersebut.
"Saya (hanya) sebagai kerani bank, saya tak boleh akses lebih daripada itu," katanya yang berkhidmat 17 tahun di bank tersebut.

Jawapannya itu disambut Surendran yang berkata siasatan ke atas Johari masih berlangsung dan pihaknya tidak mahu menimbulkan prejudis ke atas perkara itu.

Difahamkan, Johari bersama peguam akan hadir ke Bank Negara petang ini untuk memberi keterangan lanjut.

Ceramah pembohongan Umno dijerkah DS Nizar

Posted: 13 May 2012 10:51 PM PDT

http://ajijoi.blogspot.com/,



Melalui laman twitternya, Dato Seri Nizar Jamaluddin mendedahkan bagaimana beliau duduk dimeja utama ceramah anjuran Umno yang bertajuk 'Nizar pembohong bersiri'.

Ceramah tersebut yang diadakan berhampiran dengan ceramah Pakatan Rakyat di Tualang Sekah, Kampar.

Sebelum tiba gilirannya untuk berceramah, DS Nizar telah berkunjung ke tempat ceramah Umno, lalu duduk dimeja utama penceramah. Turut berada dimeja utama tersebut adalah Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man.

Melihatkan kelibat DS Nizar yang duduk di meja utama, mereka begitu terkejut, panik dan pucat, terketar-ketar menuturkan kata. Hanafiah Man yang sedang asyik menghentam DS Nizar terus menukar topiknya kepada Ambiga dan DS Anwar Ibrahim.

Kebanyakan yang hadir diceramah tersebut adalah orang-orang Kampar yang begitu mengenali DS Nizar serta keluarganya. Manakala yang datang berceramah menghentam beliau adalah orang luar.

Dengan kehadiran DS Nizar di situ, terserlahlah siapa pembohong bersiri yang sebenar-benarnya.

Tahniah buat DS Nizar yang berani datang secara berdepan, bukan seperti penceramah Umno yang hanya berani melalak dari jauh menggunakan kekuatan speaker semata.

Suhakam dengar dakwaan LPKP ceroboh tanah

Posted: 13 May 2012 10:49 PM PDT

Suhakam,


TEMERLOH: Pendengaran Awam Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asli bagi Negeri Pahang bermula semalam dengan mendengar dakwaan pengadu dari Kampung Sungai Mengkapor.

Fatimah a/p Bah Sin yang merupakan ahli Jawatankuasa Bertindak Kampung mengemukakan dakwaan pencerobohan tanah di hadapan panel.

Menurutnya, keluasan kampung itu belum lagi diketahui kerana pihaknya sendiri sedang menjalankan kerja-kerja mengukur sempadan kawasan.

Demikian dinyatakan pada Sesi Pendengaran Awam Inkuiri Nasional Ke Atas Hak Tanah Orang Asal/Asli di Malaysia (NI) yang berlangsung mulai semalam hingga 17 Mei di Dewan Jelawat, Hotel Seri Malaysia Temerloh bermula jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang.

Walau bagaimanapun penduduk kampung berpegang kepada konsep Wilayah Tanah Adat dan menggangap pencerobohan yang dilakukan oleh Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (LKPP) menyebabkan perkampungan mereka semakin mengecil.

Kampung Sungai Mengkapor yang terletak antara daerah Kuantan dan Maran didiami lebih kurang 300 orang penduduk bergantung hidup pada hasil hutan.

Penduduk tidak dimaklumkan dan tiada perbincangan berkenaan sebarang aktiviti yang dijalankan dalam kawasan tersebut.

Penduduk hanya menyedari berlakunya pencerobohan apabila ternampak kerja-kerja membersihkan kawasan hutan untuk penanaman kelapa sawit.

Kesannya adalah beberapa pokok getah, kebun, belukar serta kawasan kubur musnah.

Berikutan itu satu laporan polis telah dibuat.

Menurut Fatimah lagi, aduan turut dibuat kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) tetapi hanya secara lisan tanpa melibatkan sebarang rekod dan dokumentasi antara kedua-dua pihak.

"Cuma apa yang pejabat tanah beri hanya 16 ekar sahaja untuk kawasan rumah dan kubur, yang lain adalah tanah kerajaan. Itupun tanpa hitam putih (tanpa dokumen pengesahan status tanah)," jelas Fatimah.

Pengurus Perancangan dan Hal Ehwal Korporat LKPP, Abd Rahim Abdullah mengatakan bahawa tuduhan terhadap LKPP menceroboh tanah Orang Asli adalah tidak benar.

Menjelaskan mengenai latar belakang organisasi, LKPP adalah sebuah badan kerajaan yang ditubuhkan pada 1971 bertujuan membangunkan sektor pertanian di Negeri Pahang.

Buat masa ini LKPP memiliki beberapa kawasan untuk penanaman kelapa sawit terutamanya dan juga terlibat dalam membangunkan ladang-ladang sosial.

Abd Rahim ketika membacakan kronologi pembangunan LKPP menerangkan bermula 1 April 2009, kerajaan negeri telah membuat keputusan terhadap cadangan FELCRA untuk memajukan tanah-tanah di Negeri Pahang seluas 3,166.89 ekar melibatkan daerah Rompin, Bera, Kuala Lipis, Maran, Kuantan dan Jerantut.

Manakala pada 23 Disember 2009, melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang telah bersetuju meluluskan secara dasar kawasan seluas 430.3 hektar kepada LKPP untuk dibangunkan sebagai ladang rakyat.

"Dalam hal ini LKPP diamanahkan untuk penanaman kelapa sawit dan keuntungan akan diagihkan kepada rakyat termiskin di Negeri Pahang," jelas Abd Rahim.

Berdasarkan aduan pengadu, dakwaan tersebut banyak melibatkan daerah Kuantan sedangkan menurut Abd Rahim, LKPP membangunkan tanah dalam kawasan Maran.

Menurutnya lagi, dakwaan berkenaan aktiviti pembalakan adalah melibatkan kawasan dalam anggaran seluas 20 hektar dan bukannya secara keseluruhan atas tanah yang diluluskan kepada LKPP.

Inisiatif juga diambil oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Maran setelah penguatkuasaan dan pemantauan dibuat meminta agar LKPP memajukan kawasan tersebut untuk mengelakkan berlakunya sebarang penerokaan haram oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab termasuklah penduduk kampung yang terdiri daripada bukan sahaja Orang Asli tetapi juga penduduk Melayu dan Cina.

Mengenai isu dakwaan kubur dimusnahkan akibat daripada kerja-kerja membersihkan kawasan Abd Rahim menjelaskan, setakat ini mengikut pengurus ladang tiada kubur di kawasan tersebut.

Abd Rahim turut meminta agar ahli panel mendapatkan penjelasan lanjut daripada PDT berkenaan penguatkuasaan yang dijalankan terhadap aktiviti penerokaan haram kerana sebagai agensi pelaksana LKPP hanya bertindak untuk menjalankan aktiviti pembangunan kawasan melibatkan penanaman dan peyelenggaraan kelapa sawit.

Merujuk kepada dakwaan pencerobohan tanah seluas 16 ekar oleh pengadu, Abd Rahim menjawab, "tanaman yang jelas kelihatan seperti pokok getah, kita tidak usik pun walaupun tanah tu dah mendapat kelulusan PDT untuk kami bangunkan dan tertakluk di bawah kelulusan sebanyak 430.3 hektar, tanah pula diterokai (diusahakan pelbagai tanaman dan aktiviti) oleh orang Melayu dan Cina secara haram (tanpa kebenaran PDT) tetapi tanah Orang Asli dalam 16 ekar dan terdapat kebun mereka kami keluarkan (tidak dibangunkan oleh LKPP).

"Persempadanan semula kawasan serta kosnya ditanggung oleh LKPP," ujarnya.

Tiada ulasan: