Kerabu Bersuara ® |
- Kenyataan Dangkal Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor
- Kenyataan Maaf Secara Terbuka David Teo Berkaitan Isu Arwah Bob Kuman
- Kisah Syarip Dol Samseng Kg Dusun Oleh Tuan Ibrahim. Sila Baca
- Video Menyentuh Perasaan: BERSIH 3.0: Pemerintah vs Rakyat
Kenyataan Dangkal Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor Posted: 09 May 2012 05:38 AM PDT 9 May 2012 |
Kenyataan Maaf Secara Terbuka David Teo Berkaitan Isu Arwah Bob Kuman Posted: 08 May 2012 09:05 PM PDT Salam takziah saya buat seluruh keluarga dan sahabat handai arwah Bob Kuman (Husni Bin Mohd. Rawi). Pemergian beliau sememangnya satu kehilangan buat industri hiburan Malaysia. Saya sendiri terkejut apabila mendengar berita pemergian beliau namun kita sebagai manusia harus redha dengan segala ketentuan Tuhan. Allahyarham sebelum ini banyak terlibat dalam produksi saya & beliau sangat komited dengan segala kerja yang dilakukannya. Saya juga sangat menghormati beliau sebagai sahabat dan rakan kerja yang sama sama bekerja dalam industri. Di kesempatan ini, saya dari lubuk hati yang dalam memohon maaf daripada keluarga Allahyarham sekiranya ada kata-kata atau tindakan saya yang menyinggung perasaan mereka. Bukanlah niat saya untuk mencetuskan sebarang kontroversi. Saya sedar kata-kata saya dalam rancangan Melodi bertarikh 22 April 2012 saya ada menyebut tentang sumbangan yang telah saya beri di Hospital Tawakal pada tahun 2010 yang lalu semasa beliau sakit. Dalam kenyataan itu, saya ada menyebut "jika Bob Kuman perlukan sumbangan lebih, saya boleh sedekah". Di sini saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan ini dikeluarkan semasa Arwah masih hidup, BUKANNYA setelah beliau meninggal. Penggunaan perkataan "sedekah" yang saya maksudkan adalah "derma atau sumbangan". Apa yang saya faham, "sedekah" bukanlah sesuatu yang hina. Selalu kita dengar "senyum adalah satu sedekah" dan "sedekahkan al-Fatihah" jika ada orang meninggal dunia. Saya anggap perkataan ini sesuatu yang suci tetapi mungkin saya tersalah tafsir. Saya sedar kata-kata saya ini telah menyinggung perasaan keluarga dan sebilangan masyarakat terutamanya peminat dan penyokong Arwah Bob Kuman. Percayalah, demi Tuhan saya langsung tidak terlintas niat di hati untuk menyakitkan hati mana-mana pihak sedangkan beliau telah saya anggap sebagai sahabat baik saya. Saya sekali lagi memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas kertelanjuran saya. Saya bukanlah insan sempurna yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Pengalaman ini akan saya jadikan pedoman untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan lebih berhati-hati. Kepada semua rakan-rakan artis dan peminat, sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham di-sana. Diharapkan permohonan maaf ikhlas ini dapat diterima dengan hati yang ikhlas juga. Ikhlas, David Teo |
Kisah Syarip Dol Samseng Kg Dusun Oleh Tuan Ibrahim. Sila Baca Posted: 08 May 2012 08:20 PM PDT Syarip Dol memang terkenal sebagai samseng Kg Dusun, selain dari kerja rompakan dan samun beliau juga adalah pembeli hasil sawit penduduk Kg Dusun. Oleh kerana tiada pembeli lain di kampung tersebut, maka penduduk mahu tak mahu terpaksa menjual juga hasil ladang mereka kepada Syarip Dol. tambahan pula beliau sering mengugut penduduk yang cuba menjual kepada peniaga lain. Namun kerana tidak mengetahui kadar perahan sebenar, maka penduduk hanya terima berapa sahaja kadar perahan yang diberitahu. Mereka rasa ok juga Syarip Dol kerana walaupun samseng tetapi ia masih membeli sawit penduduk kampung. Ada yang terfikir kalau Syarip Dol tak beli lagi nyanya. Hasil penipuan kadar perahan ini Syarip Dol berjaya mengumpul RM200,000 setahun. Ia hidup senang lenang hasil penipuan tersebut. Suatu hari penduduk diberitahu sebenarnya kadar perahan yang sepatut diberi jauh lebih tinggi dari yang mereka perolehi sebelum ini. Mereka mulai siasat dan ternyata betul laporan tersebut. Ini menyebabkan ada di kalangan penduduk Kg Dusun mulai merancang untuk menjual kepada kilang lain, yang akan membayar lebih tinggi dan kebajikan lebih baik. Berita ini membimbangkan Syarip Dol menyebabkan ia mulai memikir bagaimana untuk menghalang penduduk Kg Dusun dari menjual ke kilang lain. Lalu ia kumpulkan penduduk Kg kononnya untuk memberi anugerah jasamu dikenang. Syarip Dol fikir dari RM200,000 yang berjaya dikumpul selama setahun, hasil penipuan perahan, apa salahnya kalau diberi RM100,000 kepada penduduk Kg Dusun. Aku masih ada RM100,000 lagi. Apa yang penting penduduk tidak menjual kepada kilang lain. Maka diadakan majlis anugerah, diwar war seluruh Kg Dusun Syarip Dol nak anugerah wang kepada semua penduduk Kampung. Pada hari dijanjikan itu, ia mulai mengangkut penduduk kampung, tua muda, lelaki perempuan, melayu, cina, asli, dijamu dengan nasi bungkus dan disediakan pasukan nyanyian, kompang bagi memeriahkan majlis anugerah hasil rompakan dan penipuan dari penduduk Kg Dusun.Sarip Dol cukup seronok bila penduduk Kg keluar beramai ramai, ada yang bertempik hidup Syarip Dol, Hidup Syarip Dol. ia tersenyum lebar. Penduduk mula terngaga bila Sarip Dol menceritakan pengorbanannya selama ini, dan ingatkan penduduk agar kenang jasa dia. Maka sampai masa dinanti nanti Syarip Dol umumkan durian runtuh RM100,000 akan berikan kepada penduduk Kg Dusun lelaki perempaun, dan anak anak. Lalu bertempik soraklah penduduk kg, ada yang pengsan terkejut, ada yang selak tak terkata, ada yang menangis kesyukuran, ada yang mengiling kepala tak percaya Syarip Dol baik sunggguh. Lalu bergemalah ucapan hidup Syarip Dol, Hidup Syarip Dol. lalu syarip Dol dengan lantang bertanya penduduk Kg Dusun, apakah tuan tuan nak jual di kilang lain lepas ini.... Serentak jawapan tidak. Tidak kami sokong Syarip Dol. mendengarkan kata kata itu, Syarip Dol tersenyum puas hati. Walaupun hakikat apa yang diberi hanyalah hasil penipuan kadar perahan, perahan keringat penduduk kampung, hasil penipuan yang dikembalikan kepada mereka semula. Syarip Dol kagum bila ada seorang tua berkata mana nak cari tokeh baik macam Syarip Dol di dunia ni..... Sekadar renunangan untuk senyuman pagi. http://www.facebook.com/ustaztitm/posts/402677006439312 |
Video Menyentuh Perasaan: BERSIH 3.0: Pemerintah vs Rakyat Posted: 08 May 2012 07:32 PM PDT Rakyat Bangkit untuk menegakkan keadilan dalam sistem pilihanraya |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan