Kelab Greenboc |
- Stadium Bukit Jalil DiGEGARkan Oleh Tuntutan Royalti Sempena Final Piala FA
- Kepala Peserta BERSIH 3.0 Dipijak, Dipukul Dalam Keadaan Bergari
- Kerajaan UMNO BN Kini Sedang Takut Tahap ‘Luarbiasa’ - A. Samad Said
- [Video] Pekung UMNO Didedah: Selamat Tinggal UMNO Dari Naib Ketua Pemuda Umno Kampar
- J/K BERSIH Mahu Serah Baton. BERS✔H 4.0 Wajar Digerakkan Sebelum PRU13
- "Haramjadah" Sudah Mula Menimpa Najib Dan UMNO
- Keluar Umno Akibat Hina Ulama
- [Video] Lembu Gila Serang Khairy Jamaluddin
Stadium Bukit Jalil DiGEGARkan Oleh Tuntutan Royalti Sempena Final Piala FA Posted: 19 May 2012 01:06 AM PDT Kuala Lumpur: Sempena aksi final Piala FA antara Kelantan dengan Sime Darby malam ini, NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) mengadakan kempen mengumpul tandatangan di Stadium Bukit Jalil hari ini. Gambar: Tandatangan rakyat Kelantan minta kembalikan hak royalti minyak Kelantan "didaratkan" di Perkarangan Dataran Stadium Bukit Jalil. Setiausahanya, Muhammad Hishammuddin Ghazali berkata, kempen tersebut sudah bermula sejak malam tadi dan akan berterusan sehingga malam ini. "Kita mahu mengumpul sekurang-kurangnya 20,000 tandatangan sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan negeri menuntut hak royalti negeri itu," katanya kepada Harakahdaily. Selain tandatangan, pihak Gegar juga katanya akan mengadakan persembahan dikir royalti dan puisi royalti secara spontan di perkarangan stadium tengah hari ini. Mereka juga turut membuka khemah khas Royalti Minyak sebagai simbolik kempen mereka. Serentak itu juga, satu lagi NGO bersama mereka iaitu Gerakan Rakyat Boikot Petronas turut menganjurkan kempen serupa. Gerakan itu antara lain mahu rakyat khususnya Kelantan untuk memboikot Petronas selagi tidak membayar wang royalti kepada Kelantan. "Kita juga akan edarkan 10,000 pelekat 'huruf R' yang berwarna merah sebagai tanda menuntut royalti dan pelekat boikot Petronas," kata Hishammuddin lagi. Kempen serupa sebenarnya pernah dibuat Gegar pada aksi final Piala FA 2011 lalu ketika Kelantan bertemu Terengganu di stadium sama. Sebagai kemuncak malam ini, mereka akan menaikkan kain rentang gergasi menuntut royalti. -HD Piala FA: Penyokong Kelantan tiba di Bukit Jalil |
Kepala Peserta BERSIH 3.0 Dipijak, Dipukul Dalam Keadaan Bergari Posted: 18 May 2012 11:47 PM PDT Shah Alam: "Tangan Wan digari di belakang. Lepas tu Wan dibelasah disepak di perut, badan, kepala dan ada juga anggota polis yang memijak kepala Wan." Ini pengalaman Fauzan, seorang peserta BERSIH 3.0 yang telah tampil ke hadapan untuk memberi bukti dan kenyataan tentang insiden keganasan polis semasa himpunan April 28 itu. Fazuan antara lima peserta BERSIH yang telah memberi keterangan kepada Angkatan Muda Keadilan (AMK). Sayap parti itu sedang mengumpul bukti dan keterangan daripada peserta yang mendakwa dikasari polis semasa himpunan itu. Menurut Fazuan, yang meminta hanya nama pertamanya disiarkan, beliau dan kawan lain sedang berjalan kaki ke Stesen LRT Masjid Jamek pada pukul 5.30 petang hari itu. "Masa tu kami dah pun bersurai, dah berpecah nak balik. Bila sampai di Masjid Jamek kami nampak ramai yang dah kena tangkap, kena tendang, pukul dan macam-macam lagilah. "Masa kelam kabut orang ramai berlari menyelamatkan diri tu lah, Wan kena tendang polis dari belakang dan jatuh. "Bila Wan dah jatuh, Wan digari kebelakang dan lepas tu Wan dibelasah, disepak di perut, badan, kepala dan ada juga anggota polis yang memijak kepala Wan," beritahu Fazuan ketika dihubungi TVS hari ini. Menurut Fazuan, beliau juga telah diseret dengan menggunakan tali ke Dataran Merdeka. "Wan dah tak boleh nak bangun tetapi dia orang seret Wan dengan tali ke Dataran Merdeka," ujar Fazuan. Ketika dalam perjalanan menuju ke Dataran Merdeka, Fazuan juga telah dipukul oleh anggota-anggota polis yang berada di sepanjang laluan itu. "Memang cukup ramai polis yang pukul Wan. Bayangkan masa diseret dengan tali untuk dibawa ke Dataran Merdeka berapa ramai polis ada, kiranya nak sampai ke Dataran tu memang banyak kena 'bayar tol', tangan, kaki semua naik," ujar Fazuan. Fauzan mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur selepas dilepaskan daripada pusat tahanan di Pusat Latihan Polis (Pulapol). "Dalam 'medical check-up' tu, kecederaan Wan pecah mata dalam macam darah beku, bengkak-bengkak di muka, luka di kening. "Sampai sekarang Wan jadi semacam fobia dengan polis," katanya lagi. Pada May 17, Jawatankuasa pemandu BERSIH 3.0 menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi menyeru badan itu menyiasat keganasan polis semasa himpunan tersebut. Manakala dalam satu sidang media pada May 6 oleh AMK, ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin memaparkan klip video dan gambar yang di ambil pada perhimpunan tersebut yang menunjukkan peserta BERSIH dikasari polis. Ayman, 18, seorang lagi peserta yang sudah tampil memberi kenyataan kepada AMK dengan mendakwa beliau dimasukkan ke dalam wad akibat kecederaan selepas dipukul polis. "Masa di Hospital Kuala Lumpur, Doktor tak masukkan saya ke wad cuba beri rawatan biasa sahaja. "Tetapi bila dah sampai Kedah, saya dibawa oleh bapa saya ke Hospital Pantai dan Doktor telah memasukkan saya ke wad selama sehari untuk rawatan lanjut. "Doktor beritahu saya mengalami kecederaan dalaman," kata pemuda itu yang hanya mahu singkatan namanya disiarkan. Menurut Ayman, beliau juga berada di kawasan Masjid Jamek apabila tiba-tiba diserangi sekumpulan anggota polis. Ayaman mendakwa disepak dan ditumbuk di seluruh bahagian badan serta muka oleh anggota polis yang dianggarkan melebihi 20 orang. "Masa tu ada sekumpulan orang di situ tiba-tiba menjerit suruh lari. "Saya pun tergesa-gesa lari tetapi baju saya sempat ditarik oleh seorang anggota polis hinggakan terkoyak. "Mula-mula saya disepak sampai jatuh dan kemudian saya ditumbuk dan disepak dengan 'boot' yang dipakai polis-polis itu di seluruh badan dan muka," kata Ayman. Shamsul Iskandar berkata, parti Pakatan dan NGO seperti SUARAM, Lawyers For Liberty dan Majlis Peguam sedang mengumpul kenyataan daripada mangsa seperti Ayman dan Fauzan. Usaha tersebut bagi menyelaraskan tindakan udang-undang yang bakal diambil oleh mangsa terhadap Kerajaan Pusat dan polis. |
Kerajaan UMNO BN Kini Sedang Takut Tahap ‘Luarbiasa’ - A. Samad Said Posted: 18 May 2012 09:47 PM PDT Kuala Terengganu – Naib Presiden PAS YB Salehuddin Ayob berkata pebenarnya perhimpunan aman boleh dijelmakan di mana-mana sahaja di negara ini sekiranya tidak ada provokasi oleh pihak tertentu. Menurutnya, ribuan malah puluhan roibu rakyat hadir mendengar ceramah pimpinan PAS di mana-mana sahaj pada maskini berjalan dengan begitu baik tanpa sebarang perkara yang tidak diingin. "lihat pada hari ini, sambutan yang diberikan oleh rakyat cukup luar biasa, dimana-mana pun kita (pimpinan PAS) hadir pada hari ini, "membuktikan bahawa perhimpunan secara aman (dan) beretika ini maih mampu kita jelmakan dimana-mana sahaja asalkan tidak ada apa-apa provokasi yang mengganggu himpunan aman seperti ini,"jelasnya. Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas majlis ceramah di Batu Burok dekat sini semalam Jumaat 17 Mei, yang dihadiri lebih 5,000 orang. Sehubungan itu, Sasterawan Negera Datuk A.Samad Said (Pak Samad) menekankan bahawa BERSIh adalah gerajkan yang benar-benar mahu melihat pilihanraya umum yang akan datang adalah satu pilihanraya yang adil dan bersih. Beliau melahirkan rasa pelik kerana katanya ada upaya menghuru-harakan keadaan negara ini yang bukan dilakukan oleh 'oposisi' tetapi oleh pihak yang memerintah. "dan saya mula terbayang sekarang bahawasanya ada upaya untuk cuba menghuru-harakan negara ini dengan menimbulkan soal perkauman, "amat aneh sekali ini bukan dilakukan oleh kita sebagai 'oposisi' tetapi oleh orang yang sedang memerintah,"ujarnya. Beliau yang turut menyampaikan ceramah pada majlis tersebut menyifatkan, ia adalah sebenarnya suatu ketakutan yang amat luar biasa oleh kerajaan. Oleh itu beliau mengingatkan tindakan kerajaan menimbulkan soal perkauman itu tidak akan menguntungkan sesiapa. Turut menyampaikan ucapan adalah Koordinator Amanah Negeri Terengganu Datuk Raja Kamarulbahrin dan Senator Mumtaz Nawi. Hadir bersama adalah ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan ADUN Ladang Dato' Tengku Hassan Omar. -buletinonline |
[Video] Pekung UMNO Didedah: Selamat Tinggal UMNO Dari Naib Ketua Pemuda Umno Kampar Posted: 18 May 2012 06:50 PM PDT Naib Ketua Pemuda Umno Kampar keluar parti BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu. Nizar dan Sivakumar hadir semasa Zamhuri (tengah) mengisytiharkan keluar Umno. Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven. "Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu," katanya kepada Harakahdaily. Menurutnya, rasuah di dalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan. Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan. "Saya bayar cukai RM20,125 seperti prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir," ujarnya. Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah 'orang kuat' menyokong kerajaan. "Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Datuk Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan<. "Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang. "Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat," ujarnya. Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau. Sementara itu, mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau. Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan. "Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir. "Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat. Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat. Hadir sama dalam pengisytiharan tersebut ialah Adun Tronoh, V Sivakumar serta penyokong Pakatan Rakyat. -HD Ulasan GB End of the day, kebenaran tetap menang melawan kebatilan. Apa yang dialami oleh bekas Naib ketua Pemuda Kampar itu hanya satu dari berpuluh, beratus malah beribu kes-kes penganiayaan dan tekanan yang berlaku sesama ahli UMNO sendiri hasil dari perjuangan parti yang telah lama bergelumang dengan kebatilan. Islam juga tidak melarang seseorang untuk menjadi kaya-raya dengan perniagaan tetapi apabila ia tidak didasarkan kepada kebenaran dan keadilan maka berlakulah penindasan dan tekan-menekan di dalam perebutan harta duniawi di kalangan parti UMNO dan juga komponen di dalam BN sendiri. Perkara-perkara buruk yang didedahkan seperti "bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam" sudah menjadi seperti satu "budaya perniagaan" dan kudis besar yang bernanah busuk itu akhirnya tidak mungkin dapat disorokkan dan parasit dari kudis itulah yang bakal mengakhirkan riwayat UMNO BN sendiri. Itulah hukum kebenaran dan keadilan. Dan Dia memilih sdra. Zamhuri untuk diselamatkan dari terus terbenam di dalam "pasir jerlus" UMNO untuk bersama-sama Pakatan Rakyat menegakkan kebenaran dan keadilan, tinggalkan kepalsuan dan kezaliman. |
J/K BERSIH Mahu Serah Baton. BERS✔H 4.0 Wajar Digerakkan Sebelum PRU13 Posted: 18 May 2012 04:11 PM PDT A. Samad Said: Bersih 4.0 boleh diadakan jika rakyat mahu KUALA TERENGGANU - Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said tidak menolak kemungkinan Bersih 4.0 diadakan jika rakyat sekali lagi bersedia untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Pendirian Sasterawan Negara itu bagaimanapun dilihat bercanggah dengan kenyataan Datuk S. Ambiga, yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0, sebelum ini menyatakan beliau tidak bercadang ke arah penganjuran Bersih 4.0. A Samad berkata, perhimpunan Bersih 4.0 mungkin menjadi kenyataan sekiranya penyokong pembangkang berhajat berbuat demikian dan pihaknya mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membuat keputusan seterusnya. 'Terserah kepada mana-mana pihak anjur Bersih 4.0' Daftar pemilih: JPN, SPR jangan 'pekak badak' Ulasan GB BERS✔H 4.0 memang wajar digerakkan daripada sekarang. Dakwat kekal digunakan tetapi daftar pemilih masih belum dibersihkan. Warganegara asing pula ramai didaftar sebagai pemilih. Pihak kerajaan UMNO BN sengaja buat pekak badak terhadap tuntutan BERSIH 3.0. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Pemuda PR mampu menjadi peneraju utama penggerak BERS✔H 4.0 jika pihak J/K BERS✔H sudah enggan untuk menjayakannya. Jangan berlengah, bertindak sekarang. Panggil mesyuarat, tetapkan tarikhnya SEGERA. Dan jangan berlengah sebelum kita terus ditipu SPR dan UMNO/BN. |
"Haramjadah" Sudah Mula Menimpa Najib Dan UMNO Posted: 18 May 2012 08:36 AM PDT Scorpene: Mahkamah Perancis mula perbicaraan pembabitan Najib kes rasuah RM800 juta KUALA LUMPUR 18 Mei: Media antarabangsa melaporkan, Mahkamah Perancis memulakan perbicaraan rasuah USD200 juta (RM800 juta) pembelian dua kapal selam dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Laporan daripada The Vancouver Sun itu menyebut Hakim Roger Le Loire dan Tournaire Serge, yang sangat berpengalaman dalam penyiasatan kes rasuah dan hak asasi manusia, cuba mendapatkan bukti jika syarikat pembuat kapal Perancis DCNS membayar rasuah untuk mendapatkan kontrak membekalkan dua kapal tersebut kepada tentera laut Malaysia. Siasatan mereka akan mengambil masa dua tahun dengan pengumpulan bukti oleh polis Perancis. "Perjanjian itu dilakukan ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan dan perhatian difokuskan kepada peranan yang dimainkan oleh rakan rapat Najib dan penasihat dasar, Abdul Razak Baginda," laporan itu dipetik. Laporan itu juga menyebut, mahkamah mahu mendapatkan bukti mengenai pembayaran USD46 juta kepada syarikat Terasasi milik Abdul Razak dan bapanya, Abdul Malim Baginda yang pada asalnya diperbadankan di Malaysia, tetapi kemudian didaftarkan di Wan Cai, Hong Kong. The Vancouver Sun menyebut, dalam surat tulisan tangan yang ditemui selepas kematian model Mongolia itu berkata, Altantuya berhasrat berjumpa Razak Baginda untuk menuntut USD500,000 sebagai komisen perjanjian Scorpene. Laporan itu dipetik berkata, Razak Baginda dan dua pengawal peribadi Najib iaitu Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, telah didakwa membunuh Altantuya. Bagaimanapun, Razak kemudiaannya dibebaskan tanpa perlu membela diri. Azilah dan Sirul pula dijatuhi hukuman mati. "Mereka merayu keputusan itu, tetapi perbicaraan ditangguhkan. Ramai meramalkan rayuan tidak akan didengar selepas pilihan raya yang dijangka pada Jun (ini)," kenyataan itu dipetik. The Vancouver Sun adalah akhbar harian utama di British-Columbia, yang dimiliki syarikat Rangkaian Postmedia, berpangkalan di Kanada. -KD Scorpene: Najib dicabar saman media antarabangsa – Shamsul Ulasan GB Baru beberapa hari GB tulis, bahawa ungkapan "haramjadah" yang disebutkan oleh Najib terhadap peneroka yang tidak bersetuju dengan beliau yang dimakinya dengan haramjadah", maka Najib sendirilah yang bakal menerima padahnya. Akhirnya apa ynag GB tulis menjadi kenyataan. Mahkamah Perancis memulakan perbicaraan rasuah USD200 juta (RM800 juta) pembelian dua kapal selam dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Najib ingat beliau sudah terlalu berkuasa sedangkan beliau lupa beliau boleh jatuh pada bila-bila masa dan dalam sekelip mata... suka-suka nak mengharamjadahkan orang apatah lagi rakyatnya sendiri... klik untuk baca |
Posted: 18 May 2012 06:35 AM PDT Kuala Krai: Mesyuarat Agung Tahunan PAS kali ke-34 di sini mencatat sejarah apabila 50 anggota Umno Kampung Sungai Tias, dekat sini menyerah borang menyertai PAS kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Penyerahan borang tersebut dilakukan Wan Nor Abdullah, 46 mewakili rakan-rakan lain. Pada majlis itu juga Presiden memakaikan baju-T bergambar Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, timbalannya, Mohd Fauzi Abdullah, Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim dan Adun Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria. Wan Nor ketika ditemui berkata, beliau memilih PAS selepas melihat dasar-dasar kebajikan kerajaan negeri dan PAS lebih baik berbanding Umno. Katanya juga, pemimpin Umno tidak menghormati ulama dan sanggup menghina golongan terbabit bagi kepentingan politik mereka. "Mereka sanggup mencaci ulama sedang mereka sendiri tidak betul," katanya kesal. Rakannya Muhammad Omar, 42 berkata, pemimpin Umno jarang mengambil berat masalah rakyat kerana tinggal jauh dari tempat yang diwakili dalam pilihan raya. Kata beliau bekas Adun Dabong, Dato' Ramzi Abdul Rahman bukan orang Dabong dan hanya datang sekali sekala biarpun mempunyai banglo mewah di atas bukit di Jelawang. "Sedangkan Adun sekarang orang tempatan dan mudah ditemui. Arif sering keluar masuk kampung menemui rakyat tanpa mengira parti. "Inilah yang menyebabkan saya dan kawan-kawan mengambil keputusan keluar Umno dan menyertai PAS,"tambahnya. Arifabillah berkata, beliau bersama pemimpin PAS di Majlis Tindakan Dun Dabong sentiasa menganjur program bersama rakyat termasuk Cakna Keluarga, sukan dan lawatan dari rumah ke rumah. "Alhamdulillah melalui program yang diadakan sejak beberapa tahun lalu berjaya mendekatkan PAS dan penyokong-penyokong Umno sehingga ada yang membuat keputusan menyertai kita," katanya. Beliau juga berkata, seramai 30 lagi ahli Umno iaitu dari Kampung Lanchang akan menyertai PAS dalam masa terdekat. Manakala di Chalil, Gua Musang lebih 100 ahli dan penyokong Umno di tanah rancangan tersebut dijangka membuat kejutan keluar Umno pada satu program yang akan diadakan 20 Mei ini. Sementara itu, Ustaz Abdul Hadi berkata, biarpun ada pihak cuba mempertikaikan bekas Presiden Majlis Peguam, Dato' S Ambiga mengetuai Bersih 3.0, namun bagi PAS persamaan perjuangan bagi membersihkan pengendalian pilihan raya di negara ini lebih penting. Katanya, soal siapa yang berada di depan Bersih 3.0 tidak menjadi isu utama, sebaliknya matlamat perjuangan memastikan proses pilihan raya telus di negara ini lebih penting. "Tak kiralah siapa yang berada di depan Bersih 3.0 baru-baru ini, kerana apa yang lebih penting berjuang memastikan pilihan raya benar-benar bersih dan adil," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tersebut. Manakala ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Pengkalan Chepa pada hari yang sama, beliau menyifatkan Umno menyebarkan ajaran salah apabila mendakwa hanya parti itu sahaja yang boleh memberi pembangunan dan kemajuan kepada rakyat. "Kerana tamak kuasa Umno sanggup mencanangkan fahaman tersebut, seolah-olah mereka pemberi rezeki kepada rakyat. Umno terus mendabik dada," ujarnya. Turut hadir pada mesyuarat agung di Putik itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan, anak bekas Tun Ghaffar Baba, Tamrin Ghafar dan rombongan PAS Kuala Kangsar. |
[Video] Lembu Gila Serang Khairy Jamaluddin Posted: 18 May 2012 04:25 AM PDT Kumpulan pesara tentera mahu gempur KJ pula Sekumpulan pesara tentera yang melakukan "senaman punggung" depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga bercadang menggempur rumah Ketua Pemuda Umno KhairyJamaluddin Abu Bakar pula. Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom berkata (kanan), Khairy tidak patut masuk campur urusan NGO dengan mengkritik tindakan itu sebagai tidak wajar, tidak masuk akal dan menjadi bahan ketawa dunia. "Khairy sepatutnya menjaga Pemudanya sahaja sebab saya lihat Pemuda semakin lemah. "Saya rasa dia keluarkan kenyataan macam itu sebab tak dapat jawatan menteri dan nak membalas dendam," kata Ali sambil memaklumkan tindakan itu akan dilakukan dalam masa terdekat. Khairy semalam menyuarakan perasaan tidak senang terhadap "protes punggung" depan rumah Ambiga kerana masih terdapat kaedah lain untuk meluahkan perbezaan pendapat. Sebagai contoh, katanya, beliau sendiri sudah berdebat dengan Ambiga berhubung isu berkaitan pilihan raya dan tidak perlu berkumpul membantah depan rumah bekas presiden Majlis Peguam itu. Sementara itu, menamakan senaman itu sebagai "senaman tarian ala gempur", Mohd Ali berkata beliau kini sedang membincangkan lanjut rancangan itu dengan rakan-rakannya yang lain. "Masa dan tarikh nanti dulu. Tapi memang kita akan buat... "Khairy tak layak menjadi pemimpin dan gila jawatan sebenarnya... kami, veteran memang marah dengan kenyataan dia," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam. - mk 'Apa lagi, jual kuetiau depan Seri Perdana pula?' |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan