Isnin, 21 Mei 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Melayu Umno Patut Malu Dengan Cina Gerakan

Posted: 20 May 2012 11:46 PM PDT

Parti GERAKAN menggesa kumpulan penjaja yang merancang untuk membuka gerai di depan kediaman pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga supaya membatalkan rancangan tersebut.

Naib presiden Mah Siew Keong berkata tindakan mengadakan demonstrasi di hadapan kediaman peribadi "perlu dihentikan kerana ia bukan sebahagian daripada budaya Malaysia."

"Jika amalan ini diteruskan, kita mungkin ada protes di seluruh negara di hadapan rumah seseorang setiap minggu," katanya dalam satu kenyataan.


Katanya, beliau juga gembira kerana "protes tosai" di hadapan rumah timbalan ketua polis negara juga dibatalkan.

Rumah Ambiga sebelum ini menjadi sasaran, bermula dengan tindakan sekumpulan peniaga membuka gerai pada 10 Mei lalu, diikuti demonstrasi oleh sekumpulan bekas tentera, lima hari kemudian.

Pada Khamis dan Jumaat ini pula, sekumpulan 60 peniaga merancang untuk berniaga di lokasi sama dalam kempen yang dinamakan mereka "Bersih 4.0 - Mencucikan Bersih 1,2,3."

Tindakan itu dirancang atas alasan untuk menampung kerugian mereka akibat perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April di ibu negara.


Musnahkan Pas - Cadangan Paling Kurang Ajar Dari Zainudin Maidin

Posted: 20 May 2012 08:59 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pakar media Umno, Datuk Zainudin Maidin atau Zam menentang keras cadangan muzakarah Umno dengan PAS sebaliknya mencadangkan PAS dilumpuh dan dimusnahkan. (Tulisan Zam dalam Utusan hari ini)

"PAS tidaklah seharusnya menjadi pilihan Umno untuk perpaduan Melayu tetapi sebaliknya perpaduan Melayu hanya akan wujud dengan melumpuhkan PAS," tulis Zam dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Bekas Menteri Penerangan dan Ketua Pengarang Utusan itu berkata, "kesempatan haruslah diambil daripada keruntuhan moral dan kekalutan politik PAS sekarang untuk memusnahkan sama sekali PAS."


Pendirian Zam ini dipercayai pendirian kebanyakan pemimpin Umno dalam menghadapi PAS.

Mereka bukannya mahu bermuzakarah dengan PAS tetapi mahu menghancurkan PAS sama sekali dengan menimbulkan keraguan di kalangan ahli PAS kepada pemimpinnya.

Mereka juga bertujuan untuk melahirkan keraguan rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat terhadap hala tuju perjuangan PAS di negara ini.

Sejak kebelakangan ini, media Umno itu galak benar menyiarkan berita berkaitan dengan cadangan muzakarah yang disebut oleh pimpinan PAS.

Cadangan muzakarah dengan semua NGO dan parti politik untuk menerangkan dasar PAS dijadikan cadangan PAS untuk bermuzakarah dengan Umno dan menghasilkan anggapan PAS mahu bergabung dengan Umno.

Tun Dr Mahathir pula hari ini mendakwa PAS tidak ikhlas mahu bermuzakarah dengan Umno.

Sebab itulah, katanya, perlbagai alsan dicari PAS untuk menggagalkan usaha itu.

Padahal, PAS menawarkan muzakarah kepada semua NGO dan parti politik untuk menerangkan Islam yang dibawanya tetapi Umno merosakkannya dengan berkata PAS mahu bermuzakarah dengan Umno.

Harakah Daily



Ketua Wanita MCA Pertahan BERSIH Dan Tolak Kezaliman Umno/BN

Posted: 20 May 2012 06:39 PM PDT

Ketua Wanita MCA Melaka, Kian Sit Har, yang ditegur Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 di Melaka pada 28 April lalu, bertegas bahawa parti itu mesti bangun menentang sebarang salah laku BN.

"Pada masa ini, kita tidak boleh bersikap neutral. Kita perlu membuat pilihan antara yang benar dan yang salah.

"Parti mungkin ada pendiriannya sendiri, tetapi kita mesti memihak
kepada keadilan. Kita tidak boleh mengikut secara membuta tuli jika BN atau MCA melakukan sesuatu yang salah.


"Jika anda berfikir ada sesuatu yang tidak kena, maka kita mesti menyuarakannya. Betul tetap betul, salah tetap salah, dan kita tidak perlu takut (untuk bersuara)," katanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini di pejabatnya di Melaka minggu lalu.

Sebagai contoh, kata senator yang berusia 73 tahun itu, ialah pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar mengetuai panel bebas untuk menyiasat keganasan di perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur.

Dalam nada kecewa, Kian berkata: "Sudah pasti pembangkang akan menuduh kita tidak adil. Bagi saya pun, Hanif tidak sesuai.

"Selepas berkata BERSIH mahu menjatuhkan kerajaan, bagaimana anda boleh memintanya menganggotai panel tersebut?

"Kami (di perhimpunan BERSIH) tidak pernah terfikir untuk menjatuhkan kerajaan semasa protes," kata Kian. - mkini


Bekas Pegawai Tertinggi PDRM Sah Masuk Pas

Posted: 20 May 2012 06:01 PM PDT

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari malam ini dengan rasminya menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS).

Borang keahlian diserahkan kepada Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Perdana Bekas Pegawai Tertinggi PDRM Sertai PAS di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang di sini.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain.


Penyerahan borang keahlian disaksikan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Dalam ucapannya, beliau menjelaskan bahawa tujuan menyertai PAS bukan berniat untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.

Katanya, kehadiran beliau pada majlis itu juga sebagai pengenalan kepada penyokong dan masyarakat sebelum bergiat aktif selepas ini.

Beliau turut menjelaskan, penyertaan dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.

Fauzi yang berasal dari Pantai Besar, Batu Kurau, Perak menambah, beliau selepas ini akan membantu PR khususnya PAS melalui ceramah-ceramah yang dianjurkan.

"Bukanlah bila saya masuk PAS bukan semuanya tak betul. Mana yang boleh tegur, kena tegurlah," katanya.

Pada majlis itu juga, Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Perak yang menjadi pengerusi majlis, Akmal Kamaluddin secara berseloroh mahu Fauzi mengetuai Bersih 4.0 dan kemudiannnya disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.


Maaf.. Orang Pas Tak Termasuk Dalam Senarai Jemputan...

Posted: 20 May 2012 09:01 AM PDT






Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad hadir memeriahkan majlis perkahwinan anak sulung bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa di Bandar Bukit Mahkota di sini.

Turut kelihatan pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee; Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Presiden Jalur Tiga (Beras Jati), Dr Hasan Mohamed Ali.



Rahim Noor Cakap Merepek Macam Orang Sasau..

Posted: 20 May 2012 06:09 AM PDT

Bekas IGP: Pakatan mahu 'pertumpahan darah' pada 28 April

Bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor mendakwa Pakatan Rakyat akan menggunakan "pertumpahan darah" semasa perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu kerana tidak berkeyakinan akan menawan Putrajaya.

Dalam wawancara dengan akhbar Berita Minggu hari ini, Abdul Rahim berkata penal bebas yang dibentuk untuk menyiasat perhimpunan BERSIH 3.0 perlu menyiasat perkara itu.

"Saya ada terima maklumat berbaur hasutan kononnya pembangkang tidak yakin menawan Putrajaya dan memilih pendekatan pertumpahan darah.


"Kenyataan seperti itu harus dipantau, dicegah segera. Jika betul ada ucapan seperti itu, panel perlu kaji segenap aspek itu," katanya.

Tambahnya, panel berkenaan juga perlu menyiasat gabungan NGO dalam BERSIH yang kini berubah menjadi gerakan massa – yang berniat membangkit kemarahan rakyat dan mengguling kerajaan.

"Kita lihat aspek perancangannya yang rapi, sulit dan pembabitan beberapa individu di sebaliknya yang mempunyai rekod tertentu.

"Gerakan pada 28 April adalah ala-Marxist," katanya lagi yang turut mendakwa beberapa personaliti lain yang terlibat dalam BERSIH mempunyai matlamat politik tertentu.

- Malaysiakini



Wan Azizah Di Mata Perempuan Jahat

Posted: 20 May 2012 04:56 AM PDT

Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali menasihatkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail agar tidak bersubahat di dalam perkara mungkar.

Beliau juga menegaskan akan mendedahkan siapa Wan Azizah yang sebenar di sebaliknya imejnya sebagai seorang wanita yang alim selepas ini.

"Kita akan bongkar siapa Wan Azizah... siap bersama Azmin Ali jumpa Rupert Murdoch. Imej sahaja Islam, tetapi minta derma RM50 juta daripada Yahudi untuk jatuhkan kerajaan Islam di Malaysia," katanya semasa berceramah di Kampung Paya, Batu Kurau, malam tadi yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.


Ummi Hafilda berkata, orang Pas telah 'dikencing hidup-hidup' kerana percayakan Anwar dan Azmin.

Katanya, mereka berdua hidup begitu mewah sampai sekarang walaupun tidak bekerja selama 14 tahun.

-Utusek


BERSIH 4.0 - Kerja Paling Bodoh Umno..

Posted: 20 May 2012 01:34 AM PDT

Peh.. Gemok-gemoknye lembu-lembu nie..


Klik di sini

Tiada ulasan: