DUNIACACAMARBA |
- [PANAS] Polis Didakwa Tangkap Wartawan Akhbar Indonesia Siasat Skandal Jual Organ
- Warga Asing Dakwa Dibelasah Pengawal Kerabat Diraja Malaysia
- Fitnah Akhbar UMNO Kaitkan Siswa dengan Keganasan Semasa BERSIH 3.0
- [PANAS] Zuraida Akan Bawa Saksi Skandal Shafie-Zahida Temui Media 15 Mei
- [Video] Bayi Didera dengan Kejam...Lega Apabila Membaca...
- [Gambar] Antara Bukti Daftar Pemilih Malaysia "Terbersih" di Dunia
- Mahu Terjun Jambatan Kerana Putus Cinta
- [Video] Anda Bosan, Anda Mengantuk? Sila Tonton Video LAWAK Ini!
- [Video] Mari Tonton Najib Memaki HARAM JADAH kepada Pembangkang/Peneroka, Label Peneroka Tidak Sertai FGVHB Sebagai PENGKHIANAT
- [Wajib Baca] Dari Mana Sumber Wang Felda Beri Durian Runtuh? Siapa yang UNTUNG BESAR Hasil FGVHB ?
- [Rugi Tidak Baca] Hassan Ali Kemuka Teori "Drama Minggu Ini" tentang Saksi Kes Murtad yang Disensasikannya
- [PANAS-Wajib Baca] Peneroka FELDA TERTIPU Lagi? Mengapa? Baca!
- 40 558 Pengundi Diragui Status Disahkan oleh JPN,
[PANAS] Polis Didakwa Tangkap Wartawan Akhbar Indonesia Siasat Skandal Jual Organ Posted: 09 May 2012 09:06 AM PDT | ||
Warga Asing Dakwa Dibelasah Pengawal Kerabat Diraja Malaysia Posted: 09 May 2012 08:00 AM PDT | ||
Fitnah Akhbar UMNO Kaitkan Siswa dengan Keganasan Semasa BERSIH 3.0 Posted: 09 May 2012 07:22 AM PDT
Budak sekolah pun mampu mengesahkan bahawa individu dalam keratan akhbar di atas adalah dua individu yang berbeza. Bagi yang tidak membaca tentang hal ini, individu yang menendang polis itu disebut-sebut sebagai SB yang menyamar sebagai peserta BERSIH 3.0 oleh Fbooker dan jurublog. Adakah mata editor dan wartawan di Kosmo dan Utusan sudah buta, juling? Oleh sebab kemaruk sangat menjilat BN, aktivis pelajar, Khalid Ismath, yang didakwa menendang seorang anggota polis trafik ketika perhimpunan BERSIH 3.0 akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! berhubung tuduhan tersebut. Bagus! Saman sampai bankrap! | ||
[PANAS] Zuraida Akan Bawa Saksi Skandal Shafie-Zahida Temui Media 15 Mei Posted: 09 May 2012 06:36 AM PDT [KD] KUALA LUMPUR 9 Mei: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, saksi utama skandal Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan pelakon terkenal, Zahida Rafik akan dibawa kepada media, Selasa depan. "Kami (KEADILAN) akan tampilkan saksi utama, Noor Azman Azemi, 38, bekas pemandu peribadi Zahida kepada media minggu depan. "Selepas itu, laporan akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat wang sejumlah RM1.5 juta yang diberi Shafie kepada beliau," katanya kepada Keadilan Daily. Ahli Parlimen Ampang itu berkata, bukti-bukti baru juga akan terus didedahkan, walaupun Zahida bertindak membawa kes itu ke mahkamah. "Saya ingin tegaskan, bukan Zahida yang menjadi sasaran, tetapi sumber RM1.5 juta dari Shafie yang dipersoalkan," tegasnya. 18 April lalu, Zuraida mendedahkan Shafie memberikan hampir RM1.5 juta kepada Zahida dalam tempoh empat bulan. Transaksi itu berlaku pada Oktober 2011 iaitu RM36,000 dan RM26,000, November 2011 (RM118,000), Disember (RM333,000) dan Januari 2012 (RM510,000) Beliau turut mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM4 juta. Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan Zahida kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya. Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara. P/s: Senyap sunyi Zahida dan Shafie. | ||
[Video] Bayi Didera dengan Kejam...Lega Apabila Membaca... Posted: 09 May 2012 05:00 AM PDT Saya tidak sanggup menonton sehingga klip video di atas tamat. Saya hanya menontonnya beberapa saat. Perilaku wanita yang dikatakan ibu bayi itu memang kejam dan tidak berhati perut. Kalau ikut bahasa yang lazim saya gunakan, perangainya memang LAHANAT! Namun, rasa geram dan marah itu beransur lega apabila membaca komen seorang penonton video itu. Katanya: Kpd semua penonton,sy telah pun membuat Report Di Balai Polis Kelana jaya & telah disahkan oleh Pegawai Polis yg bertugas bahawa kes ini telah pun dibawa ke permukaan pengadilan.Perempuan durjana itu pun telah dijatuhkan hukuman penjara,malah budak berkenaan telah di masukkan kedlm pusat kebajikan Malaysia..AlhamduLiLLah Lega rasa hati bila dengar berita ini...Semoga budak itu membesar sprt anak2 orang lain & ibunya pula diberi hukuman setimpal & diberi petunjuk & Hidayah dari Allah S.W.T..Amin.- eidaman515 1 hour ago 19 Kemas Kini: Respons PDRM: | ||
[Gambar] Antara Bukti Daftar Pemilih Malaysia "Terbersih" di Dunia Posted: 09 May 2012 03:38 AM PDT
Wow, umur 159 tahun! Orang SPR akan cepat-cepat mendakwa kesalahan di atas kerana salah taip. Kalau begitu janganlah gatal mulut menegaskan Daftar Pemilih Malaysia terbersih di dunia! Cuba siasat, adakah wujud secara fizikal pengundi dengan nama dan nombor kad pengenalan di atas? Belum lagi kita sentuh puluhan pengundi berkongsi sebuah rumah. Hal ini diputar oleh KJ dan Kamalanathan dalam program Soal Jawab TV3 baru-baru ini sebagai isu pengundi berkongsi alamat kampung. Cerdik tetapi tidak bijak. Jika dipandang secara kasar, hujah yang dikemukakan oleh mereka memang boleh diterima akal penonton setia TV3. Namun, orang yang mengikuti isu ini tahu hal sebenar yang dibangkitkan oleh PR. Isu sebenar yang dibangkitkan ialah misteri pengundi yang didaftarkan pada alamat sebuah rumah. Maksudnya, pengundi pelbagai bangsa, agama, dan usia memiliki alamat rumah yang sama. Berdasarkan semakan yang dibuat sebelum ini, pihak PR mendapati 88 pengundi berjaya dikesan didaftarkan menggunakan alamat yang sama, iaitu No. 1155, Kampung Bagan Serai, Jalan Sembilang, Seberang Jaya, Permatang Pauh: 1 140707755111 L 1914 SHEIK DAWOOD S/O MOHAMMED GANI 1155 6 280702755029 L 1928 SINNAPPAN A/L MUNUSAMY 1155 7 281008075239 L 1928 NARAINA @ V.K VELOO A/L KALLIMUTHU 1155 24 360902025020 P 1936 MON BINTI YUSOF 1155 37 390601025104 P 1939 CHE GAYAH BINTI MAT DAUD 1155 40 400616085659 L 1940 CHE AHMAD BIN CHIK 1155 45 410210025022 P 1941 THANALECHEMY A/P SUBBAREDY 1155 67 431211085089 L 1943 MUNISAMY A/L MUNISAMY 1155 80 450915075026 P 1945 GOVINDAMMAL A/P SAMIAYAH 1155 90 461103075024 P 1946 RUKUMONY A/P MUTHIAH 1155 Sambung baca di sini. Belum lagi mempersoal projek Task Force yang didakwa memberikan kad pengenalan kepada warga asing untuk mengundi dalam PRU 13 nanti. Untuk rekod, 7 nama yang disebut oleh Mahfuz terlibat dalam Task Force menjual kedaulatan negara masih tidak mengambil tindakan untuk membersihkan nama mereka. | ||
Mahu Terjun Jambatan Kerana Putus Cinta Posted: 09 May 2012 01:08 AM PDT
[HM] GEORGETOWN: "Ketika saya mendekatinya, dia menjerit sambil berdiri di tepi jambatan untuk terjun. "Saya hampiri lelaki itu dan cuba memujuk sebelum dia meminta saya hubungi bekas kekasihnya bagi memaklumkan tindakannya itu." Itu kata Ho Leng Hong, 24, saksi kejadian yang berusaha menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 7.8, menghala ke Butterworth di sini, petang semalam. Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki terbabit berusia 20-an dari Taman Merak, Simpang Ampat, dekat sini, cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang selepas kecewa akibat putus cinta. Ho berkata, sebelum kejadian dia dalam perjalanan ke Kulim, Kedah dan mendapati orang ramai berusaha menyelamatkan seorang lelaki yang berdiri di tepi jambatan. P/s: Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Jangan dek kerana bunga, seumur hidup menanggung malu! | ||
[Video] Anda Bosan, Anda Mengantuk? Sila Tonton Video LAWAK Ini! Posted: 08 May 2012 11:14 PM PDT | ||
Posted: 08 May 2012 08:48 PM PDT P/s: Lawak! Najib memaki pembangkang dan peneroka yang tidak bersetuju dengan FGVBH sampai menggigil suara, tersasul. Marah betul Najib kepada pembangkang dan peneroka yang terlibat! Sabar tuan haji! Kepada yang dilabel Najib sebagai pengkhianat, dimaki Najib haram jadah, anda tahu siapa yang patut diundi dalam PRU13 nanti! Yang menariknya, selain makian, Najib turut berkata bahawa dia tidak REDHA penentang FGVBH menerima durian runtuh yang dijanjikan. Persoalannya, adakah selama ini dia mengganggap duit Felda itu duit poketnya? Jika ya, patutlah duit rizab Felda menyusut semasa dia mengambil alih jawatan PM. | ||
[Wajib Baca] Dari Mana Sumber Wang Felda Beri Durian Runtuh? Siapa yang UNTUNG BESAR Hasil FGVHB ? Posted: 08 May 2012 08:21 PM PDT [HD] Semalam, Perdana Menteri mengumumkan di Felda Jengka 8 seramai 112,635 peneroka Felda akan mendapat durian runtuh RM5,000 setiap orang. Isteri mereka – dibayar kemudian – akan juga mendapat RM5,000 se orang. Kemudian, anak-anak mereka akan mendapat RM5,000. Kalau keluarga peneroka mempunyai 5 orang anak, anak-anak mereka akan mendapat RM1,000 se orang. Jumlah kesemuanya RM15,000 bagi se tiap keluarga peneroka. Kalau setiap keluarga mempunyai ahli seramai 7 orang (ayah, ibu dan lima orang anak), maka secara puratanya, mereka akan mendapat RM2,143 seorang. Satu jumlah yang biasa sahaja, tidak memeranjatkan. Dengan membayar durian runtuh RM15,000 bagi setiap keluarga, Felda akan membelanjakan RM1.69 bilion. Ini bayaran "one-off" yang boleh meringankan beban kewangan peneroka sekadar sementara. Wang itu bolehlah digunakan untuk menampung belanja kenduri kendara, melupuskan hutang atau belanja pergi umrah untuk dua orang. Bagi peneroka yang cermat, bolehlah meningkatkan tabungan. Namun, majoriti peneroka yang menerima bayaran "one-off" ini akan membelanjakan wang ini untuk penggunaan, bukan pelaburan. Maklumlah, ini "rezeki terpijak." Tentu rasa sayang peneroka kepada kerajaan UMNO-BN terus bersemarak, maklumlah ini kali pertama dalam 55 tahun sejarah Felda, peneroka mendapat wang tunai yang begitu besar, walaupun pada hakikatnya, nilai wang ini tidak seberapa dalam ukuran sekarang. Satu ekar tanah di Felda sekarang sudah berpuluh ribu malah dalam ratusan ribu harganya. Undi mereka sudah dibeli dengan harga murah (demolition price) dan Perdana Menteri cukup yakin, majoriti peneroka akan terus mengundi UMNO-BN di dalam PRU13 yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja sekarang, besar kemungkinan dalam bulan Jun ini. Dengan bayaran ini, UMNO-BN mengharapkan 58 kerusi yang menjadi simpanan tetapnya akan terselamat dari disambar Pakatan Rakyat. Dari manakah datangnya wang sebanyak RM1.69 bilion yang akan ditaburkan kepada peneroka itu? Felda Global Ventures Holdings Berhad akan mengapungkan 2,188,890,900 unit saham di Bursa Malaysia pada harga Tawaran Awam Awal - TAA (Initial Public Offer – IPO) RM4.65 se saham. Ini bermakana, ia akan menjana RM10.18 bilion. Dari jumlah ini, Felda akan mendapat RM5.62 billion. Ini kerana sebahagian besar, iaitu, 1,208,890,900 unit saham adalah milik Felda. FGVHB akan hanya menjana RM4.56 bilion dari pengapongkan saham ini. Jumlah ini relatif kecil untuk bercatur di dalam perniagaan peringkat global. Lagi pun, sebahagian besarnya akan diguna untuk membayar hutang dan kos penanaman semula. Dengan melupuskan kesemua kepentingannya kepada FGVHB, Felda Badan Berkanun hanya mendapat RM5.65 bilion. Dari jumlah ini, RM1.69 bilion akan dibelanjakan untuk membayar RM15,000 durian runtuh kepada setiap keluarga peneroka. Baki yang ada pada Felda BB hanyalah RM3.96 bilion. Harus diingat bahawa Felda BB berbelanja kira-kira RM2 bilion setahun. Wang yang baki itu hanya cukup untuk menampong perbelanjaan 2 tahun. Selepas itu, wang pembayar cukai perlu disuntikkan kembali kepada Felda BB. Harta yang dilupuskan kepada FGVHB adalah harta peneroka. Ia akhirnya akan dipindah milik, melalui jual beli saham di pasaran, kepada pelabur-pelabur bukan peneroka termasuklah taukeh-taukeh besar dan pelabur-pelabur asing yang memang sudah sedia kaya. Maknanya, yang dijual adalah harta peneroka. Oleh itu, wang yang dikatakan durian runtuh itu sebenarnya adalah hak peneroka. Tidak ada durian runtuh sebenarnya. Felda menjual hak peneroka kepada orang lain, dan sebahagian kecil dari wang itu diberikan kepada peneroka. Peneroka menerima wang yang dijana dari titik peluh mereka sendiri. Siapakah yang sebenarnya mendapat untung besar dari pengapongan saham FGVHB? Pada awalnya, harga TAA ditetapkan pada RM5.85 se saham. Di dalam prospektus yang dipaparkan dalam sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, harga TAA diturunkan kepada RM4.65 se saham, iaitu, penurunan sebanyak RM1.20 se saham atau diskaun sebanyak 20.5%. Ini bermakna, sebelum diapongkan, Felda BB telah rugi RM1.45 bilion. Penurunan harga ini bakal menguntungkan pelabur-pelabur dalam negera dan asing yang membeli saham FGVHB ini pada harga lebih murah, iaitu, diskaun 20.5%. Bila saham FGVHB mula dijual beli di pasaran nanti, akan ada pelabur-pelabur kaya tunai yang akan mengutip setiap unit saham yang dijual oleh pelabur runcit dan juga pelabur institusi sehingga mereka berjaya menguasai 30% daripada jumlah saham. Ketika itu, mereka akan berkuasa ke atas FGVHB dan kepentingan peneroka akan mengambil tempat duduk belakang. Pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI, majoritinya kroni pemerintah dan penama UMNO, bakal mengaut untung besar. Golongan pelabur terpilih ini diperuntukkan 419,537,000 unit saham atau 11.5% dari jumlah saham yang diapongkan. Mereka, sebagai satu kumpulan, membeli saham ini pada harga RM1,950,847,050 (pada harga RM4.65 se saham). Jika harga naik ke RM5.85 sesaham (+RM1.20), mereka sudah mendapat untung RM503 juta. Kalau harga naik sebanyak RM2.40 (ke RM7.05 sesaham), golongan pelabur Bumiputera terpilih ini akan untung RM1 bilion. Ini tidak mustahil. Pembiayaan tidak menjadi masalah kepada mereka kerana disediakan oleh bank-bank. Pembeli saham pun tidak menjadi masalah kerana badan kerajaan kaya tunai seperti Tabung Haji, KWSP, PNB dan lain-lain sudah sedia untuk membeli dari mereka. Inilah dana PRU13 untuk UMNO. Bila saham FGVHB yang aset utamanya tanah diapongkan, harta peneroka – tanah ladang dan kilang-kilang pemprosesan sawit – akan bertukar tangan secepat putaran jual beli saham di pasaran saham. Tiada siapa boleh menjamin harta bernilai peneroka ini tidak akan terlepas kepada pelabur asing yang rakus dan tamak. Peluang untuk memiliki tanah tidak ternilai ini dan menguasai minyak sawit, komoditi makanan yang amat penting di dunia hari ini, yang selama ini mereka intai, sudah sedia untuk digenggam. - Dr. Rosli Yaakop | ||
Posted: 08 May 2012 07:51 PM PDT Hasan Ali dakwa saksi isu murtad dilanggar lori [MK] Pengerusi NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali mendakwa pasangan suami isteri yang tampil dalam pendedahan mengenai kegiatan memurtadkan orang Islam menerima gangguan selepas video berkenaan ditunjukkan kepada media, awal bulan lalu. Beliau mendakwa, pasangan berkenaan bukan sahaja diganggu secara fizikal malah turut terlibat dalam kemalangan teruk selepas pendedahan tersebut. Dakwanya lagi, ada pihak yang mengatakan bahawa pelanggaran itu berkait langsung dengan pendedahan pasangan tersebut. "Teorinya ialah, ada yang kata perlanggaran biasa, ada yang kata ada kaitan langsung dengan pendedahan dia dalam video tersebut," kata Hasan dalam sidang media di kediamannya hari ini. Tambahnya, pasangan berkenaan bagaimanapun selamat dalam kemalangan serius yang berlaku "beberapa hari" selepas pendedahan video berkenaan pada 2 April lalu. Ditanya lanjut, Hasan mendakwa pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan. Namun beliau enggan mendedahkan butiran lain berhubung insiden tersebut. "Saya tidak mahu dedahkan... Hal polis saya tak boleh jawab lebih daripada itu," kata bekas exco hal ehwal agama Islam Selangor itu. Tambahnya sejak awal lagi beliau tidak mahu mendedahkan identiti pasangan berkenaan kerana bimbang individu berkenaan akan diganggu. Hasan pada bulan lalu mendedahkan dua video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit, yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam. Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temu bual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia. P/s: Anda mahu gelak...gelaklah! Saya tidak mahu komen banyak-banyak tentang kaki karut ini. Jika beginilah taktiknya, maka terpacullah perkataan KANTOI dari mulut-mulut orang yang mengikuti kes ini. Pelik. Yang menonton video HA ialah wartawan terpilih. Semasa tayangan video tersebut, kesemua wartawan tidak dibenarkan merakam klip tersebut. Bagaimana orang awam boleh mengetahui identiti saksi itu? Adakah HA mengatakan wartawan-wartawan ini mengganggu saksinya? Video palsu? Video rekayasa? Pihak polis perlu menyiasat kesahihan video tersebut agar tidak menjadi modal HA dan geng untuk menagih simpati politik dan mengelirukan orang ramai. Seperkara lagi, sudahkah HA menyerahkan video sensasinya itu kepada MAIS agar memudahkan agensi itu membuat siasatan? Rasanya sudah berbulan-bulan hal ini dibangkitkan. Adakah MAIS juga tidak boleh menonton video itu atas sebab keselamatan saksinya? Kalau peneroka kena kelentong pak haji, orang kampung, orang Melayu yang malas membaca dan menyelidik kena kelentong dengan kaki karut. | ||
[PANAS-Wajib Baca] Peneroka FELDA TERTIPU Lagi? Mengapa? Baca! Posted: 08 May 2012 05:06 PM PDT PENEROKA FELDA BERHAK MENDAPAT RM50,000 SATU KELUARGA, BUKANNYA RM15,000 Pengumuman yang dibuat Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa setiap peneroka FELDA akan mendapat ganjaran RM15,000 selepas penyenaraian FELDA membuktikan sekali lagi bahawa pentadbiran Barisan Nasional membolot kekayaan sesama mereka, sedang rakyat diberikan hampas dan imbuhan kecil sahaja. KEADILAN telah meneliti prospektus penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) untuk menentukan berapakah nilaian sebenar ganjaran yang sepatutnya diperolehi oleh peneroka FELDA. Proses ini turut melibatkan perbincangan dengan penganalisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga setiap unit saham apabila disenaraikan kelak. Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh FELDA selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV pula akan mendapat suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion. Ini berikutan urus niaga yang berikut: 1. FELDA akan menjual 59% dari pegangannya sedia ada di dalam FGV (bersamaan 1,208,890,900 saham) kepada pelabur-pelabur baru 2. FGV akan menerbitkan saham baru berjumlah 980,000,000 yang akan dijual kepada pelabur-pelabur baru 3. Harga penyenaraian setiap unit saham adalah RM4.65 4. Dana tambahan yang dikutip oleh FELDA adalah RM4.65 X 1,208,890,900 = RM5.6 bilion 5. Dana tambahan yang dikutip oleh FGV adalah RM4.65 X 980,000,000 = RM4.557 bilion Jumlah keluarga peneroka FELDA di seluruh negara adalah 112,635 yang berhak mendapat keuntungan dari proses penyenaraian ini kerana tanah-tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan oleh Felda Plantatians Sdn Bhd adalah milik mereka. Tanah ini dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian ini. Tanpa tanah yang diambil oleh FELDA atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal. Oleh yang demikian, KEADILAN berpendapat Dato' Seri Najib Tun Razak harus berterus terang kepada rakyat bahawa hanya 30% (berjumlah RM15,000 setiap keluarga) dari dana yang dikutip akan diagihkan kepada peneroka. Jumlah keseluruhan agihan ini adalah RM1.689 bilion. Bakinya yang lebih besar (iaitu 70% dari jumlah dana yang dikutip) berjumlah RM3.942 bilion akan disimpan dan digunakan oleh pentadbiran beliau. Maka, reaksi pertama KEADILAN kepada pengumuman beliau pada hari ini adalah: 1. Dato' Seri Najib Tun Razak wajib mengagihkan KESEMUA dana yang dikutip oleh FELDA kepada peneroka. Ini bersamaan dengan RM50,000 setiap keluarga, bukannya RM15,000 yang diumumkan. KEADILAN mencabar beliau mengumumkan agihan keseluruhan RM50,000 ini; dan 2. Pentadbiran Barisan Nasional mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan dibelanjakan supaya ada ketelusan dan amanah. Ini bukanlah kali pertama Dato' Seri Najib Tun Razak berpura-pura mendahulukan rakyat sedangkan di belakang beliau dan suku sakat mengaut keuntungan besar dengan menggunakan nama rakyat. MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN WONG CHEN PENGERUSI, BIRO PERDAGANGAN DAN INDUSTRI 8 MEI 2012 P/s: Saya ucapkan takziah kepada peneroka yang terlibat. Siapa kebas baki duit RM1.69 bilion? Siapa kebas RM3 bilion lebih? | ||
40 558 Pengundi Diragui Status Disahkan oleh JPN, Posted: 08 May 2012 04:00 PM PDT Rekod 40 558 Pengundi Statusnya Diragui Disahkan JPN [BERNAMA] PUTRAJAYA: Nama sejumlah 40,558 pengundi, yang status mereka dalam Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini diragui, disahkan wujud dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sehubungan itu, SPR akan terus mengekalkan nama dalam senarai Daftar Pemilih Induk. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal dan Mengenai Daftar Pengundi antara kementerian, SPR, JPN dan Jabatan Peguam Negara di sini Selasa. "Dalam usaha untuk mengemas kini Daftar Pemilih SPR, pihak SPR telah mempamerkan kesemua Daftar Pemilih berkenaan selama empat bulan untuk disemak. "Hasil daripada semakan tersebut, sebanyak 1,496 rekod telah dikemas kini melalui laporan kematian dan sebahagiannya telah menukar kad pengenalan lama kepada MyKad," kata Mahmood. Sebelum ini, sejumlah 42,054 nama dalam Daftar Pemilih yang diragui telah dibangkitkan oleh pihak tertentu dan didengar dalam sesi pendengaran awam dihadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. P/s: Bersiap sedialah menghadapi pilihan raya TERBERSIH dalam sejarah Malaysia. Kliklah mana-mana label di atas untuk ulasan lanjut tentang perkara ini. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan