Era Pasca |
3 perkara yang Najib terpaksa tangguh PRU13 Posted: 20 May 2012 10:57 PM PDT Pertama, pada bulan lepas, Mahkamah Perancis mendedahkan telah memperolehi bukti bahawa Najib, semasa menjadi Menteri Pertahanan, telah meminta bayaran sebanyak AS $ 1 bilion untuk Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, kroni beliau. "Jika Perdana Menteri mempunyai integriti dan mahu dilihat sebagai seseorang yang mempunyai kemuliaan dan moral, beliau harus memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua keperluan undang-undang," kata naib presiden PAS. Mahkamah Perancis mempunyai bidang kuasa terhadap semua orang, tidak kira orang Perancis atau tidak, selagi mereka terlibat dalam perkara melibatkan inkuiri sedia ada.Akhbar di Kanada yang mempersoalkan Najib dalam kes terbaru melibatkan Altantuya Tribunal berterusan di Paris telah menyenaraikan beberapa pegawai tertinggi Malaysia, termasuk Najib dan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi. Zahid sebelum ini mempersoalkan kuasa tribunal untuk mengeluarkan sepina dan menggunakan Interpol untuk membantu jika saksi enggan hadir."Siapa mereka untuk mengeluarkan waran tangkap? Kami tidak tertakluk kepada undang-undang Perancis", Zahid berkata. Kedua, sudah tentu akibat Perhimpunan Bersih 3.0 yang menyaksikan Rakyat berbilang kaum dari segenap lapisan seramai lebih 250,000 Rakyat berhimpun di Kuala Lumpur untuk menyatakan kebenaran dan menyatakan sokongan menentang kerajaan yang korup, penipu dan zalim.Lebih menakutkan Najib dan UmnoBn adalah yang hadir itu datang dengan wang saku mereka sendiri, walaupun dari golongan miskin Rakyat Malaysia. Ketiga, acara Perhimpunan Raksaksa 500,000 ahli Umno bagi meraikan Ulangtahun UMNO yang dirancang oleh Najib tidak hanya untuk memperingati ulang tahun ke-66 parti itu, tetapi ia juga adalah untuk menyediakan platform untuk mengumumkan pilihan raya umum ke-13. Semasa kehadiran Najib Rosmah Walau bagaimanapun, jumlah kehadiran yang amat mengecewakan dengan jumlah kurang 50,000 orang, telah dibuat perbandingan dengan Perhimpunan pada 28 April Bersih 3.0, di mana seramai 250,000 rakyat Malaysia berkumpul hadir secara sukarela di sekitar Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Nampaknya keadaan ini telah memberikan kedua-dua pemimpin Umno ini, Najib dan Mahathir berfikir dua kali untuk melaksanakan PRU13. Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
KJ bakal di tonggeng punggong pula oleh Pesara Tentera Posted: 20 May 2012 12:28 PM PDT Sekumpulan pesara tentera yang melakukan "senaman punggung" depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga bercadang menggempur rumah Ketua Pemuda Umno KhairyJamaluddin Abu Bakar pula. Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom berkata (kanan), Khairy tidak patut masuk campur urusan NGO dengan mengkritik tindakan itu sebagai tidak wajar, tidak masuk akal dan menjadi bahan ketawa dunia. "Khairy sepatutnya menjaga Pemudanya sahaja sebab saya lihat Pemuda semakin lemah. "Saya rasa dia keluarkan kenyataan macam itu sebab tak dapat jawatan menteri dan nak membalas dendam," kata Ali sambil memaklumkan tindakan itu akan dilakukan dalam masa terdekat. Khairy semalam menyuarakan perasaan tidak senang terhadap "protes punggung" depan rumah Ambiga kerana masih terdapat kaedah lain untuk meluahkan perbezaan pendapat. Sebagai contoh, katanya, beliau sendiri sudah berdebat dengan Ambiga berhubung isu berkaitan pilihan raya dan tidak perlu berkumpul membantah depan rumah bekas presiden Majlis Peguam itu. Sementara itu, menamakan senaman itu sebagai "senaman tarian ala gempur", Mohd Ali berkata beliau kini sedang membincangkan lanjut rancangan itu dengan rakan-rakannya yang lain. "Masa dan tarikh nanti dulu. Tapi memang kita akan buat... "Khairy tak layak menjadi pemimpin dan gila jawatan sebenarnya... kami, veteran memang marah dengan kenyataan dia," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam. Mari kita tengok permainan mereka... ha ha haramjadah... kalau agak-agak si tua nih tak boleh terima teguran apa kata masuk balik sekolah tentera... kahkahkahaktui! Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan