Khamis, 3 Mei 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Gambar Kuliyah Perdana Ustaz Azhar di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV, 3.5.12

Posted: 03 May 2012 09:42 AM PDT

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/550267_403267353039878_146443882055561_1216851_1887859992_n.jpghttp://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/527324_380833268626271_105846709458263_1096546_2143157407_n.jpg
http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/534888_403257459707534_146443882055561_1216831_1573909804_n.jpg
http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/562825_426743594010360_195600903791298_1551967_1134354230_n.jpg
http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/530012_426743550677031_2049242854_n.jpg
http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/552061_403265836373363_146443882055561_1216847_610258534_n.jpghttp://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/558659_426743644010355_195600903791298_1551968_2024271185_n.jpg
Kuliyah Perdana di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV, 3.5.12

Lagi Pendedahan. Adakah Mamat Ni Sama Dengan Abang Polis Ni?

Posted: 03 May 2012 09:24 AM PDT

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/527887_266845620078326_100002586693322_526297_1856459360_n.jpg

Adakah orang sama atau pelanduk dua serupa?

Gambar Ustaz Azhar Bersama Sultan Kelantan Di Stadium Tadi

Posted: 03 May 2012 07:20 AM PDT


Bertuah Sultan. Ulama sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuanku Sultan.

Siaran Langsung Kuliah Ilmu bersama Ust Azhar Idrus di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sempena dengan Karnival Walk With Me boleh diikuti sekarang di http://www.mykelantan.tv/


Gambar Terkini: Sedekahkan Al Fatihah Untuk Bob Kuman

Posted: 03 May 2012 04:36 AM PDT

Al Fatihah Untuk Arwah Bob Kuman.

Posted: 03 May 2012 04:20 AM PDT

Untuk Program Malam Ni. Ustaz Azhar Dah Sampai Kota Bharu Dah

Posted: 03 May 2012 12:56 AM PDT

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/s720x720/531325_402995006400446_146443882055561_1216340_6380027_n.jpg

Semua dijemput hadir malam ni di stadium sultan muhammad

Allahuakhbar!

Pengalaman Dr Aziz Bari Ditangkap Oleh Polis Semasa BERSIH 3.0

Posted: 02 May 2012 09:46 PM PDT

'Ini Baju Kuning Tangkap'

Dr Aziz Bari

Saya ditahan sekitar jam 350 petang semalam dekat OCBC ketika hendak pergi basuh muka di paip di situ. |

Penguatkuasa DBKL dan polis ramai-ramai keroyok saya dan menjerit: "Ini baju kuning tangkap!".

Saya tak kenal atau ingat identiti mereka tetapi saya terus diseret dan dimaki hamun.

Mereka kelihatan hendak mengejar orang lain tetapi bila mereka gagal mereka terus cekup saya hanya kerana saya pakai baju kuning BERSIH! Aneh. Sejak bila pakai baju kuning satu jenayah di Malaysia?

Itu sudah cukup jelas untuk memberi kita isyarat tentang integriti polis dan agensi lain termasuk DBKL.

"Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah."

Itulah antara ejekan yang saya dengar sewaktu diheret oleh anggota polis untuk dikumpul di depan DBKL. Kemudian saya ada mendengar rungutan yang polis turut mengejek kami: "Ini semua anjing Anwar Ibrahim'"

Sewaktu diheret polis mengugut seorang petugas media yang cuba mengambil gambar saya ditangkap. Begitu juga ketika kami semua dikumpul dekat Kelab Diraja Selangor.

Macam samseng

Pelik, adakah undang-undang menyekat orang ambil gambar di negara ini? Seorang pelajar fotografi mengadu kameranya yang berharga ribuan ringgit dimusnahkan oleh seorang anggota polis.

Umumnya saya lihat polis bertindak ganas dan memihak kepada Umno-BN. Pada saya hari itu polis kelihatan macam samseng PERKASA. Mereka nampak jelas marah dengan Pakatan Rakyat.

Tetapi yang lucunya bila saya tinggikan suara dan tanya undang-undang apa yang mereka gunakan anggota polis tersipu-sipu dan cepat-cepat beredar. Ini berlaku ketika kami dihimpun macam pendatang asing dekat Kelab Diraja Selangor.

Itulah gelagat anggota polis berpangkat rendah yang mulanya cuba tunjuk garang dan samseng. Para pegawai mereka duduk jauh-jauh.

Pada satu peringkat saya jerit seorang pegawai supaya segera beri rawatan kepada seorang Orang Kena Tahan (OKT) yang terbaring kesakitan. Pegawai ini panik dan tak tahu buat apa-apa. Saya kata, "awak ada budi bicara dan kalau orang ini mati awak akan disoal."

Pegawai ini pucat tak terkata apa-apa.

Itu semua menunjukkan pasukan polis ini jahil dan keliru dan takut dengan kerajaan Umno-BN. Mereka hanya berani bila mereka bergerak dalam gerombolan. Mereka mungkin tak ada akses kepada Internet dan hanya dengar arahan bos mereka saja.

Sikap samseng dan mentaliti gerombolan pasukan polis ini kelihatan apabila ada tahanan baru sampai.

Tahanan ini akan dibawa melalui kumpulan anggota polis pangkat rendah dan ketika inilah anggota polis ini akan mengambil kesempatan mengejek dan memaki hamun tahanan yang sudah lemah longlai diheret itu.

Ada juga yang akan mengambil kesempatan menumbuk, menyepak dan menampar tahanan itu.

Pada satu tahap seorang anggota Unit Amal PAS yang sedia ditahan bersama kami diseret ke dalam gerombolan anggota polis itu. Riuh rendah kedengaran di sebalik van dan trak itu.

Apa yang kelihatan apabila anggota Unit Amal itu diseret kembali ke dalam kumpulan, beliau lembik; mungkin telah dipukul oleh anggota-anggota polis yang menyeringai macam singa dalam kandang menunggu mangsa itu.

Dalam garang dan samseng itu polis ini tidak tahu apa-apa. Ketika di Kelab Diraja Selangor, saya lihat pihak polis panik bila kami ramai-ramai tanya sama ada kami ini ditahan atau ditangkap. Maklumlah konstabel dan koperal apa tahu.

Pegawai pun tidak berani duduk dekat sebab ada OKT yang tanya soalan dalam bahasa orang putih. Lucu. Masa di DBKL seorang sarjan yang tadinya kasar dan sombong mula berlembut apabila makin ramai di kalangan tahanan yang panggil saya "profesor".

Gambaran kebodohan dan ketakutan

Sewaktu di Pulapol, Ketua CID Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin ada datang. Bukan main lagilah Cawangan Khas (SB) dan komando polis mengiringi dia. Begitu juga pegawai-pegawai lain yang datang bersama. Berdesup-desup mereka tabik dan hentak kaki.

Itulah agaknya gambaran kebodohan dan ketakutan mereka. Ikut perintah orang atas tak kira apa.

Di Pulapol peguam tak dibenarkan masuk langsung. Dan suasana dalam khemah kelam, di situ tak teratur. Pihak polis macam tak pasti apa yang perlu dibuat sedangkan ini bukan kali pertama mereka menangani demonstrasi BERSIH.

Ini jauh berbeza dengan imej tenteram yang cuba ditunjukkan oleh media milik Umno-BN termasuk RTM.

Satu lagi yang saya nampak ialah majoriti anggota polis yang bertugas ialah Melayu. Ada segelintir India dan Cina. Tapi yang bongkak, sombong dan ganas ialah Melayu dan India. Mereka inilah yang bongkak dan ganas. Anggota Cina amat tertib dan beradab.

Para pegawai meskipun ramai Melayu tidaklah sombong sangat. Mungkin kerana mereka mudah dikenali melalui uniform mereka.

Sewaktu di Pulapol saya dibawa ke meja Cawangan Khas (SB). Meskipun saya ditanya soalan-soalan yang saya kira aneh, ia tidak lama. Saya tidak tahu kenapa. Mungkin kerana mereka tidak mahu berdebat dengan saya.

Pesta pukul orang

Atau mungkin mereka simpati. Mereka ada bertanya sama ada saya disakiti. Saya kata saya cuma sakit hati. Saya sempat sebut pada mereka: "Wah hari ni polis berpesta pukul orang."

Saya sakit hati kerana polis tidak peduli hak asasi rakyat. Buktinya cukup banyak. Ada yang mengadu dicekup sewaktu sedang makan dalam dalam restoran. Ada yang ditangkap ketika di lobi hotel. Dan ada juga yang ditahan ketika dia hendak membeli tiket di stesen LRT.

Mereka berada jauh dari Dataran Merdeka yang diisytihar kawasan larangan. Mereka juga sudah bersurai. Mereka dipukul dan diheret oleh polis hanya kerana mereka pakai baju kuning. Malah ada yang tidak pakai baju kuning pun dicekup sama.

Ertinya hari itu polis geram dengan orang ramai. Polis sudah menjadi seolah-olah kaki pukul Umno-BN dan gerombolan anti-Bersih. Ini salah di sisi undang-undang. Apa lagi perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan utama negara.

Pasuka polis, sebagaimana cabang-cabang perkhidmatan awam yang lain termasuk angkatan tentera, perlu bersikap berkecuali dan menjaga undang-undang.

Tanggapan saya terhadap polis, khususnya selepas BERSIH 3.0, mereka jahil, keliru dan tertekan. Akhlak mereka juga rendah. Ini ternyata bila Suruhanjaya Dzaidin sendiri merakamkan bahawa pasukan polis antara agensi kerajaan yang paling korup di negara ini.

Sebab itu saya tidak hairan apabila polis gagal membezakan antara menjunjung undang-undang dengan mengampu atau mempertahankan Umno-BN.

Apa pun jika lihat gambar besar kita itu semua tidak memeranjatkan. Kalau para hakim dan anggota Suruhanjaya Pencegahan SPR yang dilindungi oleh perlembagaan secara jelas pun takut dengan Umno-BN siapalah anggota-anggota polis ini.

Laporan Polis Chegu Bard

Posted: 02 May 2012 09:10 PM PDT

Pada 28 April 2012, lebih kurang jam 7 petang berdekatan Masjid India Kuala Lumpur ketika saya dan seorang kawan saya SANI MD SHAH melihat beberapa anggota polis beruniform tanpa tanda nama seolah merusuh merosakkan beberapa gerai – gerai penjaja di kawasan hadapan Masjid India, tiba – tiba saya dikerumun oleh sekumpulan anggota polis (lebih 15 orang beruniform beruniform) terus memukul, menumbuk, menendang saya dan kawan saya berkali kali. Saya turut dipukul dengan objek tumpul. Dalam keadaan lemah saya dibawa berjalan kaki dari kawasan Masjid India ke Dataran Merdeka berjalan kaki. Melalui Jalan Tunku Abdul Rahman. Sepanjang perjalanan ramai lagi anggota polis berlari datang memukul saya. Sampai di Dataran Merdeka anggota polis yang membawa saya terus menjerit "Woi, ni ha chegubard orang kuat Anwar bontot !"

Serentak dengan itu saya terus dikerumun berpuluh – puluh anggota polis (semuanya berunifrom) memukul dengan perbagai gaya saya muntah, darah keluar dari telinga, luka di kepala, hidung dan mulut. Saya jatuh terus dipijak dan disepak. Saya diangkat, saya merayu meminta belas kasihan, namun ketika itu seorang anggota polis terus melompat dan menendang dada saya. Saya rebah ketika itu ada yang menjerit rampas telefon dia. Saya cuba rebahkan badan mengiring ke kiri kerana telefon bimbit saya di poket kiri. Ada polis seluk poket kanan saya dan mengeluarkan sesuatu dan menunjukkan kepada kawanya sambil bersorak. Di mana saya sedar kemudianya wang tunai kira – kira lebih RM 200 di poket kanan telah hilang.

Anggota polis ada yang menghina dengan perkataan lucah (seperti mak kau ni pelacur), maki hamun bersifat permusuhan kaum dan agama (seperti kau ni hamba keling, kau pun pergilah sembah patung macam keling). Malah saya turut di ugut bunuh dengan menyatakan kalau berani buatlah report panggil media, jangan harap kami akan kena tindakan tetapi kau yang akan kena pijak sampai mampus. Saya juga diludah.
Ada juga anggota polis yang sebut "kau bunuh polis ya…kalau aku bunuh kau tak siapa tahu tau"

Sampai di hujung padang dataran Merdeka saya dimasukkan ke dalam trak bersama kawan saya dan dalam trak ada 13 orang lagi. Trak tertutup dengan ruang udara amat terhad amat panas, dalam keadaan berhimpit, kesakitan dan luka kami dibiarkan. 30 minit terbiar di Dataran sebelum trak berjalan, hampir sejam perjalanan dan 30 minit terus dibiar bila tiba di destinasi (Pulapol).

Di Pulapol saya mohon untuk membuat laporan polis tetapi anggota polis cuma suruh saya tunggu. Saya tolak untuk dapat rawatan dalam tahanan. Tidak ada sebarang kenyataan diambil saya hanya diminta serahkan MyKad dan gambar saya dirakamkan. Hanya dibebaskan sekitar 2.30 pagi dipaksa menaiki bas dan turun dipintu belakang Pulapol. Saya terus dikejarkan oleh teman – teman yang menanti diluar untuk mendapatkan rawatan di HUKM.

Saya mohon satu siasatan dan tindakan wajar diambil. Jelas sejak dari awal perhimpunan sebelum apa – apa berlaku polis sudah tidak memakai tanda nama ? Maknanya mereka sudah merancang untuk mengganas dari awal ? Adakah semua ini dirancang oleh pihak atasan ?

Saya tegaskan walaupun dipukul dan dihina teruk saya tidak menyalahkan anggota polis. Polis juga mangsa seperti rakyat lain. Polis telah diperbodohkan oleh Umno dan barisan nasional. Pertama sekali jika Dataran Merdeka dibuka semua akan berlansung aman. Polis telah dipergunakan oleh Najib yang penuh ketakutan dengan baying – baying sendiri kerana pilihanraya terlalu hamper tetapi dia sedar kebencian rakyat terhadapnya pula tidak berkurangan. Keduanya kalau ada pun kesalahan, ada beberapa peserta demonstrasi tolak halangan polis kerana termakan provokasi tetapi kami tetap tidak langgar perintah mahkamah iaitu kami tidak memijak padang Dataran Merdeka. Namun tolakan terhadap halangan polis itu yang kemudian jelas semua berundur tidak sama sekali menghalalkan rakyat dipukul, cubaan polis menggunakan kenderaan melanggar demonstran di kawasan yang ternyata jauh dari kawasan perintah mahkamah.

Kononya polis bertindak kerana khabar angin ada anggota polis mati. Khabar angin ini dibawa oleh agen – agen Bn sendiri. Polis sendiri bertindak kerana tertipu dengan agen Bn, polis dimangsakan. Umno Bn menipu dan 'brainwash' polis untuk menukar mereka supaya menjadi alat regim yang hilang pertimbangan. Polis perlu sedar hakikat ini, kalau bersalahpun saya tujukan kepada anggota atasan polis yang sedar dan bersekongkol dengan pemimpin regim memperkudakan anggota bawahan dilapangan. Najib Razak dan sepupunya Hishamuddin perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap apa yang terjadi.
Tarikh 28 April 2012 harus dikenang dengan sebagai Hari Rusuhan Polis yang memukul, melanggar, menangkap,memaki hamun, mencuri, merosakkan harta benda kerana diperalat dan diperdaya regim Bn. Selain itu tarikh itu harus dikenang sebagai hari kemerdekaan dan penyatuan rakyat dimana ia merupakan himpunan terbesar rakyat Malaysia perbagai latar belakang bersatu dalam menuntut kebaikan untuk negara tercinta.

Jika benar penganjur berniat jahat, bayangkan kekuatan 200,000 lebih orang kalau digunakan untuk berdepan dengan hanya 10,000 anggota polis pasti tidak mampu ditahan laghi. Namun itu bukan tujuannya. Jangan lari fokus mengenai sapa pecah pagar atau sebagainya… isu utamanya ialah jangan ada PRU sebelum senarai pemilih dibersihan, pembersihan SPR harus bermula dengan Ketua dan Timbalanya yang jelas ahli Umno harus letak jawatan. Mana ada dalam dunia pengendali pilihanraya anggota parti politik ? Bayangkan jika perlawanan bola sepak pengadil turun ke padang memakai jersey salah satu pasukan tentu kecoh stadium.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Ketua Wanita MCA Melaka pertahan tindakan

Posted: 02 May 2012 07:08 PM PDT



Ketua Wanita MCA Melaka Datuk Kian Sit Har mempertahankan tindakannya serta tidak akan meletak jawatan dalam parti kerana menghadiri perhimpunan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir pada Sabtu lepas.

Katanya beliau menghadiri perhimpunan itu atas kapasiti peribadi dan sebagai waraganegara yang prihatin.

"Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, saya menyokong dua perkara penting yang diketengahkan dalam perhimpunan itu iaitu menghapuskan rasuah dan supaya pilihan raya umum akan datang ini berlangsung dalam keadaan adil dan bersih.

"Perkara ini baik untuk rakyat keseluruhan dan saya menghadirinya kerana saya rasa dua perkara sebagai isu nasional ini perlu disokong," katanya ketika dihubungi Bernama semalami.

Kian diminta mengulas laporan sebuah akhbar semalam bahawa Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta beliau meletak jawatan sebagai Ketua Wanita MCA kerana penglibatannya dalam perhimpunan yang disokong pembangkang itu.

Mohd Ali yang juga Pengerusi BN Melaka menyifatkan tindakan pemimpin veteran MCA itu sebagai satu sabotaj dan menikam BN dari belakang yang akan menyusahkan MCA dan BN.

Mengulas lanjut, Kian berkata tindakannya itu tidak sama sekali dilihat sebagai anti kerajaan.

"Saya berasa saya tidak bersalah dalam hal dan kehadiran saya sebagai warganegara yang prihatin dalam isu nasional ini," kata bekas senator itu.

- Bernama

Posted: 02 May 2012 07:06 PM PDT

http://media1-cdn.malaysiakini.com/470/b8fe700ab9c231d2d9e6bfaf72ded449.jpg

Al Jazeera tuntut penjelasan penapisan Astro

Rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera menuntut penjelasan daripada Astro mengapa liputannya mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu didakwa telah ditapis.

Dalam satu kenyataan yang diemel kepada Malaysiakini dari ibupejabat
Al Jazeera di Doha, Qatar, rangkaian berita itu berkata Astro sehingga ini tidak memaklumkan tentang kemungkinan tapisan dibuat kepada program beritanya.

"Laporan berita kami adalah catatan fakta peristiwa pada hari tersebut, dan pencerobohan dalam proses editorial kami adalah tidak wajar. Kami tidak pernah ditapis dengan cara ini oleh platform pengedaran lain di mana-mana sahaja di dunia," katanya.

Rangkaian berita itu menambah bahawa ia juga akan menuntut Astro menjelaskan bagaimana laporan wartawannya, Harry Fawcett pada hari berkenaan telah melanggar "peraturan kandungan tempatan".

"(Astro) perlu menggariskan dengan tepat apakah dakwaan

pelanggaran itu dan bagaimana mereka boleh membuat keputusan tersebut," katanya.

Masih tidak jelas bahagian mana laporan Fawcett mengenai BERSIH telah ditapis, sepertimana yang didakwa oleh lamanweb Sarawak Report.

Percaturan taktikal Bojan menjadi

Posted: 02 May 2012 06:59 PM PDT

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.44888.1336010009!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg
Wartawan Sinar Harian


PERCATURAN Bojan Hodak mengubah strategi pada babak kedua menentang Kedah kelmarin menuaikan hasil, sekali gus memastikan Kelantan mara ke final Piala FA musim ini.
Hampir ditunjukkan jalan keluar pada kempen kali ini, gol penya­maan Obinna Nwaneri dan Mahmoud Ghadar menceriakan pengendali asal Croatia itu yang mara dengan kelebihan jaringan tempat lawan.

"Pemain lebih banyak beraksi secara individu pada babak pertama. Kita ketinggalan dua gol, tetapi semangat pemain tidak pernah luntur terutamanya jaringan Nwaneri pencetus kebangkitan The Red Warriors.

"Saya puas hati aksi keseluruhan pemain walaupun kita terlibat jadual perlawanan padat. Kita bermain dalam AFC sebelum itu dan Jumaat ini pula beraksi dalam saingan liga.

"Apa lagi boleh saya katakan. Kita terlibat banyak perlawanan pada 4, 8, 12 dan 15 (Mei) sebelum final 19 Mei ini," katanya.

Bojan juga akui bermain di Darul Aman tidak semudah diharapkan termasuk stadium telah penuh beberapa jam sebelum permainan sebenar.

"Keputusan seri 2-2 sudah memadai membawa Kelantan melangkah ke peringkat akhir 19 Mei depan," katanya.

Kalau Bab Seks Dan Lucah, Pemimpin Umno Memang Arif

Posted: 02 May 2012 05:28 PM PDT

Klip seks: Azmin wajar saman blogger
KAMARUL HALIM M KAMAL



BATU PAHAT – Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali diminta membuat laporan polis atau menyaman pengendali blog yang menyiarkan beberapa keping aksi seks yang didakwa miripnya bagi menghapuskan kesangsian rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Azmin perlu mengambil tindakan itu jika yakin tidak bersalah dan biar membenarkan pihak polis membuat siasatan.

"Beliau perlu buat begitu kerana beliau sudah membuat penafian individu di dalam gambar berkenaan bukan dirinya.

"Saya berharap pengendali blog berkenaan turut bertanggungjawab dan membuat laporan polis supaya penyiasatan mengenai kesahihannya dapat dibuktikan," katanya selepas merasmikan majlis pendaftaran Pelajar Tingakatan Satu Sekolah Menengah (SM) Sains Batu Pahat di sini, semalam.

Beliau berkata demikina ketika mengulas mengenai beberapa keping gambar seorang lelaki didakwa menyerupai Azmin tersebar di internet dan blog, termasuk adegan lelaki tersebut dengan wanita di dalam tandas.

Mohd Puad berkata, pihak berkuasa termasuk Peguam Negara perlu mengambil tindakan segera apabila laporan polis sudah dibuat bagi memastikan pemimpin ini bersih dari segi moral dan akhlak.

"Pembangkang jangan hanya pandai tuduh kerajaan tidak bersih atau telus, tetapi dalam masa sama ada pemimpin mereka mempunyai skandal dan moral yang boleh dipertikaikan," katanya.

Sebelum ini, Azmin menafikan lelaki dikatakan menyerupainya yang bersama seorang wanita di dalam tandas yang disebarkan di internet baru-baru ini adalah dirinya.

Tiada ulasan: