Isnin, 7 Mei 2012

Era Pasca

Era Pasca


PECAH BERITA! 300 RIBU SAMBUT NAJIB RAZAK DI KUANTAN PAHANG!

Posted: 06 May 2012 07:38 AM PDT

artikel dari blog sahabat klik sini LINK BLOG
 Sebelum ini ada sumber mendakwa bagi meramaikan hadirin dalam majlis yang diadakan untuk Najib di Kelantan, UMNO/BN Kelantan terpaksa mengangkut ramai orang-orang dari luar kawasan untuk membuktikan kepada Najib bahawa UMNO/BN masih berpengaruh di Kelantan.

Malah seperti biasa pekeliling terpaksa dikeluarkan untuk mengerah pelajar-pelajar Politeknik agar hadir ke program Najib itu.. pekeliling sila lihat di ( SINI ).

Ini pula laporan dari Kuantan, Pahang pula.. fenomenanya adalah sama dengan di Kelantan.. iaitu ada lagi kerahan.. cuma kehadiran sememangnya amat memalukan bagi seorang Perdana Menteri...

Sokongan Hambar Rakyat Di Taman Gelora Hari Ini..

KUANTAN, 6 Mei - Orang ramai yang hadir ke program "Bersantai Di Taman Gelora Bersama YAB Perdana Menteri" di Taman Gelora dekat sini pagi tadi kecewa dengan sambutan orang ramai terhadap program tersebut.

Program yang bermula jam 9.15 pagi itu hanya dipenuhi dengan para pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikerah hadir untuk meramaikan hadirin yang hadir, namun ianya masih gagal membuktikan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak itu telah mendapat sokongan padu dikalangan rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. 


Tinjauan krew PDO ke lokasi itu pagi tadi mendapati kehadiran orang ramai amatlah hambar dan memalukan Perdana Menteri sebenarnya. Malah, ketika beliau berucap pun hanya kerusi kosong yang memenuhi setiap ruang dibawah kanopi yang disediakan.


"Mujurlah ada budak-budak PLKN, kalau tidak sudah pasti Najib akan mendapat malu yang lebih besar. Sepatutnya kehadiran seorang Perdana Menteri wajar disambut dengan ribuan rakyat.. Namun ini tidak berlaku kepada Najib. Mungkin ramai yang kecewa dengan tindakan kerajaan dalam menangani para peserta Bersih 3.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini agaknya", kata seorang pengunjung.


Tambah malang lagi, majlis yang diadakan sempena program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Malaysia 2012 itu juga turut diserikan dengan hujan lebat dan angin kencang di tapak berkenaan.



 Ini menyebabkan orang ramai semakin kelam kabut dan air bertakung di sana sini menyebabkan majlis menjadi kucar kacir.

Segala aktiviti yang dirancang termasuk sukaneka dan expo jualan semuanya tidak menjadi akibat hujan lebat yang mencurah-curah membasahi kawasan itu. Turut hadir dalam majlis pagi tadi ialah MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob, barisan exconya dan lain-lain kenamaan.

Lagi gambar-gambar sila lihat di ( SINI ) - ASD


NAMPAKNYA NAJIB RAZAK TELAH DI TERIMA MELALUI TRANFORMASINYA..
KAH KAH KAH - by @tiewnama on twitter



Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Saudagar Agama Menjual Agama dgn Wang yg Sedikit,

Posted: 06 May 2012 07:08 AM PDT



TIADA FATWA MENGATAKAN POLIS BOLEH
SESUKA HATI MEMBELASAH PARA DEMONSTRASI?
GUA KUPASKAN BEBERAPA ISU MENGENAINYA..

 


"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama," katanya di sini - SAUDAGAR AGAMA

----------------------------------------------------------------------------



"Dan bacakanlah kepada mereka, khabar berita seorang yang Kami beri kepad
anya ayat-ayat  Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu.

Tetapi
dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami.

Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir
. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri." (Surah al-'Aaraaf 7 : 175-177)



------------------------------------------------------------------------------------------


Dalam ayat 175 surah al-A'raaf, Allah s.w.t. memerintah kekasihnya Nabi Muhammad s.a.w. agar memberikan peringatan kepada umatnya tentang golongan ketiga yang akan digunakan musuh untuk menjatuhkan mereka. Ini adalah golongan 'duri dalam daging' yang sangat berkuasa untuk menjatuhkan gerakan Islam, kerana mereka bukan orang Islam biasa yang bertaklid.
Sebaliknya merekalah golongan ulama yang sangat berpengaruh dan menjadi rujukan masyarakat. Mereka adalah bijaksana Islam yang mempunyai Ma dan PhD dalam pelbagai bidang pengajian Islam.

Tetapi malangnya segala ilmu agama yang mereka kuasai digadaikan demi mendapatkan harta kekayaan, pangkat kedudukan dan populariti. Oleh itu, apabila mereka dibeli oleh musuh Islam untuk menentang gerakan alim ulama, mereka menjadi senjata sulit paling berbahaya.

Allah s.w.t. mengecam saudagar saudagar agama yang melacurkan ilmu mereka dengan sekeras-keras kecaman. Dalam ayat berikutnya, Allah s.w.t. mengumpamakan mereka yang tamak terhadap dunia dan haloba dengan kemasyhuran sebagai anjing yang sentiasa menjelirkan lidahnya. Jika anda perhatikan, anjing sentiasa menjulur-julurkan lidahnya apabila dihalau orang, tetapi jika dibiarkan ia tetap juga menjelirkan lidahnya.

Demikianlah lagak ustaz anjing ini, apabila diberikan habuan, mereka meminta dengan lebih banyak tidak ubah seperti anjing kurap. Sebagaimana tabiat biasa anjing yang suka makan sampah sarap yang kotor dan menjilat punggung anjing lain, demikian juga halnya dengan ustaz-ustaz anjing ini yang lahap terhadap 'sampah sarap' yang diberikan penguasa fasik untuk kesenangan dunia.

Malah mereka juga tidak segan-segan menjilat kaki pemerintah munafik untuk mengampu bagi mendapatkan kedudukan lebih tinggi


Sesungguhnya Al Quran itu tidak pernah menipu,
tiada syak di dalamnya, menjadi pedoman bagi org2 yg beriman
yg percaya akan pertemuan dgn tuhannya,
biarlah kita di tindas oleh saudagar2 agama ini,

kerana ada tempat utk mereka sesudah mati kelak,
kita hanya mampu utk berbicara menerusi penulisan,
kita tiada kuasa utk menamatkan, - by @tiewnama on twitter


Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Tiada ulasan: