Ahad, 13 Mei 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


'Kenapa sekarang orang tergamak pukul polis?'

Posted: 12 May 2012 11:56 PM PDT

Seorang bekas anggota sukarela "home guard" atau pengawal kampung semasa zaman penjajahan British pada 1956, meminta pihak-pihak tertentu agar jangan merosakkan keamanan negara yang telah terbina sejak sekian lama.

Lau Kau, 72, yang pernah menjadi anggota pasukan pada tahun berkenaan di Kampung Layang-Layang, Johor berkata kesengsaraan rakyat ketika itu tidak boleh dibayangkan akibat kekejaman komunis.

"Zaman itu rakyat semua takutkan komunis. Rakyat hidup susah. Kami ketika itu sudah pandai pegang senjata walaupun umur masih muda.


"Sekarang negara kita sangat aman. Kenapa mahu rosakkan negara ini? Kenapa mahu buat kacau berhimpun macam di Kuala Lumpur? Ini tidak baik kepada negara kita dan generasi muda," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Lau dipercayai satu-satunya anggota berbangsa Cina di Kelantan menerima sagu hati khas kerajaan berjumlah RM3,000 kepada bekas polis yang berkhidmat semasa zaman darurat, baru-baru ini.

Lau menyertai anggota "home guard" ketika berusia 16 tahun yang ketika itu bertugas untuk mengawal keamanan kampung baru daripada ancaman komunis oleh kerajaan British pada masa itu.

"Tidak semua orang Cina menyokong komunis seperti saya dengan ramai lagi orang muda yang sebangsa saya menyertai home guard.

"Gaji kecil tetapi kami berbangga jaga kampung daripada ancaman komunis dan pernah berperang dengan komunis yang cuba masuk ke kawasan kami," katanya.

Selepas tamat menyertai pasukan itu kira-kira enam tahun kemudian, Lau kemudiannya bekerja di beberapa tempat sehingga yang terakhir sebagai penebang balak di negeri ini.

Ketika meniti usia emas dan mengharapkan keamanan negara berkekalan, Lau kecewa dengan langkah pihak tertentu yang mengadakan perhimpunan di ibu negara baru-baru ini sehingga menyebabkan kerosakan harta benda awam dan kecederaan kepada petugas media dan anggota polis.

"Saya sedih bila lihat polis yang tugasnya jaga keamanan kena pukul oleh perusuh. Kena ingat sama dia, kalau tidak ada polis bagaimana negara boleh aman macam ini.

"Kenapa sekarang orang tergamak pukul anggota polis. Mahukah kita negara jadi tidak aman? Tolonglah jaga negara kita," katanya.

Lau berkata rakyat Malaysia terutama generasi muda mesti mempelajari sejarah silam negara dan mempelajari tentang bagaimana sukarnya pejuang terdahulu menuntut kemerdekaan negara.

Mengulas pemberian sagu hati khas itu, beliau berkata ia membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap bekas anggota pengawal kampung yang berkhidmat pada zaman darurat itu.

"Saya sangat gembira kerana kerajaan ingat jasa orang macam kami. Kerajaan yang ada sangat bertimbang rasa," katanya.

Lau turut berharap bekas anggota pasukan itu dapat diberikan pencen bulanan oleh kerajaan walaupun dengan jumlah yang kecil.

- Bernama


Jangan Mimpi Kerajaan Akan Minta Maaf - Nazri Aziz

Posted: 12 May 2012 11:22 PM PDT

Mengenai tuntutan Majlis Peguam supaya Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara memohon maaf atas tindakan polis ketika perhimpunan berkenaan, Mohamed Nazri berkata tidak ada kesalahan yang dilakukan pihak berkuasa.

"Jangan mimpi, esok matahari terbit di timur, kita tidak akan meminta maaf. Jangan mimpi. Tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh kita. Dia patut bubarkan (Majlis Peguam) kerana mendatangkan malu besar pada profesion dia. Susah sangat lawan sayalah (dalam pilihan raya)...kalau tidak anda hanya penakut, bacul," katanya.

Beliau turut berkata pihaknya akan meneliti sekiranya penganjur perhimpunan berkenaan Datuk S.Ambiga melanggar apa-apa kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 terutama kerana menghina mahkamah. "Kita nak tengok kalau dia ada langgar apa-apa kesalahan di bawah akta baru ini. Kita nak lihat di bawah (kesalahan) menghina mahkamah (kalau) saya nak minta supaya dia didakwa. "Paling ketara adalah menghina mahkamah sebab jelas ada perintah mahkamah yang tidak boleh dilanggar. Dia ketua, jadi dia mesti ambil semua tanggungjawab ini. Jangan 'semut' sahaja kena dakwa, anda sebagai ketua nak lari?," soalnya.-BERNAMA


Usul kecam kekerasan polis: Hanya 16 daripada 1270 tentang

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam semalam membuat usul tergempar mengutuk kekerasan melampau polis ketika menyuraikan perhimpunan Bersih 3.0 April 28 yang lalu di dalam satu mesyuarat agung luar biasa (EGM).


Hanya 16 peguam daripada 1,270 ahli majlis peguam yang membantah resolusi tersebut.


Dalam resolusi yang diluluskan dengan cara undian itu, Majlis Peguam turut menuntut permohonan maaf daripada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara kepada orang awam dan ahli media atas tindakan polis ketika perhimpunan tersebut.


Pengerusinya Lim Chee Wee berkata kehadiran EGM kali amat memberangsangkan – melebihi mesyuarat agung tahunan (AGM)nya.


"Ini menandakan bahawa ahli majlis melihat insiden Bersih 3.0 dengan serius," kata beliau.


Aman sehingga diganggu


Faktanya, kata Lim ialah laporan terhadap kekejaman polis, dan penggunaan gas pemedih mata dan meriam air yang berlebihan hanya selepas penghadang Dataran Merdeka diceroboh pada pukul 3 petang.


"Sebelum itu, situasi (perhimpunan) adalah seperti karnival," kata beliau.


Lim berkata Majlis Peguam telah mengerahkan sebanyak 78 ahli untuk memerhati perhimpunan Bersih, dan hanya keadaan di Kuala Lumpur menjadi kelam-kabut manakala situasi di Kuantan, Johor Bharu, Melaka dan Ipoh aman kerana polis telah bertindak secara terkawal.


Beliau turut menambah bahawa 100,000 hadirin yang membanjiri Kuala Lumpur pada April 28 yang lalu tidak diberikan ruang dan masa secukupnya untuk bersurai di mana gas pemedih mata dan air berasid terus dihalakan pada mereka walaupun mereka dalam keadaan hendak melarikan diri.


"Ini membawa kepada satu soalan mudah. Mengapa polis masih tidak membaca dan melaksanakan apa yang dicadangkan Suhakam?" kata Lim, merujuk kepada laporan siasatan terhadap perhimpunan aman yang lepas.


Lim turut menegaskan bahawa kekerasan yang ditunjukkan polis adalah tidak memadai dengan tindakan penyokong yang mengejek mereka kerana semua peserta adalah tidak bersenjata, dan tanggungjawab menjaga keamanan adalah jatuh di bahu pihak berkuasa yang bersenjata.


Majlis Peguam Malaysia turut menuntut agar anggota polis yang melakukan keganasan dikenalpasti dan didakwa.


Pulau penal bebas kerajaan


Selain itu, Lim berkata Majlis Peguam turut memulau panel bebas yang ditubuhkan kerajaan untuk menyiasat dakwaan keganasan polis dalam perhimpunan BERSIH 28 April lalu.


Majlis Peguam mencadangkan agar wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat insiden Bersih 3.0 dan bukannya bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar. -HD



Haram Jadah - Anak Desak Najib Minta Maaf Atau Hadapi Saman

Posted: 12 May 2012 09:04 PM PDT

KULAI, 13 Mei: Ungkapan 'haram jadah' yang diulang dua kali oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang ditujukan kepada penentang-penentang penyenaraian FGVH adalah terlalu kesat dan tidak sewajarnya disebut oleh seorang Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman kepimpinan Anak Negeri Johor membuat laporan polis di Balai Polis Kulai, semalam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.


Kata Mazlan, ia ekoran ucapan Najib ketika mengumumkan 'Durian Runtuh' di Felda Jengka 8 di Pahang pada 8 Mei lalu.

Beliau berkata, 'haram jadah' dalam kamus DBP bermaksud 'Anak Luar Nikah' dan ia sangat bertentangan prinsip Rukunegara- Kesopanan dan Kesusilaan'; apatah lagi ajaran Islam yang menekankan ketinggian akhlak dan moral, lebih-lebih lagi pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh ikutan rakyat.

"Laporan polis mendesak PM menarik balik ucapannya dan meminta maaf secara terbuka kerana golongan yang tidak bersetuju dengan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia terlalu ramai," ujarnya.

Mazlan menambah, ia bukan sahaja warga Felda tapi umumnya rakyat yang terlalu sayang dengan prihatin dengan masa depan institusi Melayu seperti Felda.

Katanya, pihak peguam akan menghantar notis tuntutan permohonan maaf oleh PM dan jika gagal berbuat demikian, saman malu akan dikemukakan.


Ini Bukti Umno Semakin Ditolak Majoriti Rakyat Malaysia

Posted: 12 May 2012 05:27 PM PDT


Semasa ketibaan presiden Umno,Najib dan Rosmah pun masih terlalu banyak kerusi-kerusi kosong yang jelas kelihatan di latar belakang, walaupun Stadium Nasional Bukit Jalil boleh memuatkan 87,411 orang. (rujuk wikipedia)


Dengan bas percuma diberi... duit belanja dijanji beri... T-shirt di beri pakai... masih lagi gagal mencecah 50 ribu orang... perhimpunan ulangtahun Umno 66 tahun di Stadium Bukit Jalil.

Dengan kebangkitan Rakyat Malaysia semasa Bersih 3.0, jauh bezanya semangat perjuangan Rakyat yang ditunjukkan kalau dibandingkan dengan perhimpunan ulangtahun Umno yang sedang berlangsung malam ini...

Malulah disiar secara langsung, tetapi hanya difokuskan kepada kumpulan ramai sahaja, tanpa ditunjuk keseluruhan stadium.

Cakap Bergegar Nak Kumpul 500 Ribu Ahli

Kehadiran tak sampai 50 ribu orang, menyaksikan kepupusan Umno semakin terserlah yang kononnya mempunyai lebih 3 juta ahli. Inilah petanda kejatuhan Umno yang semakin hari semakin dibenci oleh Rakyat Malaysia kerana mempermainkan Agama Islam serta bermodalkan isu-isu seks yang tak habis-habis...

reformisanakmuda


BERSIH 4.0 Jika Tuntutan Tak Dipenuhi - TGNA

Posted: 12 May 2012 05:14 PM PDT

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata akan ada perhimpunan Bersih 4.0 jika isu-isu berkaitan dengan tuntutan pilihan raya bersih dan adil tidak diselesaikan dengan segera.

"Bila timbul masalah Bersih (perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu), Syeikhul Azhar, Mufti Mesir masa itu mengatakan perhimpunan yang berlaku di Mesir haram.

"Tetapi rakyat Mesir membandingkan dengan fatwa Dr Yusuf Al-Qardawi melalui buku ditulis beliau dan hasilnya tujuh juta rakyat Mesir turun ke jalan kerana fatwa Qardawi betul," katanya.


Nik Abdul Aziz sebelum ini menggalakkan orang ramai khususnya ahli-ahli Pas agar menyertai Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April lalu. Malah beliau sendiri mengakui ada membiayai beberapa peserta perhimpunan itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Langkah Rakyat ke Putrajaya di Markas Tarbiah Pas Pusat Taman Melewar dekat sini, malam tadi.

Pada majlis itu, penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin menyerahkan borang keahlian menyertai Pas.

Ceramah itu turut dihadiri bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng dan anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar Baba.

Aishah ketika berucap pada majlis itu berkata, beliau mengambi keputusan menyertai Pas kerana merasakan ia fasa kedua dalam hidupnya selepas mendapat hidayah Allah.

"Saya merasa terharu kerana diberi peluang memberi borang keahliannya kepada Tuan Guru Nik Aziz dan inilah perkara yang ingin saya buat setelah mendapat hidayah Allah," katanya.

Dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz berkata, rakyat negara ini perlu menukar parti yang memerintah Malaysia menerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan parti yang mendukung Islam.

"Tidak kisahlah kaum mana pun yang akan berada di Putrajaya itu, Melayu ke, Cina Muslim ke, India Muslim ke asal dia berasas Islam seperti yang di bawa Nabi Muhammad, Insya-Allah kita boleh selamat," katanya. "Saya menyokong Bersih, itu baru 3.0, akan ada yang keempat lagi," kata beliau.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin PKR memberitahu Sinar Harian Online bahawa pihaknya tetap dengan pendirian untuk terus menyokong jika akan ada perhimpunan Bersih 4.0.

"Pihak kami belum berbincang apa-apa lagi mengenai perkara ini kerana belum ada sebarang pengumuman rasmi yang dibuat mengenai Bersih 4.0," kata Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Ahli Parlimen Subang, Sivarsa Rasiah pula berkata, pihaknya juga akan terus menyokong tindakan Bersih kerana setakat ini, kerajaan belum memberi sebarang jaminan mengenai tuntutan-tuntutan Bersih.

"Saya juga akan terus menyokong kerana rakyat sendiri inginkan pilihan raya dibuat secara bersih, adil dan saksama," katanya lagi.

Sebelum ini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah memberi amaran perhimpunan yang lebih besar akan diadakan jika kerajaan enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi pilihan raya yang bebas dan adil.

-Sinar Harian


Lagi Video Kutuk BERSIH 3.0

Posted: 12 May 2012 05:30 AM PDT

Pelawak2 bodoh yang cari makan ini membuat lawak bodoh mereka dan mempersenda pasal himpunan bersih 3.0 dalam youtube (bangkang dari longkang) dan selepas ini 300,000 peserta Bersih akan boikot pelawak2 BODOH ini.. setuju??


Pulau Panel Yang Diketuai Hanif Omar

Posted: 12 May 2012 05:04 AM PDT

DAP hari ini mengisytiharkan pemulauan penuh terhadap panel bebas bagi menyiasat dakwaan kekerasan dalam perhimpunan BERSIH 28 April lalu selagi ia diterajui oleh bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, walaupun Hanif mempertahankan diri dengan rekod prestasinya dalam suruhanjaya lain sebelum ini, tuduhannya terhadap perhimpunan BERSIH adalah kesilapan besarnya.

Hanif sebelum ini dilaporkan mendakwa BERSIH diresapi golongan komunis dan menyokong pandangan bahawa perhimpunan itu cubaan menggulingkan kerajaan.


"Sebaliknya, dengan membuat tuduhan liar seperti itu, beliau berpotensi untuk menjadi saksi dan bukan ahli panel," katanya sambil menyifatkan ia konflik kepentingan yang jelas.

Semalam, Majlis Peguam juga membuat pendirian tidak akan mengambil bahagian dalam panel bebas itu dengan alasan yang sama.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim juga menyokong cadangan BERSIH supaya panel itu diketuai pelapor Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Frank La Rue, rakan sekerjanya Maina Kiai, serta penglibatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Hanif dilantik mengetuai enam anggota panel itu yang melibatkan bekas hakim, pengamal media dan ahli akademik di universiti.


Biarkan Orang Tua Tu Terus Melalak..

Posted: 12 May 2012 01:59 AM PDT


Tiada ulasan: