Khamis, 3 Mei 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


KEGANASAN YANG DI RANCANG

Posted: 03 May 2012 07:00 PM PDT





KE#GANASAN YANG TERSUSUN




PENCERAHAN DARI PARA PEMBACA

Betul,terajang balik polis yg tak pakai tag n no polis.Diarang menyamar apa nak takut
By Anonymous on RAKYAT JUGA KUMPULKAN GAMBAR POLIS YANG MENGGANAS on 5/4/12

apsal tembak bom asap?. itu aku tidak puas hati.aku kat tengah2 sesak nafas.korang polis memang sengaja nak bagi rakyat malaysia yang tidak sealiran ngan umno mati kan. sebab tu wartaman dan jurugambar media pun korang belasah dan musnahkan kamera mereka. tektik kerajaan yang zalim.
By Anonymous on RAKYAT JUGA KUMPULKAN GAMBAR POLIS YANG MENGGANAS on 5/4/12

padan muka nak lawan Polis Raja Di Malaysia...buat raja murka...raja ini ada lah bayangan tuhan di muka bumi..tulah hukum nya kalau lawan raja...di dunia di sumbat dalam penjara...di akhirat di sumbat dalam neraka...hehehe
By Anonymous on RAKYAT JUGA KUMPULKAN GAMBAR POLIS YANG MENGGANAS on 5/3/12

Bro Kita kena hebah secara besar-besaran kepada sesiapa yang mempunyai gambar/video tentang keganasan polis dihantar ke satu center. Bro kena tubuhkan satu center dan hebahan ini mesti dibuat secara besar-besaran dan berterusan oleh semua blogger pakatan. Saya percaya ramai yang mempunyai gambar dan video ini. Suaram juga telah tubuhkan center. Dr Rafick blog R2W pun minta para pembaca hantar gambar kepadanya.

2. Center ini bukan sahaja untuk identify polis-polis yang menganas ia juga menjadi tempat rujukan setempat para peguam yang akan membela kawan-kawan kita yang akan dituduh dimahkamah.

3. Satu lagi tolong tubuhkan dana untuk kos guaman,bail dsb. Ini kena buat ramai-ramai. May be Haris of people'parliament boleh jadi tukang jaga wang. Jika hebahan dibuat,pasti ramai yang akan menderma. Jangan bukak 1 bank je. Bukak akaun kat major banks agar senang rakyat malaysia nak derma atau transfer duit dari akaum masing2.Leceh la nal gi masukkn duit kebank lain
By bat8 on RAKYAT JUGA KUMPULKAN GAMBAR POLIS YANG MENGGANAS on 5/3/12

kalau kerajaan masih gagal laksanakan permintaan bersih, apa kata buat bersih 4.0 pada 2 jun 2012 di dataran merdeka dgn slogan "DYMM Agong sokong pilihanraya bersih!!"
By gen3 on RAKYAT JUGA KUMPULKAN GAMBAR POLIS YANG MENGGANAS on 5/3/12

hisham, u should not come back to this country!
By Anonymous on RAKYAT JUGA KUMPULKAN GAMBAR POLIS YANG MENGGANAS on 5/3/12

Berita mengenai polis telah mengenal pasti 49 orang termasuk seorang wanita, yang dipercayai terbabit dalam kejadian merusuh semasa perhimpunan Bersih 3.0 bertukar ganas dekat Dataran Merdeka, disebar dengan meluas... seolah-olah peserta saja yang bersalah. Ini adalah perang saraf yang dilancarkan oleh pihak polis terhadap rakyat.

Bagi aku, sesiapa yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Bersih 3.0 memang patut di tangkap dan didakwa dimahkamah. Tiada siapa yang akan menghalangnya. Walaupun begitu, tindakan mesti adil. Jangan hanya peserta saja yang dilihat jahat sedangkan anggota polis juga jadi perusuh dalam perhimpunan tersebut yang mesti ditangkap dan didakwa di mahkamah. Tujuan utama perhimpunan adalah untuk mendapatkan pilihanraya bersih.

Pihak kerajaan perlu selesaikan masaalah SPR yang dilihat cuba menipu bagi memenangkan calon pilihan mereka. Ini adalah cerita utama. Aku tak peduli apa pun yang mahu diperkatakan oleh orang pro BN, pro polis tentang perhimpunan Bersih 3.0. Kau boleh kata apa saja... tapi aku tidak akan berganjak dari tujuan utama aku menyertai perhimpunan Bersih 3.0 iaitu mendapatkan pilihanraya bersih dan telus.

Tak usah nak kelirukan rakyat dikampong dengan menemu-ramah orang bangang dan pengkhianat semata-mata alih permintaan pilihanraya bersih kepada perhimpunan merush bertujuan nak menipu ! Bila selesai perhimpunan Bersih 3.0 baru kita sedar bahawa ketua polis negara telah memperalatkan anggotanya yang lemah iq dalam undang-undang negara untuk melakukan kerja merusuh....agar mereka tidak rasa bersalah melanggar hak asasi manusia. Kita buat kita tanggong, polis buat apakah polis berani tanggong ? Jangan cakap tak serupa bikin nanti kena sumpah jadi anjing kurap bila pencen nanti.
By Anonymous on RAKYAT JUGA KUMPULKAN GAMBAR POLIS YANG MENGGANAS on 5/3/12

Buat gambar polis jahat beramai2.selitkan di celah sok kabor..tampal di tembok,tiang..papan masjid dan basten..
By Anonymous on RAKYAT JUGA KUMPULKAN GAMBAR POLIS YANG MENGGANAS on 5/3/12

1.sudah sampainya askar melayu diraja digunakan untuk hadapi puak komunis pada perhimpunan bersih yang akan datang!! 2.puak pencacai macam TT ni adalah boneka komunis je!kena jentik hidung dengan polis!lari lintang pukang!! 3.yang penting biar askar melayu berhadapan dengan puak komunis yang makin bermaharajalela sekarang!! 4.ada berani!!!!
By Anonymous on RAKYAT JUGA KUMPULKAN GAMBAR POLIS YANG MENGGANAS on 5/3/12

tt, cepat bukak malaysiakini..cepat posting pasal nstp mtk maaf dkt senator australia..kasi kutuk kaw kaw..sbb dgn modal nie dulu puak bn trutama si zahrin gigi rogak tibai si nuar..
By Anonymous on RAKYAT JUGA KUMPULKAN GAMBAR POLIS YANG MENGGANAS on 5/3/12

10 pulis hentak sorang rakyat, kalu ada 49 rakyat wanted, pulis mau ada 490
By ajib on RAKYAT JUGA KUMPULKAN GAMBAR POLIS YANG MENGGANAS on 5/


layari radio bangsar utama:


KAUM BURUH BANGUN MENUNTUT UPAH MAHAL

Posted: 03 May 2012 11:41 AM PDT





BURUH SEDUNIA BERSATULAH




MOGOK DI ASAHAN MELAKA
Kepada tanpa nama 11:43 pg. Hang tak baik nak biadap kepada para pekerja. Buat apa nak menghina orang. Kalau kapitalis dok baling gas pemedih mata, para pekerja dengan kekuatan semangat dan perpaduan akan bertahan menentang kaum kapitalis.... hang tak tau ke kisah kejayaan mogok Ladang Asahan d Melaka tahun 1967 dulu.

Walaupun berhadapan tear gas, namun akhirnya kapitalis bangang tersebut terpaksa tunduk dengan tuntutan para pekerja yg gigih semangatnya. Kepada 11:43 PG, hang nak kena jurus membangkrapkan ekonomi dari aku tak? karang kalau aku bagi jurus membangkrapkan bisnes dan ekonomi kat hang, tergolek hang jadi gelandangan. masa tu barulah Hang tau betapa pentingnya perlindungan hak pekerja dan kebajikan orang kebanyakan!!!!!! kah,kahkahakaha kah kah kah!!!!!!
By Anonymous on BURUH SEDUNIA BERSATU LAH ! on 5/1/12

BURUH ZAMAN NABI
Kepada tanpa nama 9.01 PG: Masa zaman Nabi, walaupun tidak secara langsung dinyatakan akan perkara antara majikan vs pekerja, tapi konsepnya tetap ada! Zaman Nabi dulu, turun wahyu yang mengharamkan riba dan judi (yang menjadi alat untuk org2 kaya memeras harta orang kebanyakan). Kemudian disyariatkan zakat untuk membantu golongan miskin.

Kemudiannya, menyuruh para majikan membayar gaji kepada para pekerja sebelum peluh pekerja kering (simbolik perlindungan hak pekerja). Kemudian zaman Khulafa al-Rasyidin, tentera Islam berjaya membebaskan rakyat2 yang ditindas oleh tuan2 tanah, org2 kaya, dan pemerintah feudal yg jahat di Rom dan Parsi dalam Perang Qadisiyyah dan Perang Yarmuk!!! Empayar kaya raya feudal kapitalis mcm Parsi dan Rom tu pun ranaplah seranap ranapnya!!!!!!!
By Anonymous on BURUH SEDUNIA BERSATU LAH ! on


sila layari:


http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/



MEMANG TUJUAN NAK BURUKKAN KERAJAAN

Posted: 03 May 2012 11:29 AM PDT






INI CONTOH POLIS BERHEMAH







BERSIH 3.0 BERI KESAN BURUK KEPADA IBU NEGARA
- meloya

KUALA LUMPUR 3 Mei - Perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang di ibu negara Sabtu lepas mampu menyebabkan kerugian jangka panjang terutamanya kepada imej Kuala Lumpur, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata keadaan itu ditambah dengan laporan media antarabangsa serta di internet secara berterusan mengenai perhimpunan itu yang kebanyakannya memberikan gambaran negatif boleh mempengaruhi kemasukan pelabur asing ke Kuala Lumpur.

"Kementerian sedang dalam proses menggalakkan lebih ramai ramai pelabur ke Kuala Lumpur di bawah projek Invest KL. Jadi kalau kita nak promosi KL sekarang, dia (pelabur) baru tengok dalam televisyen, kemungkinan (hasrat) dia nak melabur di sini pun menurun.

"Tapi mungkin itu juga tujuan penganjur, mereka nak pelaburan turun, pelancong tak datang...mereka nak capai tujuan politik dan jatuhkan kerajaan," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...TAHU TAK APA?..... kah kah kah..

kah kah kah...TAK KAN BARU SEDAR TUJUAN DEMO INI?.... kah kah kah..

kah kah kah...MEMANG NAK BURUKKAN KERAJAAAN.... kah kah kah..

klah kah kah...MEMANG NAK BUAT LAPORAN MEDIA YANG NEGATIF...kah kah kah...

kah kah kah... MEMANG TUJUAN POLITIK NAK JATUHKAN KERAJAAAN.... kah kah kah..

woit..INGAT ORANG RAMAI BERDEMO .... KERANA ADA KENDURI LENGGANG PERUT KE?..kah kah kah...


layari sekarang:




RAKYAT JUGA KUMPULKAN GAMBAR POLIS YANG MENGGANAS

Posted: 03 May 2012 04:15 AM PDT





SIAPA ORANG JAHAT INI?

















KENALI DAN CARI MEREKA




PENGUMUMAN UNTUK SEMUA

orang ramai juga wajib
mengumpulkan muka muka
polis yang mengganas

telah bagitu lama
orang ramai di ganasi
masanya telah sampai
untuk orang ramai bertindak

anak anak muda yang cekap IT
sila kumpulkan muka muka
polis yang mengganas

orang ramai juga bolweh menyaman
kalau tak boleh disaman di malaysia
kita saman di eropah
macam najib kena saman sekarang

ngo ngo eropah
sedia menunggu
untuk membantu

KUMPULKAN GAMBAR ORANG JAHAT INI





BERSIH 3.0 : SENARAI 49 DIKHENDAKI POLIS
- mkini

Polis hari ini mengeluarkan gambar senarai 49 yang dikehendaki ekoran penglibatan mereka dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, kenyataan mereka diperlukan untuk membantu siasatan dalam perbagai kesalahan bawah Kanun Keseksaan.

Dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Mohmad berkata, kesemua 49 nama itu diminta menyerahkan diri di balai polis berdekatan secepat mungkin.

Katanya, polis menerima 258 laporan berkaitan perhimpunan itu daripada pelbagai pihak.


layari radio bangsar utama:



SELAMAT JALAN MON AMI

Posted: 03 May 2012 03:12 AM PDT




SELAMAT JALAN SAHABAT-KU








BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA - berita hairan

2012/05/03

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak terkenal, Husni Mohd Rawi, 40, atau lebih dikenali sebagai Bob Kuman, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, jam 4.38 petang ini.

Kematian artis komedi terbabit disahkan jururawat yang menjaganya sejak 15 April lalu, Mohd Farid Hamzah.

Artis berkenaan dilaporkan pernah berkata tahap kesihatannya menurun sejak terjatuh di set penggambaran drama "Jangan Pandang Belakang Congkak" di Hulu Langat tahun lalu.


AL-FTIHAH

Bob Kuman meninggal dunia. Al Fatihah

nota:
kau akan terus diingati
imej kau akan diingat sepanjang hayat
dari jemapoh ke manchestee!


IMEJ AKHIR YANG BERKEKALAN UNTUK ANAK MUDA



nota:
imej bersetia kawan anak muda
imej melawan !

JANGAN BIARKAN PANDDY KUTTY INI TERUS TIPU MELAYU

Posted: 03 May 2012 02:45 AM PDT



ANAK PANDDY KUTTY





RAKYAT PERLU LEBIH RASIONAL: MADEY - meloya

KUALA TERENGGANU 3 Mei - Rakyat negara ini perlu lebih rasional agar tidak terus diperbodoh dan diperalatkan pemimpin pembangkang yang tergamak menghalalkan demonstrasi ganas demi kepentingan tertentu dan cita-cita mereka untuk merebut kuasa.

Mahathir Mohamad berkata, jika rakyat berterusan terpedaya dengan usaha pembangkang itu, mereka sebenarnya turut sama bersubahat kerana perbuatan sedemikian jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

"Saya harap rakyat tidak mudah diperalatkan orang lain. Jika tidak, kita (rakyat) pun bersubahat sama melakukan perbuatan keji (rusuhan ganas) yang bercanggah dengan ajaran Islam.

"Jangan biar diri kita terikut-ikut dan jadi ganas seperti mana dianjurkan pihak tertentu untuk menghancurkan negara. Negara kita akan sentiasa aman damai kalau kita tidak terpengaruh dengan perbuatan mereka ini," katanya

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...BILA MADEY CAKAP HAL ISLAM... BABI MULA TERBANG.... kah kah kah..

kah kah kah...BILA MADEY CAKAP HAL ISLAM....BABI MULA NAIK HAJI...kah kah kah..

kah kah kah..BILA MADEY CAKAP HAL ISLAM...BABI MULA JUMPA ANAK MADEY...kah kah kah..

kah kah kah...BILA MADEY CAKAP HAL ISLAM...BABI MULA BINCANG DENGAN MIRZAN... kah kah kah..

kah kah kah...BILA MADEY CAKAP HAL ISLAM.. MIRZAN BELI KILANG ARAK...kah kah kah..

kah kah kah...BILA MADEY CAKAP HAL ISLAM TANDA GEROMBOLAN AKAN MAMPOOOS...kah kah kah









MALAM INI RADIO BANGSAR - TERUS MENERUS DARI DEWAN CHINA

sila layari radiobangsarutama.blogspot.com
malam ini dari jam 8.00 radiobangsar
akan membuat siaran langsung
forum keganasan polis dan duduk bantah

malam ini juga radiobangsar
akan melaporkan berita berita
dari paris tentang kes rasuah najib

sila layari sekarang:




WARAN TANGKAP UNTUK MAT MONGOL

Posted: 02 May 2012 11:32 PM PDT




KOMENTAR TUKAR TIUB


ini lah masa terbaik
ini lah peluang terbaik
ini lah saat terbaik

bila musuh menyerang
kita mengundur
bila musuh mengundur
kita menyerang

komuniti china sedang marah
komuniti wartawan sedang marah
buruh marah kerna gaji minima tak banyak
tuan punya kilang marah kerana dipakasa buat gaji minima

anak muda sedang marah
mahasiswa pelajar sedang marah
agamawan sedang marah


hari sabtu lalu 400 ribu rakyat telah marah

mat mongol sedang gelabah
mat mongol dalam krisis
mat mongol terpencil

madey sedang merancang
daim sedang merancang
malikul sembab seedang tersenyum

kes kapal selam di paris sedang dibuka
kas kapal selam akan menjadi berita dunia
mat mongol tak dapat bergerak

madey mahu pm baru
daim mahu pm baru
braheng mahu pm baru

rakyat mahu demonstrasi lagi

inilah suasana yang terbaik
inilah suasana masak untuk perubahan


PINTU PENJARA SEMAKIN HAMPIR








MAHKAMAH PARIS BOLEH KELUAR WARAN TANGKAP JIKA TOLAK SAPINA
- mkini

Waran tangkap antarabangsa boleh dikeluarkan oleh hakim Perancis jika saksi enggan membantu sesuatu siasatan selepas sepina dikeluarkan.

Menurut peguam Perancis, Joseph Breham (kanan), yang mewakili NGO Malaysia, Suaram, dalam aduan awam berhubung dakwaan membabitkan sogokan jutaan ringgit dalam urusniaga pembelian senjata, "amaran merah" boleh dihantar kepada Interpol sebagai langkah terakhir.

"Jika saksi itu enggan mematuhi sepina tersebut, mahkamah boleh mengeluarkan notis mandat d'amener, memaksa saksi hadir di mahkamah. Jika saksi (masih) tidak mahu mematuhinya, maka waran tangkap boleh dikeluarkan.

"Waran tangkap berkenaan berkuatkuasa dalam wilayah Perancis, dan mungkin diantarabangsakan, jika hakim merasakannya perlu."

Bulan lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau atau sesiapa sahaja dari kementeriannya, tidak akan membantu siasatan di Perancis itu.

Zahid dinamakan dalam senarai tujuh orang saksi yang dicadangkan oleh Suaram, yang telah diterima oleh hakim siasatan Perancis, Roger Le Loire.



sila layari radio bangsar utama:






MALAM INI HANYA DI RABU

malam ini radio bangsar utama
akan membocorkan lagi berita
tentang kes najib di peranchis

radio bangsar utama
akan memberi laporan terkini
tentang kes rasuah najib di paris


SATU DALIL KENAPA NAJIB WAJIB DI TANGKAP

Posted: 02 May 2012 11:14 PM PDT




KOMENTAR TUKAR TIUB


lupakan sebentar keganasan terhadap penunjuk perasaan
lupakan sebentar keganasan terhadap wartawan
lupakan sabentar najib mengunakan duit rakyat untk kenduri kahwin anak

bukti saheh telah muncul
bukti saheh telah ada
bukti saheh telah di temui

tak perlu dulak dalik
tak perlu putar putar
semua telah ditemui

najib bukan saja tidak layak menjadi pm
najib wajib di tangkap sekarang!


NOTA:
interpol wajib mula
menjalankan tugas
untuk membawa najib
ke paranchis untuk
di hadapkan ke mahkamah!


NOTA:
gambar dalam restoram
bila nak keluar
kah kah kah


KENANGAN MUNGUSIK JIWA





PENDAKWA PERANCHIS DAKWA NAJIB MINTA 1 BILON DOLAR UNTUK PERIMAKER
- mkini

Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata Perancis-Malaysia mendakwa telah menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.

Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram hari ini, satu faks menunjukkan bahawa Najib didakwa telah diminta jumlah tersebut untuk Perimekar sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.

Faks yang bertarikh 1 Jun 2001 adalah dari Francois Dupont, wakil Malaysia untuk syarikat swasta Thales Asia International, kepada D Arnaud.

Dokumen itu, satu daripada 153 yang ditunjukkan kepada Suaram, telah dirampas oleh polis Perancis dari pejabat Henri Gide, seorang pegawai Thales.



sila layari untuk laporan tentang najib:



HIKMAH POLITIK JALAN RAYA

Posted: 02 May 2012 09:09 PM PDT











AL-JAZEERA TUNTUT PENJELASAN PENAPISAN ASTRO
- mkini

Rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera menuntut penjelasan daripada Astro mengapa liputannya mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu didakwa telah ditapis.

Dalam satu kenyataan yang diemel kepada Malaysiakini dari ibupejabat
Al Jazeera di Doha, Qatar, rangkaian berita itu berkata Astro sehingga ini tidak memaklumkan tentang kemungkinan tapisan dibuat kepada program beritanya.

"Laporan berita kami adalah catatan fakta peristiwa pada hari tersebut, dan pencerobohan dalam proses editorial kami adalah tidak wajar. Kami tidak pernah ditapis dengan cara ini oleh platform pengedaran lain di mana-mana sahaja di dunia," katanya.

Rangkaian berita itu menambah bahawa ia juga akan menuntut Astro menjelaskan bagaimana laporan wartawannya, Harry Fawcett pada hari berkenaan telah melanggar "peraturan kandungan tempatan".

"(Astro) perlu menggariskan dengan tepat apakah dakwaan

pelanggaran itu dan bagaimana mereka boleh membuat keputusan tersebut," katanya.

Masih tidak jelas bahagian mana laporan Fawcett mengenai BERSIH telah ditapis, sepertimana yang didakwa oleh lamanweb Sarawak Report.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...INI SATU LAGI KEJAYAAN DEMONSTRASI.... kah kah kah..

kah kah kah...INI LAH HIKMAH NYA POLITIK JALAN RAYA.... kah kah kah..

kah kah kah..KITA TELANJANGKAN MAT MONGOL YANG MENGAKUI NAK JADI LIBERAL...kah kah kah..

kah kah kah...KITA BOGEL KAN MAT MONGOL... YG KLIM ADA DAR TERBUKA...kah kah kah..

woit... TAPI JANGAN BOGEL KAN BIK MAMA... MUNTAH SATU DUNIA.... kah kah kah









MALAM INI SIARAN LANGSUNG DARI DEWAN CHINA

radio bangsar utama malam ini
dari jam 8.00 malam akan
membuat siaran langung
di forum - keganasan polis -

sila layari:

www.radiobangsarutama.blogspot.com

www.radiobangsarutama.com


inilah radio laporan jelas berani langgar

CONTOH TERBAIK - GRADUAN LULUSAN SEKOLAH POLITIK JALAN RAYA

Posted: 02 May 2012 07:11 PM PDT




KOMENTAR TUKAR TIUB

lihat inilah hikamah polituk jalan raya
inilah kerkuatan politik jalan raya
segala bentuk kejahatan terbuka
segala bentuk kebaikkan terserlah

- polis ganas
- gerombolan mula tuduh menuduh
- gerombolan mula retak
- mat mongol salahkan kerismudin dan sembab senag hati
- mula nak lari tanggung jawab
- media dunia terus bantu
- bbc kutuk
- aljazera kutuk


dan

- demo boleh ubah tarikah pru13
- kita kantoikan rancangan mat mongol

tapi paling penting
antara 200- 300 ratus ribu
anak anak muda
para demonstran
yang turun bedemo
akan benci gerombolan
bayangkan berapa juta
yang di rumah yang mula benci gerombolan

kerana itu demonsatrasi
ada kuliah politik terulung


GRADUAN POLITIK JALAN RAYA




KETUA WANITA MCA MELAKA PERTAHAN TINDAKAN
- mkini

Ketua Wanita MCA Melaka Datuk Kian Sit Har mempertahankan tindakannya serta tidak akan meletak jawatan dalam parti kerana menghadiri perhimpunan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir pada Sabtu lepas.

Katanya beliau menghadiri perhimpunan itu atas kapasiti peribadi dan sebagai waraganegara yang prihatin.

"Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, saya menyokong dua perkara penting yang diketengahkan dalam perhimpunan itu iaitu menghapuskan rasuah dan supaya pilihan raya umum akan datang ini berlangsung dalam keadaan adil dan bersih.

"Perkara ini baik untuk rakyat keseluruhan dan saya menghadirinya kerana saya rasa dua perkara sebagai isu nasional ini perlu disokong," katanya ketika dihubungi Bernama semalami.

Kian diminta mengulas laporan sebuah akhbar semalam bahawa Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta beliau meletak jawatan sebagai Ketua Wanita MCA kerana penglibatannya dalam perhimpunan yang disokong pembangkang itu.

Mohd Ali yang juga Pengerusi BN Melaka menyifatkan tindakan pemimpin veteran MCA itu sebagai satu sabotaj dan menikam BN dari belakang yang akan menyusahkan MCA dan BN.

Mengulas lanjut, Kian berkata tindakannya itu tidak sama sekali dilihat sebagai anti kerajaan.

"Saya berasa saya tidak bersalah dalam hal dan kehadiran saya sebagai warganegara yang prihatin dalam isu nasional ini," kata bekas senator itu.



--------------------------------------------------------------


PROGRAM MELAWAN MAKAN INI DI DEWAN CHINA

jemputan untuk semua
mebincangkan bersih 3.0

untuk mereka di luar kuala lumpur
sila layari radio bangsar utama
radio bangsar utama akan membuat
liputan terus menerus dari dewan china

SATU JEMPUTAN KE FORUM



JEMPUTAN KE FORUM PASCA BERSIH 3.0: KEGANASAN POLIS DAN MEDIA 'BLACKOUT' DI DEWAN PERHIMPUNAN CINA KUALA LUMPUR – SELANGOR (KLSCAH) PADA 3 MEI 2012, JAM 8.30 MALAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersempena dengan pasca perhimpunan Bersih 3.0 minggu lalu dan Hari Kebebasan Akhbar pada 5 Mei ini, Akademi Pak Sako dengan kerjasama laman portal JalanTelawi.com akan menganjurkan forum khas yang bertemakan Bersih 3.0: Keganasan Polis dan Media 'Blackout'. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 3 Mei 2012
Masa : 8.30 malam – 10.30 malam
Tempat : Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur – Selangor (KLSCAH)

Ahli panel : 1. Hishamuddin Rais (Aktivis BERSIH / blogger TukarTiub)
2. Fathi Aris Omar (Editor laman berita Malaysiakini.com)
3. Latheefa Koya (Peguam hak asasi manusia, Lawyers for Liberty)
4. Haziq Abdul Aziz (Aktivis mahasiswa, KAMI)
5. Haijan Omar (peguam yang dibelasah sewaktu himpunan Bersih 3.0)

Sehubungan dengan itu, pihak kami menjemput dan mengalu-alukan kehadiran saudara/saudari ke majlis ini serta memohon kerjasama saudara/saudari untuk memajukan jemputan ini seluasnya.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia program, saudara Mohd Zulfadzli Abdul Halim di talian 019-2717548.

Sekian, terima kasih.

NAJWAN HALIMI
Penyelaras Akademi Pak Sako



Tiada ulasan: