Kerajaan Kelantan Perlu Tambah Bantuan Untuk PondokSaya terterik dan mengucapkan terima kasih di atas sikap pihak pengurusan pondok Berangan Tumpat Kelantan yang menolak bantuan RM500,000 seperti mana diumumkan Timbalan Perdana Menteri Muhyuddin Mohd Yassin semasa kunjungan beliau ke Tumpat baru-baru ini. Pondok Berangan ditawar RM100,000 dari peruntukan itu.
|
Pondok Berangan |
Pengurus pondok Berangan Mohamad Ali penolakan bantuan itu kerana pemberiannya bermotif politik untuk mendapat sokongan menjelang pilihan raya. Katanya juga sejak pondok itu ditubuh 70 tahun lalu ianya tidak pernah menerima apa-apa bantuan dari kerajaan (Umno), demikian sumber media dipetik.
Justeru katanya budi baik Udin anak Yassin itu mempunyai udang di sebalik batu. Manakala Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar menghormati pendirian pengurusan pondok Berangan itu.
Sudah pasti penolakan itu memberi pukulan dan memalukan TPM dam sekaligus menunjukkan pondok ada maruah dan mempunyai prsinp yang jelas bahawa mereka (pondok) tidak dapat dibeli seperti orang membeli etak. Udin anak Yassin telah tersilap mengira apabila menawarkan bantuan itu semua orang pondok sedia menerima wang "haram" dari kerajaan pusat tersebut.
Kita tahu pondok adalah pengajian menggunakan sepenuhnya sistem pendidikan atau tarbiyah yang berpandukan kepada Quran dan Hadith dan tarbiyahnya mengambil berat soal-soal hukum hakam agama dan soal halal dan haram.
Mengulas lanjut penolakan bantuan itu Kamaruddin yang juga bakal diturunkan Pas sekali lagi di kerusi Parlimen Tumpat berkata sebagai sebuah pondok bermaruah dan ada moral mereka tidak akan menerima mana-mana bantuan kecuali pondok yang tidak ada sokongan dari rakyat saja pelahap wang dan sanggup menjadi "calo" kepada Umno.
Pengajian pondok di Kelantan merupakan benteng utama kepada kekuatan dan kelestarian kerajaan Pas Kelantan.
Dalam hal ini suka saya mencadangkan kepada kerajaan Kelantan agar menarik perhatian untuk memberi bantuan kepada pondok di Kelantan. Kalau bantuan sudah diberikan jumlahnya perlu dipertingkatkan. Jangan hendaknya tahu menggunakan pondok sebagai benteng tetapi bantuan memperkasakan dan menghebatkan prasarana mereka diabaikan.
Kalau kerajaan boleh memberi peruntukan kepada lain-lain institusi atau kegunaan aktiviti lain seperti belanja pertandingan Tomoi sebanyak RM75,000 kepada sebuah kawasan Pas, kenapa tidak ditambahkan peruntukan untuk pengajian pondok. Benar penolakan itu memalukan Udin anak Yassin tetapi 'kertergamakan' beliau cuba mempengaruhi pondok itu dengan wang jelas menunjukkan bantuan kewangan untuk pondok di Kelantan tidak berbaloi dengan sumbangan diberikan.
[wm.kl.8:09 pm 12/05/12]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan