Khamis, 3 Mei 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kekasaran Polis - Protes Akhbar China Tempatan

Posted: 03 May 2012 01:33 AM PDT

Akhbar- akhbar China tempatan, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press, Guang Ming Daily and Oriental Daily mencetak muka depan akhbar mereka dengan warna hitam sebagai protes terhadap layanan pihak berkuasa keatas kebebasan wartawan dan jurugambar dalam mengharungi tugas mereka terutamanya semasa berlaku demo.

Beberapa wartawan tempatan dan luar negara telah dikasari PDRM dan peralatan mereka telah dirampas dan dirosakan.

Dilaporkan disini bahawa lebih sepuluh orang wartawan cedera akibat dikasari PDRM ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0.


Ketua Polis Negara tentu akan kata, wartawan dan jurugambar yang cedera itu telah mencederakan diri mereka sendiri dengan sengaja. Kalau tidak nak kata apa lagi? Takkan nak ngaku?

PDRM sepatutnya memberi perlindungan kepada mereka dan bukan berkelakuan sebaliknya.

Esok merupakan Hari Kebebasan Media Sedunia. Para wartawan dan jurugambar akan memakai pakaian hitam dan pita kuning bagi menunjukkan solidariti terhadap wartawan yang diserang.Pita atau reben kuning antara simbol kebebasan media yang digunakan di seluruh dunia.

Sikap Siaran TV Tempatan Yang Tidak Beretika

Posted: 02 May 2012 10:13 PM PDT

Sangat memalukan dan tidak beretika! Liputan berita antarabangsa Al Jazeera yang disiarkan oleh TV Astro mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu telah ditapis untuk siaran tempatan.

Perhatikan Asro memadamkan kenyataan-kenyataan dari pablik


"Laporan berita kami adalah catatan fakta peristiwa pada hari tersebut, dan pencerobohan dalam proses editorial kami adalah tidak wajar. Kami tidak pernah ditapis dengan cara ini oleh platform pengedaran lain di mana-mana sahaja di dunia," katanya di sini

Tiada ulasan: