Jumaat, 18 Mei 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


FINAL PIALA FA - PROTES FAM DENGAN BAJU BERSIH?

Posted: 18 May 2012 07:00 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

BICARA soal Bola Sepak pula.  Malam ini (19 Mei), penentuan juara Piala FA, di antara negeri Tuan Guru Nik Aziz iaitu Kelantan akan menentang Sime Darby.  Seperti biasa, FAM ambil kesempatan penuhkan kantung dengan harga tiket RM40 bagi setiap tempat duduk.  Maklumlah liga di negara ini berkualiti, mestilah tiket mahal samada anda duduk di bahagian atas, tengah atau bawah termasuk juga di belakang tiang gol Stadium Nasional Bukit Jalil.

Di dalam kemarahan para penyokong setia Red Warrior kerana bos mereka Anuar Musa dilakukan dengan berbagai cara, aku pasti para penyokong Kelantan akan hadir memenuhi stadium.  Apa yang pasti, stadium akan penuh malam ini tidak seperti perhimpunan para-para lembu kondo baru-baru ini.  

Semestinya aku menyokong Kelantan kerana itu negeri Tuan Guru.  Kalah atau menang tidak menjadi masalah kerana aku rasa cukup berpuashati sekiranya Pengadil pada malam ini tidak masuk stadium dengan memakai jersey Kelantan atau jersey Sime Darby.  Pengerusi SPR pakai jersey apa di dalam PRU akan datang?  

Ada rakan aku kata malam ini dia tak mahu pakai baju merah/jersey Kelantan mahu pun jersey warna yang digunakan oleh Sime Darby.  Dia mahu pakai jersey KUNING BERSIH, katanya kerana dia berkecuali.  Aku rasa bagus juga jika semua yang datang malam ini pakai BAJU BERSIH.  Pertamanya, mereka boleh teruskan protes sistem pilihanraya di dalam stadium dan yang keduanya pakai baju BERSIH juga sebagai tanda protes tindakan yang dilakukan oleh FAM kepada Anuar Musa.  Ertinya, BERSIHkan FAM dari kekotoran termasuk budaya mencekik duit rakyat dengan harga tiket yang melampau.

Siapa sokong BERSIH, sila pakai baju KUNING.  Siapa menyokong Anuar Musa dan protes terhadap FAM, elok juga pakai baju KUNING.  Mungkin juga malam ini berkibaran bendera bulan seperti tahun-tahun yang sudah.  Apa pun, selamat bertarung. /wfauzdin.blogspot.com  

POLITIK - APA YANG WARGA TENTERA PATUT TAHU?

Posted: 18 May 2012 01:27 PM PDT

Ramai di kalangan warga tentera tidak mengetahui apakah hak-hak mereka di dalam politik termasuk hak-hak serta peraturan buat mereka sewaktu mengundi. Di sini, KOBAT ingin menjelaskan apa yang terkandung di dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera, (PMAT) 1972, Bahagian 3 - KEGIATAN POLITIK DAN PILIHANRAYA, agar menjadi panduan kepada semua warga tentera dan juga kepada semua parti-parti politik.

Warga tentera BOLEH hadir sebagai pemerhati di dalam mana-mana perhimpunan parti politik

PMAT 1972, Bahagian 3; (secara rengkas dan mudah difahami):

Bah 3, 1- Warga tentera TIDAK BOLEH menjadi ahli sebarang parti politik.

          2Tidak boleh menjadi calon pilihanraya.

          3 Tidak boleh memegang jawatan di dalam mana-mana parti politik, tidak boleh berucap bagi  pihak mana-mana parti politik, menyiar atau menyebarkan bahan-bahan tulisan bagi mana-mana parti politik.

          4Tidak boleh hadir mana-mana perjumpaan politik dengan berpakaian seragam, kecuali diarahkan untuk melakukan tugas.

          5Tidak boleh menyampaikan apa jua maklumat samada secara sulit atau terbuka melalui sebarang media berkaitan politik atau sebarang isu yang menjadi perbalahan politik yang menyentuh Angkatan Tentera.

          6TIDAK BOLEH;

               a.  Mengambil bahagian di dalam mana-mana kerja politik atau membantu pilihanraya untuk mana-mana parti politik, perjumpaan mana-mana parti politik atau merayu undi

ATAU;

               b.  Mempamirkan mana-mana pelekat politik di dalam kawasan kem atau kenderaan tentera/kerajaan.

Warga tentera TIDAK BOLEH menjadi perayu undi mana-mana parti politik
       
        7.  Ia BOLEH HADIR di perjumpaan atau perhimpunan politik DENGAN SYARAT bahawa;

               a.  Bukan pada masa bertugas.

               b.  Berpakaian `preman' atau Awam (Tidak rejimental mufti)

               c.  Tidak mengambil apa-apa bahagian di dalam perjumpaan atau perhimpunan itu.

     
          8.   Apabila mengundi, HENDAKLAH BERPAKAIAN `PREMAN' (tidak Rejimental Mufti).

Adakah ini menyalahi Peraturan kerana memakai seragam sewaktu mengundi?  Sila rujuk Peraturan 3, Bil 8.

Semua yang di atas adalah intipati kepada apa yang terkandung di dalam PMAT tersebut yang kami catatkan secara ringkas, bertujuan untuk memberi maklumat kepada semua warga tentera supaya mereka dapat memahami lebih jelas tentang hak-hak mereka di dalam tentera.

Secara lojiknya, apabila seseorang warga tentera itu DIBENARKAN mengundi, mereka wajar diberi hak untuk mendengar sebarang bentuk penerangan dari mana-mana parti politik agar mereka boleh membuat pilihan.

KOBAT mengalu-alukan sebarang cadangan atau teguran dari pengunjung. Sila lawati FaceBook kami dengan anda `klik' pada logo FaceBook di atas. KOBAT juga bersedia untuk memberikan sesi penerangan atau ceramah kepada mana-mana pihak untuk kami suarakan pandangan kami selaku bekas tentera demi kebaikan bersama. Sebarang jemputan untuk kami, sila hubungi Admin Blog KOBAT di No tel: 013 - 9410309 atau tinggalkan pesanan anda di Inbox Message FaceBook KOBAT.

Ayuh, lakukan perubahan dengan berani./kobatpkr.blogspot

Tiada ulasan: