Kelab Greenboc |
- Apa Macam Tamil Malar Boleh Bertukar Menjadi Mansor Jali?
- SPR Kata Kangkung, Timun, Kuda, Harimau Adalah Pengundi Sah
- Memang Pun Hanif Omar Tak Sesuai Ketuai Panel Bebas - Kian Sit Har
- [Bergambar & Video] RASMI: Datuk Fauzi Shaari Sertai PAS -updated
- Hishamuddin Hussein Akui Ada Polis Menyamar Sebagai Peserta BERSIH
- Akhbar MCA, TheStar Siarkan Berita Basi Mengenai Keenganan Ust Hadi Bertanding PRU
- Bersih Desak Suhakam Siasat Keganasan Polis
- Terkejut Lihat Aksi Seks Adik Di Buaian Depan Rumah
Apa Macam Tamil Malar Boleh Bertukar Menjadi Mansor Jali? Posted: 21 May 2012 01:18 AM PDT Seorang wanita, Tamil Malar hilang kelayakan mengundi apabila semakan di web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan nombor kad pengenalannya dimiliki pihak lain. Ketika membuat semakan, Tamil Malar yang memiliki kad pengenalan biru 750516-08-5360 terkejut apabila namanya yang terpapar adalah nama seorang lelaki, Mansor Bin Jali. Tamil Malar menetap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tronoh, Parlimen Batu Gajah, Perak namun, dalam semakan menggunakan nombor kad pengenalannya itu memaparkan beliau pengundi di DUN Ayer Limau, Parlimen Masjid Tanah, Melaka. "Terbukti ada unsur-unsur penipuan dalam pendaftaran pemilih," kata Adun Tronoh, V Sivakumar seperti dilapor Harakah Daily. "Saya memohon kepada Pengerusi SPR Malaysia untuk memberi penjelasan mengenai hal ini dengan segera. "Kami sedang membuat operasi 'Ghost Busters' di DUN Tronoh dan dalam operasi ini kami berjaya megesan satu kes penipuan yang sangat nyata," katanya. Menurut Sivakumar lagi, pihaknya kini sedang giat mengesan pengundi hantu yang mungkin wujud di DUN itu. -kd
|
SPR Kata Kangkung, Timun, Kuda, Harimau Adalah Pengundi Sah Posted: 21 May 2012 12:04 AM PDT Port Dickson: Mereka yang memiliki nama-nama 'unik' membuatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pening kepala dengan para pengkritik yang mempertikaikan kewujudan golongan tersebut. Namun, SPR berkata, rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuktikan bahawa mereka adalah pengundi yang sah. Para pengkritik suruhanjaya itu membuat jenaka terhadap nama-nama haiwan, sayur-sayuran dan individu terkemuka yang masih hidup atau meninggal dunia dalam kalangan daftar pemilih seramai 12.8 juta pengundi. Mereka turut bertanya mengapa wujud pengundi dengan nama seperti Timun, Kangkung, Harimau dan Kuda dalam daftar pemilih. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, mereka yang memiliki nama unik yang tinggal di pedalaman Sabah dan Sarawak adalah pengundi sah. Katanya, adalah tidak adil bagi SPR dituduh sengaja mereka nama-nama tersebut dan mendaftarkan pengundi-pengundi yang tidak wujud. "Agak hairan bahawa pengkritik masih tidak memahami perkara ini yang berada diluar kawalan kami. "Kami mempunyai pengundi yang memiliki nama seperti Elvis Presley, Reagan dan A.Ramlie bin Jefridin dalam daftar pemilih. Namun, kesemuanya wujud dan merupakan rakyat Malaysia," katanya. (A.Ramli dan Jefri Din merupakan penyanyi terkemuka negara pada 1960) Abdul Aziz berkata, terdapat pengundi dengan nama seperti Atas Jalan, Tepi Jalan, Machine Gun dan Boeing. "Selagi butiran tarikh lahir mereka sama dengan rekod JPN, kami tidak boleh mempertikaikan status mereka dan mesti mendaftarkan mereka sebagai pengundi," katanya. Beliau berkata, SPR terus menerima kritikan berhubung perkara yang diluar kawalan mereka walaupun pelbagai usaha dilakukan pegawai-pegawai untuk memastikan daftar pemilih bersih dan dikemas kini. Katanya, daftar pemilih mempunyai kira-kira 15,000 pengundi yang nombor kad pengenalan mereka tidak selari dengan jantina seperti ditetapkan JPN. Bagi jantina lelaki, nombor terakhir dalam 12 digit kad pengenalan merupakan nombor ganjil manakala perempuan pula adalah nombor genap. "Jika berlaku campur aduk, kami tidak boleh katakan bahawa mereka tidak boleh didaftarkan sebagai pengundi kerana JPN mempunyai rekod mengenai kewujudan mereka. "Mungkin berlaku kesilapan apabila MyKad diserahkan kepada mereka," katanya. Abdul Aziz berkata, mereka juga sering dilontarkan dengan pertanyaan mengenai kewujudan pengundi yang memiliki nama serupa dan lahir pada tarikh dan negeri yang sama. "Perbezaan hanya empat digit terakhir dalam nombor kad pengenalan mereka. Apabila kami mengenal pasti kes ini dengan JPN, kami mendapati mereka didaftarkan pada sejak lahir dan masih hidup," katanya. Menurut beliau, terdapat beberapa soalan dibangkitkan mengenai kewujudan pengundi yang berusia lebih 100 tahun dalam daftar pemilih walaupun rekod SPR menunjukkan kira-kira 1,000 pengundi bagi golongan tersebut. "Kami terus mengesahkan maklumat-maklumat tersebut dengan agensi berkaitan. Kami tidak boleh memadam nama-nama pengundi walaupun mereka sudah mencecah usia 100 tahun. Abdul Aziz berkata, kira-kira 3.7 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih walaupun pelbagai kempen dilakukan untuk menggalakkan mereka berbuat demikian. -mstar Ulasan GB Cukup panjang akal Pengerusi SPR ni untuk kelentong rakyat. PR kena wujudkan badan siasatan untuk menyiasat hal-hal ini dan jika tidak benar, maka Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR perlu diheret ke muka pengadilan. |
Memang Pun Hanif Omar Tak Sesuai Ketuai Panel Bebas - Kian Sit Har Posted: 20 May 2012 09:34 PM PDT Tolak salah laku BN, kata veteran MCA Ketua Wanita MCA Melaka, Kian Sit Har, yang ditegur Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 di Melaka pada 28 April lalu, bertegas bahawa parti itu mesti bangun menentang sebarang salah laku BN. "Pada masa ini, kita tidak boleh bersikap neutral. Kita perlu membuat pilihan antara yang benar dan yang salah. "Parti mungkin ada pendiriannya sendiri, tetapi kita mesti memihak kepada keadilan. Kita tidak boleh mengikut secara membuta tuli jika BN atau MCA melakukan sesuatu yang salah. "Jika anda berfikir ada sesuatu yang tidak kena, maka kita mesti menyuarakannya. Betul tetap betul, salah tetap salah, dan kita tidak perlu takut (untuk bersuara)," katanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini di pejabatnya di Melaka minggu lalu. Sebagai contoh, kata senator yang berusia 73 tahun itu, ialah pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar mengetuai panel bebas untuk menyiasat keganasan di perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur. Dalam nada kecewa, Kian berkata: "Sudah pasti pembangkang akan menuduh kita tidak adil. Bagi saya pun, Hanif tidak sesuai. "Selepas berkata BERSIH mahu menjatuhkan kerajaan, bagaimana anda boleh memintanya menganggotai panel tersebut? "Kami (di perhimpunan BERSIH) tidak pernah terfikir untuk menjatuhkan kerajaan semasa protes," kata Kian. |
[Bergambar & Video] RASMI: Datuk Fauzi Shaari Sertai PAS -updated Posted: 20 May 2012 08:30 PM PDT Taiping - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari malam ini dengan rasminya menyertai Pas. Gambar: Fauzi (kiri) menyerahkan borang keahlian kepada Abdul Hadi sambil diperhatikan oleh Mohamad Sabu. Borang keahlian diserahkan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Perdana Bekas Pegawai Tertinggi PDRM Sertai Pas di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang di sini. Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain. Penyerahan borang keahlian disaksikan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR). Dalam ucapannya, beliau menjelaskan bahawa tujuan menyertai Pas bukan berniat untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa Pas. Katanya, kehadiran beliau pada majlis itu juga sebagai pengenalan kepada penyokong dan masyarakat sebelum bergiat aktif selepas ini. Beliau turut menjelaskan, penyertaan dalam Pas itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis. Fauzi yang berasal dari Pantai Besar, Batu Kurau, Perak menambah, beliau selepas ini akan membantu PR khususnya Pas melalui ceramah-ceramah yang dianjurkan. "Bukanlah bila saya masuk Pas bukan semuanya tak betul. Mana yang boleh tegur, kena tegurlah," katanya. Pada majlis itu juga, Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri Perak yang menjadi pengerusi majlis, Akmal Kamaluddin secara berseloroh mahu Fauzi mengetuai Bersih 4.0 dan kemudiannnya disambut dengan tepukan gemuruh hadirin. -SH kredit foto: ajijoi Siapa sebenarnya bekas Pengarah JSJ PDRM, Fauzi Shaari Alhamdulillah, berbondong-bondong sertai PAS - Abd Hadi Ulasan GB Demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Apabila polis berlaku zalim ke atas Pakatan Rakyat terutama PAS, maka Allah kurniakan hidayah kepada orang yang dipilihNya dari kalangan polis sendiri untuk menyertai PAS. Ini mengingatkan kita tentang kisah Umar Al-Khattab yang satu ketika begitu memusuhi Islam sehingga Rasulullah saw hendak dibunuhnya, tetapi akhirnya Umar Al-Khattab memeluk Islam malah menjadi diantara khalifah terkemuka Khulafau Ar-Rashidin, salah seorang sahabat yang telah dijaminkan syurga oleh Allah dan RasulNya. Selamat berjuang Datuk Fauzi Shaari! dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat. An-Nasr 1-3 TAKBIR! |
Hishamuddin Hussein Akui Ada Polis Menyamar Sebagai Peserta BERSIH Posted: 20 May 2012 04:10 PM PDT Menteri Dalam Negeri Harus Perjelas Peranan Anggota Polis Menyamar Dalam Peserta BERSIH. Hampir 3 minggu telah berlalu sejak sejarah berlakunya himpunan rakyat terbesar dalam negara ini iaitu BERSIH 3.0. Himpunan menuntut pilihanraya bebas dan adil yang harus ditandakan sebagai himpunan perpaduan kerana jelas semangat persaudaraan perbagai kaum dan latar belakang rakyat yang hadir sendiri secara sukarela telah dicacatkan dengan tindakan ganas polis dibawah arahan regim penguasa. Pada 7 Mei, SAMM telah menghantar satu memorandum memperjelaskan tindakan ganas dan jenayah yang melibatkan anggota polis ketika himpunan BERSIH 3.0. Dalam memorandum tersebut juga disenaraikan anggota polis yang jelas gambar mereka dirakam terlibat melakukan jenayah kekerasan. Perbagai persoalan timbul dan masih tidak mampu diperjelaskan oleh pihak regim khususnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien. Malah bukan sahaja gagal memperjelaskan beberapa persoalan penting tetapi regim bertindak memusing dan menyelewengkan beberapa fakta penting pula. Namun sebenarnya ia semakin memerangkap regim dan mengelirukan orang ramai. Terbaru pada 14 Mei lepas dalam satu sidang media di Putrajaya, Hishamuddin dengan jelas menyatakan 21 orang terdiri dari 141 individu yang tersenarai dan telah diiklankan dalam media kononya melakukan keganasan dalam himpunan BERSIH 3.0 telah menyerah diri. Apabila diasak oleh wartawan mengenai kenapa tindakan hanya pada orang awam tidak melibatkan polis yang bertindak ganas, Hishamuddin menyatakan antara 21 orang yang menyerah diri itu ada anggota polis juga. Perhatian semua ditarik balik kepada gambar 141 orang yang kononya mengganas atau merusuh. Gambar ini konon diambil dari rakaman polis yang merakamkan secara rawak merakamkan individu yang merusuh. Bila ditanya pada sebelum itu ketika penyebaran gambar dibuat PDRM dengan yakin menyatakan individu yang diiklankan untuk desak serah diri itu semuanya dirakamkan melakukan keganasan. Tidak ada satupun dari 141 orang yang disiar gambarnya menggunakan seragam polis. Sebaliknya 14 Mei lepas Hishamuddin menyebut ada anggota polis serah diri kerana gambar mereka disiarkan. Ini membawa maksud pengakuan dari Hishamuddin ada anggota polis berpakaian biasa juga bertindak ganas dan merusuh dalam Himpunan BERSIH 3.0. Menteri Dalam Negeri harus tampil menjelaskan perkara ini segera. Jika tidak beliau harus meletakkan jawatan kerana jelas Kementerian Dalam Negeri terlibat dalam merancang mempergunakan anggota keselamatan untuk menimbulkan kekacauan untuk memberikan kelebihan politik kepada parti politik penguasa regim. Bagi pihak SAMM dan organisasi - organisasi Muda yang menghantar memorandum ke Bukit Aman pada 7 Mei lepas satu jawapan dan penjelasan rasmi dituntut. Kejadian 28 April jelas telah menimbulkan perbagai persepsi negatif rakyat kepada pihak keselamatan. Sehingga kini langsung tidak ada tindakan diambil. Sebaliknya PDRM terus angkuh dipergunakan untuk memburu orang ramai. SAMM memberikan perhatian serius dalam isu peristiwa 28 April lalu dan perjuangan mendapatkan pilihanraya bebas dan adil. Kini SAMM sudah menyiapkan satu DVD khas dokumentari yang memperjelaskan BERSIH 1, Bersih 2.0 dan memperjelaskan kejadian BERSIH 3.0. DVD ini walaupun disiapkan oleh tenaga amatur muda tetapi ia merupakan dokumentari lengkap bagi memahamkan rakyat mengenai perjuangan BERSIH 3.0. SAMM juga melalui sekutu organisasi masyarakat muda (ORMAS muda) di luar negara akan turut mengadakan program menonton dokumentari ini bagi memahamkan orang muda khususnya tetangga asean mengenai perjuangan rakyat Malaysia menuntut pilihanraya bebas dan adil. DVD ini dijangka akan dilancarkan minggu hadapan (23 Mei) dan sudah mula boleh didapati di pasaran. che'GuBard Solidariti Anak Muda Malaysia |
Akhbar MCA, TheStar Siarkan Berita Basi Mengenai Keenganan Ust Hadi Bertanding PRU Posted: 20 May 2012 07:42 AM PDT Akhbar MCA siar wawancara 2 bulan lalu KUALA LUMPUR: Selepas dua bulan berlalu, akhbar MCA baru menyiarkan berita kononnya Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak mahu bertanding dalam pilihan raya umum nanti. Ia adalah berita basi dan sudah boleh dianggap tertinggal zaman. Itulah yang boleh dikatakan kepada berita sensasi yang disiarkan oleh The Star hari ini melalui satu wawancara satu muka surat penuhnya dengan Presiden PAS. Wawancara itu sebenarnya telah diadakan hampir dua bulan lalu iaitu pada 3 April 2012 di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Menurut Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, memang betul, ketika The Star dan lain-lain media mewawancara Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dua bulan lalu, itulah sikap beliau. "Tetapi seminggu selepas itu segala-galanya sudah berubah apabila mesyuarat PAS Pusat memutuskan Presiden PAS masih perlu bertanding," katanya kepada Harakahdaily. Akhbar The Star hari ini menyiarkan berita sensasi kononnya Presiden PAS itu tidak mahu bertanding dalam pilihan raya umum akan datang samada peringkat DUN atau peringkat Parlimen. Ahli Parlimen Marang dan Adun Rhu Rendang, Terengganu itu juga dilaporkan berkata akan mencari pengganti kepada beliau sebagai presiden PAS. Laporan ini amat memeranjatkan banyak pihak khasnya kepimpinan PAS bagaimana isu yang sudah lama selesai tiba-tiba timbul kembali. "Inilah bagi saya akhbar yang tertinggal zaman dan sampai sekarang saya tidak faham kenapa wawancara yang berjalan hampir dua bulan lalu baru disiarkan oleh The Star," kata Samsury. Beliau tidak faham apa tujuan akhbar berkenaan menyiarkan wawancara itu sekarang. Ekoran itu, beliau melahirkan kekesalan dan mempertikaikan kredibiliti akhbar milik MCA itu. -HD Hadi akan cari calon pengganti sebelum berundur, kekal tidak bertanding PRU |
Bersih Desak Suhakam Siasat Keganasan Polis Posted: 20 May 2012 06:00 AM PDT Kuala Lumpur 19 Mei: Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (Bersih 3.0) mahu kerajaan menyerahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk menyiasat keganasan polis semasa himpunan 28 April lalu dan menolak panel siasatan yang ditubuhkan kerajaan. "Suhakam memiliki struktur sah untuk menjalankan penyiasatan. Suhakam berpandukan piagam hak asasi. Ini berbeza dari panel yang ditubuhkan kerajaan," kata Pengerusi Bersama Bersih, Datuk A Samad Said dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata, keganasan polis tidak berakhir setakat 28 April lalu, apabila mereka bertindak memburu 141 individu yang dikehendaki kerana kononnya melanggar undang-undang, namun melupakan keganasan dilakukan anggota pasukan itu. "Polis seperti pelesit. Kehulu-kehilir mencari individu ini. Tetapi pihak polis gagal mencari pegawainya yang melakukan keganasan. Ada individu yang menyerah diri untuk memberi keterangan, tetapi mereka telah diganasi, dimaki hamun dan didera," tegas Pak Samad. Beliau merujuk insiden terhadap aktivis mahasiswa, Khalid Ismath yang ditahan dan diaju soalan lucah, manakala Mohd Safwan Mamat dari Terengganu dipukul dengan getah paip, selain ditampar ketika disiasat di Balai Polis Dang Wangi. Menurut Pak Samad, sehingga kini tekanan hanya diberikan kepada peserta Bersih, manakala dua anggota polis yang ditahan dibebaskan dengan ikat jamin. "Keganasan polis juga perlu disiasat secara terperinci. Siasatan juga perlu dijalankan terhadap peranan pengacau," tegas Pak Samad. -KD |
Terkejut Lihat Aksi Seks Adik Di Buaian Depan Rumah Posted: 20 May 2012 04:27 AM PDT Kampung Raja – Seorang wanita terkedu apabila menyaksikan aksi seks adik lelakinya dengan seorang remaja perempuan di atas buaian berhampiran rumahnya di Kampung Jerebun, Hulu Besut pada 25 April lalu. Gambar hiasan. Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut mengejutkan pasangan itu yang asyik berasmara di atas buaian. Menurutnya, kakak lelaki itu kemudian bertanyakan adiknya apa yang dilakukan mereka dan adiknya itu mengaku melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan terbabit. "Sebelum itu, remaja perempuan berumur 14 tahun yang masih belajar dalam tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini telah keluar dari rumahnya di Bukit Tanah, Kerandang dan pergi ke rumah teman lelakinya di Kampung Jerebun," katanya. Kamaruddin berkata, ketika bersembang di halaman rumah teman lelakinya, lelaki tersebut telah melakukan seks dengan remaja perempuan itu di atas buaian di halaman rumah. Menurutnya, lelaki itu terkejut apabila apa yang dilakukan disedari oleh kakaknya yang kebetulan melalui kawasan tersebut. Sementara itu, keluarga remaja perempuan itu membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, kelmarin selepas mengetahui kejadian yang menimpa anaknya. "Siasatan awal mendapati mereka mempunyai hubungan yang intim dan suspek dipercayai mengambil kesempatan merogol mangsa," katanya. Kamaruddin berkata, polis berjaya menahan suspek seorang iaitu seorang penganggur berumur 18 tahun berhubung kes itu. Dia kini ditahan reman sehingga 25 Mei ini untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimun 20 tahun dan sebatan. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan