Ahad, 13 Mei 2012

Era Pasca

Era Pasca


EDISI NAKAL BIN LUCU: BUSH DIHUKUM, UMNO-BN BILA PULAK?

Posted: 12 May 2012 07:58 AM PDT

Di beritakan Hakim-Hakim KLWCT mendapati bekas Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush dan tujuh sekutu beliau bersalah bagi tuduhan 'melakukan jenayah penderaan dan jenayah perang... ketujuh-tujuh mereka ialah Dick Cheney, bekas naib presiden Amerika Syarikat; Donald Rumsfeld, bekas Setiausaha Pertahanan; Alberto Gonzales, yang pernah menjadi penasihat kepada Presiden Bush; David Addington, dahulunya ketua penasihat kepada naib presiden; William Haynes, bekas ketua penasihat kepada Setiausaha Pertahanan; Jay Bybee, bekas Penolong Peguam Negara; dan John Yoo, bekas Timbalan Penolong Peguam Negara. 



"Dengan ini kami mendapati tertuduh bersalah di atas pertuduhan," kata Hakim Lamin. Empat hakim lain dalam panel terdiri Tunku Sofiah Jewa, Alfred Lambremont Webre, Prof Salleh Buang dan Mohd Saari Yusuf. Panel membuat keputusan setelah mendengar keterangan daripada lima saksi pendakwaan dan hujah pihak pendakwaan dan pihak pembelaan. Perbicaraan berlangsung empat hari bermula 7 Mei, dengan mendengar keterangan daripada tiga saksi manakala dua saksi memberi keterangan secara akuan bersumpah.


Nakal Bin Kelakar. 4 hari je settle kes. Bush bersalaaaaaaaaaaah.. So apa lagi.. Mahkamah kena keluarkan waran tangkap pi tangkap bush bawa ke malaysia penjarakan ke sg buluh. 4 hari kendali kes rasanya telan belanja 1 billion tu.. Lagi 1, Dick Chenney dah didapati bersalah. Contract Halliburton pun sepatutnya dah di terminatekan dan dihalau keluar dari m'sia.





TRIBUNAL JENAYAH PERANG KUALA LUMPUR DAPATI BUSH BERSALAH.
Ok la tu, at least Mahkamah di Malaysia sedang mulakan persiapan untuk mendakwa pemimpin UMNO-BN dulu kini dan selamanya bila Pakatan Rakyat memerintah nanti






Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Tiada ulasan: