Sabtu, 19 Mei 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Gua Lebih Kecewa Dengan Lu Karpal Bila Sanggah Hudud.. Lu Yang Patut Keluar Dap..

Posted: 19 May 2012 01:22 AM PDT

Kenyataan Tunku Aziz kecewakan Karpal Singh

Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh meluahkan perasaan kekecewaannya terhadap bekas naib presiden parti itu Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap perdana menteri, seperti dilaporkan di muka depan Utusan Malaysia hari ini.

karpal singh pc penang 180312Karpal yang terkenal sebagai pengamal undang-undang menyelar pelan transformasi Datuk Seri Najib Razak yang didakwanya hanya berada di pinggiran dan sepatutnya lebih mendalam.


"Saya agak terperanjat dengan kenyataan Tunku bahawa PM berada di landasan yang betul. Apa yang penting, Najib tidak harus kekal di pinggiran apabila bercakap soal pelan transformasi," kata Karpal dalam sidang media di Pulau Pinang.

"Langkah pertama yang mesti dilakukannya mengembalikan semula status bumiputera kepada semua warganegara yang lahir pada dan selepas 31 Ogos 1957, tarikh kemerdekaan negara ini," tambahnya.


Lagi Kisah Polis Malaysia Yang Ganas Dan Zalim

Posted: 19 May 2012 12:11 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 Mei: "Saya dipukul dengan pistol oleh polis yang beruniform. Akibatnya, saya mengalami kecederaan di dada dan berbekas hingga ke hari ini," kata Mohd Saufi, 26, yang berasal dari Pulau Pinang.Mohd Saufi yang ketika itu sedang berjalan pulang dari himpunan Duduk Bantah 28 April lalu, 'dikeroyok' sekumpulan anggota polis di hadapan bangunan Bank OCBC, Jalan Tun Perak, kira-kira jam lima petang.

"Saya dipijak dan ditumbuk hingga jatuh. Hidung saya berdarah dan mata luka," kata Saufi.

Beliau antara 19 mangsa keganasan polis yang tampil dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), hari ini.


Manakala Lee Teck Yai, 39, seorang ejen insuran yang berasal dari Kuala Lumpur, mendapat lima jahitan di belakang telinga, selain lebam di muka dan badan selepas ditolak oleh Polis dari tangga LRT Masjid Jamek.

"Kira-kira jam enam petang, saya hendak pulang ke Pandan Jaya. Saya lihat ada keganasan oleh Polis terhadap peserta himpunan, lalu saya merakam aksi tersebut.


"Anggota Polis yang nampak tindakan saya menyerbu untuk menahan. Mereka paksa saya ikut. Ketika sedang dibawa untuk ditahan, saya ditumbuk, ditendang dam ditolak hingga jatuh," jelas Lee.

Ahli jawatankuasa Pemandu Bersih, Hishamuddin Rais menjelaskan, tindakan ganas tersebut dirancang, berdasarkan pengesahan mangsa bahawa anggota Polis yang memukul mereka tidak mempunyai nama dan nombor anggota di uniform mereka.

"Mereka juga secara tersusun merampas kamera dan kad memori bertujuan menghilangkan bukti," tegas Hishamuddin.

Sehingga kini, Bersih bersama Suaram, Jawatankuasa Hak Asasi KLSCAH dan Lawyer For Liberty telah mendokumentasi 80 kes keganasan Polis terhadap peserta himpunan 'Duduk Bantah'

Mangsa keganasan Polis ketika himpunan 28 April lalu diminta menghubungi Sekretariat 'Laporan Keganasan Polis 428′ di talian 012-3496013 atau di emel info@bersih.org.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30606


BERSIH 3.0 - Dakwa Polis Di Mahkamah Hanyalah Wayang

Posted: 19 May 2012 12:01 AM PDT

Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah menyifatkan tindakan mendakwa dua orang polis atas tuduhan mengasari seorang jurugambar sebagai satu 'pertunjukan' semata-mata.

Menurutnya, lebih ramai polis sepatutnya didakwa berdasarkan jumlah peserta yang tampil ke depan memberi keterangan dan membuat laporan polis.

"Saya rasa tidak cukup. Apabila kita dengar cerita daripada mereka kita tahu ada lebih daripada dua orang anggota polis yang sepatutnya didakwa.


"Ini bukan keadilan. Ini satu pertunjukan cubaan gubahan imej polis semata-mata," katanya.

Dua anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam atas tuduhan mencederakan jurugambar Guang Ming Daily, Wong Kin Onn sewaktu himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Mohd Khairul Asri Mohd Sobri dan Shahrul Niza Abd Jalil didakwa bawah Seksyen 350 Kanun Keseksaan kerana menggunakan keganasan jenayah terhadap Wong.

Berdasarkan keterangan mereka yang mendakwa dikasari, Maria Chin menggesa agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjelaskan sebab sebahagian polis yang didakwa melakukan kekasaran tidak memakai tag nama atau nombor pengenalan polis pada hari itu.

"IGP kena jawab kenapa polis pada hari itu tidak memakai tag nama" kata Maria Chin. - mkini


Inilah Sebabnya Harussani Benci Sangat Dengan Pas

Posted: 18 May 2012 08:04 PM PDT

"Tuduhan tok guru Nik Aziz bahawa saya campur politik . . .ia tidak betul, saya selama ini tidak mencampuri mana-mana parti poliltik".

"Bahkan dari awal sejarahnya bapa saya semua ahli UMNO. Tapi apabila tertubuh PAS dan PAS kemudian keluar daripada UMNO, semua masuk Pas.. tapi PAS waktu itu lebih bertujuan kepada dakwah.

"Yang kedua yang paling menyayat hati saya ialah abang ipar saya seorang ahli PAS dan dia seorang peniaga kedai runcit di tempatnya tu di Kedah jugak..yang datang membeli banyak orang PAS dan orang UMNO pun ada.


"Kebetulan satu ketika seorang ketua UMNO di kampong itu meninggal dunia,.jadi abang ipar saya datang menziarah dan kerana itu saja dia dipecat daripada parti dan dipecat dari ahli khairat kematian," katanya.

Kerana insiden tadi Harussani menjelaskan abang iparnya diboikot sehingga tutup kedai dan kembali memotong getah semula "..sampai begitu mereka buat dia..jadi dia datang jumpa saya . . .tapi saya kata sabarlah orang begini tak boleh buat apa.

Dipetik dari blog pencacai



Mufti bukan Tuhan

Posted: 18 May 2012 07:45 PM PDT

"Keluarkan seberapa banyak fatwa yang anda (mufti) mahu tetapi fatwa anda atau pun anda (mufti) sendiri tiada pengiktirafan Tuhan," kata Irshad dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.

Awal bulan ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan umat Islam diharamkan menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Fatwa yang dikeluarkan seminggu selepas himpunan BERSIH itu dilihat sesetengah pihak sebagai dipengaruhi agenda politik tertentu.

Meneruskan wawancara, pensyarah di New York University (NYU) itu turut mengkritik keras golongan ulama hari ini yang disifatkannya cuba berlagak seperti Tuhan dan mahu penganut Islam menurut perintah mereka tanpa penilaian kritis.

"Anda bukan Tuhan. Hanya ada satu Tuhan dan kerja itu masih belum ada kekosongan," kata Irshad sinis.

http://www.malaysiakini.com/news/198384

Polis Tumbuk Wartawan - Akhirnya Polis Bawahan Juga Jadi Kambing Hitam

Posted: 18 May 2012 04:40 PM PDT

Dua polis didakwa cederakan jurugambar

Dua anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan mencederakan jurugambar Guang Ming Daily, Wong Kin Onn sewaktu himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Mohd Khairul Asri Mohd Sobri dan Shahrul Niza Abd Jalil dibenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 setiap seorang selepas memohon dibicarakan.

Mereka didakwa bawah Seksyen 350 Kanun Keseksaan kerana menggunakan keganasan jenayah terhadap Wong (kiri).


Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara selama tiga bulan setiap seorang, denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Menurut dakwaan Khairul dan Shahrul Niza, bersama dua orang lain yang masih belum dikenal pasti, menyerang Wong di simpang Jalan Tun Perak dan Jalan Raja di antara jam 5.20 dan 5.30 petang pada 28 April.

http://www.malaysiakini.com/news/198349



Naib Ketua Umno Kampar Isytihar keluar parti

Posted: 18 May 2012 04:17 PM PDT

BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Sdr Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.

Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.

"Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu," katanya.

Menurutnya, rasuah didalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.


Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.

"Saya bayar cukai RM20 125 seperti prosidur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir," ujarnya.

Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah 'orang kuat' menyokong kerajaan.

"Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi (pelacur) dari siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Dato' Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.

"Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.

"Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat," ujarnya.

Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.

Sementara itu, Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.

Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.

"Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir.

"Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.

Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.







Amacam PDRM.. Ada Brani Ka??

Posted: 18 May 2012 07:53 AM PDT

Ada Berani ka Polis Malaysia Siasat Orang ini..??

Senator Bebas Australia Nick Xenophon akan bekerjasama dengan pihak berkuasa sekiranya beliau disiasat atas dakwaan melanggar undang-undang Malaysia kerana berada dalam perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur bulan lalu.

"Jika terdapat pihak berkuasa Malaysia berniat mendakwa saya, saya tiada masalah datang ke Malaysia untuk pertahankan diri," katanya.

"Saya tidak akan lari atau menjauhkan diri daripada perkara ini. Saya tidak mahu dihalang memasuki negara yang saya beri perhatian besar."


Bagaimanapun, beliau masih belum mendengar lagi berhubung sebarang siasatan terhadapnya.

Xenophon mengulas laporan portal The Mole bahawa beliau boleh disiasat bawah Seksyen 4(2)(a) Akta Perhimpunan Aman, yang melarang bukan warganegara Malaysia daripada mengambil bahagian dalam sebarang perhimpunan di negara ini.

"Sekiranya pihak berkuasa Malaysia mahu bercakap dengan saya, saya sedia bercakap dengan mereka. Tetapi saya rasa ia perhimpunan aman.

"Sebagai pemerhati, (saya lihat) keadaan mula tidak kena apabila gas pemedih mata dilepaskan," katanya.

Dipetik dari - http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2012/05/ada-berani-ka-polis-malaysia-siasat.html



Pemuda Umno Cari Pengganggu Majlis Najib Di London Ajak Berdebat

Posted: 18 May 2012 05:16 AM PDT


Pergerakan Pemuda Umno pada Jumaat mencabar individu yang mengganggu majlis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di London untuk berdebat.

Exco Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, Pemuda Umno mencabar individu itu berdebat bagi menyampaikan informasi yang betul dan terkini mengenai Malaysia terutamanya melibatkan pilihan raya dan isu Bersih.


"Mungkin beliau (individu berkenaan) tidak berapa faham kerana kurang informasi, saya mahu debat dengan dia hendak bagi dia faham. Beliau seorang yang keliru tetapi memilih untuk 'tunjuk pandai' pada hari tersebut.

"Saya akan mewakili Pemuda Umno dalam debat terbuka ini dan saya harap debat secara intelektual ini akan berlangsung secara harmoni dan terbuka," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Selasa lepas, semasa sesi "Sepetang Bersama Perdana Menteri" dihadiri 1,500 orang sempena lawatan kerja dua hari Najib ke United Kingdom, antara dua dan tiga orang muncul pada majlis itu dan berbuat bising sambil melaungkan perkataan 'Bersih'.

Muhammad Khairun berkata, jentera Umno di luar negara telah mengenal pasti individu itu yang merupakan seorang warganegara Malaysia 'agak senior' dalam komuniti Malaysia di sana dan bekerja di Reading, United Kingdom.

"Kami memilih individu itu untuk berdebat kerana beliau 'the loudest' (paling lantang) dan 'the most enthusiastic' (paling bersemangat) antara mereka yang membuat kacau pada majlis itu.

"Jentera Umno di sana telah menyampaikan hasrat (berdebat) secara umum kepada individu itu dan surat rasmi akan diberikan kepadanya hari ini. Kami beri masa tujuh hari untuk beliau beri jawapan," katanya.

Beliau berkata, sekiranya individu itu tidak menyahut cabaran untuk berdebat,rakyat boleh menilai sendiri 'individu penakut yang bagaimana' menyokongpergerakan Bersih itu.

Muhammad Khairun mengalu-alukan sekiranya ada wakil daripada pembangkang yang mahu menyertai debat itu, namun menegaskan individu itu perlu mewakili dirinya sendiri.

"Bila disertai pembangkang, kita ada tiga pihak jadi masa itu sudah jadi forum, tetapi jika pembangkang mahu mewakili individu itu, tidak boleh sama sekali kerana itu tindakan penakut dan berniat jahat.

"Individu itu perlu bertanggungjawab atas apa yang dia lakukan dan kita beri dia platform untuk dia menjelaskan mengapa dia buat begitu," katanya.

Muhammad Khairun berkata, Pemuda Umno mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kumpulan yang mengganggu Najib pada majlis itu dan menyifatkan tindakan itu sebagai biadap dan kurang ajar.

"Kita bercakap mengenai Perdana Menteri Malaysia yang sedang berucap kepada audiens seluruh dunia, sebagai seorang warganegara Malaysia kita perlu menghormati beliau.
"Tindakan itu menggambarkan rakyat Malaysia ini buruk budi pekerti dan tidak ada sopan santun hinggakan sanggup buat begitu kepada Perdana Menteri sendiri," katanya. -

Dipetik dari blog pencacai


Tiada ulasan: